1.12.11

Makwe bekerjaya berlapang dada


Okelah! Banyak makwe-makwe di luar sana yang kecik hati dengan post gua. Tapi nak buat macam mana ye dak? Katakan yang benar walaupun pahit.

Untuk itu post kali ni lebih kurang post memujuklah pulak. Gua bukan nak kata geng makwe tak boleh kerja. Nak kerja, kerjalah. Tak ada masalah. Bak kata Mard, ulama berbeza pendapat tentang perkara ini. Ye dak Mard?

Cuma lepas ni, bila bekerja tu beringatlah. Bagi yang belum kahwin, bapak lu yang tanggung dosa lu. Bagi yang dah kahwin, suami lu pulak yang tanggung dosa. Kalau rasa persekitaran tempat kerja dah selamat dari fitnah, dipersila-silakan.

Selain itu, bila bekerja betulkan niat. Bukan bekerja sebab nak cari duit lebih. Bukan bekerja sebab saya boleh berdikari tak perlu berharap pada suami. Tapi bekerja sebab saya diperlukan di tempat itu. Kalau saya tak ada, maka fitnah besar boleh berlaku seperti doktor sakit puan misalnya. Tanya diri sendiri adakah keperluan ataupun kehendak sebenarnya.

Maka seperti yang dicadangkan Puan Pqa, gua cuba nak bawa penonton macam mana nak jadi makwe bekerjaya di samping rumah terjaga insyaAllah. Asyik-asyik memblame je ye dak? Nanti kata ke gua tak bagi jalan penyelesaian. Ni gua nak ceritalah ni.

...

Pertama sekali gua nak tanya, apa definisi makwe bekerjaya pada lu orang? Adakah seorang makwe yang keluar rumah pukul 7 pagi, punch card pukul 8 pagi, balik rumah pukul 6 petang? Ataupun seorang makwe yang berkereta dapat meluncur ke sana ke sini dengan mudah tanpa perlu mengharap kepada suami? Ataupun makwe yang hujung bulan dapat gaji dari bos?

Ahh! Apa-apalah definisi yang lu orang nak letak. Senang cerita, makwe bekerjaya adalah makwe yang bekerja. Kan mudah?

Oke! Masalah lu orang para makwe sekalian tak nak pandang posisi house manager tu sebagai satu kerjaya. Lu anggap kerja house manager tu tak kool. Bukan sebagai kerja. Tak menguntungkan. Tak boleh dapat pendapatan riban-riban. Tak boleh punch card dekat opis. Tak boleh pakai baju smart-smart keluar rumah macam lelaki bekerjaya lain.

Kan kan kan?

Sebab yang gua baca lu orang komen semua anggap makwe bekerjaya tu harus keluar rumah cari rezeki, hujung bulan tunggu gaji dan gaji tersebut digunakan buat membantu suami.

Tak ada satu orang pun kata suri rumah itu satu pekerjaan. Sebab apa? Sebab tak termaktub dalam rang undang-undang yang suri rumah itu adalah satu pekerjaan? Macam tu? Senang cerita tak dapat gaji riban-ribanlah.

Baiklah! Peranan house manager sangat penting di rumah. Tanpa house manager, rumah tangga boleh jadi tunggang langgang. House manager penting bagi memastikan takaza yang diputuskan oleh bos dalam mesyuarat dapat dilaksanakan dengan baik sepanjang hari itu.

Dia memastikan rumah dihidupkan dengan suasana agama. Memastikan anak-anak terjaga dengan rapi. Memastikan suami mendapat kasih sayang yang sejati dan sebagainya.

Cukup masa dia akan terima nafkah lebih dari suaminya seperti yang gua cerita dalam post lepas. RM 700 sebulan misalnya. Kalau dia menerima gaji itu, bukankah sebenarnya jumlah itu adalah satu lebihan kepada keperluan keluarga? Bermaksud suaminya mampu untuk memberi lebih setelah menampung nafkah keluarga. Kalau dia dapat RM 400 pun, bukankah itu satu lebihan? Kalau RM 100 pun, itu tetap lebihan bukan? Maka bila dikatakan lebihan, sudah tidak releven lagi bagi bini untuk kata dia mahu bekerja supaya dapat membantu keluarga.

