8.1.12

Khandaq Buntar?

اللَّهُمَّ طَهِّرْ فَمِّي ، وَنَوِّرْ قَلْبي ، وطَهِّرْ بَدَنِي ، وَحَرِّمْ جَسَدِي عَلَى النَّار
Allahumma thohhir fammi, wanawwir qalbi, wathohhir badani, waharrim jasadi 'alannar.

Ismail Saad merapatkan hujung kayu sugi yang terurai ke giginya. Dalam hati dia berharap sungguh-sungguh Allah menyucikan mulutnya, menerangkan hatinya, menyucikan badannya dan mengharamkan jasadnya dari dimamah neraka. Suci bukan sekadar dari kotoran zahir. Harapannya agar mulutnya itu sentiasa mengalirkan perkataan yang baik-baik saja hasil daripada hati dan jiwa yang turut juga bersih. Ala-ala perhimpunan Bersih gittew!

Selepas memandang satu-persatu wajah tak berdosa di depan matanya, Ismail Saad pun memulakan tutur bicara. Hari ini Ismail Saad mahu bercerita tentang Perang Khandaq kepada budak-budak di situ.

La 'aisya illa 'aisyal akhirah!

Itu kalam semangat dari Baginda SAW untuk para tentera Islam. Tidak ada kehidupan sebenar kecuali kehidupan akhirat. Semoga Allah mengampuni semua kesalahan para sahabat Muhajirin dan Ansar.

Wahai Allah jika tidak kerana Engkau
Kami tidak akan memperoleh petunjuk
Kami tidak akan bersedekah
Dan kami tidak akan bersolat
Maka turunkanlah ketenteraman ke atas kami
Dan tetapkanlah olehmu tapak kaki kami
Dan apabila kami telah bertemu dengan musuh
Mereka yang mula menentang kami
Jika mereka hendak memfitnah
Kami menolak
Kami menolak
Kami menolak

Perang Khandaq itu berlaku pada musim sejuk. Para sahabat dalam kelaparan. Batu-batu dianjal pada perut masing-masing. Nabi SAW sendiri mengikat dua biji batu pada perutnya. Itu barulah pemimpin. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Gittew!

Jabir RA pilu dengan keadaan para sahabat. 3,000 pejuang Islam, memang tak cukup bekalan. Kesemua mereka membanting tulang mengorek lubang. Lubangnya dalam-dalam. Peralatan? Memang tak cukup. Tapi untuk agama, susah-payah mereka sanggup.

...

Oke! Apa motif Ismail Saad cerita pasal Perang Khandaq ni? Tak ada hujung pangkal cerita langsung.

Motifnya mudah. Ismail Saad nak pergi bercuti musim sejuk selama beberapa hari. Mungkin beberapa minggu. Mungkin juga beberapa bulan. Mungkin juga lagi beberapa tahun. Atau mungkin untuk selamanya? Tiada siapa yang tahu. Biar Allah yang buat keputusan. Ismail Saad nak belajar-belajar korban. Nak bertatih-tatih mujahadah dalam berbagai keadaan.

Tahun lepas Ismail Saad nak pergi, tapi Allah tak bagi. Mungkin iman belum ready. Mungkin badan lemah lagi. Tulang Ismail Saad hanya dibaluti daging tebal seinci. Allah lebih maklum hal Ismail Saad ni.

InsyaAllah tahun ni dapat pergi. Tiket dah ada, visa dah ada, cuti pun dah ada, Ismail Saad tak sabar-sabar lagi. Rabu petang bertolak dari sini. Terbangnya dari KLIA jam 7 pagi.

Nak dengar karkuzari? InsyaAllah Senin pagi datang SP. Senin bila? Itu tak tahu lagi. Mungkin Senin ni. Mungkin Senin satu lagi. Mungkin Senin yang tak diketahui.

Dulu Ismail Saad doa saat melangkah pergi. Jangan kembalikan Ismail Saad ke rumah ini. Memang Allah bagi jadi. Balik-balik Malaysia, tak sempat balik PB. Allah dan hantar pergi Kerteh sambung kerja Nabi.

Kali ni Ismail Saad nak doa lagi. Mungkin kali ni Allah hantar masuk rumah baru yang ada bini. Ha ha ha, kita tak tahu lagi. Semua ni Allah boleh bagi jadi. Kalau tak masuk rumah batu pun, mungkin Allah hantar masuk rumah baru bawah tanah 7 kaki. Oh!

Okelah Ismail Saad tak larat nak cakap lagi. Cuma dia nak cakap, ada rezeki jumpa lagi. Salah silap jangan simpan dalam hati. Esok lusa mati kita tak tahu lagi. Doakan untuk Ismail Saad yang pergi membawa diri. Tata tutu titi!

