11.12.11

Makwe bekerjaya melabuh tirai

Okelah! Ni last post kot untuk edisi makwe bekerjaya kali ini. Tak berganjak-ganjak lagi ke isu seterusnya.

Seperti yang dijanjikan, kali ini kita nak membincangkan macam mana makwe tak bekerjaya nak setel masalah kewangan.

Ada satu makwe tanya gua macam mana nak henti kerja bila dah ada komitmen segala? Inilah orang tua selalu kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kerja nak buat macam mana? He he he!

Gua upkan list komitmen yang dia bagitahu.
  • Rumah 2 biji - sewa & beli
  • Kereta 2 butir - laki & bini
  • Personal loan, anak 2 orang (pengasuh, pampers, susu, baju)
  • Hutang belajar (MARA, PTPTN, dsb.)
  • Bil air, eletrik, internet (Unifi, dsb.), henpon, minyak kereta, makan hari-hari.
  • Simpanan

Ni gua cakap in general ya. Bukan nak tuju  ke makwe tu. Kang makwe tu sedih makan hati pula. Heheh! Dari pengamatan kasar, memang perbelanjaan di atas nampak normal. Tapi dari sudut halusnya dapat dilihat perbelanjaan tersebut melebihi keperluan. Lebih menurutkan kehendak daripada keperluan. Penyakit orang zaman sekarang.

Perlu apa lagi rumah sehingga 2 biji kalau suami dan isteri dah duduk sebumbung? Kalau laki kerja kat tempat lain, bini kerja kat tempat lain memanglah kena ada dua rumah. Tapi kalau bini dah tak bekerja, motif apa nak sampai dua rumah?

Kereta sampai dua butir pun bukan keperluan bila si isteri dah tak bekerja. Perlu apa lagi kereta lagi satu kalau bini dah duduk rumah saja. Kalau nak pergi shopping, tunggu suami balik pergi shopping sama-sama. Baru romentik! Nak bawa anak jalan-jalan pun, buatlah sama-sama dengan suami. Kalau ada kecemasan, call suami. Baru suami ada rasa tanggungjawab sikit nak balik.

Atau kalau perlu sangat-sangat-sangat kereta buat hantar anak pi sekolah sebab tak nak susahkan suami, jual kereta sedia ada dan beli kereta murah secara cash. Kereta Kancil misalnya. Tak perlu nak kereta mahal kalau setakat untuk kegunaan biasa. Kalau nak balik kampung jauh-jauh, naiklah kereta suami yang Type-R tu.

Gua tak nampak celah mana kegunaan personal loan tu. Nak biaya apa? Satu lagi kehendak mengatasi keperluan. Kalau buat personal loan untuk start-up bisnes sendiri, sure ada income ye dak at least sikit pun. Lagi satu gua nak pesan, hindarilah riba selagi boleh. Sekian! Pengasuh dah tak perlu bayar pasal kita jaga sendiri bila duduk rumah. Pampers, susu, baju itu tanggungjawab suami nak bagi nafkah.

Hutang belajar boleh bayar pakai duit yang suami bagi bulan-bulan tu. (Rujuk post lepas-lepas) Takpun bila dah bikin bisnes kat rumah, boleh je nak bayar.

Bil air, elektrik, internet suami punya kerja. Takkan suami nak lepas tanggungjawab kot nak harap bini sampai bini kena kerja. Pandai kahwin, pandailah jaga. Kalau tak mampu dan kemungkinan berlaku zalim, Islam tak kata suruh kahwin pun. Sebenarnya tak banyak pun nak kena tanggung. Tapi sebab budaya kita yang suka membazir, sebab tu jadi mahal.

Cerita pasal simpanan, nak tanya lu orang yang dah kerja 4-5 tahun. Dah berapa kali pergi haji? Duit dalam Tabung Haji berapa banyak dah? Alasan tak cukup duit lagi. Alasan lain, nak guna duit buat benda lain dulu. Susah nak dapat cuti. Anak-anak kecil lagi. Sudahlah! Kalau kes Tabung Haji tak panggil lagi tu lain ceritalah. Tapi still umrah boleh buatkan? Orang yang kerja menoreh getah pun dah pergi haji. Kita pulak dok sibuk kumpul harta, dengan harapan bila dah mati boleh upah orang buatkan haji.

Kalau nak kata simpanan, lu jimat-cermat duduk rumah simpan duit yang suami bagi RM 200 sebulan. Dalam tempoh 3-4 tahun, lu dah boleh sampai Mekah dah. Tak percaya ce try. Sambil tu, doa bebanyok.

