19.1.12

Dakwah berkadar langsung dengan zaman?

Gua sebenarnya masih dalam keadaan tak ada mood nak menulis. Mood gua sekarang nak pergi jumpa orang cerita face to face apa harta pusaka Nabi SAW yang gua jumpa dekat Tonggi baru-baru ni. Heh!

Mungkin sebab itu bila volunteers Mavi Marmara balik Malaysia, semua orang pakat jemput dia bagi ceramah at the first place. Sebab apa? Sebab lebih true! Buku, video? Itu cuma sampingan.

Itulah gerak kerja dakwah cara Nabi SAW, pergi jumpa orang dan bercerita. Nak pakai blog, buku, Fesbuk? Terpulang. Tapi tepuk dada tanya iman, yang mana lebih berkesan?

"Dakwah tidak berubah mengikut peredaran zaman."

Ini salah satu yang gua dapat waktu kat sana. Malas nak ulas panjang kat sini. Nanti asyik berperang mulut saja tak sudah-sudah. Kalau nak tahu apakejadahnya itu, kabor ke gua. Kita muzakarah insyaAllah.

Baiklah manusia. Kejayaan lu, gua dan seluruh manusia di muka bumi ini hanya dalam mentaati agama. Sejauh mana dapat taat perintah Allah Taala, ikut cara Nabi SAW, di situlah letaknya kejayaan kita. Dan kejayaan yang paling hakiki adalah dapat selamat dari azab neraka Allah, dapat masuk syurga dan dapat tatap wajah Allah SWT.

Itu saja nilaian kejayaan di sisi Allah Taala. Mudah saja objektif hidup kita. Ending dia syurga atau neraka. Masuk syurga - lulus, masuk neraka - gagal.

Selain dari itu bukan namanya kejayaan. Gua lulus 25 A1 SPM ke, gua PhD tingkat tinggi ke, gua jadi pak menteri ke, gua ada harta berbillion rupee ke tak ada nilai kejayaan di situ. Samjey?

Sebab apa tak ada nilai kejayaan? Sebab tak adil untuk semua orang. Dalam dunia ada orang pandai, ada orang bodoh, ada orang kaya, ada orang miskin, ada kulit hitam, ada kulit merah jambu, ada kulit bersih.

Maka dengan itu Allah letak kejayaan hanya dalam mengamalkan perintah agama. Tak kira dia kaya atau miskin, pandai atau tak, kulit hitam atau manis, duduk negara kerajaan 1Malaysia atau kerajaan campuran, selagi mana dia amal agama dia akan berjaya di sisi Allah Taala. Seandainya dia duduk dekat negara orang kafir yang tak bagi orang Islam solat berjemaah di masjid sekalipun, dia tetap berjaya bila dia melaksanakan solat tepat pada waktunya walaupun setakat di rumah (sebab dia tak mampu pergi masjid - bukan saja-saja). Tapi kalau kerajaan 1Malaysia tak ada halang pun masih tetap tak pergi masjid, itu gua tak sure apa jenis orang. Yang kerajaan 1Malaysia halang cuma perkara yang membawa kemudharatan kepada pengguna sekeliling (bagi sesetengah perkara - bukan semua). Tu je!

Faham tak manusia?

Maka untuk berjaya di dunia dan di akhirat, perlu adanya ilmu. Iaitu ilmu dunia untuk berjaya di dunia dan ilmu akhirat untuk berjaya di akhirat.

Ilmu Dunia
Apa yang Nabi SAW tunjukkan dengan ilmu di dunia? Sains? Matematik? Oh!

Jarang sekali melihat perbicaraan Nabi SAW berkisar tentang proses-proses dan eksperimen-eksperimen Sains, Kimia, Biologi, Add-Math dan sebagainya. Sehingga pada suatu ketika ada sahabat yang bertanyakan kepada Nabi SAW pendapat tentang mengahwinkan baka pokok itu dengan pokok ini untuk menghasilkan tanaman yang baik, Nabi SAW sekadar berkata mereka lebih mengetahui perihal urusan mereka.

