23.1.12

Perbicaraan tingkat tinggi.

Salam keadilan!

Apa khabar brader-brader sekalian? Kenyang makan limau? Di samping makan limau, banyak juga kenduri kahwin untuk dimakan pada cuti kali ini.

Seperti biasa memang sukar untuk kita nak melawan persepsi manusia yang sudah lama berorientasikan dengan adat. Walhal hakikat syariat tidak pula dititik beratkan.

Beberapa perkara boleh dikenal pasti di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Pembaziran berleluasa dari segi hantaran dan majlisnya. Termasuk juga tabarruj, bersanding berpelamin dan sebagainya.

Manusia menganggap itu perkara biasa. Kerana doktrin  adat sudah disuntik masuk ke dalam kepala otak mereka. Maka proses perkahwinan menjadi sukar akibat kos yang tinggi. Lalu meningkatlah kes-kes tak bermoral seperti zina, buang anak dan sebagainya. Lama-kelamaan bila perkara ini tak dibendung (melalui amar ma'ruf nahi mungkar) dan menjadi satu kebiasaan, maka tunggulah azab dari Allah datang untuk memusnahkan 'kaum-kaum' terbabit seperti azab yang didatangkan kepada kaum-kaum terdahulu.

Baiklah brader-brader yang bijak laksana. Hari ini cikgu nak ajak buat satu eksperimen sikit bagi membuktikan satu benda.

Kadang-kadang sesuatu ilmu itu dibicarakan pada tingkat yang tinggi sampai tak ramai yang faham. Maka pembuktian melalui kajian Sains misalnya dapat membawa maklumat kepada manusia agar faham tentang sesuatu perkara tersebut.

Nampak tak di situ? Ilmu itu yang harus pertama dipelajari, barulah tambahan maklumat. Jika maklumat yang dicari pertama-tama, maka barangkali boleh sesat. Faham nggak? Kalu nggak, mari kita terus bereksperimentasi.

Eksperimen 1.3

Tujuan eksperimen: Memahami konsep ilmu dan kemahiran.
Hipotesis: Ilmu dan kemahiran adalah perkara yang berbeza.
Pembolehubah dimalarkan: Jenis kemahiran
Pembolehubah dimanipulasikan: Ahmad dan Maniam
Pembolehubah bergerak balas: Jawapan audiens
Pembolehubah surprise: Mahmud

Ujikaji:
Ahmad dan Maniam adalah rakan 1Malaysia. Mereka berhasrat untuk belajar memasak Mee Goreng Pakatan. Maka pada suatu hari Ahmad dan Maniam pun pergi ke kelas memasak anjuran Hindraf Kampung Dusun.

Setelah mempelajari teknik memasak Mee Goreng Pakatan selama 3 hari 3 malam, mereka pun menyertai pertandingan Masterchef anjuran TV3.

Mari kita fokus kepada Maniam dahulu. Apa yang dipelajari Maniam dalam kelas baru-baru ini, dipraktikkan sebaik mungkin. Telurnya cukup, celur mee kuningnya cukup, kicap sosnya cukup, rempah ratusnya cukup. Memang menjadi Mee Goreng Pakatannya. Nampak berselera pada pandangan kasar juri.

Kita fokus pula kepada Ahmad. Teknik yang sama digunakan Ahmad untuk memasak Mee Goreng Pakatannya. Tetapi istimewanya Ahmad, bila Ahmad hendak memasak dia mengamalkan adab di dapur seperti yang pernah diketengahkan oleh Nota Siku di sini. Mulanya dengan bismillah. Mulutnya tak henti-henti zikir pada Allah. Kepalanya dan juga auratnya pun ditutup. Digorengnya dengan tangan kanan. Telur yang hendak digunakan juga dibasuh sebaik mungkin agar tidak ada tahi ayam pada kulit telur. Apa yang paling penting, dia yakin bukan dia yang bagi sedap mee tersebut, tapi Allah-lah yang bagi sedap.

Maka cikgu nak tanya kepada murid-murid sekalian, masakan yang mana satu masakan orang yang berilmu? Masakan yang mana satukah yang murid-murid hendak makan?

Adakah Maniam belum cukup alim (berilmu) apabila sudah mempelajari teknik memasak Mee Goreng Pakatan selama 3 hari 3 malam?

Oke! Kemudian datang pembolehubah surprise iaitu Mahmud dari kalangan penonton studio Masterchef. Mahmud tidak pernah mempelajari cara memasak Mee Goreng Pakatan. Nak masak pun dia tak reti. Yang dia tahu hanya makan.

Maka Mahmud datang ke tengah-tengah pentas untuk merasa makanan tersebut. Diceduknya Mee Goreng Pakatan tersebut dengan senduk yang berada di tangan kanannya. Kemudian dihamparnya kain saprah di atas lantai lalu diajak orang lain turut duduk sama-sama makan bersamanya. Dengan lafaz bismillah, Mahmud menyuap mee yang berada di jarinya ke dalam mulut.

Persoalannya kini, Mahmud seorang yang berilmu atau tidak?

