23.12.11

Masalah makwe akhir zaman.

Setelah beberapa siri entri berkisar tentang makwe, sekarang gua nak sembang dengan geng-geng pakwe pulak. Karang kata gua pilih kasih pulak kan? Dah, nak buat macam mana? Gua jantan. Satu perkara normal untuk enthusiastic gua lebih ke arah makwe.

Oke pakwe-pakwe sekalian! Lu orang rasa sakit mata tak tengok makwe-makwe dedah-dedah baju kain belah-belah? Tak cukup dengan itu, bonggol unta atas kepala. Nak lagi scary, pakai baju balut buah nangka tambah lagi dengan pembalut yang lutcahaya boleh tembus nampak badan tak payah pakai spek mata pembogel baju. Tambah lagi sedap, mulut pot pet pot pet macam pop corn tengah nak menjadi-jadi.

Alahh! Tak payah cakap. Gua faham jiwa-jiwa lu orang. Kalau tak, tak adalah wujud Fesbuk yang cerita pasal makwe dedah-dedah ni kan? Tak adalah wujud blog yang cerita pasal makwe yang rajin menayang ni kan? Okelah tu lu orang prihatin ye dak? Ada sikit iman dan fikir atas umat dalam hati lu orang.

Gua tau lu orang kesian ke sek-sek makwe ni. Paling senang nak masuk syurga. Tapi paling ramai masuk neraka.

Nabi kata, orang beriman bila lihat maksiat dia cegah dengan tangan. Iman kurang kalu, cegah dengan lisan. Lemah lagi kalu, cegah pakai hati. Yakni benci dalam hati. Itu tahap selembut-lembut iman gayanya. Kira lu orang ni iman tahap tinggilah jugak sebab buat grup Fesbuk dan blog dedah cerita kemungkaran yang berlaku pada hari ini supaya masyarakat maklum dan sedar.

Tapi dalam pada itu ada juga orang yang suka menonton TV, pergi tengok wayang dan sebagainya. Cerita tu pulak tayang gambar tak tutup aurat, tapi kita tengok. Cerita tu ada sentuh-sentuh tak kenal mahram, tapi kita tengok. Tak ada pula rasa benci sekurang-kurangnya dalam hati yakni tahap selembut-lembut iman. Tapi kita siap menangis lagi mendayu-dayu bila tengok cerita, Ombak Sayang misalnya. Itu maknanya dah tak ada iman ke?

Berbalik kepada topik, pada satu hari gua pernah bersembang dengan seorang pakcik tentang hal umat akhir zaman ni. Pakcik ni bagi jawapan mudah saja. Kesalahan bukan dituding kepada makwe-makwe yang tak menutup aurat dengan sempurna ni. Tapi sebenarnya kepada sek-sek pakwe.

Pakcik tu kata nak selesaikan masalah ni kita kena usahakan para pakwe sedunia dapat solat lima waktu berjemaah di awal waktu dan di tempat azan dilaungkan. Gaya-gaya penuh macam solat Jumaat gitu.

Pakcik tu kata, bila time solat Jumaat payah nak jumpa makwe-makwe berkeliaran mengikut kesukaan hati mereka. Kalau dulu-dulu dekat rumah selalu kedengaran para mak-mak selalu melarang anak-anak perempuan mereka keluar rumah di waktu tersebut. Kata mak-mak, "Tak malu ke nak keluar tengah-tengah hari merembang ni orang semua dok pi masjid?".

Contoh lain, waktu solat raya payah nak tengok makwe-makwe tak tahu malu jalan tersipu-sipu depan pakwe-pakwe yang duduk melepak di masjid.

Dua senario ini berlaku kerana tiba-tiba muncul perasaan malu teramat dalam kalangan makwe-makwe bila tengok pakwe-pakwe gaya-gaya beriman di akhir zaman ni. Bila para pakwe taat mengamalkan perintah Allah Taala, ikut cara Nabi SAW, automatik Allah Taala akan bagi rasa malu ke para makwe.