Tapi yang Nabi SAW ajar ilmu untuk berjaya di dunia adalah dengan menunjukkan cara hidup Baginda SAW. Cara makannya, cara tidurnya, cara masuk tandasnya, cara berwudhuknya, cara solatnya, cara minta pertolongan dengan Allahnya dan lain-lain lagi.

Segala ilmu tersebut berguna untuk berjaya di dunia. Jika kita tidak tahu solat dan berdoa, bagaimana mampu untuk kita meminta bantuan dari Allah. Maka saat iman sudah pudar, dicarilah henpon untuk meminta bantuan pada makhlukNya. Diangkatlah sepanduk dan sebagainya. Err!

Jika tak tahu cara makan dan tidur yang dianggap ibadah, maka sepanjang hidupnya amalan makan dan tidur menjadi perkara yang sia-sia. Dalam 60 tahun, seseorang menghabiskan masa untuk tidur selama 20 tahun. Ye ke? Tak campur masa makan lagi. Oh!

Apabila seseorang mengganggap pengetahuan Sains terus sebagai ilmu, maka anggapannya akan terus mengatakan bahawa matahari yang menghidupkan tumbuhan. Walhal berbeza dengan seorang yang berilmu dengan makna sebenar yang mempelajari sifat Allah yang Maha Mencipta, Maha Memelihara dan Maha Memberi Rezeki. Maka proses matahari memancarkan cahaya kepada tumbuhan cukup diambilnya sekadar tambahan maklumat atau bukti kepada kekuasaan Allah itu.

Dan juga seseorang yang menganggap nombor bersifat infiniti, terus-menerus dia akan berada dalam kesesatan (padahal dia menganggap dia seorang yang berilmu). Kerana seorang yang berilmu akan mengatakan bahawa hanya Allah SWT yang tiada awal dan akhirnya, bukannya makhluk yang bernama nombor itu.

Mana mungkin dengan berlandaskan hukum fizik, sebilah pisau yang tajam tidak mampu mengerat leher Ismail AS? Walhal bila ditala pada batu, terbelah dua jadinya. Mana mungkin juga mengikut hukum fizik, api yang yang panas tak mampu membakar walau sehelai bulu roma Ibrahim AS. Mana mungkin juga Maryam AS dapat melahirkan anak tanpa bapa. Tapi orang yang berilmu akan mengatakan jawapan mudah, tiada yang mustahil bagi Allah.

Pehe dok manusia?

Ilmu Akhirat
Apa yang Nabi SAW sampaikan berkenaan ilmu akhirat? Itulah cerita alam barzakhnya, mahsyarnya, mizannya, siratnya, syurga dan nerakanya dan bermacam-macam lagi.

Agar manusia mengambil iktibar dan membuat persediaan. Untuk menyelamatkan diri, keluarga dari azab neraka dan masuk syurga Allah SWT.

Okelah! Bab ilmu akhirat tak ramai yang akan pertikai. Gua sentuh sikit-sikit sudah. Atas maksud itu siapa sedia nak korban diri, harta, masa sempena raya Cina akan tiba ni? Korban untuk belajar-belajar ilmu dunia dan akhirat sebagai bekalan kita untuk berjaya di penilaian Allah yang sebenar kelak.

"Pelik dengan segelintir manusia yang mulutnya mencanang cinta Allah, cinta Rasulullah. Tetapi ditinggalkan amalan sunnah. Dengan alasan strategi dakwah."
(Ah! Gualah ni.)

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

37 comments:

Anonymous said... [Reply]

Gua sebenarnya masih dalam keadaan tak ada mood nak menulis. Mood gua sekarang nak pergi jumpa orang cerita face to face apa harta pusaka Nabi SAW yang gua jumpa dekat Tonggi baru-baru ni. Heh!

Mungkin sebab itu bila volunteers Mavi Marmara balik Malaysia, semua orang pakat jemput dia bagi ceramah at the first place. Sebab apa? Sebab lebih true! Buku, video? Itu cuma sampingan.

