4.1.12

Cakap gaya kekesalan pulak.

Gua rasa post sebelum ini merupakan satu kegagalan bagi gua. Bukan nak kata gua gagal membawa isu ini dengan baik. Tapi gua gagal kerana tak mendengar nasihat orang-orang tua agar jangan masuk campur isu sebegini. Lebih kurang macam isu khilaflah juga. Tak salah memberi pendapat. Tak salah berbeza pendapat. Tapi jangan terkesan dengan tipu daya syaitan yang seronok mengapi-apikan pertelingkahan. Para ulama' pun ada berbeza pendapat, namun mereka berlapang dada.

Sebab tu kena tinggalkan cakap-cakap politik kerana takut-takut hanya akan membawa permusuhan. Takut kita jadi asbab orang jauh dengan usaha agama. Nak berpolitik, ada caranya, ada tempatnya. Politik cara Nabi SAW, sebaik-baik politik.

Angkara tak dengar nasihat, maka syaitan pun main peranan. Gua melalaikan diri bersoal-jawab di dalam Fesbuk dan blog sedangkan masih ramai lagi umat di luar sana masih ternganga tak tahu nak jawab apa dalam kubur. Paling tak best, dua hari dua malam gua tak dapat ingat surah apa yang dibaca oleh imam dalam rakaat pertama dan kedua solat fardhu jahr 3 waktu. Argh! Bijok setang ni, bijok. Itu gualah. Lu orang tak lalai, alhamdulillah. So post ni sebenarnya untuk berpesan kepada diri gua sendiri.

Gua rasa dalam post gua sebelum ni tak adalah nak salahkan golongan tersebut seratus peratus berdemo. Gua rasa gua hanya menyeru golongan pemuda ni supaya lebih salurkan kudrat mereka untuk PEDULI akan masjid yang kosong, itu saja. Itu lebih prioriti gua rasa lagi. Dan ya, memang gua salahkan golongan yang berpolitik caci-maki dan ghibbah. Gua rasa memang ternyata salah pun kan? Ke tak salah caci Najib? Maaf, gua tak adalah bijak pandai macam anda yang tinggi ilmu agama.

Sabda Baginda SAW:
Insan yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang amat keras permusuhannya.

Sabda lagi Baginda SAW:
Apabila umatku membesar-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma’aruf dan nahi-‘anil-mungkar, mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah.

Firman Allah Taala:
Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Amar ma'aruf - Mengimarahkan masjid
Nahi mungkar - Menghentikan caci maki dan ghibbah

Gua kena sampaikan dengan penuh sabar. Tak ada demo-demo paksa orang terima pendapat gua sampai panjat pagar ke baring atas jalan ke provokasi ke apa ke. Kata nak amal demokrasi dan diplomasi ye dak?

Kalau orang tak boleh terima pendapat gua, itu terserah. Allah SWT tak pandang hasil. Tapi yang dipandang usaha. Yang penting, gua kena terus buat kerja gua. Kalau bukan Allah SWT bagi hidayat di sini, mungkin Dia bagi hidayat dekat hujung-hujung dunia sana supaya tak timbul rasa riak pada diri gua. Allah SWT Maha Mengetahui.

Orang tua-tua kata mulut kita ni boleh jadi pisau cukur. Pisau yang mencukur segala amalan kita. Kata orang tua-tua, sia-sia kita ibadat siang malam kalau mulut tak jaga. Orang yang kita umpat akan dapat pahala kita. Tak cukup dengan itu, dosanya pula yang kita pikul. Berapa banyak dosa Najib? Oh!

