2.1.12

Cakap gaya abang-abang.

Hari ni gua dapatlah soalan kat Formspring tanya pasal Adam Adli dan Muhamad Safwan Anang. Sekali gua tengok, gua merenung jauh cuba mengingat siapa dua orang ni. Ingat-ingat lupa gua jadinya. Maklumlah penat balik bekerja.

"Eh! Yang budak Ireland tu ke?" tanya gua ke diri sendiri.

"Eh! Bukan-bukan. Ni budak yang kes Najib hari tu," gua menjawab ke diri sendiri pula.

"Tapi sapa pulak Safwan Anang ni?" tanya gua lagi sekali ke diri sendiri.

Lalu gua pun menggugel dan jumpalah kisahnya. Tengoklah jugak gambarnya sedang terlantar di hospital. Cedera dipukul FRU kabornya dalam satu perhimpunan aman.

Gua geleng-geleng kepala sepam. "Macam tu je ending?" tanya gua ke diri sendiri lagi. Simpati dengan nasib yang menimpa satu orang pelajar universiti yang cerdik. Kabornya patah tulang rusuk.

Kalau dah cerita dengan si FRU, memang tak hairanlah gua bila jadi begitu. Memang mereka dilatih memerangi keganasan dengan keganasan (?) Macam cerita ini.

Maka malam ni gua terpanggil untuk bercakap sikit gaya abang-abang ke adik-adik. Walaupun gua tak abang mana, tapi peduli apa kan?

Susah Mak Ayah
Okelah adik-adik! Abang simpati sebenarnya dengan apa yang terjadi ke budak Safwan ni. Kesian ke dia jadi mangsa keadaan. Bila difikir-fikir secara lebih tragis, tambah kesian ke mak ayah beliau.

Iyalah! Mak ayah susah payah kerja siang malam berpeluh tubuh mencari sesuap nasi membesarkan anak-anak dia. End up ditimpa kemalangan sebegitu pulak. Mak ayah susah payah cari duit nak sekolahkan kita hantar masuk universiti suruh belajar molek-molek pandai-pandai esok besar dah kerja boleh bantu mak bapak. Last-last rekod Polis yang dapat.

Kecewa hati mak ayah tengok anak-anak diperlakukan sebegitu. Tambah kecewa lagi bila tengok anak-anak pergi universiti dengan harapan duduk baik-baik study rajin-rajin, tapi malam-malam bergiat aktif pulak. Mak bapak yang hantar anak perempuan belajar kat universiti supaya jadi manusia berguna, tengok-tengok anak perempuan dia keluar rumah malam-malam tak minta izin pun dengan mak bapak.

Haish!

Jiwa Muda Diperlukan
Abang bukan nak salahkan adik-adik, tapi abang nak cakap sikit je. Abang faham adik-adik semua muda belia. Darah menyirap lagi. Pantang dicabar. Sukakan cabaran pulak tu. Tambah-tambah di zaman tanpa batasan ini. Benda-benda macam ni memanglah fun.

Tapi abang rasa kalau tenaga muda belia ni disalurkan ke jalan agama, tentu agama akan naik mendadak dan terus maju.

Adik-adik! Agama sangat-sangat perlukan tenaga muda macam kita. Tengok saja di masjid-masjid dan surau-surau. Bilangan syabab ni boleh dikira dengan jari. Yang penuh hanyalah golongan-golongan yang tunggu masa nak mati saja.

Abang risau adik-adik! Nanti bila generasi-generasi Baby Boomers dan Gen X ni dah mampus semua, tak ada Gen Y yang mampu menjadi pelapis mengemudi peranan masjid di masa akan datang.

Adik-adik kena tahu. Peranan masjid ni sangat penting. Bila Nabi SAW sampai di kota Madinah dalam peristiwa Hijrah, perkara pertama yang dibuat adalah mengenai pembinaan masjid. Tak ada pula Nabi SAW buat pilihan raya dulu untuk lantik pak-pak menteri di setiap kabilah dan sebagainya.

Peranan masjid bukan sekadar tempat bersolat. Tapi sebagai pusat dakwah dan pemerintahan. Pusat ilmu, budaya dan sebagainya.

Pejuang Agama
Adik-adik! Kadang-kadang abang tengok bila azan dikumandangkan, pemuda-pemuda macam kita ni boleh buat dunno je. Yang di padang, meneruskan pemadangan. Yang di jalan, meneruskan demonstrasi jalanan. Yang di pasar raya, meneruskan perdatingan.

Mana fikir nak tegakkan agama tu adik-adik? Semangat nak bangunkan agama tu mana? Sedangkan solat dan agama itu umpama kepala dengan badan. Tak ada solat maka tak ada agama. Mungkin adik-adik solat kemudian, tapi di mana semangat berkobar-kobarnya nak bangunkan agama bila seruan 'marilah bersolat, marilah menuju kejayaan' diringan-ringankan? Mana-mana?