Contoh lain gua boleh bagi, petang-petang ada satu kumpulan jemaah dari masjid lengkap berpakaian sunnah kemas buat amalan ziarah dari rumah ke rumah. Bila sampai di sebuah rumah, depa bagi salam. Bila makwe keluar rumah tengok ada pakwe-pakwe hensem dok kat luar, pasti dia malu-malu selindung balik pintu kalau dia terlupa tutup kepala misalnya.

Ini pasal wujud tanda keimanan pada diri pakwe-pakwe tersebut. Bila ada orang yang memandang, automatik seseorang akan teringat ke Allah. Kalau tengah makan sambil berdiri, tengok ustaz senyum perhati, automatik dia rasa segan lalu makan duduk. Kalau belum solat, automatik teringat yang dia belum solat lagi.

Gua pun kalau jumpa makwe ninjabi (niqabi) tengah jalan, tak ada kekuatan gua nak usha mata depa. Padahal memang nak je gua usha rapat. Tapi Allah Taala bagi rasa malu ke gua. Memang amat cilake gua rasa kalau nak jugak usha depa padahal depa dah susah payah pilih jalan taqwa. Nak bercakap pun tak ada kekuatan even kalau dalam telipon pun. Haih! Moga Allah sentiasa melindungi golongan-golongan ninja akhir zaman ni.

Berbalik kepada sektor pakwe. Tahukah lu orang bahawa tanda-tanda seseorang itu beriman adalah bila pakwe itu sentiasa berulang-alik ke masjid untuk menunaikan perintah Allah. Hatinya cukup terpaut pada masjid. Jatuh cinta dengan masjid. Hinggakan Allah Taala akan memberi lindungan arasyNya kepada pemuda yang hatinya hinggap pada masjid.

Panjang cerita pun tak guna. Formula ringkasnya, semua laki-laki akil baligh jaga solat lima waktu dekat masjid awal waktu maka makwe-makwe akan naik segan nak langgar perintah Allah. Bukan makwe saja, Israel pun akan naik cuak bila syabab-syabab akhir zaman ni ramai-ramai mengimarahkan masjid.

Bila semua laki akil baligh jaga solat lima waktu berjemaah di masjid, Allah akan bagi rasa malu ke wanita hingga dapat tutup aurat dengan sempurna. Bila mak bapak molek gini, Allah akan bagi rasa respek ke anak-anak hingga mereka dapat taat ibu bapa.

Jadi, jangan salahkan makwe tak tutup aurat. Tapi salahkan diri kita tak jaga solat.

.

Dulu waktu gua lepak kat Mawana bahagian Uttar Pradesh, tengok masjid-masjid kat sana lima waktu penuh dengan orang laki. Bila azan je, semua orang tinggal kedai depa macam tu je. Nak tahu apa jadi kat makwe-makwe sana? Gua rasa 100% makwe Islam kat sana pakai niqab, uniform hitam. Sebab apa gua rasa 100%? Sebab makwe Hindu pun terkesan sampai tutup muka depa sekali.

.

Akhir kata, apa barang sembang pung pang pung pang nak tegakkan negara Islam, nak cegah kemungkaran kalau solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh pun diri sendiri tak dapat nak jaga. Pesanan ikhlas untuk diri sendiri, sekiang!

Post ini gua tinggalkan untuk lu orang sepanjang cuti ni. Gua nak pi holiday dengan Batrisha dan umi dia sat. Semalam dah jalan-jalan Genting. Esok nak pi Laketown Bukit Merah gamaknya. Langkawi tak jadilah. Oke chalow betey!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

33 comments:

Anonymous said... [Reply]

Setelah beberapa siri entri berkisar tentang makwe, sekarang gua nak sembang dengan geng-geng pakwe pulak. Karang kata gua pilih kasih pulak kan? Dah, nak buat macam mana? Gua jantan. Satu perkara normal untuk enthusiastic gua lebih ke arah makwe.

yuyu aziz said... [Reply]

Benar sekali. setuju.