Satu lagi, gua rasa usaha sesetengah pihak nak bawa negara Islam dan membantu orang yang tertindas tu bukannya tak betul. Boleh jadi usaha yang haq. Cuma tak kena gaya dan cara. Banyak sangat caci maki, kutuk sana sini, buka aib. Mungkin sebab tu Allah Taala rasa belum ready untuk negara sedemikian wujud asbab dari sifat mazmumah yang ada pada diri pembawanya. Takut jadi fitnah lebih besar untuk agama. Malah, silap hari bulan Allah mungkin lebih kasih dekat orang dicaci itu. WA.

p/s: Najib bukan nama sebenar.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

50 comments:

Anonymous said... [Reply]

Gua rasa post sebelum ini merupakan satu kegagalan bagi gua. Bukan nak kata gua gagal membawa isu ini dengan baik. Tapi gua gagal kerana tak mendengar nasihat orang-orang tua agar jangan masuk campur isu sebegini. Lebih kurang macam isu khilaflah juga. Tak salah memberi pendapat. Tak salah berbeza pendapat. Tapi jangan terkesan dengan tipu daya syaitan yang seronok mengapi-apikan pertelingkahan. Para ulama' pun ada berbeza pendapat, namun mereka berlapang dada.

Ismi Ijmi said... [Reply]

Antara wasiat Habibuna al-Habib Umar ben Hafiz ketika menziarahi Habib Munzir al-Musawa, yang wajar untuk kita di Malaysia turut sama mengambil manfaat dan iktibar daripada kalam beliau:

"Tinggalkan kancah panasnya pemilu di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah belah dan gundah, biarkan muslimin berpihak pada pilihannya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam posisi yang menghargai semua kelompok.
Jangan ternodai dengan permusuhan antara masing-masing pendukung. Ketahuilah dakwah Sang Nabi saw sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada dan dakwah Sang Nabi saw akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeda pendapat.
Tenanglah dengan keputusan Allah swt, teguhlah dalam niat agung dalam pembenahan ummat. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu.
Salam rinduku untuk semua jamaah dan muslimin di Indonesia. Semoga Allah swt segera mengizinkan terbenahinya ummat di seluruh wilayah Indonesia dan seluruh wilayah muslimin".

Source FB

Anonymous said... [Reply]

Pernah tak dengar pasal 6 keadaan yang dibenarkan mengumpat? Salah satu keadaan tu bila seseorang menzahirkan kemunkaran yang dibuat. Adalah satu golongan ni macam menggunakan dalil tu untuk membolehkan dia mengumpat golongan yang satu lagi yang kononya buat kezaliman secara terang-terangan. Tak fahamlah. Terang sikit boleh?

Cukuplah menjaga hubungan dengan manusia, tak perlu mencari redha manusia dalam apa yang kita buat. Redha Allah sudah mencukupi.

Pencari ALLAH said... [Reply]

Jalankan teguran untuk nisab pelepasan. Tugas ALLAH bukakan pintu hati untuk menerima. Kekesalan membawa kepada kelemahan diri. Positif atas apa yang telah dibuat, kerana niat yang baik menghasilkan perkara yang baik selagi mampu mencari kebaikan disebaliknya.

Anonymous said... [Reply]

hmm..boleh tak nak tulis kat sini lagi?

1.kenapa asyik tulis nama Najib?Boleh menimbulkan salah faham.
2.Di Amerika, jarang orang buat demonstrasi. Maybe sebab bila mereka tak setuju dengan sesuatu perkara mereka boleh menyampaikannya melalui saluran tv, akhbar dan sebagainya tanpa sekatan.Mungkin rakyat Malaysia boleh buat benda yang sama untuk mengurangkan masalah ni.

Afida Anuar said... [Reply]

lu layak mengundi dak nanti?

selamat mengundi!

heh~!

نور توفيقة ادريس said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
نور توفيقة ادريس said... [Reply]

Hurm.. Bunyi macam frust je..

I indeed sensed your strong intention of viewing things in perspective of a true muslim. True muslim. Alhamdulillah. Good job Matpis..

It's a fact that it's always best to make a post about such sensitive issue when we are calm, bukan waktu perasaan tengah membuak-buak nak bagitahu, nak menyampaikan..

Not everyone reading your blog adalah orang yang betul2 cecah kaki in world of da'wah. Betul2 dah usahakan
amar ma'ruf nahi mungkar. Betul2 faham maksud Sunnatullah. Betul2 boleh digest and apply hakikat syahadah.. Who can be sure about this level anyway..

