13.12.11

Makwe Ready-Made vs Makwe Custom-Made

Dah lama gua tinggal cerita tentang bulan cinta. Semalam bulan gerhana. Nantilah gua sambung cerita seterusnya. Sekarang gua nak tunaikan hajat seseorang yang pernah tak puas hati sebab apa pakwe baik-baik suka nak kahwin dnegan makwe baik-baik. Kesian kat makwe tak berapa baik ye dak?

Okelah! Ada orang yang suka memasak sendiri. Ada orang yang suka membeli. Ada orang yang puas bila dia masak makanannya sendiri, tak kiralah sedap atau tidak. Ada juga orang yang merasa puas memakan makanan yang dibeli sebab dah dijamin sedap walaupun terpaksa berhabis duit sikit.

Ada orang yang ada beras di rumah. Teringin nak makan nasi briyani. Dia punya pilihan sendiri nak buat nasi briyani dengan acuannya sendiri. Nak kaler apa, dan rasa apa, nak macam mana. Yang tentu-tentu dapat memuaskan hatinya. Memang hasilnya menggembirakan.

Tapi ada juga yang dah ada beras di rumah tapi tak reti nak buat nasi briyani. Ataupun ramuan-ramuan tidak cukup lengkap. Ataupun dia tak yakin nak buat nasi briyani dengan tangannya sendiri. Maka tanpa ada pilihan lain, dia terpaksa membeli di kedai hanya kerana mengidam nak makan nasi briyani sepinggan.

Ada juga yang memang suka membeli terus nasi briyani di kedai kerana dia sukakan nasi briyani orang itu. Dan tukang masak itu tentulah orang yang jaga solatnya. Sambil masak pun kuat berzikir. Berkat nasinya, berkat perniagaannya. Yang makan pun dapat berkat insyaAllah.

Namun tak kurang juga yang tak suka makan di luar sebab tukang masaknya ada yang tak jaga solat. Memasak pun tak tutup aurat. Adab di dapur pun kurang dijaga dan sebagainya. Entah-entah ada yang pakai pelaris.

Kesimpulannya di sini, ada orang yang suka memasak makanannya sendiri mengikut citarasanya. Ada juga yang lebih suka membeli makanan yang sudah terjamin sedapnya. Itu bergantung kepada keadaan seseorang itu waktu itu.

Kalau dia rasa dia mampu untuk memasak sendiri dan redha dengan apa yang bakal terjadi terhadap masakannya itu nanti, dia akan berusaha memasak sendiri. Namun sudah tentulah dia kena habiskan masanya lama di dapur hingga kadang-kadang kerja lain tertangguh.

Kalau dia rasa waktu itu masanya terhad, mungkin dia mencari jalan penyelesaian untuk membeli saja nasi briyani. Dan dia kena redhalah nasi tu gagal menepati 100% citarasanya barang kali.

Nak kata di sini ada pro dan kontranya. Lu orang nampak tak? Dan bukan saja-saja dia nak pilih untuk memasak sendiri ataupun terus saja membeli. Ia bergantung dengan keadaan seseorang itu tatkala itu.

Namun kadang-kadang ada orang yang dah beli makanan, tiba-tiba tak ada rezeki plastik terkoyak lalu makanan jatuh bertaburan. Tak pun dalam perjalanan pulang, dia nampak pengemis di tepi jalan lalu berasa simpati dan menyedekahkan makanan tersebut kepada pengemis tadi. Maka bila dia pulang, tepaksalah dia memasak sendiri.

Kadang-kadang yang lain juga, dia memang dah plan nak masak sendiri. Tapi tiba-tiba jiran ketuk pintu bagi juadah untuknya. Takkan nak masak lagi kan? Membazir namanya tu.

Jadi kesimpulannya terakhir yang dapat disimpulkan adalah rezeki Allah SWT dah tetapkan sejak zaman sebelum dinosours lagi. Kalau seseorang tu tak ada rezeki dengan nasi briyani Pak Ali, tetaplah dia kena masak sendiri. Kalau Allah Taala dah tetapkan dia dapat makan free jamuan hari tu, itulah rezeki dia. Siapa kita nak soal-soal rezeki kita di mana?