Aplikasi dalam kehidupan seharian:
Seorang doktor yang bijak laksana dah belajar bertahun-tahun di universiti masuk tandas lalu kencing berdiri. Manakala seorang budak umur lapan tahun baru sekolah darjah 2 masuk tandas dengan kaki kiri, bertutup kepala dan kencing duduk.

Mana satu yang berilmu?

Maka tuan-tuan dan puan-puan, apa itu ilmu? Ilmu mengikut definisi kepala otak saya yang tak bijak laksana macam tuan-tuan dan puan-puan adalah perkara yang kita amal yang akan dapat membantu menjawab soalan di dalam kubur dan akhirat kelak.

Hari ini jika saya jumpa orang ceritakan kebesaran Allah, maka dalam kubur kelak amal ini akan menjawab bahawa Allah tuhan saya. Ingat tuan-tuan, bukan mulut saya yang jawab. Tapi amalan.

Hari ini jika saya amal sunnah Nabi SAW, maka dalam kubur kelak amal ini akan menjawab persoalan Nabi SAW adalah Nabi saya yang saya sanjung. Contohnya saya memelihara janggut kerana saya menyanjung Nabi saya. Saya bersugi dan meniru-niru cara Nabi berpakaian sentiasa, bukan sewaktu bersolat saja. Saya menutup kepala sentiasa sebagai contoh.

Hari ini jika saya jumpa orang Islam saya bagi salam, maka amalan ini akan jawab persoalan siapa saudara saya. Saya tunaikan hak-hak mereka maka amal ini akan menjawab persoalan tersebut.

Dan begitulah seterusnya soalan-soalan lain.

Tapi jika saya sekadar tahu, tapi belum beramal, maka belum cukup berilmu bagi saya. Tak ada manfaat malah akan dipersoalkan pula di hari kemudian.

...

Hari ini, bila kita mempelajari Sains, Matematik, Fizik dan sebagainya tanpa asas ilmu yang sebenarnya maka kita akan lebih mendekati asbab. Maka mulalah keyakinan kita akan berpegang 'buat ini akan jadi begitu, buat itu akan jadi begini'.

Sebab itu diajar agar jadi berilmu dahulu baru didatangkan dengan maklumat kerana maklumat tanpa ilmu hanya akan membawa kesesatan.

Bila hendak makan dibaca doa makan, barulah makannya dengan berilmu yang tahu bahawa Allah SWT yang memberi kekenyangan.

Bila hendak tidur bangun tidur, dengan doa mengiringi barulah manusia faham bahawa yang menghidup dan mematikan itu adalah Allah.

Padahal pemuda Al-Kahfi yang tidak makan dan tidurnya beratus-ratus tahun masih lagi hidup sihat walafiat.

Tanpa asas ilmu, maka sukar untuk kepala otak kita yang bijak laksana ini hendak mengekstrak dari sudut Sains bagaimana pemuda Al-Kahfi ini masih boleh hidup walaupun tak makan beratus tahun. Bagaimana pisau yang tajam tidak dapat membelah leher Ismail AS. Bagaimana api yang marak tidak dapat membakar tubuh Ibrahim AS. Bagaimana Maryam AS menikmati buah-buahan yang bukan musimnya hanya dengan berzikir di mihrabnya tanpa perlu pergi ke pasar untuk membeli.

Tuan-puan semua menganggap Sains dan Matematik itu ilmu kerana pada diri tuan-puan sudah ada asas ilmu, sudah faham tentang iman. Sebab itu tuan-puan boleh mengaitkan hubungan Sains tersebut dengan ilmu Allah. Padahal masih banyak cendiakawan, saintis dan ahli matematik barat yang belum beriman walaupun mereka tahu berbagai-bagai jenis persoalan. Adakah mereka ini sudah berilmu? Bolehkah mereka digelar alim (orang yang berilmu)?

Maka semakin kita mempelajari sesuatu maklumat dan kemahiran tanpa asas ilmu, ini akan lebih membawa kesesatan. Semakin percaya dan percaya dengan asbab.

...

Umat hari ini jauh daripada nusrah Allah SWT kerana meninggalkan sunnah Nabi SAW. Lebih banyak mencari asbab dunia dahulu baru dicari Allah.

Maka apabila manusia mencari kepada makhluk dahulu, Allah SWT akan lepaskan pergantungan manusia kepada makhluk yang dicarinya. Lalu makhluk itulah yang akan menyelesaikan masalah mereka (walhal haikatnya Allah jualah yang menyelesaikan).

Orang kafir tahu nilai iman ini. Bila asbab berlawan dengan asbab, maka asbab yang kuat akan menang. Tapi bila asbab berlawan dengan iman, asbab tidak akan pernah menang. Sebab itu ditanam dalam kepala otak umat hari ini agar mempelajari teknologi itu dan ini. Kata mereka, "Datanglah kepada kami, datanglah! Kami akan tunjukkan kepada anda segala penyelesaian masalah hari ini."

Kita lihat saja dalam Perang Badar yang mana orang Islam tanpa teknologi yang canggih seramai 313 orang mampu menewaskan tentera kafir yang hebat dan seramai 1000 orang.