Conveying things in calmness and focus for Allah, for Allah, for Allah will produce better words and view be it towards orang yang dah ada fikrah or otherwise. Insya Allah.. Bukan kita bagi faham, Allah punya kuasa..

Sama2 improve amal, sama2 jaga iman, sama2 tolong antara satu sama lain:)

School Of Tots said... [Reply]

Selalunya ada bermacam versi pandangan & pendapat. Ada org tengok gelas tu setengah penuh, ada pula kata gelas tu separuh kosong. Ada org kata negara kita aman, bebas dan membangun. Ada pula lihat Malaysia sebagai negara polis, tak bebas bersuara dan negara yg banyak berhutang dgn budget deficit dah sekian lama.

Tidak ada pemisah antara Agama dan Cara Hidup. Jika tamak kepada kemewahan dunia maka akhirat akan ketinggalan.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

mard setuju

bila tgh marah, mahasiswa dipanggil mahasewel

lg truk para ulamak pun diheret sama

patut, jalankn je fungsi masing2 kn mudah..
mahasiswa
ulama
isteri
pensyarah
politician
polis
dll

kalau mcm ni perangai sampai bila x habis. Y dok kena belasah, kna dakwa, mendakwa segala orang melayu, islam..

Agak not yet muslim tgok, gelak mcm ni..

Hhahahahahahahahahahhaahaahhahhaqq

Kdg2 kita kna menghormati pndapat org juga walau 100% beza dgn kta. lg2 kalau kita masuk tempat dia. Klw semua buat bnda sama, xkn gaduh. InsyaAllah.

paling tidak pun kita hormat dia sbb dia ada kalimah toiyibah dlm diri dia.

wallahualam.

p/s:bukn apa,isu mahasiswa dekat d hati

Umma-ali said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said... [Reply]

ada orang kata, politik juga termasuk dalam agama..

ok fine.. diterima..

tetapi jika politik yg ada menyebabkan pecah belah dalam agama, susah jugak kan.. (",)

p/s:pernah terjumpa, satu kampung ada dua buah surau dekat2, sedih gak rasanya..

Anonymous said... [Reply]

By Hasrizal Abdul Jamil
Jika anda menulis tentang cinta, perkahwinan dan rumahtangga, sedangkan anda belum berkahwin, baru berkahwin, baru anak seorang, anak dua, tiga, empat atau yang sulung baru masuk sekolah menengah, berlapik-lapiklah dalam memberi saranan dan pendapat kerana sesungguhnya ada banyak benda yang hakikatnya ANDA BELUM TAHU.

Nasihat ikhlas daripada penulis buku cinta best seller yang baru anak empat di usia perkahwinan sedekad



saja kopipes status ustaz nak bagi keluar topik ;p

z to a said... [Reply]

bunyi macam merajuk je hakhak
"Allah SWT tak pandang hasil. Tapi yang dipandang usaha."
teruskan usaha (menulis), berkongsi ilmu dan bertukar pendapat...semoga yang lain2 dapat manfaat,IA..
semoga usaha Inche Bijen dimudahkan dan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT, IA...

Umma-ali said... [Reply]

