5.12.11

Makwe bekerjaya : Komen?

Masih dalam isu makwe bekerjaya. Sebenarnya gua ada hutang dua biji post dekat dua orang kawan. Satu pasal 'makwe pakej siap atau pakej belum siap' dan satu lagi pasal 'macam mana makwe tak bekerjaya nak setel hutang'. Tapi nantilah gua tulis pasal sekarang ni workload tengah macam -_-" dekat opis.

Maka dengan itu lu orang boleh baca beberapa komen yang boleh dibaca pasal makwe bekerjaya. Gua rasa satu kupasan yang baik dilakukan oleh pengupas. Dengan itu dipersilakan.
Terima kasihlah atas karangan berkenaan!

Kesian ke anak gua semalam balik-balik rumah dia dah tidur. Tak sempat nak makan, main sama-sama. InsyaAllah minggu ni je walid sibuk sikit Batrisha sayang. Walid ada belen cuti beberapa hari untuk dihabiskan tahun ni. Nanti cuti Krismas kita jalan-jalan pergi Langkawi ye dear. Mujurlah umi dia tak sibuk sangat. Boleh tolong layankan Batrisha. InsyaAllah. Okebai!

Satu lagi nak tambah. Semalam gua dengar ceramah dekat Terengganu FM. Ustaz Mustafa Kamal cakap, Allah dah jamin rezeki untuk manusia seperti mana Dia dah sediakan rezeki untuk seluruh makhlukNya yang lain. Ada dalam ayat AQ yang cerita jaminan Allah terhadap seluruh makhluk yang melata, berjalan, merangkak blablabla di atas muka bumi Allah. Allah jaga rezeki seluruh makhlukNya yang berada di dalam laut. Tak ada satu orang manusia pun yang dapat bagi ikan makan dekat laut. Hatta Allah juga jaga rezeki ulat dalam batu.

Maka atas jaminan itu, Allah ciptakan manusia untuk beribadat kepada Allah. Bukan cari rezeki. Konsepnya di sini, bukannya tak payah kerja. Tapi jangan sampai kerja itu melalaikan kita dari beribadah. Solat awal waktu tak dapat jaga misalnya.

Allah Khaliq, Allah Malik, Allah Raziq, Allah yang mencipta, Dia menjaga dan Dia yang memelihara rezeki kita. Itu tanggungjawab Allah SWT yang mencipta kita. Umpama seorang tuan terhadap seorang hamba. Maka kita jagalah hakNya. Solat 5 waktu misalnya. Oke!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

22 comments:

Anonymous said... [Reply]

Masih dalam isu makwe bekerjaya. Sebenarnya gua ada hutang dua biji post dekat dua orang kawan. Satu pasal 'makwe pakej siap atau pakej belum siap' dan satu lagi pasal 'macam mana makwe tak bekerjaya nak setel hutang'. Tapi nantilah gua tulis pasal sekarang ni workload tengah macam -_-" dekat opis.

fuad ansari said... [Reply]

tgk komen2 tersebut, dah boleh copy paste untuk entri terbaru... lain macam panjangnya.. (",)

betul tu.. sy pun kadang2 susah nak fikir pasal rezeki Allah swt.. isteri kerja atau tak kerja ke, makan kenyang jugak.. (",)

MM said... [Reply]

Entah bila isu ni nak stop. Huhuh.

As said... [Reply]

Aa baru perasan dah macam karangan. Segan nya. T_T




Btw ni link entry As lebih kurang pasal ni, just that sebab yang untuk diri sendiri.

http://nurilahi.blogspot.com/2011/12/aku-berhenti-bekerja.html

As said... [Reply]

Lupa nak bagi, ayat tu.

"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah lah yang memberi rezekinya."
[Hud:6]

Hidayatullah said... [Reply]

wah.. tak abes lagi topik nh

Anonymous said... [Reply]

salam...
masa time gue g kat bangla and india tu 2010...gue susah nk jumpe makwe bekerjaya ...kat luar.
depa buat kerja kat umah jer...nk tkg makwe pon susah ...semua nampak mate jer..bagus laaa dapt kelaur sana...

nas said... [Reply]

kat m'sia lak, buleh tgk free of charge, baik yg keje @ tk keje, kuar rumah pakat tayang sume aset, pakai tudungpun takat syarat tutup leher je, jenuh kita yg tk kuat iman ni nk jaga mata.....nasib-nasib....mehlah pakat2 buat usaha dakwah bg meningkat lagi...

Pencari ALLAH said... [Reply]

Kalau semua berjalan dengan fungsi masing-masing. Masalah tidak akan timbul. Masalah diatasi dengan mencari punca berlaku sesuatu kejadian.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Hmm. Hmm. Hmm.

Bijen M. said... [Reply]

FUAD ANSARI,
Ulama' pesan cari rezeki dengan perantaraan amal.
Ye dak?


MM,
Tak akan stop.
Heheh!


AS,
Segang!


HIDAYATULLAH,
Belum boh!


T.NAMA,
Gi Tonggi awal tahun depan boh.

.

Bijen M. said... [Reply]

NAS,
InsyaAllah!
Semua azam.


PENCARI ALLAH,
Bila semua faham.
:)


PENCHENTA,
Ho ho ho!

.