Tapi hari ini Jepun tumpas dalam Perang Dunia Ke 2 kerana yakin bom atom berkuasa. Digertak sedikit bahawa Amerika ada lagi dua tiga biji bom yang tunggu masa nak landing. Padahal bom atom itu hanya boleh meletup dengan izinNya.

Kita kembali kepada teknologi zaman Nabi dan Sahabat RHUM. Hadiah Nobel apa yang mereka ada? Kajian saintifik apa yang mereka usahakan?

Tidak ada apa-apa melainkan teknologi iman. Bagaimana hujan dapat diturunkan pada musim kemarau dengan perantaraan solat, bukan awan tiruan. Gempa bumi dapat dihentikan hanya dengan hentakan kaki Umar RA. Api yang keluar dari gunung dapat dihalau masuk semula oleh Tamim Dari RA seperti orang yang menghalau kambing. Sungai Nil yang kering tandus mengalir dapat mengalir semula hanya dengan seutus surat perintah dari Umar RA dan insyaAllah tidak akan kering sampai bila-bila.

Padahal waktu itu penduduk di situ bertahun-tahun yakin dengan asbab bahawa apabila dikorbankan gadis barulah sungai tersebut mengalir.

Kalau nak cerita banyak lagi ni. Kisah macam mana Saad bin Abi Waqas RA merentasi Sungai Najlah dengan kuda berjalan di atas air. Mesin gandum Ali RA berputar sendiri tak henti-henti dan bermacam-macam lagilah. Oh! Ilmu Sains tahap keberapakah ini yang dapat menjelaskan fenomena ini? Tak tercapai dek akalmu.

Malas dah abang nak layan adik-adik semua. Itulah abang ajak adik ikut abang keluar jalan-jalan belajar ilmu, adik tak nak. Adik kata abang berdakwah tak ada ilmu. Betullah tu. Adik memang bijak laksana. Siapalah abang ni. Dulu mat rempit, mat ganja, kaki pukul orang, kaki clubbing, kaki tonggang, SPM pun tak lepas. Banyak manalah sangat ilmu yang abang ada nak dibandingkan adik-adik yang masuk universiti sampai ke PhD. Ye dak?

Apa-apa pun, ilmu tanpa zikir adalah sombong dan zikir tanpa ilmu adalah sesat. Abang minta maaflah andai terkasar bahasa dan tak berhikmah dalam penyampaian. Moga Allah bagi kita semua kefahaman sepatutnya mengikut kadar korban kita.

Satu petikan ringkas,

Apabila telah meperolehi ilmu, 3 perkara penting akan dicapai;

  1. Keyakinan di dalam hati
  2. Beramal dengan ilmu tersebut
  3. Menyampaikan ilmu tersebut ke seluruh alam
Apabila kita usaha mencapai 3 perkara yang dibawa oleh Rasulullah SAW ini, maka kebatilan zaman ini akan hancur berkecai seperti Rom dan Parsi. Dajjal akan muncul dengan segala kekuatan besarnya yang tidak ada tandingan pada masa itu. Waktu itu Imam Mahdi akan terbit dari bumi dan Nabi Isa AS akan terbit dari langit. Mereka berdua akan berusaha terhadap ilmu anjuran Rasulullah SAW. Kemudian Allah SWT akan musnahkan kekuatan Dajjal.

Perkara ini pernah terjadi dan akhirnya akan kembali terjadi. Mengapakah kita bimbang hal ini terjadi? Memang ianya boleh terjadi sekarang, syaratnya berusaha sehingga mencapai tahap pengorbanan Nabi SAW dan para sahabatnya. Dengan amalan Rasulullah SAW, Allah SWT akan kurniakan kekuatan yang lebih hebat dari bom atom. Setiap amalan Rasulullah SAW boleh menjadi asbab menukar keadaan alam. Asbab Solat Istisqa boleh menukar keadaan tanah; Solat Gerhana boleh menukar keadaan langit; Solat Hajat boleh menukar keadaan yang tidak sesuai sama ada untuk perseorangan atau ramai; dengan isyarat jari telunjuk Rasulullah SAW bulan boleh terbelah dua.

Jelas bahawa setiap amalan Rasulullah SAW tersimpan kekuatan yang hebat. Isyarat Rasulullah SAW adalah taqwini amal beliau. Kekuatan juga tersimpan dalam tasyri'e amal beliau. Pada masa ini mereka yang memerintah tidak menuju kepada tujuan ini. Mereka berkata, "Quran dan hadith bukan untuk maksud ini." Quran adalah penunjuk yang menentukan kemuliaan dan kehinaan seseorang.

"The peak of technology is the beginning of dajjal."

p/s: Orang yang meninggalkan blog gua waktu azan berkumandang adalah tanda orang itu berilmu. Sekian!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

38 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam keadilan!

Apa khabar brader-brader sekalian? Kenyang makan limau? Di samping makan limau, banyak juga kenduri kahwin untuk dimakan pada cuti kali ini.

Seperti biasa memang sukar untuk kita nak melawan persepsi manusia yang sudah lama berorientasikan dengan adat. Walhal hakikat syariat tidak pula dititik beratkan.