Aslm, rs x molek plk td tergesa2 kuarkan hadith n tafsir skli, tkut silap2, nnt kena jwb kat akhirat... sebenarnya post yg lps sgt bermanfaat, tapi tak semua stuju sbb lum diberi fhm oleh Allah... kfhmn dtg pabila kita byk buat korban utk agama, tp klu korban utk bangsa, nnti akn fhm cara politik lah... mcm mak2 dah byk korban utk anak2, jd syg anak2 sendiri melebihi syg kpd anak2 org... insyaAllah klu yg berdemo tu rajin korban utk agama, demo2 ni tak de manfaatnya, lihat saja org yg berdemo sejak dr dy muda sampai le ni, apa yg dy dpt? fitnah tak habis2...tak dpt pun jd pm...bljrlah dr sejarah...
n to answer my fren As, sori to say, ilmu sains n matematik bkn ilmu sebenarnya, hanya maklumat kpd perkara yg sedia ada, ilmu yg sebenar adalah ilmu agama, bagaimana nk jwb soklan dlm kubur, boleh guna matematik n sains ke nk jwb soklan dlm kubur? org yg bljr agama, klu dy kata ilmu yg lain2 tu lebih nilai, maka dy merendah n menghina ilmu agama dy...
ummi pun mention lbh byk korban sbb anak2 bljr agama tu xde sponsor, pki wang sendiri, klu x abis bljr lg lah rasa sedih sbb dah byk korban material...apa2pun, korban yg lain2 saya tak mention, nnt mcm pukul canang plk...sbenarnya mmg bljr agama lbh3 byk korban, kamu tak alami, kamu tak tahu, tapi asbab ilmu agama...saya byk bljr, mgkin x seformal anak2 saya, tapi byk lah Allah bg fhm, alhamdulillah...ilmu dunia pun saya dah byk harung, lebih mncabar dr anak2 skrg...tapi mcm dlm quran kata, umpama sarang labah2...al ankabut...semoga Allah tambah n tambah kefahaman kita, amin...
maaf tuan tanah, saya dah byk pakai tanah tuan, nanti saya bayar, kalau nak, 5 thn lagi ke...eheh...

Bijen M. said... [Reply]

@Ismi Ijmi
Oke!
Cantik sangat kalam itu.
Moralnya, kasih sayang.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Pernah dengar.
Tapi tetap ada garis panduan.
Ulama' kata fatwa adalah peringkat paling bawah.
Kalau fatwa tak dapat ikut, apatah lagi nak ikut taqwa.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
He he he.
Bereh boh.
Jzkk.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Tak ada masalah.
Tempat permainan awam.
Jalan awam.
Hak hak!
Sebab Najib terbalik jadi Bijan.
Kata kat diri sendiri gamoknya.
Banyak dah orang buat kat Youtube.
Namewee pun tak pernah kena penjara lagi.

Bijen M. said... [Reply]

@Afida Anuar
Gua sejak layak mendaftar, gua dah daftar.
Gua balik mengundi kalau dia bagi cuti panjang.
Kalau setakat sehari, ...

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
Buat post tu tengah tenang dan tersenyum-senyumlah.
Tapi yang baca, membuak-buak.
Eh!
Salahkan orang pulak.
My bad.
Saya yang salah sebab tak jaga amal.
Maka Allah tak bagi my words sampai.

Bijen M. said... [Reply]

@School Of Tots
Ulama' kata tak ada seimbang dunia akhirat.
Umpama neraca.
Kalau kita ambil dunia, kita akan tinggal akhirat.
Kita kena prioriti akhirat, baru kita boleh tinggal dunia.
Akhirat umpama nak mati esok.
Dunia boleh hidup sampai 1000 tahun.
Mana prioriti?
Akhirat dijunjung atas kepala.
Dunia dipegang.
Bila berlari, dunia dilepaskan.
Yang di kepala kita pegang.
Kan?

Bijen M. said... [Reply]

@ukhti,mardhiah
Jangan gelak kat orang MArd.
Tak baik.

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Pernah jumpa satu kampung surau tak ada orang.
Sebab gaduh parti tu parti ni.
Sedih.
Sekarang jadi surau T pulak.
Ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Kalau macam tu dia pun kena berlapik-lapiklah juga sebab reason yang sama yang dia cakap tu.
Tapi buku kemain banyak.
Conduct kursus lagi.
So sebenarnya, bukan faktor itu 100%.
Tapi cara pergaulan, pengalaman, pembelajaran dan sebagainya yang mematangkan fikiran.