Adik-adik! Abang rasa semangat berkobar dan tenaga muda adik-adik wajarlah disalurkan ke jalan agama sebaik mungkin. Bukan suruh datang masjid dan bersolat saja. Dalam masjid, bentuk halaqah iman untuk tanam yakin dalam diri bahawa makhluk langsung tak ada kuasa, hanya Allah Taala yang berkuasa atas sesuatu. Dia mampu buat sesuatu dalam sekelip mata saja.

Juga tanam fikir risau kita tentang umat Islam lain yang masih jauh dari agama seperti mana risau kawan kita yang sedang terperangkap dalam satu rumah yang terbakar. Fikir macam mana kawan kita di luar sana dapat selamat dari azab api neraka.

Abang rasa perkara tersebut lebih prioriti untuk diusahakan oleh adik-adik pada masa sekarang selain belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jantan Sejati
Tak perlulah adik-adik membuang masa mencari penyakit dengan buat perkara-perkara sedemikian. Kalau adik-adik kata nak bangun menentang kerajaan zalim, maka adik-adik bangunlah dulu di sepertiga malam bermunajat kepada Yang Menguasai kerajaan langit dan bumi. Baru jantan sejati!

Adik-adik! Abang nak ulang balik jawapan abang dekat Formspring tu. Marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid-masjid yang lagi banyak tiang dari makmum tu. Kalau bilangan jemaah havoc lima waktu sehari semalam, abang rasa bukan setakat Najib yang cirit. Silap haribulan, Israel pun sekali cirit wahai adik-adik.

Silap-silap bukan setakat Malaysia adik-adik pegang, satu dunia dengar cakap adik-adik. Serius adik, abang bukan main-main. Tak payah kisahlah pasal Najib tu. Bukannya dia halang kita nak pi masjid pun. Bukannya dia sekat kita nak puasa pun. Siap bina masjid banyak-banyak lagi ada. Tak ada masalah pun nak mengamalkan agama.

Adik-adik! Kejayaan di sisi Allah hanyalah dalam agama. Dengan mentaati perintah Allah, meninggalkan laranganNya dan mengikut sunnah Nabi SAW. Selagi kita bawa agama, kita akan berjaya. Tak kira adik badan hitam ke putih ke bibir tebal ke duduk dalam hutan ke tinggal dalam negara orang kafir tak faham bahasa ke. Selagi ada agama, adik akan berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Itu saja syaratnya.

Hakikat Politik
Adik-adik! Sebenarnya politik tu tak salah. Nak politik, politiklah. Tapi biar kena tempatnya. Rasanya kalau adik-adik nak praktis berkempen, berpolitik, mengundi dan sebagainya, sudah ada saluran yang dibuat oleh pihak universiti. Bukankah sudah ada pilihan raya kampus yang dijalankan? Bertatih-tatihlah dulu dengan sistem tersebut sebelum adik-adik melangkah ke dunia luar yang lebih tipu daya dan mehnahnya.

Lagi satu politik ni yang tak bestnya, lagi banyak kita buat dosa. Buat dosa dengan Allah, Dia boleh ampun. Tapi dosa dengan manusia, Allah tak masuk campur. Kena minta ampun dengan orang tu sendiri.

Tak payah cakaplah. Bila dah seronok berpolitik, caci mencaci, fitnah, maki hamun itu dah menjadi mainan lidah. Sedangkan ghibbah itu seumpama memakan daging saudara sendiri. Banyak cakap, banyaklah hisab. Banyak dosa yang dikumpul. Silap hari bulan, kita yang banyak amal ni akan dikikis amalan kita di hari akhirat untuk diberi kepada orang jahat yang kita kutuk-kutuk itu. Tak cukup dengan itu, dosa orang jahat itu dapat pula ke kita. Oh!

Sepatutnya kita mendoakan dan beristighfar untuk si orang jahat itu. Mohon hidayat dari Allah Taala. Kalau Nabi SAW tak ada sifat tersebut, sudah tentu penduduk kota Taif sudah dilanyak hidup-hidup oleh bukit-bukau dan awan tebal. Sudah tentu Abu Jahal yang banyak menyusahkan Nabi SAW itu ditinggalkan saja. Tapi tidak. Nabi SAW hari-hari jumpa Abu Jahal pujuk rayu supaya ucap kalimah Lailahaillallah. Sedih rasa hati Nabi SAW tengok orang mati tanpa kalimah lalu masuk meringkuk dalam neraka. Itu politik Nabi SAW, macam mana semua umat dapat masuk syurga terlepas azab neraka.

Demo Sebenar
Kalau adik-adik nak berdemo sangat, abang rasa topik yang sesuai untuk didemokan adalah minta supaya pihak universiti memberhentikan kelas seketika apabila masuk waktu solat bagi mengizinkan semua lecturer dan student dapat solat berjemaah bersama-sama. Selain itu boleh juga fight agar kedudukan dalam dewan kuliah dirombak supaya laki-laki duduk di hadapan dan perempuan duduk di belakang.