By the way, untunglah Iqbal Syarie sebab dapat makan dua-dua nasi buatan sendiri dan nasi dah jadi dalam novelnya. Ha ha ha!

Apapun tak kiralah nasi buatan sendiri atau nasi dah jadi, tetap tak lari dari cacat cela. Tak ada benda yang sempurna. Macam gua dah kata sebelum ni, gua cukup tak suka dengan perangai mengadu-domba. Seolah-olah tak redha dengan apa yang ada. Nabi SAW kalau dia tak suka sesuatu makanan tu, dia akan terus tinggalkan. Dia tak akan cakap-cakap tentang makanan itu.

Laki bini, bila dah duduk sebumbung lagi banyak cacat cela masing-masing akan jumpa.

Akhir kata, harap semua berpuas hati dengan entri kali ini sebab memang susah nak puaskan hati semua orang ye dak? Maka jangan kata lagi laki baik-baik tak pandang pun makwe tak baik. Itu semua rezeki Allah Taala yang bagi ye dak? Oke! Selesai hutang.

Bagi yang slow:
Nasi briyani kedai - Awek dah siap solehah dah kononnya.
Nasi briyani rumah - Awek yang nak kena bentuk-bentuk sendiri.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

33 comments:

Anonymous said... [Reply]

Dah lama gua tinggal cerita tentang bulan cinta. Semalam bulan gerhana. Nantilah gua sambung cerita seterusnya. Sekarang gua nak tunaikan hajat seseorang yang pernah tak puas hati sebab apa pakwe baik-baik suka nak kahwin dnegan makwe baik-baik. Kesian kat makwe tak berapa baik ye dak?

Anonymous said... [Reply]

tapi saya suka makan nasi umi saya masak,


acaner?


okebai.

Pencari ALLAH said... [Reply]

Rezeki ALLAH tidak boleh dipersoalkan.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

mard pernah baca kat mana mard dh lupa.

kisah Hassan Al-Bana dilamar seorang pelacur yang dah bertaubat.
Tapi, Hassan ni tolak.
Sampailah perempuan ni meninggal.
Lalu, sahabt-sahabt bertanya.
"kenapa tuan xmahu menikahi perempuan itu, padahal dia telah bertaubat?"
Hasan jawab,"sebab, aku percaya janji Allah. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan sebaliknya"

~termenung lama jugak mard nak hadam. a year juga nak bersetuju dgn kata2 Hasan ni~

Wallahhualam.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

"Nak kata di sini ada pro dan kontranya. Lu orang nampak tak? Dan bukan saja-saja dia nak pilih untuk memasak sendiri ataupun terus saja membeli. Ia bergantung dengan keadaan seseorang itu tatkala itu."

Aku setuju dengan post ni. Tapi jangan lupa, ada juga yang pilih untuk membeli, lalu dibuang saja kerana tiba2 menganggap yang bakal dia masak itu lebih bagus dan enak.

WA.

Allah. Allah. Allah.

Anonymous said... [Reply]

Kalau dia rasa waktu itu masanya terhad, mungkin dia mencari jalan penyelesaian untuk membeli saja nasi briyani. Dan dia kena redhalah nasi tu gagal menepati 100% citarasanya barang kali.


Nasi tu pun tahu die tak memenuhi cita rasa. tapi perlu ke beritahu semua orang..

hmm xpelah..

ex-MPS said... [Reply]

Bukan ke bila kita usaha ubah diri ke arah kebaikan, jodoh yang Allah takdir for us tu dia pun akan slow2 ubah diri?

Doa tu senjata mukmin, dan boleh ubah takdir Allah.
Kecuali 4 perkara tulah.

Makna kata, jadilah yang soleh.
Si solehah akan terbentuk dengan sendiri.
Begitulah sebaliknya. WA

Teringat buku Jaja & Din.
Ustaz warak kahwin makwe custom made.