Bijen M. said... [Reply]

@z to a
Jzkk atas doa.
:)
Semoga Allah juga bagi perkara yang sama.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Orang kata terlajak kata boleh padah jawabnya.
Nasib baik kat blog ni boleh diundur.
:)
Sebenarnya nak cakap juga pasal tu.
Tapi takut tak berhikmah pulak.
Well saya kan mulut pedas, bak kata orang.
Ulama' kata kejahilan umat hari ini apabila menganggap sains, kejuruteraan dsb adalah ilmu.
Sebenarnya bukan ilmu, tapi kemahiran.
Ilmu adalah perkara yang mendekatkan diri kepada Allah, yang mampu membezakan mana perintah dan mana larangan Allah dsb.
Bila yakin matahari yang menghidupkan pokok, sudah membawa kesesatan.
Tapi bila ada ilmu, dia akan faham tentang hakikat matahari dan pokok.
Dan barulah sains datang sebagai tambahan maklumat.

"Kemuncak teknologi adalah permulaan dajjal."

Umma-ali said... [Reply]

hmm...mungkin sbb dorg tak penah dgr bayan ulamak tntg pkara ni, bkn hnya org2 awam, org2 madrsah pun adakalanya tertipu dgn syaitan, bila merasakan diri atau suami loko je sbb xbljr dunia...itu satu bahaya yg besar...ulamak berkali2 ingatkan... org kata yg haq itu wpun pahit kita kena juga sampaikan...semoga Allah buka hati n minda org2 dunia ni...kita pun penah bgelumang dgn dunia, korban habis2an tapi dpt bese2 je, ada org2 yg bodoh kat sekolah dulu, lani buat rumah harga 1/2 juta! itulah dunia, tak mnjanjikan kita buat ni dpt ni, buat tu dpt tu, tapi Allah janji ada aiman ada amal, dapat syurga...masa di bangladesh, ulamak bayan, Allah tak janji engineer(mention coz i studied engineering, bkn nk pekena sapa2), doctor, teacher etc, dpt syurga...tapi Allah janji ada iman ada amal dpt syurga...may u be an engineer, a doctor, a teacher, petani, nelayan, kuli, sapa je, yg penting iman n amal...so go strive for that...tak payah panjat pagar...uhuh!

Aishah Nur Hakim said... [Reply]

dah habis ke belum ni, cepat sambung cerita india.

>_<


nah ayat nak pujuk encik:
(bukan dari saya la, macam biasa)

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan KEBENARAN (haq) serta berpesan-pesan dengan SABAR.



osem!


kbai.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Saya nak pergi Bangla Khamis ni insyaAllah.
Doakan saya dapat bawa balik harta pusaka banyak-banyak.
Ataupun biar jasad tertanam di sana.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Aishah Nur Hakim
Ha ha ha!
Lepas balik Tonggi insyaAllah.

Kbai!

Miss Poyo said... [Reply]

Demo sana..demo sini..urrmmmm..taktau nak kata apa..

Umma-ali said... [Reply]

doakan kami di sini...insyaAllah 10h masturat ke tganu, azam...

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

Waktu baca tu tak membuak- buak pun.. Melimpah- limpah air mata.. Huu..

Dalam peyut ni tgh sarat dgn khalifah yang later jadi part of the ummah jugak, Biiznillah.. May be sebab tu jadi takut..

So bila tengok orang2 directly or indirectly debating about such things, especially bila check adalah antara orang yang ada dah ada fikrah, jadi lagi sebak..

Allah sebaik- baik pemelihara, Yaqeen.

Dekat sana doakan ummat banyak2 k..

:)

Bijen M. said... [Reply]

@Miss Poyo
Demo lo ni ni tok supo mulo.
Tok berani kawe nok tegor.
Tengok kerling hujung mato.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
InsyaAllah saya tunggu sini nusrah.
Kalau keluar sinilah.
28hb jhor halaqah kami.
Boleh dengar bayan dan karkuzari maulana baru balik Sri Lanka.
Keh keh!

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
InsyaAllah.
Bila due?

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

@Bijen M.

24th of March, Biiznillah..