Heh! Apapun kembali kepada amal. Allah kata siapa yang dapat jaga solat 5 waktunya, Allah akan jaga keberkatan rezekinya di dunia. Tepuk dada tanya, bila saya bekerja dapat tak saya jaga solat saya di awal waktu? Tak payah nak salahkan kerja, duit tak cukup-cukup, kalau hak dengan Allah tak dapat nak jaga. Lagi sekali, jangan kita terlalu sibuk nak senangkan suami di dunia, sampai kita menyusahkannya di akhirat kelak. Jenuh nak menjawab macam-macam brader.

Sebagai penutup, boleh baca dekat sini ulasan UZAR.

p/s: Siapa orang Russia baik mengaku.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

40 comments:

Anonymous said... [Reply]

Okelah! Ni last post kot untuk edisi makwe bekerjaya kali ini. Tak berganjak-ganjak lagi ke isu seterusnya.

Seperti yang dijanjikan, kali ini kita nak membincangkan macam mana makwe tak bekerjaya nak setel masalah kewangan.

Ada satu makwe tanya gua macam mana nak henti kerja bila dah ada komitmen segala? Inilah orang tua selalu kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kerja nak buat macam mana? He he he!

yuyu aziz said... [Reply]

salam.

saya mengikuti beberapa siri makwe berkerjaya dan terpanggil untuk melontarkan pandangan setelah membaca ulasan dan pendapat penulis.

Pernah terbaca juga komen makwe pada entry penulis sebelum ini. Apa yang saya fahami, everything yang makwe tu list kan dia sebenarnya dah terbuat, bukan baru nak buat...jadi dia minta pendapat penulis macamana nak selesaikan masalah tersebut.

misalnya sebelum kawen, she owns a car and so does the spouse. bila kawen masing2 keje dan kenalah terus bayar kereta masing2...sbb mungkin juga suami tidak mampu untuk support everything..2 kereta tersebut bukannya baru nak beli. so jika makwe berhenti keje, kerisauan timbul nanti sape nak settle hutang2 tu..and personal loan pun, mungkin jgk loan tu dia buat sebelum kahwin so nak tak nak kenalah bayar...

ulasan penulis kebanyakannya menggambarkan keadaan 'sebelum' berbanding 'selepas' personal loan diambil, kereta dibeli etc.

alangkah bagus jika penulis dapat meluaskan lagi skop perbincangan kerana saya pun tertunggu-tunggu jawapan bagi persoalan ni..saya juga wanita berkerjaya yang mengimpikan untuk menjadi surirumah sepenuh masa jika berkahwin kelak..insyaAllah.

itu saja, terima kasih.

yuyu aziz said... [Reply]

Terima kasih di atas perkongsian link blog Uzar berkenaan wanita berkerjaya. Boleh saya bezakan antara KEPERLUAN atau KEHENDAK bagi seorang isteri keluar berkerja. Mind and eyes wide open, thanks a lot!

:)

Bijen M. said... [Reply]

YUYU AZIZ,
Trimas kerana rajin membaca.
Ha ha ha!
Tolong jangan request lagi pasal ni, pasal nak tukar topik lain pula.
Heh!
Pasal kereta, dah cakap, jual kereta lama.
It's better than suffered dengan long term hutang.
Untuk loan lain, get income from home base business.
Ada juga tanya how to start home base bisnes bila dah bekerja macam ni and husband tak bagi berhenti.
So tengah kerja ni, buat research and slowly start up your own bisnes.
Bila agak dah kukuh, hubby pun tak kata apa dah kalau nak berhenti.
And always doa minta Allah mudahkan niat anda untuk lari dari fitnah dari kerja luar.
Benda baik, insyaAllah DIA akan mudahkan dan tunjukkan jalan.
Yang penting ada usaha untuk ke arah itu.

Bijen M. said... [Reply]

Btw, it's better to consult this with AKPK.
:)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Assalamualaikum.
:)
nasib x kahwin lg.
xde la istilah terlajak bagai.
cumanya, trikat dgn KPM.
3tahun prkhdmtan.
klw breach of contract, siap sedia 100 000.

"abang..abang.Abang kalau nak yayang duduk rumah 24/7, sediakan 100 000 ok. Love u"

Agk2 setel masalah x?setel?ok.duduk rumah.:)

Bijen M. said... [Reply]

UKHTI MARDHIAH,
Dulu waktu keluar IPB, dok runsing Cik P panggil balik.
Selalu cakap dekat kengkawan, amirsab sapa nak bayar hutang kat Cik P kalau breach contract?
Lepas tu amirsab kata, kenapa cakap camtu?
Sapa yang jaga kita?
Sapa yang bagi makan minum kat kita?
Sapa yang jaga rezeki kita?
Even yang bagi kita study dekat universiti Cik P pun sapa?
Dia juga yang tanya, kenapa nak kahwin dengan asbab keperluan?
Bila dengar saya kata tengah kumpul keperluan untuk kahwin.