Husaini said... [Reply]

Nnti la bijen..ada rezeki kita jumpa..muzakarah sesama lg bg kesan kat hati..ye dak? Mmg guna medium laen..info je la yg dpt..nk bg terkesan kat hati tu jauh skali..sbb tuh kerja dakwah x berubah walopon zaman berubah.. :)

Afida Anuar said... [Reply]

FM gua..jumpa dak? he he:)

Anonymous said... [Reply]

menggaggap tu rootword dia apa?

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Oh Bijen. Bukan macamtu. Kita takkan sesat dengan ilmu dunia dengan syarat, semuanya berlandaskan hukum Allah. Siapa kata dengan mengetahui sifat nombor tu infiniti, kita boleh sesat?

"In Mathematics too. Tell me the first number. Zero? Minus one? It's infinity. And we don't even know the value. Only Allah knows.
Mathematicians seems to know everything, making equations and formula. But they don't actually know the real answer. They are just assuming."-Prof Madya Dr Ghafurjan Ibrahimov

Dia ajar aku benda ni, melalui ilmu matematik. Setiap yang ada di dunia boleh mengingatkan kita pada Tuhan.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raf:179)

WA.

Umma-ali said... [Reply]

Aslm, agama yg sempurna laku di seluruh dunia, dan sepanjang zaman hingga qiamat...
tak mcm wang ringgit yg hanya laku d msia je, tidak di indon, malah di singapore pun x laku!
bgitu jg laku spnjg zaman, dari Adam AS sehinggalah ke manusia akhir zaman nnti...
x mcm duit jepun, yg ada nilai masa jepun invaded msia...skrg nk bli jajan pki dwit jepun , sah kena maki!

AhmadFarhi said... [Reply]

suka ... :)

AhmadFarhi said... [Reply]

gua suka sangat entri bab ilmu nie.. gua perlu targib dari orang lama dalm usaha seperti tuan nota siku. inshaAllah.. :)

cik_paan said... [Reply]

bagi aku, belajar ilmu sains, lagi banyak bersyukur kepada Allah, sebab bila belajar lebih detail, lagi kita rasa takjub dengan kehebatan Allah dalam penciptaanNya...

bila belajar, kena buka ilmu, buka hati seluasnya

HijabRockers said... [Reply]

Jazakallah mat apis. Aku memang btul2 suka entry ni sebab bila aku cakap pasal isu ni kat org, terbaikkkkk aku kene tiau balik. Maklumla, kawan2 smua ada Degree, aku ada apa? Tapi dalam hati aku, aku doa moga satu hari nnt Allah bg hidayat utk org tu fhm aje la.

Aku dgr bayan haritu, syeikh tu kata, ilmu dunia ni dipanggil kemahiran. Ilmu sebenar ialah ilmu agama. Yang mana bila kita amalkan/tak amalkan, akan ditanya dalam kubur nnt.

Tapi kita skang mmg susah nak terima konsep mcmni. Suka nak pusing2 jawab smpi kita puas sbb sbnrnya kita tak fhm lg. Wallahua'lam.

Anonymous said... [Reply]

Hmm tak faham ayat
"Jarang sekali melihat perbicaraan Nabi SAW berkisar tentang proses-proses dan eksperimen-eksperimen Sains, Kimia, Biologi, Add-Math dan sebagainya"

Sebabnya, banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan ilmu dunia seperti perubatan, perniagaan, sains, kimia, mathematics, history, geography, geology, astronomi, psikologi, dan Al-Quran itu sendiri mengajar penggunaan bahasa(grammar).

Banyak sebenarnya, cuma kita je yang belum menguasai semua ilmu yang disampaikan.