Beberapa perkara boleh dikenal pasti di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Pembaziran berleluasa dari segi hantaran dan majlisnya. Termasuk juga tabbaruj, bersanding berpelamin dan sebagainya.

Husaini said... [Reply]

Tahniah bijen..jawapan yg bernas untk komen2 post sblm ni..moga Allah kekalkan kita dgn kefahaman agama, dan terus bagi kita kefahaman nabi2 dan rasul2..dulu ada dgr bayan maulana hamid kat SP, dia ckp yg menghubungkan ilmu dgn amal adalah iman semata2..kalo iman xdak atau lemah, ilmu tu stakat jadi info je n xdpt bg manfaat pon kat manusia dunia dan akhirat..the rest sume da diexplen dlm post ni..hikmah bebenor.. :)

Anonymous said... [Reply]

Sebab tu kalau doctor atau lain profession, belajar tinggi mana pun, dia tak dipanggil Ulama'. Hanya dipanggil Doktor Pakar atau lain-lain. Nampak macam dia berilmu, tapi sebenarnya dia hanya punya kepakaran atau kemahiran dalam bidang tertentu.

Di Malaysia, doctor yang ada taraf Ustaz mungkin Dr. Danial, Dr. Jamnul, dan beberapa lagi. Kalau di Timur Tengah sangat ramai. Tag nama doctor lelaki, selalunya mesti ada alif dan dal kat depan nama diorang, stand for Ustaz Duktur. Sheikh Dr. Yusri, seorang Pakar Bedah, dalam masa yang sama mengajar bermacam kitab agama di Masjid Azhar. Orang Malaysia tak ramai macam tu. :(

Btw, penjelasan yang sangat berhikmah. Tahniah!

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

:))

*rasa nak gelak pun ada*

Tengok tu.. Dah cakap kan takmo cynical.. And dah bagitahu kan saya clearly faham and agree apa actually awak nak cakap.. Awak pun tahu kenapa saya comment macam tu.. Wuu..

Okay lah. Ni dah sangat2 lulus berlembut:))

*berhikmah*

AhmadFarhi said... [Reply]

terbaik bro, gua puas entri kali nie , boleh gua bt isi dalam bayan gua , :)

fuad ansari said... [Reply]

:) (memberi komen dengan berhikmah) (",)

mmg tak sama ilmu yang dipelajari berasaskan iman dan yakin yg betul berbanding ilmu yang dipelajari utk mencapai matlamat dunia dan pujian manusia semata2..

Anonymous said... [Reply]

Assalamualaikum

Saya setuju benar dengan entri saudara ini. Tapi, tak tau kenapa, saya rasa ada sesuatu yang tak kena, walaupun saya dah baca berulang kali. Puas saya fikir, akhirnya Allah bagi paham.

Pada otak saya pula, definisi ilmu adalah "tahu". Bila seseorang itu tahu bezakan baik buruk, dia seorang yang berilmu. Bila seorang itu tahu bersuci selepas istinjak, dia juga berilmu. Bila seorang itu tahu minum bila dahaga, tahu makan bila lapar mengikut masanya, dia juga seorang yang berilmu. Ilmu ini luas, tidak meliputi subjek agama sahaja. Malah untuk memenuhi keperluan harian juga perlu ilmu. Hakikatnya, Allah Taala sahaja lah yang bersifat dengan sifat "'Ilmun".

Saya minta maaf, izinkan saya petik tulisan saudara: "Maka semakin kita mempelajari sesuatu maklumat dan kemahiran tanpa asas ilmu, ini akan lebih membawa kesesatan. Semakin percaya dan percaya dengan asbab."

Saya tidak rasa begitu. Saya sudah saksikan sendiri, bagaimana orang yang tidak beriman, yang mengkaji secara detail pasal anatomi manusia, akhirnya akur bahawa, segalanya hanya mungkin berlaku dengan kuasa Tuhan. Tidak semestinya bila belajar ilmu biologi tanpa iman, akan membawa kesesatan. Sebaliknya, dengan ilmu biologi jugalah, manusia makin kagum dengan kehebatan Pencipta, akhirnya membawa kepada iman.

Benar kata saudara. Sahabat-sahabat Rasulullah, banyak perkara-perkara pelik yang berlaku, yang tidak dapat dijelaskan dengan ilmu Sains. Pada pendapat saya, semua itu masih diluar pengetahuan manusia lagi, dan tidak mungkin, suatu hari nanti, dapat dijelaskan dengan ilmu. Contohnya, sewaktu isra' mikraj Rasulullah SAW, baginda dapat melihat perkara yang telah berlaku dan akan berlaku. Zaman dahulu, itu tidak dapat dijelaskan bagaimana Rasulullah dapat lihat semua itu. Tapi hari ini, kita boleh jelaskan bagaimana Rasulullah boleh lihat semua itu. Apabila bergerak lebih dari kelajuan cahaya, maka seseorang boleh pergi zaman lampau dan akan datang. Sudah tentu, semuanya dengan izin Allah.