Macam itulah dunia adik-adik. Penuh tipu daya. Jangan kita tertipu dengan dunia. Dunia sementara. Esok lusa kita tak tahu masih hidup lagi ke tak. Abang pun tak nak cakap panjang. Kalau adik-adik nak cakap panjang dengan abang, rogerlah abang. Boleh kita mengeteh sama. Abang belanja, tak apa. Tapi setlah awal-awal. Abang perasan bizi sikit.

Oke! Jangan lupa para pencinta agama sekalian. Esok at least solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh kalau tak mampu nak bangun tahajud pun. Kendian solat Subuh secara berjemaah di masjid. Kesian masjid tu, ada sorang imam dan sorang makmum je  setiap Subuh.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

56 comments:

Anonymous said... [Reply]

Hari ni gua dapatlah soalan kat Formspring tanya pasal Adam Adli dan Muhamad Safwan Anang. Sekali gua tengok, gua merenung jauh cuba mengingat siapa dua orang ni. Ingat-ingat lupa gua jadinya. Maklumlah penat balik bekerja.

"Eh! Yang budak Ireland tu ke?" tanya gua ke diri sendiri.

"Eh! Bukan-bukan. Ni budak yang kes Najib hari tu," gua menjawab ke diri sendiri pula.

"Tapi sapa pulak Safwan Anang ni?" tanya gua lagi sekali ke diri sendiri.

zaujah muhammad.. said... [Reply]

memang terasa juga apa yg hg ckp ni..
tapi saya dh nak abis blja pn kat u..
bagus juga belia ni snsitiv dgn isu smasa tapi baik snsitif dgn gejala sosial yg belambak ni..try usha kapel-kapel kat bustop or lorong-lorong gelap kt area uni. kami ni pn tgh usaha untuk tubuhkan satu kelab yang buat kerja 'nahi mungkar'...

As said... [Reply]

Err perlu kah sampai kena demo bang pasal stop time solat dengan kedudukan dalam kelas? Heh. :)

Cakap bebaik je oke kot. :)

Kat Universiti dulu best part dua benda ni: dalam kelas, program, hatta duduk dalam bus universiti dan etc. Nikmat Allah.

Anonymous said... [Reply]

" Nanti bila generasi-generasi Baby Boomers dan Gen X ni dah mampus semua, tak ada Gen Y yang mampu menjadi pelapis mengemudi peranan masjid di masa akan datang. "

Tak faham. Gen X akan mati dulu semua ke? Bukan ke tanda kecil kiamat Gen X lagi ramai dari Gen Y.

Afida Anuar said... [Reply]

Mcm takde kaitan dengan gua yang taraf kakak2 dah tua ni kot!...heh~

Anonymous said... [Reply]

even i'm not the one of them yg pergi berdemo n perjuangkn 'against auku', strongly, sye dpt rse, perjuangn tu bkn semate mate against auku, but more than that. the truth is out of my control. i jus put in my believe towards them coz i know thousnd of muslims have only one heart which to find the blessing of THE ONE.

Anonymous said... [Reply]

xpatut safwan anang diperlakukan seperti itu..memang abg kate tu betul tapi dr aspek politik jugak penting tuk memastikan pimpinan negara dibarisi pemimpin yg beragama..macam zaman nabi dulu..bab2 ibadat mantap, tp bab berperang pun lagi mantap..cumanya zaman berubah, perang itu dalam waqi' kita sekarang dalam bentuk politik..supaya negara kita yg dicintai ini dapat mengamalkan islam secara meluas..

si tenang said... [Reply]

hehe..
betul lah tu..
org beriman akan jadikan semua positif..kalau diuji, dia akan lebih dekatkan diri dengan Allah..

kenapa kita diuji dgn pemerintah/penguasa yg zalim? sebab kita zalim terhadap diri sendiri..

kita tak boleh nak ubah org lain..wat lah demo macam mana sekalipun, kita tak dpt nak ubah dia..kita cuma boleh ubah diri sendiri je..kalau kita tahu yg mana betul, yg mana salah..buatla yg betul..tawakkal pd Allah. InsyaAllah kebaikan dtg menyusul. nanti org sedar kebaikan tu, dia akan ikut berubah..dakwah Rasulullah s.a.w. pun baginda tunjukkan dgn akhlak yg mulia, doa & tawakkal pd Allah. Action speaks louder than words!

*eh? ade kaitan ke komen sy ngan entri ni? haha

Ismi Ijmi said... [Reply]

adik?hehe. best3. kali ni nak share

Anonymous said... [Reply]

JOM BACA http://badutrakyat.blogspot.com/2012/01/eksklusif-kisah-sebenar-demo-upsi-di.html

Bijen M. said... [Reply]

@zaujah muhammad..
Betul!
Ada kerja yang lebih utama untuk orang muda.

@As
Haa see!
Tak perlu berdemo pun kan nak tuntut hak.
Boleh je cakap bebaik kan?