Tonggi!

p/s: Doa atas sekali tu bolehlah kot amal untuk berus gigi, kalau tak ada kekuatan sangat nak guna kayu sugi.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

44 comments:

Anonymous said... [Reply]

Allahumma thohir fammi, wanawwir qalbi, wathohir badani, waharrim jasadi 'alannar.

Ismail Saad merapatkan hujung kayu sugi yang terurai ke giginya. Dalam hati dia berharap sungguh-sungguh Allah menyucikan mulutnya, menerangkan hatinya, menyucikan badannya dan mengharamkan jasadnya dari dimamah neraka. Suci bukan sekadar dari kotoran zahir. Harapannya agar mulutnya itu sentiasa mengalirkan perkataan yang baik-baik saja hasil daripada hati dan jiwa yang turut juga bersih. Macam perhimpunan Bersih gittew!

CKB said... [Reply]

ismail saad tu lu kan? lu tukau nama?ekeke

Husaini said... [Reply]

nnti blk kan..jangan iman pulak jd sejuk..jgn terkesan dgn suasana sejuk tuan..doakan ijtimak kitorang kat sini 28 jan nanti..target orang tmptan 10000 org..insya Allah.. :)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

:)

mujahidah muslehah said... [Reply]

wah..ilmu baru.baru tau doa tu.

Ismi Ijmi said... [Reply]

Khandaq .. saja.
pekan dekat ngan bota,heh

Umma-ali said... [Reply]

aslm, quran vs koran, miswak Nabi vs miswak firaun...hehe, org indon pnya lawok...iman mutlaq vs iman musta'mal...mintak dijauhkan dr iman mutanajis...kok pernah bunuh org...tp kemudian dpt hidayat...
bgitu pun, iman musta'mal, mutanajis, gabung dgn iman mutlaq, semua jadi mutlaq bila lebih dr 2 qulah...sbb tu pnting ijtimai...sbb tu pg ijtima' tonggi...kumpul2 iman mcm2 pesen, semua doa hidayat...insyaAllah turun Rahmat dr Allah...amiin, doakan kami di cni...wahai ismail saad...

Okebai :') said... [Reply]

Selamat pergi, Selamat pulang...
InsyaAllah.
Allah sebaik-baik penjaga..

Doakan saya sama dengan doa Ismail Saad sepanjang bermusafir..

Jazakallah

:')

Afida Anuar said... [Reply]

Semoga Allah memelihara Ismail Saad, dunia akhirat, insyaAllah..

PS: Nak pesan fridge magnet! hahaha...

~PENCHENTA~ said... [Reply]

:)

:)

:)

Anonymous said... [Reply]

Semoga lepas ni Ismail boleh ikut sunnah nabi dalam dakwah: tidak kasar dalam pertuturan, tidak mencarut, cakap yang baik-baik saja~


Rasulullah saw pemimpin yang paling berpengaruh, tapi baginda paling lemah lembut dalam perkataannya..




sekian.

okebai.
ANH

fuad ansari said... [Reply]

ok ismail saad.. selamat pergi... yg penting selamat pergi, selamat atau tidak masa pulang, belakang kira...

kalau masuk rumah baru bawah tanah, mungkin byk masalah ismail saad dapat diselesaikan... tak perlu lagi pikir pasal orang rumah.. (",)

Bijen M. said... [Reply]

@CKB
Ismail Saad tu sape-sape jelah.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@Husaini
Nak minta orang sana ikram baju sejuk dengan khuf.
Tak sempat nak beli.
Ha ha ha!
InsyaAllah, ijtima sini pun 28 Jan.

Bijen M. said... [Reply]

@ukhti,mardhiah
:))

Bijen M. said... [Reply]

@mujahidah muslehah
Untunglah!

Bijen M. said... [Reply]

@Ismi Ijmi
Nasi khandaq?
Ha ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Baca feed tadi tak ada nama.
Ingatkan mak Indon mana tadi.
Heh!
InsyaAllah.

Bijen M. said... [Reply]

@Okebai :')
Tayahlah nangis-nangis.
Ha ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@Afida Anuar
Inilah orang pempuan.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
:)))

As said... [Reply]

Mohon doa insan fakir ilmu ni dapat pencerahan agama seperti kalian.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Kalau ikut cara Nabi, blog bukan tempat dakwah.
:)

Terima kasihlah mengingat.
Teruskan membaca lagi dan lagi.
K!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Err yeay!
Boleh fikir pasal Ainul Mardhiah.
Bukan Siti Mardhiah.
Opps!

Bijen M. said... [Reply]

@As
Semoga...

Anonymous said... [Reply]

Kata Tuan: "Kalau ikut cara Nabi, blog bukan tempat dakwah."