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
Achaa!
Semoga Allah permudah.

menusuk hati said... [Reply]

tertunduk aku melihat keyboard lepas baca post kali ni..terima kasih bro

Anonymous said... [Reply]

buat yg menulis, same2 muhasabah diri, diri yg lantang n giat menulis, kadang2 perlu lihat langit yg lebih tinggi berbanding diri yg hanye berdiam diri malah giat mengata itu dan ini. Luqman Hakim menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu"

Bijen M. said... [Reply]

@menusuk hati
Kenang daku dalam doamu.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Mohon penjelasan, tuan.

As said... [Reply]

Di sekolah, di rumah, sangat pendiam.

Maybe patut apply di dunia cyber juga.

Tuan, comey penulisan ni. Indah.
Bertambah-tambah comey if letak surah mana ayat mana, hadis apa number berapa.
Akan jadi mantap dalam menyampaikan insyaAllah.
Alang2 boleh didik diri hamba yang fakir ilmu ni.

p/s: Wah banyak amat komen, tak sempat nak usha langsung. In a way, ramai yang concern. Indah. :)

Anonymous said... [Reply]

"bagi saya semua ilmu kita belajar adalah mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.. Contohnya bila belajar matematik dlm infiniti... tiada permulaan dan tiada penghujung atau akhirnya.... dalam dunia ini tiada yg infiniti sebab akan bertemu pada permulaan sebab semua org tahu bumi ini bulat. Jika kita merenung dan berfikir secara waras dan mendalam hanya Allah Ta'ala sahaja yg infinit yg tiada awal dan akhir... itu kebesaran ilmu. tak kira ilmu apa saja hatta ilmu sihir pun kita patut tahu. Kalau tidak boleh takkan Tuan Guru Datok harun Din belajar pasal ilmu sihir dan cara mengatasi nya. Hanya persepsi kita yg menilai... Ilmu fotografi pun cara mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.. Seperti kata Ustaz Azhar, "bila kita gi nembok landscape, hanya org bodo je yg dok reti menilai keajaiban ciptaan Allah Ta'ala.

kemahiran itu adalah sebahagian daripada ilmu... kenyataan Sains matematik (contoh) adalah bukan ilmu tetapi hanya kemahiran dibuat apabila yang berkata berpegang kepada tafsiran ilmu sebagaimana yang beliau hujjahkan."

Umma-ali said... [Reply]

