27.1.12

Bulan yang klise.

Salam bulan sabit berkembar.

Gua nak cerita sikit. Semalam gua kena outstation ke kota raya kerajaan 1Malaysia yang menjadi idaman pasukan Pakatan - Nama lama kota tersebut, Perang Besar. Siapa tahu kat mana? Heheh! So untuk pergi ke sana, gua drivelah kereta dari Pantai Timur ke Perang Besar. Tak adalah gua doa je terus sampai sana sekelip mata. Gua baca doa naik kenderaan sajalah. Bukan kenderaan yang sampaikan, tapi Allah SWT yang sampaikan. Kalau Allah kata tak sampai, tengah jalan gua dah eksiden dah takpun kereta rosak takpun minyak habis tengah terowong Karak. Tapi kalau Allah kata gua tetap sampai, Allah akan sampaikan gua walau macam mana pun seperti asbab ada orang baik hati bagi tumpang ke, tumpang bas yang berhenti dekat R&R ke apa ke. Ada faham?

Maka gua pun drive sensorang tengah-tengah malam melalui Lebuhraya Pantai Timur tu pasal orang kereta (orang rumah) tak ada lagi. Orang kabor LPT ni scary. Nanti gua cerita ke-scary-an yang gua jumpa. Sekarang gua nak cerita pasal bulan.

Sedang gua asyik melayan alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Syeikh Abdul Basit dekat radio Ikim, gua pun terpandanglah ke langit yang gelap gelemat itu. Nampak bulan sabit cantik sangat. (Hari-hari pun bulan cantik!) Lepas tu gua tengok ada sebiji bintang tegar menemani bulan. Ada bulan sabit dengan satu biji bintang terang. Berdua lebih baik! Ironi kan? Heh! Mujur tak ada jalur-jalur merah putih je melintang 14. Mengikut firasat gua, tahun ni bulan sabit bakal mendominasi bulan purnama. Ye dak?

So bila ternampak bulan yang cantik itu, mulut gua pun berkata Subhanallah tanda menyatakan keagungan Allah. Seraya demikian otomatik lidah gua mendendangkan lagu Oh Bulan (Dan Sebenarnya).

Oh bulan..
Enggan melayan diriku lagi..
Pabila..
Air mata membasahi pipi..
Dan lagu-lagu di radio..
Seolah-olah memerli aku..
Pabila kau bersama yang lain..

Maka terus pemikiran gua dibawa menuju ke pemilik lagu berkenaan, Yunalis Mat Zarai. Yuna ni berkait pula dengan fenomena tudung di Malaysia. Daripada tudung lilit-lilit kendian tudung gaya skaf kendian lagi tudung gaya drift terapung-apung di awangan (Hana Tajima). Memang fenomena betul!

Waktu tu dalam fikiran gua satu je. Minta-minta lepas ni Yuna pakai tudung labuh pulak. Nanti mesti ramai golongan muda belia remaja pun turut ikut sama menutup aurat dengan sempurna. Yelah! Ikon kan? Hek! So siapa nak tolong kabor ke Yuna pasal ni?

Tak ada masalah pun nak pakai tudung labuh perform atas stage sambil strumming gitar sampai terputus talinya ye dak? Janji audiens kena gayalah. Kalau nak tahu apa syarat-syarat perempuan nak perform, bolehlah tanya Fesbuk Ustaz Azhar ke atau mana-mana ustazlah.

Maka sambil fikiran gua jauh berangan, mata gua tiba-tiba tertangkap satu kereta yang unik yang berada di hadapan gua. Gua bajet dalam hati, kereta ni mesti bergerak tanpa pemandu macam dalam cerita hikayat hantu LPT. Maka gua menekan pedal minyak lebih sikit bagi membolehkan gua memotong kereta yang unik tersebut.

Sampai je sebelah kereta tersebut, gua pun menoleh ke kiri untuk melihat kokpit pemandunya. Nyata sangkaan gua tepat. Tak ada driver. Tapi macam mana kereta berkenaan boleh bergerak? Jeng jeng jeng!

Tu je!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

29 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam bulan sabit berkembar.

Gua nak cerita sikit. Semalam gua kena outstation ke kota raya kerajaan 1Malaysia yang menjadi idaman pasukan Pakatan - Nama lama kota tersebut, Perang Besar. Siapa tahu kat mana? Heheh! So untuk pergi ke sana, gua drivelah kereta dari Pantai Timur ke Perang Besar. Tak adalah gua doa je terus sampai sana sekelip mata. Gua baca doa naik kenderaan sajalah. Bukan kenderaan yang sampaikan, tapi Allah SWT yang sampaikan. Kalau Allah kata tak sampai, tengah jalan gua dah eksiden dah takpun kereta rosak takpun minyak habis tengah terowong Karak. Tapi kalau Allah kata gua tetap sampai, Allah akan sampaikan gua walau macam mana pun seperti asbab ada orang baik hati bagi tumpang ke, tumpang bas yang berhenti dekat R&R ke apa ke. Ada faham?

mhafiz_ydin said... [Reply]

Car In Tow..

As said... [Reply]

Aa teringin buat karangan ala surat tidak rasmi.