Tapi prinsip asasnya disini. Sama2 fahami objektif syara' (maqasid syariyyah) yang 5. Kemudian imbangkan dengan nas-nas dalil samaada ianya soal yang thawabit (tidak berubah) atau pun mutaghayyirat (berubah2nya mengikut berubahnya keadaan, masa, tempat dan individu). Kemudian timbangkan tindakan dengan memahami mana satu amalan (dakwah ataupun mana2 ibadah khususi mahupun umumi) yang paling utama dalam kita bergerak, berdakwah, bekerja, SUPAYA KITA TIDAK LARI DARI PANDUAN NABI dalam mengubah masyarakat yang jauh dari Islam, supaya pendekatan kita diterima dan 'applicable' dalam keadaan setempat dalam rangka nak mencapai objektif syara' yang 5 itu tadi (1.Menjaga Agama 2. Menjaga Nyawa 3. Menjaga Keturunan 4. Menjaga Akal 5. Menjaga harta). Semuanya kena bermula dengan belajar, faham, berlapang dada dan tidak segera menjatuhkan hukum.

Sama2 kita fahami tujuan disebalik nas dan dalil. Bukan semata2 melihat kepada dalil ayat ataupun hadis tanpa melihat kepada banyak konteks lain terhadap nas dan dalil tersebut.

Anonymous said... [Reply]

Saya taknak komen pasal entry ni. Tapi nak komen sikit pasal apa yang Anon cakap boleh kot kan.

Anon kedua,
Saya pernah ditegur dua kali sebab saya katakan pada seseorang supaya dia elokkan bahasa dia kalau nak bagi perumpamaan. Dua orang ni saya kira memang berilmu lah.

1. " Nabi S.A.W pernah kata yang menyentuh babi itu lebih baik dari menyentuh lelaki atau perempuan yang bukan mahram. Nampak jijik tak babi? Tak salah kan saya guna perumpaan lain yang nampak agak kotor tapi masih applicable. "

2. " Gagak hitam kan perumpamaan yang Allah sebut dalam AQ. Sewaktu turun perintah hijab, golongan ansar keluar rumah dalam keadaan seperti burung gagak bertenggek di atas kepala. "

Allah Tuhan yang disembah, Rasulullah S.A.W kekasihNya. Masih juga menggunakan perumpamaan sebegitu, dan tentunya ada sebab tertentu. Sama jugak saya rasa macam penulis blog ni. Kita nampak yang dia tulis tu benda baik, kadang-kadang dia kasar, mencarut, cakap takbaik-takbaik, mesti ada sebab dia buat begitu kan?


Anon ketiga,
Kata Ustaz Mohd Gunawan,
"Cara Nabi s.a.w. ada dua bahagian: ijtima'ie dan infradi. Ijtima'ie semua orang BOLEH buat dan KENA buat. Para sahabat dulu tanpa mengira kedudukan, kebolehan, kekurangan, kelebihan, darjat, ilmu dsb, semua buat usaha ijtima'ie ini. Tetapi usaha infiradi/fardiah adalah medan yang sangat luas tetapi terpulang kepada kemampuan seseorang individu. Asbab HIDAYAH yang besar ialah usaha ijitima'ie cara Nabi s.a.w.

Tetapi jangan kita menidakkan usaha infiradi seperti penulisan surat, artikel, blog dsb. Itu adalah tahap infiradi. Dan khusus. Macam apabila Maulana Yusuf menulis kitab, bukan bermakna semua umat ini kena tulis kitab juga. Itu khususiah, infiradi. Maulana In'am tidak mengarang kitab. Wallahua'lam.

Maulana Mufti Taqi Usmani adalah ketua akademi fiqh sedunia, tapi dia adalah seorang yg buat usaha agama. Tapi bukan semua umat kena jadi mcm dia. Ada usaha umumiah, dan ada usaha khususiah.

CARA Nabi ialah apabila setiap umat sedia utk serahkan dan kerahkan segala kemampuan yg Allah bagi kpd mereka, demi utk Allah, Rasul-Nya dan agama. Baik secara ijtima'ie dengan mengikut tertib ijtima'ie, mahupun infradi mengikut kemampuan dan keupayaan masing2. Wallahua'lam. "

Saya rasa, penulis blog ni saja buat ayat politik tu. Kalau betul dia kata blog bukan tempat dakwah, maka dia akan tulis dan privatekan blog dia, hanya dia sorang yang boleh baca. Tapi, dia tak buat macam tu kan?

***

Sama-samalah berlapang dada. Kalau tahap ukhwah yang paling rendah ni pun kita tak dapat jaga dengan baik, jangan mimpilah nak canang pasal kita dapat ithar pada orang lain.