Jika mengikut pengalaman sendiri pun, akan timbul rasa 'segan' bila berhadapan dengan pakwe beriman.
Even makwe2 freehair pun otometik pegi ambik/pinjam tudung sape2 jap tutup kepala/rambut/aurat?/ bilamana ada pak imam datang rumah untuk majlis keagamaan.

Hebat sungguh penangan pakwe beriman.

Selamat bercuti.

Noorieda said... [Reply]

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Wahh, boleh panas hati pakwe~pakwe yang baca entry ni....huhu

Tapi, ada baiknya juga kalau para lelaki tau sal ni.... leh nasihat makwe2x diorang tutup aurat...kihkih... :)

thedofi said... [Reply]

ninja akhir zaman...

z to a said... [Reply]

betul betul betul...
bila nampak pakwe beriman, makwe-makwe akan rasa segan...pengalaman sendiri, jadi malu alah dengan my dad sebab dia yang balik lambat dari keja pun mampu pergi solat jemaah,solat diawal waktu...dan2 berubah solat diawal waktu jugak =)

dan ada juga makwe-makwe yang tak menutup aurat, berubah bila tengok pakwe2 beriman (bukan berubah sebab pakwe2) alhamdulillah

hepi holiday~~

Afida Anuar said... [Reply]

Gua setuju 100% entry ni, bila pakwe menjaga, makwe akan automatik memelihara;)...

berdasarkan pengalaman gua....gitu lah;)

cik_paan said... [Reply]

memang setuju habis lah

kalau hari jumaat, biasanya kami yang sek sek makwe ni akan pastikan balik awal, tak pun kalau dah terlewat, lagi rela duduk fakulti dari balik kolej waktu orang lelaki nak pergi solat jumaat...malu kalau terserempak dgn diorang ramai2 gi masjid ....

kalau buat tiap2 kali solat fardhu, mesti ramai makwe2 yg dah tak nak berkeliaran tanpa tujuan lagi dah..jadi muslimah cemerlang gitu

Norhayati Rostam said... [Reply]

Untunglah timbul rasa malu.

Bijen M. said... [Reply]

YUYU AZIZ,
Jemputlah bercuti sekali.
:)


NOORIEDA,
Alaikum salam.
Tadelah panas sangat kot rasanya.
Hek!


THEDOFI,
Ghuraba akhir zamang.


Z TO A,
Asbab hidayat!


AFIDA ANUAR,
Lu nak cerita lu lari masuk rumah ritu ke?


CIK PAAN,
Muslimah cemerlang gittew!

Sutera_suci said... [Reply]

Terima kasih.

imejin said... [Reply]

uh. abepis.
nuh nengok ninja jd malu2.
kang gi bukit merah mmg xde punla sorang pun ninja kt sana, jgn abepis jd takmalu-takmalu pulak =D

siti fairos jaafar said... [Reply]

betul3..tringat zaman dahulu kala..nk main kat luar pn xjd asbab sume org pegi solat jumaat kn..cm malu jew main time2 tu (ms tu gua sekolah rendah) skrg, pakwe2 yg xpegi solat jumaat pn melambak kat shoping kompleks..makan tanpa rs malu..period ke hape??

p/s: pegi la langkawi..best oo..10 years jd warga langkawi..hua3

ukhti,mardhiah said... [Reply]

laa....yaka?
awat mard kalau nampak karkun hotstuff mard bertambah galak??

owh, inilah tandanya, mard kna cpt2hbis blaja.

I can feel ur heartbeat
i can feel ur heartbeat
he said to me
feel ur hearbeat,your hearbeat
stop stealing my heart away
stop stealing my heart away

kalau lalu bhampiran "hotstuff" ni, nyanyi lagu ni dlm hati....
aha ha ha
joking...joking

hotstuff+limited edition=Karkun

izzatimar'e said... [Reply]

salam....
mmg bestla kalo bnd yg awk citer tu sume jd kenyataan... slalunye mmg best jln2 kat luar kalo time jumaat, xramai laki, rse safe sket.. hehhe... tp jeling2 jugak kalo nmpk yg mmg xkesa dating ngan awek dye pastu xpegi semayang jumaat.... haru sangat2....

g langkawi blikan cokelat bsr yea? ckp kat batrisya auntie izzati nak... heheh :p

Nurul M. said... [Reply]

dakwah secara halus..-)

Pencari ALLAH said... [Reply]

:) Satu ilmu yang berguna. Permasalahan diselesaikan dengan mencari punca masalah. Thanks Tuan Bijen.