Pro and kontra akan ada, cuma as always, Allah knows best.

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
[Al-Baqarah: 216]

Wa-llahu ya'lamu wa antum la ta'lamun.
Allah Maha Tahu, sedang kita tatau.

cik_paan said... [Reply]

kalau awek yang tak berapa baik, tapi jenis yang mendengar kata, senanglah nak dibentuk, kan?


semua orang ada potensi untuk jadi baik atau jahat...

Anonymous said... [Reply]

siapa Iqbal Syarie???

Bijen M. said... [Reply]

T.NAMA,
Suruh umi cari calon suami.
Oke!


PENCARI ALLAH,
:)


UKHTI MARDHIAH,
He he he.
Baru je diskas pasal benda ni.


PENCHENTA,
Dibuang tu membazir namanya.
Kufur nikmat.
Itu bergantung kepada keadaan seseorang.


T.NAMA,
Bergantung kepada tase seseorang.
Kalau dia boleh accept, atau terus tinggal.

.

School Of Tots said... [Reply]

Life is about choices. Be what you wanna be. Do what you wanna do. But remember to follow Allah. Never go against Allah. That is the choice for Jannah, insyaAllah.

Bijen M. said... [Reply]

EX-MPS,
Jika kita ada usaha nak belajar memasak, tentu kita akan mampu memasak makanan sendiri dengan enak.
Dan rasa enak tu, dari Allah jualah.
Jika kita belajar untuk pandai merasa, maka mudahlah kita membuat pilihan yang tepat andai kata kena beli nasi yang dah siap.


CIK PAAN,
Sebab tu kata kita tak boleh bajet nak awek dah siap baik atau yang perlu dibentuk.
Semua Allah dah tetapkan.


T.NAMA,
Siapa siapa.
:)

Bijen M. said... [Reply]

SCHOOL OF TOTS,
Agree!

fndrocka said... [Reply]

lapar

Norsha said... [Reply]

makwe yg tak baik pada hari ini boleh jadi akan datang berubah jadi lebih baik , begitu juga sebaliknya, sbb itu kita kena selalu berusaha berubah ke arah kebaikan....btw, nasi briyani dah makin mahal la ni....:)

MM said... [Reply]

Memang kita boleh pilih yang ready-made atau yang custom-made, tapi betul ke pilihan yang kita buat tu tepat? Hanya Allah je yang tahu semua tu. Soal jodoh ni semua rahsia Tuhan.

Kalau dah kata jodoh dengan salah satu, elaklah macam mana sekalipun, tetap akan jadi jugak. Kalau bukan jodoh, cubalah macam mana sekalipun, tetap akan tak jadi. Ingat Allah tak boleh buat ke time hari nikah, tetiba makwe diculik ke, meninggal ke. Contoh saja.

Tak perlu sangat nak cari siapa, tapi jadilah siapa. Lepas tu Allah sendiri akan datangkan pada kita siapa yang Dia pilih untuk kita. Semestinyalah yang Allah pilih tu terbaik untuk kita.

Pernah dengar Menjemput Bidadari by Epicentrum? Kalau belum, cubalah cari dan hayati lirik dia.

Bijen M. said... [Reply]

FNDROCKA,
Jom makang!


NORSHA,
Nasi briyani walau sesedap mana pun dia, lama-lama boleh jadi basi kalau dibiarkan.
Sebab tu kena sentaiasa buat usaha atas iman.
:D


MM,
Perkara di dah ulas dalam post "Bercakap soal jodoh?" dekat Nota Liar kat tepi tu.
Heheh!