1. LPT tu memang banyak issue tengah malam. Sendiri da rasa. Best jugak tapinya.

2. Bintang yang teman bulan tu memang seorang rafik yang akrab. Seriyes teringat sumting.

"“Jika sesekali kau intai ke dada langit, di waktu malam mesra menghamparkan kasih, carilah sebutir bintang paling karib di sisi bulan, kerana itu adalah bintangku. Biar jarak dan waktu memisahkan kita, kau pasti akan melihat bintang yang sama.” -Petikan Cerita Pendek 'Bintang Seorang Rafik'.

Ingat lagi zaman tu ketandusan karya islami dan ini antara yang best di hati. Zaman SPM dulu rasanya, kekawan KISAS yang ajar baca.

3. Kena doa untuk Yuna lah nampaknya. Seriyes tak pro langsung bab nama2 style tudung ni. Hoho. First time dengar. Byw sape pulak Hana Tajima?

4. Oh okey! Tunggu sambungan kereta unik.

5. Thanks Bro ingatkan supaya salu puji Allah. Terutama bila mata melihat keindahan alam. Moga jiwa juga melihat Tuhan.

6. Oh yes Allah gerakkan hati nak singgah. 27hb rupanya hari ni. Lama da tak sekolah.

7. May Allah bless.

WA.

: husna : said... [Reply]

perang besar...oho..ku rasa ku tahu dimana tempatnya. aha..


alhamdulilah. dlm gelak gelemat tuh tgk bulan makin comey. Allah swt bijak mengatur perancangan.


dan sebenarnya... apakah kisah kereta tnp drebar itu? kereta matikah?heheh

: husna : said... [Reply]

perang besar...oho..ku rasa ku tahu dimana tempatnya. aha..


alhamdulilah. dlm gelak gelemat tuh tgk bulan makin comey. Allah swt bijak mengatur perancangan.


dan sebenarnya... apakah kisah kereta tnp drebar itu? kereta matikah?heheh

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Dahsyat jugak ilmu kau pasal tudung gini. Serius aku terpaksa gugel untuk pemahaman. Haha.

Anonymous said... [Reply]

ceh....meluat gua dgn lu..

siti fairos jaafar said... [Reply]

gelap gelimat?bukan gelap gelita kah?

please la..ada gak intro cerita baru cmni..xnk baca,rs nk tw..nk baca,takut plak..huhu

Bijen M. said... [Reply]

@mhafiz_ydin
In tow ke on tow?
Heheh!
Bijaklah pulak mamat ni.
Nak hadiah eskrem ke?

Bijen M. said... [Reply]

@As

1-7. Heheh!

Kereta tu berjalan 2 tayar.
On tow.

Bijen M. said... [Reply]

@: husna :
Heh!
Sila bagitau nama lama Cyberjaya.
:)

Kereta berjalan 2 tayar.

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Pengetahuan am.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Gua pun.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@siti fairos jaafar
Bukan gelimat.
Gelimat tu sila rujuk Youtube.
Hek!

Pencari ALLAH said... [Reply]

Jenaka yang diselitkan dengan pengajaran mudah meresap ke dalam minda.

Norsha said... [Reply]

cepatlah cari org rumah, nanti kalu hang kena outstation, takdelah meraban drive sorang2 kat LPT tu

fuad ansari said... [Reply]

selagi mana kita yakin bahawa yang bagi manfaat dan mudharat adalah Allah swt, maka tak perlu risau sangatlah nak lalu LPT tu sorang2.. (",)

tak jadi hantu nak mengilai bila mendengar suara matpis menyanyi lagu oh bulan dengan begitu merdu sekali.. (",)

siti farhanah said... [Reply]

semangat baca..ingtkn sambungan kembara bulan...bila nk sambung kembara bukan tuh??

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Yang resapkan, Allah...

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Cepatlah mari pinang saya.
Ha ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Matpis teringin juga nak jumpa Fuad Ansari waktu dia melepak kat Bangi hari tu.

Bijen M. said... [Reply]

@siti farhanah
Akan disambung bila disambung insyaAllah.
:)

sofya myra said... [Reply]

yeayyyyyy...dpt bulan 3 serangkai!lalalalalalalaaaaaaa...sykran wa jzakallah ya tuan bijen yg baik ati..rzki dr ALLAH jua..biar jauh beribu batu, ku sematkn jua nmamu dlm doaku..hek2.. :) smg ALLAH jua yg mbls sgl kbaikn org d sanaaaaaa..!

sofya myra said... [Reply]

ameen.. :)

sofya myra said... [Reply]

yg satu tu, tau..yg lg satu pun tau..yg satu lg tu..nk wat mcm hna tajima leh ker?ahahhaaa... :)

Bijen M. said... [Reply]

@sofya myra
Doalah saya cepat kahwin.
Ha ha ha ha!
Jangan!
Buat lapik meja pun tak apa.
Heh!

sofya myra said... [Reply]

meja pun xder, heheh..(tipuuu! :) 2 pretty 2 put on my table lah..syggg nk guna..heh..wat alas sjdh pun hokeh kot?ngee..ok! done, dh doa dah..insya allah xlama lg ALLAH kbulkan..ameen ya ALLAH..doa karo!

sofya myra said... [Reply]

DONE! dh wt lpik tmpt sjud..huhu..sgt2 selesa..heheh.. :)))

Bijen M. said... [Reply]

@sofya myra
He he he!
Ameen.
Jzkk.
Kim salam abang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...