Bijen M. said... [Reply]

SUTERA SUCI,
Sama-sama.


IMEJIN,
Tak pergi watepak!
Pegi tengok orang utan dan binatang-binatang buas je.
Hek!


SITI FAIROS JAAFAR,
Zaman dulu masih ada rasa malu.
Zaman sekarang makin kurang rasa malu.
Tak jadi pergi Langkawi.
Huu!


UKHTI MARDHIAH,
Ceh!

.

Bijen M. said... [Reply]

IZZATIMARE,
Salam.
Kekadang pergi tengok wayang time waktu Jumaat.
Tak jadi pergi Langkawilah.


NURUL M.,
Eh.
Ni Nurul M. yang gua kenal dulu ke Nurul M. baru ni?
Heh!


PENCARI ALLAH,
Sem-sem!

Mz Aisya said... [Reply]

Bagusss!
dah lama aku tak baca entri ko ni, sebokkkk over dose!

menarik, aku suka betul baca yang ni. :D

ahax holidayyy leklok haaa, jauh bermusafir, singgah2 la masjid yang ada. hehe

Afida Anuar said... [Reply]

alamak...lu nampak gua lari masuk rumah?? adehh malunyerrr:P

takde la...gua nak cakap... hurmmm, gua nak cakpa....takpe la. Gua takut lu salah faham. (pulak!).. k bai!

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Hmm. Ni post encek bijen nak perasan "patutlah tak ada orang usha aku" ke apa? Kah3.

Betul tu. Tapi gua rasa sedih tahap nak menangis dah bila abang kupiah tunjuk rajin pergi teman 'coursemate' beli barang kat bazaar. DEM.

Btw, pakaian bukan ukuran tahap iman. Tapi iman boleh diukur dengan pakaian. Hah!

As said... [Reply]

PENYELESAIAN

Terap tanamkan keimanan.

Pergh sangat mudah nak taip. Cuma boleh dilaksanakan if follow gaya pakwe makwe akhir zaman. Means berdakwah ke merata tempat bukan di masjid dan sewaktu dengannya sahaja. Buku-buku/artikel gaya santai pun sangat membantu.

PAKWE BERIMAN

Pasal abang-abang dan pakcik beriman ni sebabkan makwe jadi malu. Sangat setuju.

Sepanjang belajar kat kampus ramai sangat pakwe beriman, memang super segan. Nak lalu pergi kelas pun segan. Kat library segan, kat cafe Kulliyyah pun segan. Kat mana-mana pun kalau boleh nak jadi halimunan!

Time sebelum azan dilaungkan till pakwe semua habis solat jemaah, takkan ada makwe lalu-lalang. Takkan ada. Semua super segan.

Time-time biasa pun makwe tak ramai nak makan kat cafeteria, 80% beli tapau makan kat bilik. Sebab segan nak appear depan pakwe beriman. Selain tu, orang nak dating pun segan kat dalam, semua buat luar kampus. Sebab apa? Sebab tak segan la. Sebab apa tak segan? Pikir sendiri.

Ni suasana up to zaman As grad, la ni harapnya masih terpelihara insyaAllah.

NIQAB

Doakanlah Bro, ALlah lindungi bukan sahaja golongan ninja akhir zaman, malah juga golongan non-ninja. Moga Allah permudahkan mereka nak jadi ninja. Dan bukakan hati mereka.

