21.12.11

Rokiah si guru tadika

"Tu, tu! Siapa tu?" Nordin mencucuk-cucuk jari telunjuknya ke cermin tingkap menunjuk ke arah sesuatu.

"Itu?" Pak Ya men-dabel check pertanyaan Nordin.

"Aah! Yang itulah. Tak ada makhluk asing lain dah kat situ," balas Nordin balik. Cukup pantang beliau kalau suka buat-buat tanya banyak kali.

"Gadis itu..." Lidah Pak Ya tak mampu nak meneruskan kata-kata. Nampak seperti ada sesuatu yang berat untuk diluahkan. Mengalahkan ketul emas.

"Kenapa dengan gadis itu Pok Ya? Ce cite molek skek." Semangat inkuiri Nordin meronta-ronta mohon penjelasan.

"Gadis itu...," Pak Ya sikit teragak-agak. "Dulu dia dari kalangan kami."

"Dah tu?"

"Dia telah dijatuhkan hukuman buang daerah. Senang cerita, dia dah kena pulau dengan orang sini." Biji mata Pak Ya mula memandang jauh. Dia cuba mengimbau kembali peristiwa yang berlaku beberapa tahun lepas saat dia terpaksa membuat keputusan perbicaraan yang berat itu.

"Atas kesalahan apa?"

Nordin sudah tidak sabar lagi nak mendengar cerita lanjut yang bakal keluar dari mulut Pak Ya.

Pak Ya kemudian menundukkan mukanya. "Emm... bersekedudukan."

"I see. Memang dia bersalah?"

"Emm...," Pak Ya menge-emm lagi.

"Kenapa?" Nordin mendesak. Serupa tak puas hati betul gayanya.

"Sebenarnya..." Kali ni Pak Ya mengalihkan biji matanya ke arah kepala lutut Nordin. Entah apa yang cuba dikaji dengan tindakan tersebut.

"Beberapa tahun lepas, kami pernah buat rombongan sambil belajar ke bulan. Bawa budak-budak tadika jalan-jalan di sana."

Pok Ya tarik nafas dalam-dalam. Sedut, dalam kiraan 7 saat dia hembus panjang. Perut Pak Ya kembung kempis kembung kempis.

"Dia tu cikgu tadika di tempat kami. Sewaktu rombongan hendak pulang ke Pusat Angkasa, ahli rombongan tak sedar pula yang dia tercicir di belakang."

"Oh!" Nordin cuba menge-oh dengan seikhlas mungkin.

"Nak dijadikan cerita, dalam rombongan tersebut ada seorang yang telah ditugaskan sebagai sweeper yang membuat kerja 'menyapu' apa saja yang tertinggal supaya bulan kekal bersih bersinar. Lalu si sweeper tadi nampaklah cikgu tadi menangis keseorangan di atas satu batu."

Pak Ya yang sudah dapat momentum bercerita, mula bercerita dengan penuh semangat.

"Kemudian tersebarlah cerita di seluruh Pusat Angkasa berkenaan perihal mereka."

"Cerita apa Pak Ya?"

"Mereka telah bersama."

"Oh!"

Kluk tuteetuuteet! Kluk tuteetuuteet!

Tiba-tiba nada dering Skype yang keluar dari speaker iPad yang Nordin pinjam dari Pak Ya mengganggu perbualan mereka.

"Eh mak?!" Nordin menjerit dari dalam hati.

(Bagi yang baru membaca dan tak faham, sila rujuk siri Kembara Bulan di ruang sebelah kanan blog!)

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

23 comments:

Anonymous said... [Reply]

"Tu, tu! Siapa tu?" Nordin mencucuk-cucuk jari telunjuknya ke cermin tingkap menunjuk ke arah sesuatu.

"Itu?" Pak Ya men-dabel check pertanyaan Nordin.

"Aah! Yang itulah. Tak ada makhluk asing lain dah kat situ," balas Nordin balik. Cukup pantang beliau kalau suka buat-buat tanya banyak kali.