@Tanpa Nama
Sekarang ni Gen X lagi ramai dekat masjid berbanding Gen Y.
Macam tu lah kot tanda kiamatnya.
Dan Gen Y akan terus jauh dari masjid.

@Afida Anuar
Kakak boleh nasihat ke adik-adik.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Usahakan lelaki akil baligh untuk solat berjemaah 5 waktu sehari semalam di masjid.
Perempuan tutup aurat dengan sempurna.
Anak-anak taat keddua ibu bapa.
Oh ya!
Usahakan dengan diri sendiri dulu.

@Tanpa Nama
Adik pernah pergi Sri Lanka?
Sri Lanka majoritinya Hindu.
Tapi orang Islam di sana tekun mengamalkan agama dengan mantap hinggakan 90% dan lelakinya akan solat berjemaah di masjid setiap waktu.
Dan mereka menguasai ekonomi di sana.
Abang rasa tidak ada sekatan untuk mengamalkan agama secara meluas tatkala ini.

@si tenang
Ada-ada!
Akhlak mulia masyarakat jaya.
Hak hak!
Nabi SAW orang Yahudi mati pun Nabi SAW nangis.
Kita pula nak gaduh sesama Islam.
Ke Najib tu tak Islam dah?

@Ismi Ijmi
Ambiklah adik.
:)

Anonymous said... [Reply]

@Tanpa Nama 4 , subhanallah.. anda membuka ufuk fikiran saya tentang jihad qital yang boleh berlaku berdasarkan waqi'.. jzkk. tapi waqi' yang bagaimanakah itu, pada saya ialah terhadap pihak yang secara jelas sungguh2 menolak dan menghalang usaha dakwah ilAllah setelah kita sungguh2 menyeru mereka dengan jelas juga.. allahua'lam

Anonymous said... [Reply]

Ada Ulama' kata, di akhir zaman nanti, akan berlaku peperangan yang mana ramai kaum lelaki akan terkorban. Dan juga ibu-ibu melahirkan ramainya anak-anak perempuan.

Tak silap saya, Ibnu Majah yang cakap, boleh check balik kalau nak kepastian. Beliau syarahkan hadis tanda-tanda kiamat. Salah satu item dalam hadis tu seorang lelaki menjaga 50 orang wanita.

Wallahu a'lam.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Terimas menge-share!

@Tanpa Nama
Banyaknya tanpa nama.
Ha ha ha.
Bagi pihak yang menentang usaha dakwah, itupun kita kena doakan istighfar dan hidayat untuk mereka dahulu ye dak?
Adeh!
Saya buat dakwah pun tak sungguh-sungguh lagi.

@Tanpa Nama
Terimas perkongsian.
Orang laki banyak terkorban sebab orang laki banyak pergi bertempur gamoknya.
:)

Anonymous said... [Reply]

aku solat 5 waktu di masjid...
dapat dekan tiap sem...
aku berdemonstrasi...
dan mak ayah aku ok ja...
ada masalah??

aku rasa ko tulis entry ni tanpa menggali lebih mendalam ttg isu sebenar...

- karkun demo

As said... [Reply]

Betul tu Tuan.
Kena banyak membaca, research dan sewaktu dengannya sebelum buat entry.
Untuk kebanyakan entry lah.

Tujuannya untuk revise dan dalami semula apa yang kita faham, pendapat dan pandangan kita.

Just my 2 cents Tuan.

WA.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Tanpa nama lagi.
Wahh untunglah anda Allah bagi macam-macam nikmat.
Btw, 5 amal masjid dapat jaga istiqamah?
Takaza markaz dapat sambut?
Mesyuarat markaz, mesyuarat halaqah tiap-tiap minggu dapat duduk?
Malam sabguzari?
2.5 jam ke arah 8 jam dapat bagi masa?
Kalau dahulu elders minta usaha ke arah hidupkan masjid 24 jam.
Sekarang elders minta hidupkan masjid 24 jam.
Dah dapat buat sempurnakan?
Kalau dapat, alhamdulillah.
Mesti penat tambah-tambah lagi nak pergi berdemo pulak.
:)

Pencari ALLAH said... [Reply]

entry yang mudah menyerap ke dalam jiwa. :)

Umma-ali said... [Reply]