Kehebatan Rasulullah memang tidak disangkal. Malah, apa yang saudara ceritakan adalah mukjizat Rasulullah, yang Allah bagi, untuk membezakan Nabi dan umat biasa. Kelebihan sahabat-sahabat Rasulullah disebabkan mereka bersama Rasulullah, pernah melihat Rasulullah. Tetapi kita? Kita hanya dengar-dengar pasal Baginda. Kita hanya tahu sikit pasal baginda. Pengetahuan kita tentang Baginda dan sahabat-sahabat sangat terbatas. Dan apa yang kita dengar harini, adalah daripada orang-orang terdahulu, yang mana ada cerita yang diceritakan, dan tidak semua cerita yang diceritakan. Kita tidak tahu. Allah sahajalah yang mengetahui.

Izinkan saya untuk petik sikit tulisan saudara. "Sebab itu ditanam dalam kepala otak umat hari ini agar mempelajari teknologi itu dan ini". Benar kata saudara. Tapi apa yang saya faham, belajar itu adalah atas dasar usaha.

Anonymous said... [Reply]

Situasi 1: Saya mahu diri saya dan seluruh orang Islam di kampung saya sama-sama solat awal waktu berjemaah. Bolehkah ini terlaksana berbekalkan iman yang tinggi sahaja? Kalau iman saya tinggi, mungkin saya boleh. Tapi orang lain? Saya masih perlu usaha bukan, pergi ke lorong-lorong untuk ingatkan diri dan orang lain untuk dekat kepada Allah.

Situasi 2: Saya mahu jadi Hafiz. Tapi kalau iman saya saja tinggi, masih belum mampu lagi jadi Hafiz. Sebaliknya, saya kena usaha untuk hafaz Al Quran selama beberapa tahun.

Situasi 3: Saya mahu bina jambatan untuk memudahkan orang menyeberangi sungai, untuk pergi ke Masjid, kerana orang-orang zaman sekarang tidak mampu menyeberangi sungai hanya dengan berjalan kaki. Jadi saya perlu usaha, belajar ilmu Civil Engineering untuk memudahkan mereka.

Situasi 4: Saya mahu bantu orang yang berikhtiar untuk sembuh dari penyakit, agar boleh beribadah dalam keadaan selesa. Maka saya perlu belajar ilmu perubatan.

Situasi 5: Saya mahu orang-orang diluar mekah datang ke mekah dalam masa singkat kerjakan ibadah haji. Atau saya mahu orang-orang boleh datang ke Tonggi untuk dengar kata2 ulamak. Maka saya perlu usaha belajar ilmu aviation engineering untuk cipta kapal terbang.

Saya rasa cukuplah dengan 5 situasi ini. Yang mana asasnya sama, iaitu usaha. Sebab usaha itu juga adalah sunnah Rasulullah. Izinikan saya untuk sertakan sedikit penulisan yang saya jumpa sewaktu saya dibelenggu tanda tanya.

Anonymous said... [Reply]

"Sunnah Rasulullah saw memerintahkan kita memperhatikan usaha dan sebab akibat

عَنْ أنَس بْن مَالِكٍ يَقُولُ: قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ قَالَ ((اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ)) (رواه الترمذي وحسنه الألباني)

Dari Anas bin Malik ra berkata: Seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah saw: “Apakah aku ikat untaku dan bertawakkal atau aku biarkan dan bertawakkal?” Rasulullah saw bersabda: “Ikatlah dan tawakkallah !” (HR. Tirmidzi dan dihasankan oleh Al-Albani).

((لَوْ تَوَكَّلْتُمْ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُو خِمَاصاً، وَتَرُوحُ بِطَاناً)) (رواه الترمذي عن عمر بن الخطاب)

Jika kalian bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang benar pasti Dia member rizki kepada kalian seperti ia memberi rizki kepada burung yang terbang di pagi hari dalam keadaan keadaan perut yang kosong dan pulang sore hari dengan tembolok penuh. (HR Tirmidzi dari Umar bin Khottob)

« إِنْ قَامَتِ السَّاعَةُ وَبِيَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لاَ تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَفْعَلْ ». (رواه أحمد)

Bila datang kiamat sementara di tangan salah seorang diantara kamu ada anak pohon kurma, jika ia mampu menanam sebelum terjadi kiamat maka lakukanlah. (HR. Ahmad, diriwayatkan pula oleh Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad).

Bagi para peneliti sirah Rasulullah saw, amat jelas terlihat bahwa beliau adalah orang yang sangat memperhatikan usaha, dan persiapan matang terutama dalam ghazawat dan saraya beliau. Rasulullah saw memperhitungkan betul ihthiyath lazimah (persiapan dan antisipasi kebutuhan) bagi keselamatan pasukannya, mengirimkan mata-mata untuk mengetahui keadaan musuh dan kelemahan mereka.