Umma-ali said... [Reply]

Dah! dah! jgn gaduh2, pakat baik2... semua yg berlaku dgn izin Allah, stiap kita adalah model kpd ummat, hat doc ke, hat engineer ke, hat cikgu ke, hat, hat, hat... kita ni semua duta Allah n Rasul, yg kena tunjukkan kpd ummat teladan yg baik, dgn apa jawatan sekalipun, kita dpt pikul beban yg sama dgn sahabat2 r.anhum...sahabat sahabiah dulu, pun mcm kita jugak, ada yg bergurau, ada yg bergaduh, ada yg kecik hati, mengumpat pun ada, tapi mereka sentiasa kembali kpd Allah, sbb tu kita kena ada sifat2 sahabat, sbbmereka pun mcm kita tak lari dari masalah n kesilapan, tapi mereka ada dlm hati kebesaran Allah, dan tugas nubuwah, maka, dgn itulah kesatuan hati dpt dicapai...

Afida Anuar said... [Reply]

Yang penting usaha dulu,lepas tu serah kat Allah iyer dak?

gua tak sabar nak baca makwe pakej siap dan tak siap tu..kekeke

Si teNang said... [Reply]

assalamualaikum.
saya takde hati pun nak keluar umah bekerja..ingat kalau nak keje pon, nak keje dari rumah je. malas nak jumpa2 orang sangat. tension lebih kalau banyak jumpa orang cakap hal dunia.

tapi sy ada masalah besar di sini. my mum sangat cam tak setuju kalau orang pompuan tak keje. dia kata, kene keje. kalau kene tinggal ngan laki nanti, at least terjamin (tau la kan orang laki hari ni..yg berkualiti tu kurang kuantitinya). i fought back, kata carila laki yg beriman. insyaAllah tak jadi la macam tu. pastu macam2 lagi la dia bantah. takut dah nak lawan mak ni. kang jadi derhaka pulak cemana? tapi buat masa ni sy memang dah tak keje laa..dah berenti..dan rasa aman bahagia.
ade jugak banyak kali bila sembang ngan my mum, dia bangkit soal keje..tapi saya cam layankan aje tapi tetap laa tak rase nak keje jugak..huhu~
any advice?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

umma ali,
love u ummi.
:)

School Of Tots said... [Reply]

Uniform Surirumah secara tak rasmi selama ini ialah baju kelawar tanpa makeup. Sempena tahun baru Hijrah, apakata uniform bertukar kepada baju kurung atau jubah dgn makeup & dandanan rapi untuk suami tersayang dan anak2 tercinta. Semoga rumhatangga terus manis seperti madu tanpa bermadu.

Bijen M. said... [Reply]

UMMA ALI,
Mard ni suka cari gaduh.


AFIDA N.,
Bawak besabau.


SI TENANG,
Alaikum salam.
Bukanlah nak kata dudul rumah goyang kaki saja.
Kalau sekarang tak bekerja, carilah kerja dekat rumah.
Memasak, siram pokok, kemas rumah, basuh baju, ajar adik mengaji, bantu adik buat kejra sekolah dan sebagainya.
Barulah mak kata, untunglah ada kamu dekat rumah ni.
Ni kalau duduk rumah goyang kaki saja memanglah dia suruh cari kerja.
Btw, boleh cari kerja yang sesuai dengan jiwa.
Yang bebas dari fitnah dsb.
Sekadar untuk mencari keperluan.
Bukan menurut kehendak nafsu.
Kerja pun tak stress.


UKHTI MARDHIAH,
Kipas kipas!


SCHOOL OF TOTS,
Setuju!
:)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

ewah3.
tgok,tuan la y suka cri gaduh.
ngata kita pulak.
wekk.
umi jgn dgr ckp si t.bijeng tu tw.

si tenang said... [Reply]

mane ade goyang kaki..haha
ade la jugak tolong buat keje umah..
adik dah habis spm, so tak perlu tlg ajar wat homework..ajar ngaji? dia yg taknak blaja..ade jugak ajak, tp dah orang taknak..nak paksa cemana org dah besar?
dah orang hari ni hanya duk pandang duit..ape boleh buat, kan?
skang sy amik klas early chilhood edu. tapi kelas ari sabtu je..dlm klas tu ada member yg dah ade taska n tadika sendiri..offer keje..cam best gak..tapi jauh giler ngan umah (kuantan-bangi)..
saya masih tak beryakin ngan diri sendiri kalau takde parents control, saya takkan merewang2..tau aje klang valley byk tempat best kan? huhu
at least duk umah, saya takde rasa nak keluar gi mall ke ape..melainkan kalau betul2 ada barang nak beli..

entah laa..banyak kene perbaiki diri lagi..ade fikir jugak nak jual2 kuih ke ape (dulu awal2 pas abes degree ade buat)..cuma belum start jea laa..pendapatan mmg tak gah laa..pada sy ok je..setakat memenuhi keperluan yg tak seberapa,kan? cuma...........hurmmm...(spt komen sebelum ini)

Bijen M. said... [Reply]

UKHTI MARDHIAH,
Zzz.


SI TENANG,
While surfing internet, grablah some idea yang ada.
Then try to make your own stuff.
Macam-macam boleh bikin.
Kena kreatif dan inovatif sikitlah to bring up new idea kat Malaysia ni.
Gudlak!

As said... [Reply]

If semua lelaki fikir tanak bagi isteri kerja kan best.

But reality hurts.

Usaha yang tinggal: Educate depa.




Doa dapat yang faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...