Aslm...makcik stuju benor lah dgn dak abang ni...mmg ada makpak yg tak kesah sbb makpak pun se parti... antara nasihat pak kiyai, jauhilah maksiat kerana asbab maksiat makpak, anak2 jadi org2 yg berbuat dosa jgk...so klu makpak pun tak kesah nak mngumpat tentu anak2 lagi terang2 makan daging manusia...
Sebagai mak, makcik mmg amat sedih bila kekadang pihak madrasah panggil, ada lah hal mamat ni... terus lah naik BP, Shell, n of course petronas, bkn lah! naik blood pressure, mata jadi bengkak, jantung laju ngalahkan marathon runner...risau anak kena buang dr madrasah, padahal kita dok doa hari2 n malam2 agar anak2 jadi hafiz, alim, daie...
Ye? oh mmg anak saya bkn pljr univ, tapi sama je pljr jg...lg byk korban bljr agama, bkn ada ptpn, semua Fama (father mother) scholarship...
Tu la org muda mmg jiwa mmberontak tu thap hyper...saya pun penah muda, tapi alhamdulillah hati ni pengecut bila dgr org dok ngumpat2 pemimpin...bila masa lak nak pi minta maaf kat deme? Ada plk kata, takpe ngumpat utk kebaikan...oo yeke? tak tau plk ada penghalalan ghibah, sdgkn dlm quran jelas mgatakan ghibah itu dosa!
Dah byk jelas dak abang kita luahkan ni, jgnlah nak bdolak dalik, nnti sok2 kat padang mahsyar, mulut kena gam... anggota2 yg jawab...haa jawab lah nanti...

siti farhanah said... [Reply]

assalamualaikum en. bijen! ada yg kata en. berat seblah dlm isu ni.. bkn gua yg kata taw! org len yg kata. haha! apa lu nk komen?

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Mudah-mudahan.
:)

@Umma-ali
Panjang lebar jugak mak-mak ni komen.
Hati perasan mak ye dak?
:)

@siti farhanah
Alaikum salam.
Saya cakap pendapat saya saja.
Tak paksa orang ikut pendapat saya.
Saya bercakap supaya saya boleh amal untuk diri sendiri.
:)

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

No comment on this and that opinion.. I'm not as firm as others to clarify exactly which one is haq, which one is batil suitably on our era.....

Just sharing a story about someone..

Hasan Al Banna started to "voice out and start working" for his stand by age 18. Still a student of Darul 'Ulum that time. Strong background of religion, top student, hafiz, active in student bodies association (as a leader, to be exact) and fought against European related thingy that polluted Egypt badly that time. He spent lots of time meeting people from places to places trying at his best to make a change. A student, a dai'e, an undoubtedly brave, young man whose different from others. (as that time many of other students dare not to voice out "as much" as him.....)

A student he was that time, but not merely studying.

He managed to gather people of higher level than him, older than him and established "Ikhawanul Muslimin" at the age of 22. Some even volunteer themselves to him, acknowledging things he'd been working on since he was a student. He's a teacher, amazing da'ie, respected father and husband, a murabbi to large numbers of halaqah, and yes, a founder of one of the greatest Islamic association in the 20th century.

A teacher he was that time, but not merely teaching.

In life, Allah assigned us to be not only as abid. We are pointed to be a caliph either.

Some people try their best to do things to the fullest based on what they are capable of doing at certain time, at certain opportunities they have. Not to mention they can or allowed to, as even Hasan Al Banna was badly opposed and (terribly) murdered; government conspiracy.

Semoga Allah tolong kita untuk mampu laksanakan tanggungjawab yang Dia berikan kepada kita.

Amin..

fuad ansari said... [Reply]

nice entry..

jom kita jadi jantan yang terhangat di pasaran.. eh silap..jom kita jadi jantan sejati...

saya azam, insyaAllah.. (",)

Ismi Ijmi said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس

kullu ro'yin ro'sin, betul tak puan Pqa

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

"kullu ro`sin ro`yun"

(izmer nak maksudkan setiap kepala ada opinion kan.. hee)

Na'am..

Akak just wondering..

Apa watak akak if akak hidup zaman Hasan Al Banna. Zaman Khalifah Islam mula jatuh by 1924, the last caliph of Islam waktu Sultan Abdul Hamid kena "sepak".. Zaman dunia umat Islam mula tercemar (and getting worst these days....)Mula lah zaman "kerajaan *** bertopengkan nama kerajaan islam". Waktu dia student, busy berpolitik even against government waktu tu.

Akak orang yang demotivate dia or akak orang yang sokong dia..

.....

Wallahu'alam.

As said... [Reply]

Wah Hassan al-Banna antara contoh best buat pemuda zaman la ni.

BINCANG DENGAN SAHABAT2

Semua benda ada baik buruk mengikut terma dan syarat. Solat itu baik, tapi harus mengikut kaedah yang betul. Lebih-lebih dalam bersolat pun ada tegahannya.

Demonstrasi semasa undergrad mahupun postgrad mahupun sekolah ada kebaikan dalam proses pematangan pendidikan dan politik. Tetapi ada terma dan syarat yang harus dipatuhi untuk menjadikan demonstrasi dan penyertaan dalam demonstrasi itu baik dan membaikkan.

Benda ni bukan ada dalam nas dan hukum terhadapnya berubah2 mengikut berubahnya:

1)Keadaan
2)Masa
3)Individu2 yang terlibat
4)Tempat

Membuat sesuatu dengan berakhlak itu yang sepatutnya. Membuat sesuatu mengikut salurannya itu yang sepatutnya. Memukul sehingga koma, itu yang tidak sepatutnya.

