8.2.12

Alamak ulamak?

Salam 1Umat.

Apa kabor brader? Moga-moga sihat sentiasa. Orang Rusia apa kabor? Moga tabah menghadapi ribut salji yang tengah dahsyat sambil menghadap laptop dan secawan kopi panas berasap di sisi.

Pada suatu masa dahulu, gua rasa sedikit pelik dengan sesetengah golongan yang taksub bebenor dengan puak ulama' ni. Gigih-gigih beratur nak bersalamanlah, nak berpelukanlah, cium dahilah dan macam-macam lagilah. Tempek gambor dekat kereta, gantung frame gambor ulama' dekat dinding dan lain-lain lagi.

Gua fikir guna kepala otak gua ini, amende yang best sangat dengan ulama' ni? Apa yang taksub sangat sesetengah puak ni dengan manusia yang bergelar ulama' entah? Berebut-rebut nak bergambarlah, itulah, inilah.

Sampailah satu tahap gua pernah bersembang dengan satu manusia berbicara tentang perkara agama. Satu persatu makhluk tu petik nama-nama ulama'. Apajadah kebijaksanaan gua dicabar sampai tak kenal satu pun nama-nama ulama' yang dipetik. Pernahlah juga dengar-dengar, tapi tak berapa nak kenal.

Kemudian gua post-mortem otak gua nak cari apa je yang gua jumpa dalam kepala otak gua ni nama-nama manusia tersohor. Lepas scan dalam 30-40 minit, maka jumpalah gua dengan nama-nama artis, lirik-lirik lagu dan yang seangkatan dengannya.

Kemudian barulah gua terfikir apakejadahnya dulu gua terkinja-kinja depan stage macam shayatin, kepala dihayun-hayun sambil kaki ligat berpogo menendang-nendang orang depan belakang kiri kanan sebab enak melayan irama gitar, dentuman drum, balada bass dan gemersik suara vokal bukan sekadar rupa?

Apakejadah gua sampai panjat stage kendian dive atas longgokan manusia yang sama-sama tengah khayal disulami resepi rahsia sambil tubuh gua dijulang kiri dan kanan bagai mengawal imbangan duga?

Apakejadah gua gaduh-gaduh dalam selaputan umat manusia berebut drumstick yang dilempar oleh drummer kesayangan ke khalayak umat?

Apakejadahnya gua dok bangga bila dapat lepak dengan artis pujaan dekat backstage, kongsi rokok, minum sama-sama lepas tu tangkap gambar dan upload masuk Fesbuk bangga dengan umat manusia lain?

 Apakejadah gua dok tiru-tiru style dressing diorang? 

Argh! Serupa jimbet gua rasa!

Sampailah gua diceritakan tentang faedah melepak dengan orang alim ni. Yang mana orang alim ni dapat memberi syafaat tatkala sangat-sangat diperlukan di hari akhirat.

Sekadar memandang dengan penuh kasih sayang pun dah dapat pahala. Apatah lagi bila bersalaman, dapat keberkatan di dunia dan jadi pembantu di akhirat. Eh, banyak lagilah faedah melepak dengan orang-orang alim ni.

Dan sekarang jangan kata gua taksub ulama' pula. Ini memang Nabi kabor dah. Sehinggakan tidurnya orang alim ni lebih ditakuti syaitan berbanding tidurnya 1000 orang abid. Tapi gua tak adalah sampai nak gantung-gantung gambar semua.

Orang alim, nak banding dengan kita betapa jauh bezanya? Walaupun tak dinafikan kadang-kadang jumpa juga ustaz-ustaz yang cukur janggut, bela misai, pakai seluar labuh tutup buku lali, masih tak tutup kepala, minta duit lepas mengajar, buat lawak, mengutuk, mengumpat, mencaci sampai gelap hati dan lain-lain lagi, namun tetap ilmu yang mereka ada lebih tinggi dari kita.

Nak banding dengan kita, mereka dah bertahun-tahun bertalaqi dengan tok-tok guru, berhabis masa di pondok-pondok, madrasah, pesantren, universiti dan lain-lain lagi. Kita? Setakat belajar agama dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5. Setakat ambil subjek Islamic Study dekat universiti. Setakat tengok video ceramah 5 minit dekat Youtube. Siapa kita?