AURAT

Memang makwe susah nak faham perasaan pakwe tengok makwe tak tutup aurat. If makwe ternampak pakwe tak tutup aurat. Cuma rasa sakit hati sakit jiwa je. Tapi pakwe mujahadah amat kot. Entah.

TERAKHIR

Hari ni rasa sebak sungguh dengar Syeikh Alaa Elsayed nasihatkan:
"You're daughter of Hajar, Khadijah, Fatimah and Aishah. Be proud of yourself. Be like them, act like them, eat like them, sleep like them, love them and follow their footsteps. You'll be with them in Jannah."

LOok at the women of history, the best nation. Doakan kami para wanita akhir zaman, dipermudahkan jalan dan terus berusaha ke ac

Allahu. T_T

As said... [Reply]

*terus berusaha ke arah itu.

InsyaAllah.

p/s: Another good article, masyaAllah. Barakallah, akhi.

QK said... [Reply]

u dah takde fb eh?

Umma-ali said... [Reply]

aslm, bila sifat rijal kaum lelaki dikembalikan, maka sifat malu kaum wanita akan meningkat...
gasyt gasyt gasyt!!!

Anonymous said... [Reply]

Perempuan selalunya terkesan kalau lelaki bagi nasihat..

Tapi masalahnya sekarang ni lelaki suka menggalakkan perempuan buat maksiat.

Bijen M. said... [Reply]

MZ AISYA,
Sebok bebenor makcik sorang ni.
Jangan lupa sebok dengan Allah sudahlah ye.
Woke!


AFIDA ANUAR,
Ceh!
Ceh ceh!


PENCHENTA,
Cuba bersangka baik sesama Muslim sikit.
Cuma ayat last lu sedikit tinggi.
Huh!


AS,
Lepas tu boleh hilang rasa segan tu dengan emel-emel, sms dan sebagainya ye dak sebab tak nampak muka.
Ha ha ha!


QK,
Udah delete.
Don't miss me ye.
Cehh!
Sebelum ni pun bukan kontek ye dak?


UMMA ALI,
Wasalam.
Heheh!
Baik buk.


TANPA NAMA,
Heh!
Lepas tu jadi lain angkara kena tipu dengan syaitan.
:D

HijabRockers said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
As said... [Reply]

Oh tu golongan yang sangat-sangat baik.
Macam malaikat dalam kampus, beri suasana universitiku syurgaku.

Hanya emel or SMS bila:

1. Ada urusan.
2. Ada issue.
3. Ada soalan.
4. Ada nak discuss.

Setakat sengaja nak gedik jauh sekali. :)
For sure lah tetap segan dan fikir few times before SMS or emel.

As kan bukan golongan baik macam depa tu. :)
Bukan juga sebersih jiwa golongan ninja yang didoakan dalam entry.
As cuma wanita akhir zaman yang berdosa, sedang berusaha perbaiki diri.
Moga Allah bagi hidayat, moga Allah mengampuni.

si tenang said... [Reply]

oh!
ini sangat betul..saya sblom ni koya jugak (adelah berpakaian x mengikut etika sket)..tapi lebih kurang akhir tahun lepas/awal2 tahun ni (x bape ingat) kenal ngan sorang pakwe hensem yg beriman (tapi tak penah bertegur sapa pun)..cuma knal sbb abah sokmo ajak dia maen badminton skali (abah + adik laki byk cerita2 pasal dia)..pastu dah segan je kalo nak keluar pakai tak proper depan orang baik2..huhu!
Alhamdulillah..skarang sendiri ikhlas mencari redha Ilahi & faham perintahNya (cuba istiqamah juga)..

Bijen M. said... [Reply]

Pehh!
Nampak gaya macam calon menantu je.
Hek!

si tenang said... [Reply]

siapanya calon menantu?
pasal cerita sy tu ke?
rase cam tak layak je untuk orang baik camtu... T-T
dia pon mesti ade kriteria nak wat isteri gok kan..haha~

Bijen M. said... [Reply]

SI TENANG,
Tak ada masalah.
Jodoh Allah yang tentukan.
Manalah tahu itu memang jodoh anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...