PATIK FIKIR.

Btw, just my 2 cents. Tentang isu ibu ayah susah2 hantar anak-anak belajar tapi mereka join demo. :)

Jika diberi pilihan antara terjebak dengan gejala sosial dan join demo, rasanya ibu ayah rela anak2 join demo. Ye dak? Ke guane.

Tak minat dengan politik, cuma kita kena ambil tahu. Politik antara channel untuk merubah jugak I think. Ni terbaca masa buat reading.

Masa cakap-cakap dengan elders, depa cakap remaja/pemuda antara golongan yang mencari jugak identiti, input dan sebagainya. Masa nilah kita kena terapkan cara terbaik. Dalam usia mudah terpengaruh nilah kita perlu pengaruh supaya ber'demo' mengikut landasan yang betul.

Means, voice out dengan cara yang terbaik. Since if perasan takdak medium untuk depa voice out. If ada cara mudah, cara slow talk sure depa nak punya.

Sape pun rasanya takdalah nak susahkan diri ambil cara sukar jika terbentang laluan mudah. Banyak perkara dalam hidup kita juga yang takkan dapat dengan mudah.

Akademik jatuh takdak kaitan dengan politik. Sama jugak akademik jatuh takda kaitan dengan asbab buat kerja agama atau join demo.

Hantar anak-anak pergi madrasah belajar ilmu agama, korban untuk agama sangat bagus. STILL yang hantar anak-anak ke sekolah selain madrasah, belajar ilmu-ilmu lain juga bagus. YES.

Contoh macam Ilmu Sains dan Matematik pun ada dalam Islam. Jadi sama-sama dapat pahala macam belajar ilmu agama. SEMUA tu ILMU ALLAH. Golongan ini akan berada di saf hadapan bertempur dengan lawan. While golongan agamawan berada di saf belakang menjadi tempat rujukan.

SEE. Sama je peranan dan pahala. BOTH sebagai ibadah di sisiNya. Semua tahu Islam itu syumul dan universal. Merangkumi SEGALA perkara dalam kehidupan. SEGALA.

Rasanyalah.

Wallahua'lam.

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
Maybe we can look back 1400 years ago di mana kurun terbaik yang terbaik dan tak ada kurun terbaik selain kurun itu.
Di mana satu kaum paling jahil tidak dihapuskan, tetapi dirubah menjadi Radhiallahuanhum.
Ulama' kata tak ada jalan lain untuk islah umat hari ini selain jalan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan para sahabat waktu itu.

My opinion only.
Terpulang untuk terima atau tak.
Berlapang dada.

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Tonggi tuan 13-15hb ni.

Bijen M. said... [Reply]

@Ismi Ijmi
Rasanya dia selalu makan hati dengan post gua sejak baca blog ni dulu.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@As
Kenapa bandingkan dengan terjebak gejala sosial?
Cuba beri pilihan antara buat usaha masjid dengan join demo.
Ke guane?
Uik.
Hari tu kata kalau setakat nak voice out minta lecturer stop lecture waktu solat boleh je cakap bebaik.
Kenapa ini tak boleh?

Ismi Ijmi said... [Reply]

@Bijen M.

haha, topik paling hangat kat FB,
Wall MPP US* Kubang ******* ..
semua nak bersuara, ada yang support, tak kurang yang tak berapa dengan geng2 ni. itulah lain kepala, lainlah pemikiran. lihat pro dan kontra,. nak cari silap mana2 ada. siswa2 dulu zaman Anuar Ibrahim lagi aktif, takde pulak jadi macam ni. Ada AUKU pun orang still langgar je AUKU tu, cuma tak boleh bertanding pilihanraya.

Apapun, kalau nak tak bersetuju entry ni, ada juga sebabnya.antaranya sebab tak yakin dengan kuasa solat, kerajaan zalim akan jatuh(eh, macam sangka buruk ke,..). betulkan yakin, solat tu simple tapi bawa kesan besar. ramai lagi remaja luar sana tinggal solat, mereka nilah yang kena demo depan2. sebab mereka2 ni wujud, wujud kerajaan zalim. sekarang kita tengok terbalik, sebab ada kerajaan zalim, wujud budak2 tak solat.

Kan bila umat Islam agung2kan dunia (kuasa, pangkat, harta) akan ditarik kehebatan Islam!

Sekarang orang mengundi sebab nak kuasa, lihat hadith, Rasulullah pernah sebut tentang mengundi, tapi mengundi untuk saf pertama.

Wallahua'lam.

As said... [Reply]

Ni kira perbincangan lah. Sebab gini lah buat dengan para sahabat. Dan betul sambil berlapang dada sebaiknya.

Memang senang slow talk dengan orang yang faham. Dia akan setuju jika cadangan kita tu perkara haq.

Bila slow talk dengan orang yang tamau faham, agak sukar. Tapi still kita wajib jadi tukang sampai. Hasil tu serah kat Allah sebab Dia pakar bab bolak balik hati. Heh.