Anonymous said... [Reply]

Perhatikan bagaimana Rasulullah saw saat hijrah ke Madinah, beliau membuat perencanaan yang matang dengan urutan dan logika berpikir sempurna. Rasulullah menyiapkan Ali bin Abi Thalib untuk tidur di tempat tidurnya, mengajak Abu Bakar sebagai pendamping perjalanan, menentukan penunjuk jalan (Abdullah bin Uraiqith), menuju gua Tsaur yang arahnya berbeda dengan Madinah, bermalam di sana, menyiapkan pengantar bekal makanan ( Asma binti Abi Bakr), menentukan orang yang menghapus jejaknya (‘Amir bin Fuhairah),… Setelah itu semua, sementara musuh tetap berhasil mengikuti beliau hingga mulut gua Tsaur, di sinilah pentingnya penyerahan total kepada Allah dan tidak pernah bergantung kepada usaha, Rasulullah saw bersabda dengan tawakkal yang sempurna:

يَا أَبَا بَكْرٍ مَا ظَنُّكَ بِاثْنَيْنِ اَللَّهُ ثَالِثُهُمَا ؟ (رواه مسلم)

Wahai Abu Bakar, apa dugaanmu atas dua orang sementara Allah bersama mereka?

“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan kalimat orang-orang kafir itulah yang rendah, dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah (9): 40).

Semua itu adalah bukti bahwa sunnah Rasulullah memerintahkan kita untuk memperhatikan sebab-sebab kemenangan disamping penyerahan diri total kepada Allah swt.

Tawakkal para sahabat, tabi’in dan para ulama

Umar bin Khattab ra melihat sekelompok orang yang sedang duduk-duduk di masjid setelah shalat Jum’at, lalu beliau mengingkari mereka sambil berkata:

لاَ يَقْعُدَنَّ أَحَدُكُمْ عَنْ طَلَبِ الرِّزْقِ، وَيَقُولُ: اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي، وَقَدْ عَلِمَ أَنَّ السَّمَاءَ لاَ تُمْطِرُ ذَهَباً وَلاَ فِضَّةً! إِنَّمَا يَرْزُقُ اللهُ النَّاسَ بَعْضَهُمْ مِنْ بَعْضٍ. أَمَا قَرَأْتُمْ قَوْلَ اللهِ تَعَالَى: (فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلاَةُ فَانْتَشِرُوا فِي الأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللهِ)؟ (الجمعة: 10)؟

“Janganlah salah seorang diantara kamu menganggur (tidak mencari rizki) lalu hanya berkata: Ya Allah, berikan aku rizki. Padahal ia tahu bahwa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak! Allah memberi rizki kepada orang dengan perantara orang lain (baca: muamalah). Tidakkah kalian membaca ayat (yang artinya): “Apabila telah ditunaikan shalat Jumat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Al-Jumu’ah (62): 10).

Anonymous said... [Reply]

Yang tidak boleh terjadi dan merusak tawakkal adalah jika hati terpaut dengan usaha semata, dan bergantung hanya kepadanya, melupakan Pencipta sebab akibat, lupa bahwa sebab dan usaha tidak pernah berpengaruh dengan sendirinya. Banyak faktor-faktor keberhasilan yang berada di luar jangkauan usaha manusia dan di sinilah ia membutuhkan tawakkal kepada Allah dan tidak boleh bergantung sama sekali dengan usahanya. Seorang petani hanya bisa memilih bibit yang baik, menanamnya di tanah yang subur, menyirami dan memberi pupuk serta menjaganya dari hama, tetapi ia tidak berkuasa mengendalikan apa yang terjadi di dalam tanah, mengatur angin dan cuaca, atau bencana alam yang mungkin saja menimpa tanamannya. Semua itu mengharuskannya menyerahkan segala urusannya kepada Allah semata setelah ia mengerahkan daya dan usaha secara optimal.

Dikisahkan tentang Syaqiq Al-Karkhi bersama kawan karibnya Ibrahim bin Adham. Syaqiq yang merupakan seorang ahli ibadah dan zuhud berpamitan kepada Ibrahim bin Adham untuk perjalanan dagang yang cukup jauh dan lama. Namun baru beberapa hari, ia telah kembali sehingga Ibrahim heran dan bertanya tentang alasannya kembali dengan cepat sebelum menyelesaikan urusannya.

Syaqiq bercerita bahwa ketika ia sedang beristirahat di perjalanan dan memasuki tempat buang hajat ia melihat seekor burung yang buta dan lemah tak dapat terbang. Timbullah rasa iba pada dirinya sambil bergumam: “Dari mana burung ini akan mendapat makanan?” Tak lama berselang datanglah seekor burung membawa makanan dan memeberikannya kepada burung yang lemah tak beradaya itu. Hal ini diperhatikan oleh Syaqiq selama beberapa hari. Akhirnya Syaqiq berkata: “Sesungguhnya yang telah memberi rizki kepada burung butuh tak berdaya ini pasti mampu memberi rizki kepadaku.” Lalu ia memutuskan untuk kembali dan membatalkan perdagangannya.

Di sinilah Ibrahim bin Adham berkata: “Subhanallah Wahai Syaqiq! Mengapa engkau rela hanya menjadi burung yang buta dan lemah yang menanti bantuan burung lain? Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang berusaha mencari makan dan kembali dengan bantuan untuk saudaranya yang lemah. Tidakkah engkau tahu bahwa Rasulullah saw bersabda:

((اَلْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى))

“Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.” Hadits shahih muttafaq alaih dari Ibnu Umar dan Hakim bin Hizam radhiyallahu ‘anhum.