Ismi Ijmi said... [Reply]

kalau tempah baju suka ready made. custome made lambat. 2 - 3 minggu baru dapat.

nasi pun suka yang dah ada, tunggu kena masak dulu tu, tengok keadaan, kalau cepat, okelah, kalau lewat sangat bek takyah.

hehe, relate dengan perempuan jugak

HijabRockers said... [Reply]

50 ribu tahun sbelum Allah cipta langit ngan bumi, takdir manusia dah ditetapkan (jodoh included). Buat apa panjang angan2 pikir apasal lelaki baik nk ppuan baik je etc. Aiiii sukati diala nak pilih ppuan baik2 wat org umah. Ikan kat pasar pun org pilih2. Ni pulak nak pilih bini yg nak jadi menantu mak ayah dia, jadi mak anak2 dia. Jangan isau. Jahat ngan baik kat mata manusia ni x sama ngan jahat/baik pd penilaian Allah. Mata ngan perasaan manusia ni slalu menipu, tapi PILIHAN ALLAH TAK PERNAH SALAH. Don;t push it. Banyak2 mintak ampunla ngan Allah kalau mcm dah sampai tahap nak ala2 paksa2 jodoh gitu. Sampai masanya Allah akan jumpakan dgn jodoh yg Allah dah tentukan. Tak kirala baik ke jahat ke, itula rezeki kita and itula yg kita kene redho. Org baik x semestinya akan kekal baik dan org jahat x semestinya akan kekal jahat. Amal masing2 je yg bleh tarik nusrah Allah. Usaha tambah amal, mintak diri kita ni dipandang baik oleh Allah. Moga Allah dtgkan jodoh yg terbaik utk agama dan diri kita. Siapa tak yakin takdir apa yg terjadi itulah yg terbaik, makaaaa.... cek iman. InshaAllah. Kita sama2 doakan smua org dpt jodoh yg terbayek antara yg terbayek. InshaAllah.

*Bijen : Good one.

ex-mps said... [Reply]

Seperti mana rezeki, jodoh pun Allah dah tentukan. Tapi pada hakikat kita diperintahkan untuk berusaha dengan cara yang baik.

Agamawan pernah nasihatkan, pilih jodoh dengan dua cara. Pertama menjadi yang soleh. InsyaAllah akan dapat yang solehah.

Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Sebab orang-orang yang baik pasti akan memilih yang baik untuk kita.

Boleh jadi dalam kita berusaha jadi yang baik, Allah akan beri kita jodoh melalui pilihan orang yang baik.

Takpun, kita usaha jadi orang yang baik sambil cari jodoh orang yang baik, dan nanti pilihan kita tu direstui orang-orang baik. Contohnya, mak ayah etc.

Memang betul, jodoh telah Allah tetapkan dan milik kita hanyalah usaha. Jadi berusahalah dengan baik Allah pasti takkan kecewakan.

Cuma prinsipnya tetap satu dan yang itu memang wajib kita fahami. Telah Dia janjikan orang yang baik untuk orang yang baik.

Namun sekali sekala ada yang diuji mendapat pasangan yang belum menjadi baik. Terimalah dengan kemanisan. Redha dan sabar dalam mendidik, itulah jalan yang Allah kurniakan untuk meraih taqwa.

Yang penting bukan siapa dia sewaktu dinikahi, tetapi siapa dia setelah dinikahi nanti. Janji Allah orang yang baik untuk yang baik bukan sahaja sebelum berkahwin. Tetapi jua di awal pernikahan, pertengahan malah jua di penghujung hayat. Asalkan di sepanjang laluan menuju syurga.

Islam itu membawa sejahtera, tiada bahagia tanpanya.

Allah knows, Allah knows.

WA.

z to a said... [Reply]

membaca post makwe bekerjaya melabuh tirai yang dibaca bersama2 dengan post makwe ready-made vs makwe custom-made membuatkan saya jumpa jawapan yang dicari...seimbang dan complete WA...nway, thanks sebab berkongsi ilmu dan inspirasi =D

btw ismi ijmi, 4 helai baju custom-made boleh disiapkan dalam satu hari, i'Allah =D okebai

Afida Anuar said... [Reply]

apa perasan lu lepas setel 'bayar hutang'? he he..

beginilah, bukannya gua tak puas hati, cuma gua tertanya2 je lepas baca cite tu, pasai dia sendiri suh cari kat dia makwe yang siap. Makwe yang tak siap dia tak nak. Tertanya2 tu macam tak puas hati gak eh? apa2 la.. ha ha..

gua tau, siapa pun yang Allah kasi kat kita, dia tu la yang terbaik untuk kita. yer dak?