CKB said... [Reply]

lama x dtg baca sini. bru balik dr posting. relax kan minda baca tulisan anda. :)

Bijen M. said... [Reply]

CKB,
Amacam posting?

hawariyyun said... [Reply]

wa saspek lu nak cte pasal hadith ifk..betoi dak?? haaaa

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Apeni apeni apeni.

Eh. Pinjam Nordin kejap.

Anonymous said... [Reply]

apa pulak cikgu tadika bersekedudukan. cari la profession lain

[ a D D y h A I K A L ] said... [Reply]

wa saspek macam cite Aishah r.a..

fuad ansari said... [Reply]

iyelah, wa pun saspek macam cerita aisyah r.a... (",)

moral of da story, jgn memandai kata mereka telah bersama kalau tak nampak.. (",)

si tenang said... [Reply]

tak paham laa..
uhuhu~ T-T

mhafiz_ydin said... [Reply]

tinggi sangat sampy bulan.. gua buat2 faham..

Afida Anuar said... [Reply]

Hmmm...bila gua baca tajuk gua ingat lu nak pi pinang rokiah si guru tadika 9jan ni.. tapi bila baca entry....bukan rupanya.

Gua tunggu entry sambungan entry ni...eh ada sambungan kan?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Assalamualaikum.
Gua saspek Nordin nak hepi ending dgn Rokiah la der
(not bad Mard)

Bijen M. said... [Reply]

HAWARIYYUN,
Untunglah lu dapat tangkap.


PENCHENTA,
Pinjam nok buat mende?


T.NAMA,
Baru ni baca paper cerita cikgu tadika kena tangkap basah.
Hak hak!


ADDYHAIKAL,
Betoi dah tu.


FUAD ANSARI,
Moral of the story, siasat dulu.
Jangan dedah aib orang awal-awal.
Hak hak!

.

Bijen M. said... [Reply]

MHAFIZ YDIN,
Semoga Allah bagi faham.


AFIDA ANUAR,
Ada ada!
9 Jan tu keputusan mahkamahlah.


UKHTI MARDHIAH,
Alaikum salam.
Not bad Mard, not bad.
Please try again later.

Norsha said... [Reply]

kesian si rokiah, siapalah yg bawak mulut tu...?

As said... [Reply]

Oh.

1. Paling minat "mencucuk-cucuk jari telunjuknya" dan "cukup pantang beliau kalau suka buat-buat tanya banyak kali".

2. Part "Pok Ya tarik nafas dalam-dalam" tu rasanya ejaan dia "Pak Ya".
Eceh.
Bukan penting pun.

3. Part cerita pause suspend camnilah antara sebab tak suka kotak peti televisyen.

4. 9 Jan tu, macam dah boleh agak je kan keputusan dia.

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

-_-

Nurul M. said... [Reply]

wei...gua cikgu tadika!..
tapi takpelah..ikut frasa sebenar..tabika..

Pencari ALLAH said... [Reply]

Gosip kaum lelaki :)

Bijen M. said... [Reply]

NORSHA,
Angin bawak khabar.
Hahak!


AS,
Agak-agak apa keputusannya?


NUR TAUFIQAH IDRIS,
o_O


NURUL M.,
Tadika - Taman Didikan Kanak-Kanak
Tabika - Taman Bimbingan Kanak-Kanak
Taska - Taman Asuhan Kanak-Kanak
Pasti - Pusat Asuhan Tunas Islam
Keh keh keh!


PENCARI ALLAH,
Orang lelaki bukan bergosip.
Depa muzakarah.

Pencari ALLAH said... [Reply]

Alhamdulillah wahai kaum lelaki.

si tenang said... [Reply]

ooo...camtu rupenye..
adoi..rokiah ni wat jatuh saham cekgu tadika jek laa..
baru je berhajat nak jadi cikgu tadika / pengasuh taska..

Bijen M. said... [Reply]

PENCARI ALLAH,
He he he!


SI TENANG,
Sabarlah.
Cerita belum habis.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...