Syaqiq mencium tangan Ibrahim bin Adham lalu berkata: “Engkau guru kami wahai Abu Ishaq.” Allahu a’lam (bersambung) (dkwt)" - Dipetik dari http://alhikmah.ac.id/2011/tawakkal-dengan-sebenarnya-bag-2/

Jadi saudara, belajar ilmu-ilmu Sains, Matematik dan sebagainya adalah usaha kita juga ikut sunnah Rasulullah. Ikut sunnah dalam erti kata, berusaha.

Anonymous said... [Reply]

Sebab, dalam membentuk negara Islam, diantara kita, ada yang akan usaha menjadi ahli ekonomi, ahli tabligh, ahli pentadbiran, ahli teknologi, yang mana semuanya memerlukan ilmu. Sangat meluas. Tidak dihadkan hanya kepada menjadi ahli tabligh sahaja.

Saya minta maaf andaikata apa yang ditulis ini tidak menyenangkan saudara. Dan terlalu panjang. Cuma saya rasa, ada sesuatu yang kurang kena dengan penulisan saudara, yang mana dengan izin Allah, saya dipanggil untuk beri comment.

Moga Allah beri saya, saudara dan seluruh umat akhir zaman faham.

Jazakallah.

Anonymous said... [Reply]

Kisah Maryam A.S : http://quranterjemahan.blogspot.com/2010/07/cerita-nabi-4.html

Untuk fahaminya, perlukan ilmu. Takut nanti kita hanya beramal tanpa ilmu. Takut kita tak usaha, sebaliknya letak 100% pada Allah S.W.T.

Takut kita salah beri info pada orang. Melainkan kita benar2 faham, dan info yang kita ada adalah sahih. Taknak nanti orang hanya duduk di rumah, zikir dan doa sahaja pada Allah, dengan harapan rezeki datang bergolek. Manakan mungkin tanpa usaha. Walau sedikit pun.

Wallahualam.

Aishah Nur Hakim said... [Reply]

cik tanpa nama yang komen panjang,
awak buat saya pening malam2. >_<

aduhai.

ok takpe.

nak tanya encik hafiz,
tahu tak kisah dalam perang badar yang rasulullah saw berkata (lebih kurang): "Ya Allah..Jika pasukan muslim ini kalah hari ini, Engkau tidak akan disembah lagi di atas muka bumi". (Ada dalam Al-Raheeq ul Maktum)

Aishah nak tahu sangat la hikmah kisah ni. Aishah belum faham.
Apa baginda rasa saat menuturkan kalimat sebegitu?

maaf kalau luar tajuk, sebab kamu ada sebut perang Badar..tu teringat.

:)
jzkk.


oh ya, cik tanpa nama....
ingat tak kisah Ibrahim as yang meminta 'tanda' agar hatinya tenang.
ilmul yaqeen
ainul yaqeen
haqqul yaqeen


tata!

Pencari ALLAH said... [Reply]

Jalankan tanggungjawab berterusan jika itu adalah kebenaran.

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

Nak tolong jawab yang Aishah tanya, tak pe tak..^^

Period of the battle of Badr was the period of jahiliyyah. Memang "tak ada" Islam (selain bangsa Arab, bangsa yang tengah "naik" waktu tu ialah Bangsa Rome, Parsi, dan India yang sangat2 civilized tapi sangat2 jahil).

Islam mula tumbuh balik di tanah Arab dgn usaha Rasulullah n orang2 yang super core yang sedikit (sahabat2 yang ikut perang Badar tu). That time, selain dyorang yang sangat minority, orang lain tak beriman lagi.. So kalau dyorang kalah Perang Badar i.e Rasulullah n sahabat2 ni dibunuh, memang tak ada dah la orang yang nak sampaikan risalah Allah..

Bijen M. said... [Reply]

@Husaini
Ustaz Hamid baru dilantik jadi Syura Malaysia waktu mesyuarat di Tonggi baru-baru ni.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Jangan dilupa Dr. Asri.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
:))
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@AhmadFarhi
Erk!
Jangan!
Nanti lu kena pancung kat situ gak nanti dengan orang kampung.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Alhamdulillah.
Cukup berhikmah komen saudara.
(^^,)v

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Alaikum salam.
Semoga Allah merahmati kalian.
Anda dah baca berulang kali, akhirnya Allah dah bagi faham?
Alhamdulillah.
Bak kata Pencari ALLAH, Penerimaan kita berkadar dengan ilmu yang kita ada, ALLAH bagi faham takat itu saja, maka jadilah ia.
ALLAH bagi faham setakat yang kita mampu faham tanpa melihat dari luar kotak pemikiran tanpa izinNYA.

Dalam post di atas, saya tak suruh baca doa makan lalu tinggalkan makanan.
Juga saya tak suruh baca doa tidur, kemudian masih mengadap laptop.
Kemudian hal yang sama, tak juga saya suruh baca doa naik kenderaan dan menunggu angin hantarkan saya KL dengan sekelip mata.
Tapi beza orang berilmu dengan orang tak berilmu, bila dia buat sesuatu dia letak yakin dan percaya dia pada zat Allah dengan penzahiran melalui amalan doa misalnya.