As said... [Reply]

Dalam kehidupan ni tiga kali je Allah panggil.
Salah satunya panggilan haji tulah.

Pergi haji pergi umrah, Allah yang pilih.
Since haji dan umrah tu sendiri satu tarbiyah.
Apatah lagi if dapat pergi waktu usia muda.
Tarbiyah tu dapat guna sepanjang kehidupan yang berbaki.
Allah bagi tarbiyah dan latihan direct and cash.

Doa sungguh-sungguh, Allah kirim kad jemputan.
At least umrah dulu time usia muda.
Bila Allah dah jemput; rezeki, masa etc semua tu datang bergolek je.
Dan begitulah sebaliknya.

Sebab tu ramai yang kaya tapi tak sampai seru lagi ke sana.

Sebelum jadi karangan, again.
KeBERKATan tu sangat penting dalam kehidupan.
Masa jadi panjang, rezeki sikit jadi banyak dan sebagainya.
Dan bahagia tu is what we feel, not what people see.

WA.

p/s: Muda lagi dak? If not kena doa moga Allah jemput sebelum bongkok tiga lah!

As said... [Reply]

Oh yes, elders cakap kerja paling sesuai untuk wanita is jadi cikgu!

ukhti,mardhiah said... [Reply]

:)
subahanallah.
iyea.mard dh faham.
thanks awk.

yuyu aziz said... [Reply]

BIJEN M.

Trimas di atas jawapan anda.
Saya pun nampak membuat perniagaan sendiri dari rumah sebagai jalan keluar and that was what I had already done, slowly. Tak pernah terniat untuk terus berkerja sehingga pencen...bak kata UZAR, kenapa dikejar gaji yang sedikit sedangkan kat rumah tugas mendidik anak2 itu lebih besar dan mulia bg seorang wanita..

syukran.

si tenang said... [Reply]

assalamualaikum.

sebab tu la takyah keje sebelum kawen..hahaa~
orang laki tu, kalau nak terima, terima..kalau nak yg bekerja..silakan carilah yg lain..hukkk!~
my mum kata, orang laki sekarang memang cari perempuan yg bekerja.
kalau orang laki yg asal2 memang cari perempuan yg bekerja (supaya boleh tolong topup family financial)..salah dah tu..tu yg jenis tak kasi berenti keje tu..
so, awal2 lagi sy dah berenti keje..kalau takleh terima perempuan tak bekerja, sy pon taknak terima dia..hoho~

siyes & honest cakap..kalau keluar je dari rumah ni, memang macam2 benda nak..duduk rumah, terima je lah apa adanya..dan cubalah sekadar memenuhi keperluan berbanding nak kepuasan..kan?

fuad ansari said... [Reply]

ada baiknya berkahwin dengan pelajar lepasan spm dan terus dijadikan surirumah..

alangkah bahagianya kan... (",)

kalau niat dibulatkan demi utk datang kepada keredhaan Allah swt, tidak mustahil segala permasalahan akan dapat diselesaikan... (",)

kawan ceq kata, pelan2 kayuh.. pelan2 kayuh ke arah kehidupan yg lebih baik.. (",)

Anonymous said... [Reply]

salam
saya pn tertungu2 jugak jawapan kepada persoalan makwe bekerjaya ni...sebab saya juga salah seorang yang bercita2 nak jadi surirumah =D apa2 pun, buat solat istikharah dulu sebelum buat satu2 keputusan...mintak doa banyak2 kat Dia....pas tu baru la boleh sure samada nak continue or resign je...kita hanya merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik...tk gitu?hehe

kan rezeki setiap orang tu dah ditetapkan...pena sudah diangkat, dakwat telah kering...WA

btw,untung batrisha dapat walid macam inche Bijen =D okebai

Anonymous said... [Reply]

nak cite lain xnak cite ni da..

Bijen M. said... [Reply]

AS,
Sungguh berbakat buat komen panjang.
Heh!


