31.1.12

Kluk tuteetuuteet! Kluk tuteetuuteet!

Kluk tuteetuuteet! Kluk tuteetuuteet!

Tiba-tiba nada dering Skype yang keluar dari speaker iPad yang Nordin pinjam dari Pak Ya mengganggu perbualan mereka.

"Eh mak?!" Nordin menjerit dari dalam hati.

"Pok Ya kejap eh. Saya nak jawab telepon ni. Mak telepon. Kang tak angkat dosa."

"Haa! Sila sila."

"Nanti lambat-lambat saya jadi macam kisah ahli ibadat yang tak jawab panggilan mak dia tu sebab sibuk sangat beribadah. Nak mati pun susah," sambung Nordin.

"Haa! Yelah. Jawablah cepat makhluk!" balas Pak Ya.

"Erk! He he. Baik baik."

Ktuiitt!

Nordin menekan butang simbol telefon kaler hijau tanda bersetuju menyahut panggilan telefon berkenaan.

"Yo mak! Wasap?!" Nordin bersuara.

"Eh! Tak kena gaya pulak. Assalamualaikum mak. Apa habaq?" Nordin membetulkan semula greeting-nya.

"Haa waalaikumsalam. Habaq baik. Hang apa habaq? Macam mana dok kat sana? Seronok ka?"

"Heheh! Macam tulah mak. Nak kencing berak kat sini payah sikit. Anti-graviti kan. Ayaq kencing dok terapung-terapung ja. Tapi art-lah jadi bentuk dia. Heheh!"

"Ceh! Takdak benda lain ka hang nak habaq?"

"He he he! Ni mimpi apa ni telepon?"

"Tak dak apa. Nak habaq ada orang mai nak meminang hang."

"Lahh! Sapa pulak? Habaq kat dia tunggu orang turun bumi nantilah. Rilek dulu. Tak habis pusing lagi kat atas ni."

"Banyaklah hang. Orang mai meminang hang nak juai mahai pulak."

"Lahh mak. Kalau dah rezeki dan jodoh tu, tetap dapat jugak. Tak kat sini, kat syurga nanti. Ce positip siket."

"Hah! Ikut hanglah. Hang buatlah keputusan terbaik. Istikharahlah apa yang patut."

"Heheh! Oke! Nanti orang habaq lain. Okemak! Orang nak skodeng makhluk asing ni. Jaga iman, jaga amal, jaga abah. Nanti orang kirim poskad noh. Mintak-mintak ada posmen baik hati nak pi hantaq."

"Haa yelah. Oke! Hang pun sama. Jaga iman, jaga amal, jaga mata!"

"Oret bebeh! Salam 1Angkasa!"

"Bereh! Chalow!"

...

Nordin tepuk dahi. Inilah akibatnya bila tak tawajuh jaga amal. Ada saja tarikan-tarikan suruh balik.

"Hmm...," Nordin fikir panjang apa yang harus dibuatnya sekarang.

Nordin mengalihkan pandangannya ke arah tingkap lagi sekali bagi meng-ushar bulan.

(Bagi yang baru membaca dan tak faham, sila rujuk siri Kembara Bulan di ruang sebelah kanan blog!) 

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

17 comments:

Anonymous said... [Reply]

Kluk tuteetuuteet! Kluk tuteetuuteet!

Tiba-tiba nada dering Skype yang keluar dari speaker iPad yang Nordin pinjam dari Pak Ya mengganggu perbualan mereka.

"Eh mak?!" Nordin menjerit dari dalam hati.

"Pok Ya kejap eh. Saya nak jawab telepon ni. Mak telepon. Kang tak angkat dosa."

"Haa! Sila sila."

"Nanti lambat-lambat saya jadi macam kisah ahli ibadat yang tak jawab panggilan mak dia tu sebab sibuk sangat beribadah. Nak mati pun susah," sambung Nordin.

Noorieda said... [Reply]

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Wah..sungguh hebat imaginasinya...

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

tinggi juga tamsilan nie..ape2 nasihat buat aku juga yang hati keras nie..makseh yee..

fuad ansari said... [Reply]

kira ok la.. nordin dipinang.. jarang nak dapat orang laki kena pinang..

mujuq mak nordin tak habaq, "kalau hang kata setuju, satu rombongan pi bulan.. kawin kat bulan.. tu pun hang tak mau lagi ka?? awat, hang nak kawin dengan alien ka?"

nordin taknak digandakan pahala ke? (",)

Pencari ALLAH said... [Reply]

Benda baik cepat-cepatkan, benda buruk jauh-jauhkan.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Tahniah jen. ;) Kau dulu lah nampaknya.

Norsha said... [Reply]

untunglah hang, tu la nak habaq, takkan lari bumi dikejar, hang doklah puas2 kat bulan dulu, pastu turun kat bumi jangan lupa jemput kami...sapalah agaknya sidia tu...?

Bijen M. said... [Reply]

@Noorieda
Alaikum salam.
Khayalan tingkat tinggi.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@Anak Pendang Sekeluarga
Alhamdulillah.
Semoga sampai maksudnya.

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Ha ha ha.
Sapa takmo pahala dilipat 70 kali ganda.
Tapi itu bukan maksudnya cerita tu.
:)

Ce cari moral of the story cerita di atas.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Semoga Allah sentiasa memudahkan perkara yang baik dan menjauhkan kita dari perkara yang tidak baik.
Ameen.

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Tolong jangan buat kesimpulan awal ye.
Sila cari moral dalam cerita di atas.
Bukan jalan ceritanya yang nak disampaikan.

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Mana ada.
Ni cerita rekaan saja.
Heh!

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Apa moralnya? Kencing kat bulan dalam botol supaya tak terbang2? Haha!

Jangan terburu2 menyambut risikan? Hehh.

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
1. Jawab panggilan mak bapak lebih utama. Berbakti kepada orang tua lebih utama dari berjihad.

2. Cakap dengan orang tua, bersopan.

3. Kalau dah jodoh, rezeki, Allah dah tetap. Takkan ke mana.

4. Buat keputusan, dengan istikharah. Mesyuarat akan menyusul di episod akan datang.

5. Jaga iman, jaga amal, jaga mata blabla.

Pengajaran seterusnya akan bersambung di episod akan datang.

Hiro said... [Reply]

kakaka..bunyi skaip serupo ponde.

Bijen M. said... [Reply]

@Hiro
Baru tahu ponde bunyi serupo gitu.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...