Macam inilah tuan/puan.
Mungkin yang anda tulis betul dan saya silap.
Mungkin juga apa yang saya tulis betul untuk diri saya dan silap untuk anda.
Maka semoga kita masing-masing dikurniakan kefahaman sebaiknya mengikut apa yang kita faham.
Jzkk.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Aishah Nur Hakim
Oh Puan Pqa sudah jawab.
Begini cik Aishah.
Itu doa Nabi SAW sebelum Perang Badar berlangsung iaitu selepas segala persediaan rapi telah diusahakan.
Abu Bakar RA datang kepada Baginda dan berkata, "Sudahlah. Kamu tak putus-putus berdoa kepada Tuhanmu. Allah pasti akan memenuhi janjiNya."
(Sebenarnya doa tu ada lagi ayat di awalnya)

Flashback balik peristiwa Nabi SAW bertahajud sampai bengkak kaki.
Yang ditanya isterinya bakpe asek solat lagi padahal sudah dijanjikan syurga.

Itu doa Nabi SAW sebagai tanda pengharapan dan pergantungannya kepada Allah kerana dia tahu Allah SWT yang berkuasa atas segala sesuatu, bukan asbab.
WA.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
:)
(Hikmah)

As said... [Reply]

Adab bersahabat senantiasa berbaik sangka. Adab berjamaah senantiasa bermusyawarah. Adab berjuang senantiasa istiqamah. Adab berkhilaf senantiasa berlapang dada. Adab bertelagah jangan melampau. Adab mengkritik jangan mencerca. Adab berdakwah jangan berkasar. Adab menilai jangan bias. Adab bujang, kahwin cepat atau puasa. Adab tandas beralas kaki tutup kepala dan sebagainya.

Paling penting hiduplah mengikut adab yang Islam gariskan. Ada asas iman teguh di hati kawan-kawan, sudah cukup indah. Moh sampaikan haq dan batil pada masyarakat pulak. Pasal furu' jom doa Allah bagi kefahaman pada yang terbaik di sisiNya. Tak kita tahu banyak mana atau sikit mana ilmu kita yang membawa pada penerimaan kita. Allah knows all.

Jom fikir risau pasal ummat. :)

WA.

AhmadFarhi said... [Reply]

gua nak bgi bayan kat arab2 mesir ja..

Anonymous said... [Reply]

Good one Beej!

And the anonymous guy that wrote a verrryyyy long comment, he made some good points too. It's something for us to ponder.

Anyways Beej, may the force be with us. Yeah!

Norsha said... [Reply]

"Abang minta maaflah andai terkasar bahasa dan tak berhikmah dalam penyampaian"

~ don't worry bijen, mereka semua maafkan hang ~

Bijen M. said... [Reply]

@As
Bersangka baik dengan komen ni.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@AhmadFarhi
Pehh!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Yeah, good point.
Agree!

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Hehek!
Cuti panjang ni tak keluar ke macik?

Umma-ali said... [Reply]

aslm, mcik bru blik dr ngri 9... suke bc, komentar pun bole thn gak... emm quoting somebody, 'klu masuk tandas kencing berdiri, tak payahla nk citer psl negara islam...'
tanpa nm, usaha dan tawakkal tak sama dgn usaha kemudian tawakkal, sbb tu dlm hadith2 tu mention, watawakkal bkn summa tawakkal...
berusaha n serah pd allah krn usaha adalah sunnah, asbab coz this dunya is darul asbab...
on the other hand, summa tawakkal means after i hav done my part, ok now let Allah do His Part controlling the weather, the soil etc2...so are u a partner of Allah or some sort like that?
qul huwallahu ahad, Allahus somad!

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Pehh!
Josh makcik ni baru balik.
Hak hak!

Mohd Firdaus@surfingpanda said... [Reply]

Assalamualaikum

Saya baca banyak kali dan akhirnya saya faham jugak apa yang tuan ingin sampaikan.sesungguhnya tiada apa yang terdaya didunia ini selain semuanya dengan kekuatanNya,dayaNya dan juga izinNya.hidup kita hanya berpaksi pada Allah Yang Satu dan Dialah juga yang mengizinkan kita untuk berpaksi padaNya dan kekal disitu insyaAllah

Alhamdulillah dan terima kasih pada tuan :)

Bijen M. said... [Reply]

@Mohd Firdaus@surfingpanda
MasyaAllah.
Semoga kita semua sama-sama dapat amal.
:)

matBom said... [Reply]

sesuai dgn tajuk Perbicaraan tingkat tinggi..berbagai komen dan pandangan di beri..namun belum ada yg betul memahami spa yg cuba disampai kan oleh penullis..tidak ada sorang pun yg menyentuh tentang zikir yg ditulis oleh penulis..pemahaman tidak akan smpai selagi kita tidak duduk berzikirullah yg disaran penulis..selagi akal digunakan tak akan paham..dalam zikirullah itu lah kepahaman akan sampai..hanya tau takan paham
..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...