نور توفيقة ادريس said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said... [Reply]

lain macam buah tangan tonggi..

ilmu dunia jika tidak disandarkan kepada matlamat yg baik beserta iman dan yakin yang betul, aku lihat lebih banyak membawa kepada sifat bangga diri dan takabbur...

blaja ilmu dunia ni byk pening kepala la.. macam2 konsep dan teori yg susah nak hadam..
kalau blaja ilmu akhirat, ringan sikit kepala.. (",)

Anonymous said... [Reply]

Ilmu Allah itu luas. Betapa banyak ayat di dalam Quran telah ditafsirkan juga kepada sains dan matematik. Berapa ramai Saintis Barat memeluk Islam setelah mengkaji I'jazul Ilmi yang terdapat dalam Quran.

Contoh, ada ayat cakap pasal ubun-ubun dalam Surah Al-'Alaq. Kalau ikut anatomy manusia, ubun-ubun terletak di bahagian cerebrum. Salah satu function dia adalah plan dan organize apa yang anggota badan akan buat. Allah tamsilkan dengan perkataan ubun-ubun, bukan diri.

Contoh lain, dalam Surah An-Nur. Allah umpamakan perbuatan orang-orang Kafir seperti fatamorgana. Dari jauh nampak macam ada air, bila datang dekat tertipu rupanya. Dalam fizik dulu pun belajar jugak.

Saya lebih suka katakan 'ilmu dunia' sebagai kemahiran. Bila sebut ilmu, semuanya dari Allah, takde ilmu dunia atau akhirat. Walaupun 'ilmu dunia', tapi kalau sesorang tu guna untuk akhirat, kita nak panggil apa? Ilmu dunia akhirat? :)

Hal dunia ni benda kecik je. Kita singgah dunia sekejap sangat. Belajarlah apa sahaja ilmu pun, yang penting membawa kita kepada akhirat. Semua ilmu adalah fardhu kifayah, sorang buat yang lain tak payah. Tapi ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasawuf adalah fardhu ain, nak tak nak kalau diri kita seorang mukallaf, kenalah belajar.

Ismi Ijmi said... [Reply]

Benda2 macam ni memang orang payah nak terima.

tapi hakikatnya, aku tergelak bila bersembang dengan sorg doktor HUSM. (perghh, siap detail nama spital lagi).. dia kata , dah baca buku teks dari zaman 80-an masa dia belajar, sampai sekarang, semuanya assumption. pengetahuan is based on assuption. pengetahuan sebenar ialah Al-Quran dan hadith yang takkan berubah. tapi die cover balik, tak semsetinya tak perlu belajar, tapi kena ada jugak agama. hakikatnya awak kena tahu yang awak belajar hari ni semuanya akan berubah, yang kekal al-quran dan sunnah.

نور توفيقة ادريس said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
izzatimar'e said... [Reply]

salam.....
kawe pehe doh.... alhamdulillah
arigato gozaimasu utk smua sharing awk.... smoga ad sahamnya di sisi Allah..... ^^

Bijen M. said... [Reply]

Memandangkan gua nak praktik dakwah bil hikmah, maka gua nak jawab semua komen kat sini dengan hikmah.
He he!
MasyaAllah, banyak bijak pandai yang datang kat sini mengemukakan pandangan dan idea.
Jazakumullah khoir.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Husaini
:)
Hari tu kat Tonggi jumpa Rashid and the gang.
Bersembanglah sikit pasal kau.

Bijen M. said... [Reply]

@Afida Anuar
:)
FM tak beli pasal nama yang tertera lucah sangat.
Btw bak alamat!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
:)
Gabungan anggap + gagap.

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@AhmadFarhi
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@cik_paan
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@Ismi Ijmi
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
:)
(Hikmah)

Bijen M. said... [Reply]

@izzatimar'e
:)
(Hikmah)

Pencari ALLAH said... [Reply]

Penerimaan kita berkadar dengan ilmu yang kita ada, ALLAH bagi faham takat itu saja, maka jadilah ia.

ALLAH bagi faham setakat yang kita mampu faham tanpa melihat dari luar kotak pemikiran tanpa izinNYA.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
:)
(Hikmah)

Ha ha!

Pencari ALLAH said... [Reply]

hikmah yang positif Tuan Bijen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...