*Kat U dulu lecturer semua alhamdulillah ber'fikrah'. Depa banyak jugak main peranan tarbiyah kan kami yang sekular neh. Jadi memang takdak masalah alhamdulillah.*

As setuju 100% kurun terbaik adalah zaman sapa. Contoh terbaik zaman sapa. Kita still wajib usaha seru masyarakat ke arah tu.

Cuma tengok keadaan setempat dan sekeliling kita skang, usha2..dalam proses slow2 nak masuk ke zaman terbaik tuh method dia banyak. Dan fasa dia jugak banyak.

Orang2 terpilih Allah bagi hidayah terus masuk fasa almost next to perfect. Ada orang berjuta nilai yang terpaksa dibayar sebelum sampai next to perfect. Ujian Allah bagi buat dia.

Kadang fikir bagus jugak if depa slow-slow ke arah tu rather than farther away. Ada orang boleh dengan direct terus 100% jadi baik. Dia terus boleh konsisten dan tak obses. Ada orang bila mendadak dia tak mampu pikul.

Jadi As fikir Allah tarbiyah tiap orang dengan cara berbeza ikut kemampuan. Ada orang Allah jebakkan dengan masalah, dosa-dosa yang membawa dia pada hidayah. Ada orang dari kecil lagi.

Bagaimanapun cara, still beruntunglah kita sebab hidayah turun pada kita untuk menuju jalan taqwa. If belum tahap taqwa pun, sedang jalan tuju taqwa. InsyaALlah tulah yang Allah kira.

Seronok bila boleh tukar-tukar pendapat. Selalu fikir tak berani nak cakap pape. Nak simpan je pandangan. Tapi sebenarnya bila bincang-bincang secara ilmiah ramai dapat manfaat. Paling least, diri sendiri.

Bijen M. said... [Reply]

@Ismi Ijmi
Jap nak buat entri baru.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@As
Sebenarnya salah saya tak buat usaha agama sungguh-sungguh.
Banyak habis masa depan laptop je.
Okebai!
:)

As said... [Reply]

Perli ke? T__T

Haila.
Tulah better diam daripada banyak cakap.
Didik diri jadi multi tasking patutnya.
Entahlah.

Moga Allah bagi faham.
Moga Allah tunjuk jalan.
Kat saya.
Kat ummat.

CKB said... [Reply]

setiap manusia tu ada khilafnya.

aku ni xde la terer merer dlm ilmu agama ni..tp aku igt sorg naqibah remind aku melalui surah Muhammad ayat 7.

Gua pasti, InsyaAllah.. kalo kita tolong iman kita mantop dulu..lelame org pun terikut gk dgn aura kita tu. lelame yg jahat2 pun jd baik sebab segan. mne tahu kan?
InsyaAllah.

ekeli gua nk ckp gua stuju sikit kt lu punye entri ni. tahniah

Pencari ALLAH said... [Reply]

Berbalik kepada islam jika tidak mahu sesat. Jauhi fitnah terbesar akhir zaman.

zaujah muhammad.. said... [Reply]

assalamualaikum, bijen.
apa yg cik as ckp kt ats tu..dpt pncerahan jgk, akhir zaman ni byk khilaf yg kita sndiri selalu xdpt bezakan mana yang haq dan batil. tapi kalau dah kuat yang asas insya allah, allah akan hijab diri ni dari fitnah yang macam2 jenis.. bca komen hg mcm nyesal je buat entry ni. tapi kat entry ni sy nmpk lh tujuan sbnr tegur kami golgn mahasiswa ni.

dan maybe ada stu golgn ni jd mujahid yg satu golgn peljr ni jd ahli fikir.allah dh siap2 kn setiap org tu ada peranan masing2 ye dak...wallahualam

sofya myra said... [Reply]

SLM BIJEN..

1ST TIME NI NK NGULAS..HEHE..BKN NK ULAS APER PUN..STKT NK BG SALAAAMMMM! BOLEH GITU? JZ FYI, ACC FB SDH D TTUP, PERMANENTLY,,, INSYAA ALLAH..! :) TRUSKAN BCARA, JGN LUPA KMSLM DGN BATRISHA EK? ;p MHON DOAKN MSTURAT DR SDKN NI..JZAKALLAH TUAN..

Anonymous said... [Reply]

Kalau nak diikutkan cara islam yang sebenarnya lah, orang beriman wajib bergaul sesama mereka. Kerja diorang berdakwah sebagai tuntutan agama dan untuk diri mereka jugak supaya tak payah dok kalut2 jawab kat akhirat nanti. Sama ada golongan yang nak didakwahkan tu nak terima atau tidak, tu ALLAH punya kerja. Kerja kita berdoa semoga diorang tu berbalik ke pangkal jalan.

Contoh paling dekatlah, Abu jahal, sungguh setiap hari Nabi Muhammad S.A.W dok dakwah2 kat depa, tapi ALLAH belum bukakan pintu hati depa pun sampai mati depa pun dalam kekafiran.