..ah...jodoh tu kan rahsia Allah...

-makwe yang tak siap-siap-

Bijen M. said... [Reply]

ISMI IJMI,
Ha ha ha.
Itu bergantung atas individu.
Nampaknya ada orang kata 4 helai baju boleh siap dalam masa sehari.
Hebat betul taylor berkenaan.


HIJABROCKERS,
26hb insyaAllah gua ingat nak melawat brader kat KKB.
Amacam?


EX-MPS,
Btw MPS tu mende?
MPH gua tau lah.
Heh!
Islam tu sejahtera.
Selamat.
Masuklah parti Islam, ada kejayaan.
(Tak merujuk ke mana-mana parti politik)


Z TO A,
Kalau alphabet, Z to A.
Kalau nombor guane?


AFIDA ANUAR,
Umpama baru lepas bayar bil tertunggak.
Suruh dia baca post ni, baru dia faham sikit.
Heh!
Cuma fitrah manusia, nak cari yang sempurna.
Bila dah sempurna ada depan mata, direbutlah.
Semoga terjawab tertanya-tanya lu tu.

.

z to a said... [Reply]

saya belajar matematik/ilmu hisab separuh jalan saja...sukacita sekiranya Inche Bijen dapat bagi jawapan haha terima kasih

ex-mps said... [Reply]

Oh MPS tu duk atas HR.
Sampai hati lu lupa orang atasan, Bro.
Tapi dah ex lah.
Sudah bahagia ditinggalkan.

MPH pun best gak.

Btw macam mana jugak, mengundi tu kewajipan untuk kita.

| At-Talaq:2
| An-Nisa':135
| Al-Baqarah:188
| Al-Baqarah:283
| Al-Maidah:8
| Syura:13
| An-Nisa':144

Walau bagaimanapun, contoh pimpinan Nabi SAW dan pemerintahan Khilafah adalah yang terbaik.

ex-mps said... [Reply]
This comment has been removed by a blog administrator.
fuad ansari said... [Reply]

seronok juga baca2 komen yg ada... tak sia2 gua tunggu orang lain komen dulu.. (",)

selepas beberapa ketika mengharungi kehidupan, gua rasa:

baik atau tidak jodoh kita tu, terpulang kepada perancangan Allah swt..

mungkin ada orang, asbab dia sabar dengan keburukan pasangan dia, Allah swt ganjarkan syurga...

WA...

Bijen M. said... [Reply]

Z TO A,
Heh!
Tatau.
Gua tak sekolah.


EX-MPS,
Oh!
Manalah gua tau MPS tu benda tu.
Dok care pon.


FUAD ANSARI,
Betei betei!
Ada pasangan diuji dapat anak tak baik walaupun depa ustaz ustazah.
Benda tu Allah bagi sebagai wasilah untuk tingkatkan darjat mereka kelak.

.

kakibiskut said... [Reply]

aku sikit konpius..
yang budak2 selalu sebut dari ayat quran tu, laki2 yang baik untuk pompuan yang, perempuan yang jahat utk laki yang jahat.. cmne plak ea?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

ada ke perempuan y x baik nak kahwin dgn lelaki y baik?

tu maknanya, perempuan tu masih adalah perempuan y baik.


xluaran, mgkin dalaman.
xbanyak mgkin sikit.
:)

peRmaTa_ aGamA said... [Reply]

janji Allah :

" dan wanita2 yg baik adalah untuk laki2 yg baik dan laki2 yg baik adalah untuk wanita2 yg baik (pula).."

~ sharing is caring..(^_~) ~

know.No said... [Reply]

salam,

kenapa mesti bermakwe ?
kenapa tak nikah je terus ?
:)

Bijen M. said... [Reply]

KNOW NO,
Salam.
Bermakwe di sini bermaksud berbinilah.
Tak ada istilah makwe (merujuk kepada kapel) dalam senarai Nota Siku.
Keh keh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...