Aslm,
tuan tanah mntk sy jwb guna anonymous tapi saya rs sy bertanggungjawab atas apa yg akn saya sampaikan, krn ia adalah pkara yg haq...saya salin dari bayan/ceramah org 'alim, yg seluruh hidupnya digunakan utk membangun ummat mndpt keyaqinan haqiqi kpd Allah SWT...katanya:
SATU KEJAHILAN UMMAT INI IALAH MERASAKAN BAHWA SEMUA PENGETAHUAN INI ADALAH ILMU. SEBENARNYA SELAIN DARI ILMU AGAMA/ILMU ILAHI, SEMUA ILMU YG LAIN TNTG SAINS, MATEMATIK DSBNYA BKN LAH ILMU BAHKAN INI ADALAH FUNUN/KEMAHIRAN.
MAQSUD ILMU IALAH TAHU DGN BETUL ATAU TAHU PERKARA YG BETUL.
DALAM HAL INI, YG BETUL TAHU YAKNI YG BETUL2 BERILMU IALAH ALLAH SWT.
ILMU IALAH APA YG DITURUNKAN OLEH ALLAH SWT KPD NABI SAW, TNTG AKHIRAT DLL. YG BENAR2 MENGETAHUI HANYALAH ALLAH SWT. YG MENGETAHUI STIAP PERKARA YG SEBENAR SAMPAI KE DASAR2NYA. DIA MENGETAHUI DRPD BUMI, APA YG AKN TUMBUH...BILAKAH BUMI INI AKN TERBELAH DAN SEMUA AKN MASUK KE DALAMNYA. DIA MAHA MENGETAHUI DRPD BUMI INI,BILAKAH AKN TUMBUH SATU2 TUMBUHAN. DIA MENGETAHUI MAKHLUK INI, MCMNA NK DPT MANFAATNYA, APAKAH TAHAP KEMUDHARATANNYA DLL. YG MEMILIKI PENGETAHUAN INI HANYALAH ALLAH SWT, SELAIN ALLAH TIADA SIAPA YG TAHU DGN SEBENAR2NYA.
SEMUA INI ALLAH SWT TURUNKAN KPD NABI SAW DLM BNTUK ALQURAN YG MANA IA MNJADI HIDAYAT, PIMPINAN UTK UMMAT MANUSIA BILA DIAGIHKAN KPD UMMAT MANUSIA.
1. ORG YG ALLAH SWT BERI ILMU AGAMA/ALQURAN, DIA GUNAKAN ILMU DIA UTK KHIDMAT KPD MANUSIA, AJAR MANUSIA ALQURAN(not just the recitation)
2. ORG YG ALLAH SWT BERI KEDAULATAN DUNIA, DGN PERKARA2 DUNIA, HARTA BENDA, DIA JUGA GUNAKAN UTK KHIDMAT KPD MANUSIA.
JIKA ORG (1) TD MERASAKAN YG KE(2) LBIH BGUS, DIA RASA RENDAH, RASA DIA TIADA APA2 BERBANDING ORG KE(2)...SEBENARNYA TIDAK ADA PENGHINAAN YG LEBIH BESAR TERHADAP ALQURAN DRPD INI...
KENAPA?
KRN ORG KE(2) BERHAJAT KPD ORG (1) IAITU AHLI ALQURAN. MANAKALA ORG (1) TIDAK PERNAH BERHAJAT KPD ORG KE(2) IAITU AHLI DUNIA.
KENAPA?
KERANA SELAGI MANA ADA ORG (1), DUNIA INI AKN KEKAL, DAN SEBALIKNYA JIKA TIADA LAGI AHLI AGAMA/ALQURAN, WPUN DUNIA INI DIPENUHI OLEH AHLI2 DUNIA, IA AKN DHANCURKAN OLEH ALLAH SWT.

Umma-ali said... [Reply]

sambungan...
HADITH:BARANGSIAPA YG TIDAK MERASA KAYA/CUKUP DGN ALQURAN, INI BKN DR KALANGAN KAMI.
-MAQSUDNYA MERASAKAN PERLU JUGA KPD ILMU SAINS, MATEMATIK, BIO DSBNYA...INI BKN DARI KALANGAN KAMI, SABDA NABI SAW.
SBB TU KITA KENA DUDUK DLM HALQAH2 TAKLIM SUPAYA DGN NIAT KEJAHILAN2 DLM DIRI MANUSIA IE MCMNA SY NK JD ENGINEER, DOCTOR, ARKITEK SUPAYA SAYA DPT KEJAYAAN, INI SEMUA TERHAPUS BILA KITA YAQIN BHWA KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT ADALAH DLM AGAMA DAN ILMU AGAMA.

Umma-ali said... [Reply]

ADA LAGI KETERANGANNYA SAYA PUN DAH TAK LARAT NAK SALIN SKRG, NNTI INSYAALLAH, BIIZNILLAH, SAYA AKN CATATKAN JIKA PERLU..KLU DAH FHM INSYAALLAH OK DAH LAH...KEFAHAMAN DARI ALLAH SWT JUA DAN DIA BERI PUN ATAS KEINGINAN/TOLAB KITA JUGA, BG SIAPA YG ADA KEINGINAN AKN DIBERI, BRGSIAPA YG TAK MAHU TAKKAN DPT...WA.

Bijen M. said... [Reply]

@As
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Saya ambil balik ayat anda.
'Ilmu' matematik mengajar kita nombor adalah infiniti.
Bila kita faham begini, maka akidah kita sudah lari kerana hanya Allah saja yang tiada mula dan akhir.

Maka tanpa kefahaman ilmu Allah iaitu faham hanya Allah saja yang tidak ada awal dan akhir, kita takkan dapat menafsir dan membezakan maklumat yang kita dapat.
Maka kita akan selamanya menganggap nombor yakni makhluk tiada awal dan akhir.

Na'uzubillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...