UKHTI MARDHIAH,
Ada satu cerita sorang karkun ni study kat US.
Bila jemaah datang sana dia korban study sekejap sebab sambut takaza jadi dalil kat sana.
Dah tak ada orang dah.
Satu hari dia jumpa satu orang pompuan, orang pompuan tu suka kat dia.
Orang pompuan tu tak berapa baiklah.
Dia kata kat laki tu dia nak kahwin dengan laki tu dan bagi alamat kat Malaysia suruh datang rumah.
Bila balik Malaysia, dia pun bagitau mak dia.
Pi pi rumah tengok-tengok anak Tan Sri.
Mak dia ajak balik sebab depa ni orang susah.
Dia mesyuarat dengan fikirman semua, hok engineer dokter semua jadi wakil pi rumah Tan Sri tu.
Jumpa Tan Sri tu.
Tan Sri tu tak mau memula.
Ngaji dok abeh, miskin pulak tu.
Tapi hok fikirman ni kata, nak harta apa lagi?
Anak kamu tak perlu harta dah.
Kamu dah kaya.
Tapi anak kamu perlu agama.
Maka nak jadi cerita depa pun kawen.
Laki tu kerja kat kampeni pak mentua dia.
Anak-anak depa alim hafiz belaka.
Ni targhib bukan harta yang bagi kita kahwin yang saya dapat waktu kat India.


YUYU AZIZ,
Ingatlah 9/10 kekayaan adalah dari perniagaan.


SI TENANG,
He he he.
Tapi duduk rumah jangan goyang kaki saja.
Cari inisiatif untuk jadikan diri bermanfaat untuk keluarga.
Bantu buat kerja rumah at least.


FUAD ANSARI,
Kawan ceq orang Indon hat ceq jumpa dulu habaq kawen budak sekolah baguih.
Depa naif lagi.
Tak terdedah lagi.
Kita bentuk molek-molek jadi baik.
Tapi tu kat Indon lah.
Budak sekolah kat Malaysia dok tahu guane.

.

Bijen M. said... [Reply]

T.NAMA,
Hah.
Betullah tu.
Okebai!


T.NAMA,
Esok esok insyaAllah.

Aishah Nur Hakim said... [Reply]

saya nak tanya,

emm..emm..

ini bukan kes bekerja.
kalau isteri nak belajar. acaner?

isteri tak ada hutang.
dan dia nak sambung belajar
bukan sebba nak berkerjaya
cumamahu ilmu
dan memuaskan hati ayah ibu (mungkin)

tak kesahlah sambung master, atau ke sekolah pondok, atau ambil sijil al-quran.

sama tak kedudukan dia dengan perempuan keluar bekerja?


suami yang selesa isteri tak bekerja, izinkan ke isteri sambung belajar?




okebai.

Anonymous said... [Reply]

alaa..banyak salah eja.
dan lupa anon.

okebai.

As said... [Reply]

Aaa tak baik! T_T

ukhti,mardhiah said... [Reply]

iya.saya.
MasyaAllah tn bijeng untungla muslimat tu.
Ni bru lh love story hepi ending
mard suka.
Best kn.Apalh amaln kakak tu sampai dpt suami hotstuff.
Bby pun baik2.
Bnih baik,buah pun berkualiti.
Allahhuakhbar.
Thnks yea.best critanya.
Targhib kali ni, buat mard naik jazbah nak nikah.
Iye, memg bkn harta bg kita nikah.
Allah bg kita nikah.
Harta tu keperluan utk kita guna kt dunia ni. Sekadarnya.(cecece)
Termasuklah bila nk mnikah.
stakat pk mentua mtk 7000-10 000 tu masih keperluan rasanya d zmn ni.
Kalau sampai 10 000 n above tu barulah keinginan.
:)
(heipp!mard..mard..blajo..blajo.)

siti fairos jaafar said... [Reply]

sedangkan yang ada kebanyakkan ibu bapa (including mertua) mahukan anak2 n menantu kerja..

i'll talk bout than di masa akan datang..

p/s: sokong yuyu aziz..

Bijen M. said... [Reply]

AISHAH NUR HAKIM,
Menambah ilmu kan tuntutan.
Dan buat apapun asal hukumnya harus melainkan yang terang dikatakan haram.
Tetapi dari harus boleh mendekati haram.
Nak kerja atau belajar tak salah selagi mana syariat dijaga.
Para sahabat pun menuntut dari Aishah RA selepas kewafatan baginda TETAPI dengan BERTABIR.


UKHTI MARDHIAH,
7k - 10k tu karkun kata babai!


SITI FAIROS JAAFAR,
Jangan diikut gaya kebanyakan.
Sebab Islam akan kembali dagang (asing) di akhir zaman.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

masa dh buktikan.
xsemua karkun kata babai.
:)
boleh je jumpa y xkata babai.