Mengaji pun tak lepas-lepas, surah yang dihafal pun setakat 4 Qul, apalah sangat nak dibanding dengan orang-orang alim ni yang dah hafal berjuz-juz Al-Quran dan hadith yang mana setiap hafalan itu akan meningkatkan darjat mereka dan ibu bapa mereka di hari akhirat. Oh!

Maka pesanan ringkas gua, walaupun orang alim ni ada yang tak amal sunnah ke, solat sunat Subuh tak jaga ke, ulama' UMPAS ke, abang Wahab ke, ceramah lawak sampai gelap hati lari malaikat ke, silalah respek mereka atas ilmu dan syariat yang mereka ada dan bawa. Nescaya kita tidak akan menyesal di suatu hari nanti. Percayalah.

Jangan pandang keburukan mereka. Mereka pun manusia macam kita. Tapi carilah kebaikan mereka dan sedarlah kekurangan kita walaupun hanya ada satu keburukan dalam seribu kebaikan sebab kita bajet mulia.

Last but not least, gua hairan cuma satu dengan sesetengah golongan ni yang sayang ulama'. Bila ulama'nya dihina, melenting tak cukup bumi. Kabornya hina ulama' pewaris Nabilah, apalah. Itu tak kisahlah.

Tapi bila ada ulama' lain yang menegur sikap mereka, dihina pula ulama' itu cukup-cukup. Apakes paku dulang paku serpih? Mana prinsip yang dipegang ulama' itu pewaris Nabi? Ke ulama'-ulama' sekepala dengan dia saja yang mewarisi Nabi?

Oh ya! Sekurang-kurangnya ulama' ini ada jasa dia untuk agama nak banding dengan kita yang lagi banyak mengata sini-sana.

By the way, ulama' ada 3 ciri:
  • Mewarisi ilmu Nabi SAW
  • Mewarisi akhlak Nabi SAW
  • Berjuang dengan perjuangan Nabi SAW
Dan cerita gua di atas bukan gua sangatlah. Dan satu lagi pesanan, kita akan dibangkitkan di hari akhirat bersama dengan golongan yang kita ikut-ikut. Dulu gua banyak follow artis. Kah kah kah! Okebai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

11 comments:

aku-alam said... [Reply]

good story.. hehe..

aku-alam said... [Reply]

eh ! 1st ke ? mana En. Bijen ?? haha..

Bijen M. said... [Reply]

@aku-alam
Argh!
Terlupes.
>_<

Pencari ALLAH said... [Reply]

Jangan jadi macam puak syiah sudah. Minta pertolongan dijauhkan dari semua tu. Amin...

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Jimbet? Apetu?

Seronok tak agak2 nak bangkit dengan retis2? Haha.

Lu kena paham brader. Kat sini ada Sejid PAS, ada sejid Ameno. Ada Ustaz dan ulama' PAS, ada Ustaz dan ulama' Ameno. Kah3. MENGARUT!

p/s: Bila baca part konsert2 tu atu terbayang kawan haritu. Yang dalam setandan pisan tak semuanya baik tu. Ishk. Sedih.

...antikapel... said... [Reply]

ya!

sekurangnya ustaz tu lagi banyak hafalan quran walau bercukur janggut dan dibiarkan misai.

dan sekurangnya ustazah tu lagi banyak tahu tentang haid dan nifas walaupun tudungnya masih menampakkan apa yang perlu ditutup.

cari kebaikan bukan diintai keburukan.

smile bro:)

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Heheh!
Syiah no komeng!
:)

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Itulah ulama' UMPAS.
:)
InsyaAllah kita doakan dia kembali dekat dengan Allah.
Bukan salah dia jugak.

Bijen M. said... [Reply]

@...antikapel...
Tapi kalau ustazah masih menampakkan apa yang perlu ditutup tu tak berapa kenalah pasal dah itu syariat.

fuad ansari said... [Reply]

para ulamak terkadang2 punya pandangan tersendiri dalam sesuatu perkara.. moga Allah swt beri kita kefahaman utk menilai pandangan mana yg lebih baik..

As said... [Reply]

Kita menilai, orang menilai, Allah menilai.

Dan nilaian Allah lah yang paling tepat.

WA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...