Dalam Usul 20 oleh Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna, Usul keenam. Setiap pandangan orang boleh diterima atau ditolak kecuali kata-kata Rasulullah S.A.W. Kita tak boleh nak kutuk atau mengata kalau bertentangan dengan kita. Tapi cuba selesaikan dengan cara yang baik. Niat ada di hati masing-masing, biar Allah saja yang nilai. Kita manusia yang banyak dosa ni tak layak pun nak menilai walaupun kita rasa orang tu lagi banyak dosa dari kita.

Saya cakap untuk diri saya jugak. Sebab saya pun buat benda-benda macam ni tanpa saya sedar. Moga kita semua lebih berhati-hati lepas ni insyaAllah.

***
Maaflah penulis blog, panjang pulak. Saya setel sini sebab saya tak puas hati kat sini.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Cik ..
Saya bukan nak marah cik.
Bukan nak insult cik punya intelligent.
Tapi cik ni fikir tinggi sangat sampai benda simple pun cik tak boleh nak digest.
Takpelah cik.
Saya nak tanya cik satu perkara.

Yang mana lebih membawa KESAN (kepada diri terutamanya)?

Naik unta atau naik kereta? (Seperti yang cik cakap)
Makan pakai tangan atau pakai sudu?
(Walaupun pakai sudu tangan kanan)
Makan bersila atas tanah atau atas meja?
Dakwah jumpa orang atau dalam blog?
Pakai kayu sugi atau berus gigi?
Kenduri makan berjemaah atau bungkus polistrin ambil bawak balik rumah?
Belajar berlaga lutut dengan guru atau belajar online dari rumah?
Solat jemaah di masjid atau solat jemaah di rumah?

Eh banyak lagi nak listing.
Saya tak kata makan pakai sudu tangan kanan salah.
Tapi berbanding dengan makan pakai tangan mana lebih BERKESAN?

Saya tak kata pakai kereta salah, tapi cuba cari kenapa Nabi suka naik unta?
Apa sifat pada unta?

Saya tak kata belajar online salah, tapi apa yang cik dapat kalau cik berlaga lutut dengan tuan guru?

Saya tak kata pakai berus gigi salah.
Tetap membersihkan, tapi dibanding dengan kayu sugi?

Saya tak kata dekat blog tak boleh dakwah, tapi Nabi SAW dakwah jumpa orang.
Bila dakwah dekat blog, ramailah orang salah faham macam ni.
So mana lebih berkesan?

Cara Nabi tunjuk ke cara kita (saya)?

Kalau kita (saya) tak boleh amal, jangan kita (saya) mengata sunnah.

Kena banyak dakwah kelebihan sunnah supaya benda tu kita dapat taufik untuk amal.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Mungkin boleh layan video ceramah Ustaz Azhar untuk dakwah yang sopan santun.
:)

ukhti,mardhiah said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
siti fairos jaafar said... [Reply]

uiksz..Mard dgn B jew..hahaha..tetttt!!!!!

Anonymous said... [Reply]

B=Hubby, dah nampak bakal-bakal.

Pencari ALLAH said... [Reply]

Selamat berjihad Ismail Saad :)

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Dah timbul fitnah lagi. Bakal katanya.

Hmm. Istighfar banyak2. Minta hidayah dalam setiap perlakuan. Semoga diberi yang terbaik. Dan semoga dalam setiap yang terbaik tu mendekatkan diri kita kepada Dia, bukan menjauhkan.

WA.

Selamat mengabdi di tempat jauh. Semoga dengan pergi tempat jauh hati dapat dekat dengan Dia.

Amiin.

sofya myra said... [Reply]

DOAKAN, MHON DOAKAN, AKK N FMLY, ANAX2 , KAUM KLUARGA, SANAK SAUDARA, KWN N RAKAN, SHBT N TAULAN, SLURUH UMMAT, HIDAYAH SLURUH ALAM..INSYAA ALLAH! SYKRAN WA JZAKALLAH TUAN.. JG DIRI,JG HTI, JG IMAN WA AMAL! DOAKAN IPB, SATU HARI NTI, INSYAA ALLAH! DOA KARO! :)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

attention please,

B for Bijen

Thanks.

Aishah Nur Hakim said... [Reply]

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
(14:24)

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
(14:26)


http://www.youtube.com/watch?v=4xJx2QpJJRw


:)


mari kita komen fokus pada entry lain kali.
menyasar sokmo.

Bijen M. said... [Reply]

@siti fairos jaafar
Tettt!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Tak payah berpandangan jauh sangat.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Ismail Saad sudah pulang nampaknya.

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
:)

Bijen M. said... [Reply]

@sofya myra
He he he!

Bijen M. said... [Reply]

@ukhti,mardhiah
Welcome!

Bijen M. said... [Reply]

@Aishah Nur Hakim
Semoga Allah bagi kita sama-sama kefahaman insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...