Pulanglah kepada islam yang sebenar, tak payah dok kalut2 nak sampaikan kat diorang tu, takut depa tak terima, pentingnya kita dah lakukan tanggungjawab menegur.

Bak kata Tuan Bijeng, islam tu mudah, ALLAH bagi mudah. Bila dok fikir banyak sangat risiko yang bakal dihadapi tu, timbullah kekacauan. Kerja kita "just do", hasilnya kerja ALLAH.

Kalau nak selamat, ikut semula ajaran asas islam. Walaupun simple tapi ramai sangat yang telah dilupakan dan tiada sadar.

Anonymous said... [Reply]

Eheh, patutlah ALLAH ajar kita baik-baik dalam Al-Quran gabung sesama muslim yang beriman, jauhi munafik dan fasik. Tengok sendiri akibatnya sekarang, terlalu banyak pencampuran yang beriman dengan golongan fasik dan munafik, kalau iman tak sekuat mana, jatuh sudah tersungkur bumi ikut sama depa semua. Kalau tak ikut depa pun, berlaku kekacauan dan banyak sangat fitnah.

Tengok firaun sahajalah, berbagai wahyu dah sampai kat depa pun, depa tetap dengan cara depa, yang membuktikan depa nak berubah pun bila sampai ke hujung nyawa. Jika tidak, sekiranya ALLAH bagi chance kat depa berkali-kali sekalipun, tetap jugak depa tak berubah. ALLAH campak depa kat bumi berkali-kali pun, depa tetap menyekutukan ALLAH.

Semua ini hati, penerimaan dan pembukaan hati kerja ALLAH. Jangan pertikaikan kerja ALLAH. Islam jangan dibuat main, kalau sudah hukumnya macam tu, wajibnya dan haramnya di situ, lakukan dan ikutkan sahaja. Jangan dipertikaikan.

Anonymous said... [Reply]

Sokong Tuan Bijen. sorry all. Ahah..

Bijen M. said... [Reply]

@As
Takut bila banyak cakap, banyak salah.
Maka banyak hisab.
Lambat masuk syurga.
Na'uzubillah.
Nabi SAW bila dipersoal pun, dia diam.
Tugas menjawab, tugas Allah.
Tugas Baginda, menyampai.

Bijen M. said... [Reply]

@CKB
Usaha atas iman kita dulu.
Allah sayang, Dia akan tolong.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Dalam haji wida' Nabi SAW tinggal dua perkara saja.
Untuk digigit sebaiknya dengan gigi geraham.
Kalau ikut, tak akan sesat.

Bijen M. said... [Reply]

@zaujah muhammad..
Bukan tegur.
Tapi mengingatkan.
Ada kerja yang lagi penting yang kita terlupa.

Bijen M. said... [Reply]

@sofya myra
Salam.
He he he.
Alhamdulillah dengar.
Semoga kita terus istiqamah.
Mohon doa saya nak ke Tonggi 12hb ni.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Erk.
Ni tiga-tiga irang yang sama lah?
Ha ha ha.
Kan dalam AQ kata Allah cela orang beriman yang hari ini berpesan-pesan dengan golongan itu.
Tapi esok-esok dia sama-sama lepak dengan orang tu lagi.
Jzkk.

Bijen M. said... [Reply]

@sofya myra
Btw Zack tu anak akak ke?

sofya myra said... [Reply]

YA ALLAH..KAU SAMPAIKANLAH TUAN BIJEN NI KE TONGGI 12HB NI YA ALLAH..AMEEN.. :)

ZACX?ZACK TU SAPER EK?HURMMM..

BTW, CNDRHTINYA MANA DONG?HUHUHUUUU..HAISHHHH..KNA MNTK KT ALLAH NI.. :)))

Bijen M. said... [Reply]

@sofya myra
Anak akak kat S.Africa nama apa?
Heh!
InsyaAllah sekali dengan ole-ole Tonggi.
Berkat menunggu.
:)

Anonymous said... [Reply]

Hahaha.yes Tuan Bijeng, tiga-tiga tu sama orang. Banyak sangat ulasan menyimpang. Berani kerana benar.

sofya myra said... [Reply]

SLM TUAN,,

ALHAMDULILLAAAHHHHHHHH! HEEHHE..XSIA2 KAN?HEHEH..RZKI DR ALLAHHH! :)))

S.AFRICA?SAPA, ZAKUAN KA? IBNU BATOOTHA KA?LAU DIA, ANAX AGKT JA LA..BKN ANX BTUI PUN!HEEEE..

ANAK AKK SUMER KT SJUNX (6ORG) N SBH 2ORG..

APAPUN, DOAKAN KAMI, YA TUAN.. :)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
:)
Tapi tak berani juga sebab pakai nama Anon.
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@sofya myra
Ohh!
Ingatkan anak betui.
I see.
Semoga Allah pilih semua jadi tulang belakang agama.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...