Bijen M. said... [Reply]

UKHTI MARDHIAH,
Oke!
Go on and proceed.
Babai!

ukhti,mardhiah said... [Reply]

just teasing u la t.bijeng.
tahu awk tgh mood nk kawen.
ok,tq.
gudlak to u too.
:)

Pencari ALLAH said... [Reply]

Kalau tidak cukup ilmu di dada, jangan kahwin dulu :)

As said... [Reply]

"Kemudian peliharalah diri kamu dan jauhilah hutang, kerana sesungguhnya permulaan hutang adalah kesusahan hati. Sementara penghujungnya pula adalah kesedihan."

[Kitab Muwatta', Imam Malik. Daripada Saidina Umar Al-Khattab RA]

Afida Anuar said... [Reply]

bos tanya gua, how do u see yourself in next 5 years...

gua jawab, full time housewife bos..



Doakan gua!

Bijen M. said... [Reply]

UKHTI MARDHIAH,
Semoga cepat kaweng Mard!


PENCARI ALLAH,
Ilmu di dada takkan pernah cukup.
Kahwin juga dapat menambah ilmu di dada.
Tepuklah dada.


AS,
Betul tu betul.


AFIDA ANUAR,
Ni bukan soalan femes time intebiu ke?
Berapa kali lu nak intebiu dengan bos lu ni?
Jangan kencing gua sangat.
Heh!

Afida Anuar said... [Reply]

:P

time ni lebih kurang macam bos gua nak naikkan pangkat gua. Dia tanya la gua punya perancangan. heh~!

PS: Time interbiu haritu takde pulak orang tanya gua soalan ni.. ha ha ha.

Bijen M. said... [Reply]

AFIDA ANUAR,
Untung rezeki lu dapat jadi bini bos.
Pehh!
Tapi bos lu orang Malaysia ke?
Hak hak!

Afida Anuar said... [Reply]

Sapa kata naik pangkat tu jadi bini bos.. isk isk lu ni. Ada ke..

ps: Btw, mardhiah tengah2 nak cari kerja kat Dungun tu, gua pun nak cari jugak ni.. in case la kat kerteh ke..kat mana2 ke area terengganu yang ada vacancy ...war war kan eh.. kami hantar resume.. okebai!

Bijen M. said... [Reply]

AFIDA ANUAR,
Lupa letak koma.
Baca balik macam ni:
Untung rezeki lu, dapat jadi bini bos.
Lepas dia tanya lu apa nak jadi 5 tahun dari sekarang.
Tengok jawapan mantap je.
Btw, Mardhiah mana ni?

Afida Anuar said... [Reply]

bos atas gua tu perempuan, jangan la lu nak cakap bab jadi bini bos lagi.. heh~

mardhiah hosemate gua, dia kematian ibunya minggu lepas. Eksiden. Ayah dia tinggal sorang2.. Dia niat nak balik Dungun, cari kerja kat sana, jaga ayah dia..

Bijen M. said... [Reply]

AFIDA ANUAR,
Oh!
Meh kerja dengan gualah.
Jadi housewife dekat rumah gua.
Hahak!

Nanti gua check tengok.
IT base lah kan?
Sini O&G je banyok.

As said... [Reply]

Tak semestinya kerja dengan certificate yang ada tu je kan Encik.

Bila time-time macam ni, tak kisah dah kerja level apa.
Yang penting dapat stay teman ayah.

Afida Anuar said... [Reply]

nak kena hantar borang apa dak klu nak keje kat rumah lu tu? ada syarat2? mesti ada nii...takkan nak main amik je keje iyer dak?...heh! :p

IT base or apa2 je la yang lu pkir sesuai tuk seorang wanita...;)

Bijen M. said... [Reply]

AS,
Macam budak Medic kerja dekat Maintenance lah ye?


AFIDA A.,
Hantar resumelah.
Gua bagi tempoh kelulusan 24 jam.
Ha ha ha!

As said... [Reply]

T_T

Sape budak Medic kat sini?

Tapi orang Maintenance sayang nak lepas jugak. Diorang cakap cekap buat kerja, fast learner belajar engin. -_-"

As tunduk. As cakap As sangat biasa, rakan-rakan sekampus ramai jauh lebih bagus. Sebab kami hari-hari jumpa patient kena bertindak pantas. Otak dan kaki tangan kena bertidak sama-sama laju.

Tak sempat pause and fikir. Maybe tarbiyah tu membantu mendidik. Selain tarbiyah dalam kelas.

*Mak kat rumah memang anti if kami buat kerja slow motion. Tarbiyah jugak tu.*

Intelek kita sebagai Muslimah yang belajar tinggi-tinggi *even tak tinggi mana pun* tak semestinya guna kat tempat yang sama dengan cert kita. Banyak tempat lain perlukan intelek tu. Contoh didik generasi kecil kat tadika, sekolah rendah dan sebagainya.

WA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...