Macam kisah Abu Bakar RA yang mendapat bantuan dari Baitulmal disebabkan dia menjadi khalifah waktu itu dan disarankan berhenti berdagang oleh para sahabat supaya dia dapat menumpukan kepada urusan pentadbiran.

Satu hari dia kepingin nak makan daging. Diberitahu kepada bininya, tapi mereka berdua tak cukup wang. Satu hari yang lain, dia kepingin lagi lalu diberitahu pada bininya. Maka bininya bagi wang yang dia simpan supaya dapat membeli daging. Lalu Abu Bakar RA ambil wang tersebut dan mengembalikan kepada Baitulmal dengan mengatakan itu bukan hak mereka kerana lebih dari yang sepatutnya sampai mereka dapat simpan. Padahal bini dia punyalah berjimat cermat dengan duit yang Abu Bakar RA bagi supaya dapat beli daging.

...

Okelah! Lu orang rasa tak puas hati lagi sebab tak dapat pegang duit riban-riban. Maka bekerjalah. Tapi bekerja tak semestinya lu keluar pukul 7 balik pukul 6 brader. Apa kat rumah tak boleh kerja? Ke tak kelas kerja kat rumah? Nak kena pakai cun-cun juga naik kereta keluar rumah jumpa orang.

Punya banyak benda boleh buat dari rumah. Bisnes online boleh, bisnes offline boleh. Nak berjasa, bukannya kena keluar rumah saja baru boleh berjasa kepada masyarakat. Kreatiflah sikit. Jangan nampak kena pergi kerja makan gaji je baru boleh dapat duit. Lu pandai IT sikit, buat software jual. Lu pandai grafik, design laman web. Lu pandai Matematik, buat tuisyen online ke. Pandai kesihatan, buat blog info, takpun buat consultation untuk geng-geng makwe dekat rumah. Tak semestinya nak berjasa kena harap duit masuk je. Kalau share info free pun berjasa juga kan? Lagi satu kerja yang menguntungkan, cari orang untuk jadikan pekerja agama. Saham sampai syurga brader setiap amalan dia.

Macam-macam lu orang boleh buat brader. Tak semestinya kena keluar rumah baru boleh jadi makwe bekerjaya.

Satu lagi, bila layan suami dan anak-anak, bukan setakat material dunia saja lu orang dapat. Pahala berketul-ketul emas lu boleh claim. Silap-silap, syurga Allah lu boleh mudah-mudah dapat macam tu je. Masuk ikut pintu mana yang lu orang suka.

Kesimpulannya, dekat rumah pun boleh jadi makwe bekerjaya. Boleh buat income tebal-tebal. Tambah-tambah boleh buat saham akhirat.

Martabatkanlah profesion house manager itu sebagai satu kerjaya yang lebih lebih lebih mulia.

Oke! Kalau tahap tak tau sangat apa nak buat dekat rumah, meh klik sini!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

33 comments:

Bijen M. said... [Reply]

Okelah! Banyak makwe-makwe di luar sana yang kecik hati dengan post gua. Tapi nak buat macam mana ye dak? Katakan yang benar walaupun pahit.

Untuk itu post kali ni lebih kurang post memujuklah pulak. Gua bukan nak kata geng makwe tak boleh kerja. Nak kerja, kerjalah. Tak ada masalah. Bak kata Mard, ulama berbeza pendapat tentang perkara ini. Ye dak Mard?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

ye betul t.bijeng.
maulana zakariya rah. y cakap.

"Harus wanita bekerja selagi pekerjaan itu tidak diharamkan dan mendapat izin suami"

Mard petik dari buku 501 persoalan fikah wanita, pengarang zawiah hassan n rohani bakri. Terbitan PTS Millennia sdn. bhd. m/s 220

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Hahah. Tulis comment lupa nak anon. Buat malu je. Kih3.

Eh. Kau reti canne nak buat tuisyen online?

Aishah Nur Hakim said... [Reply]

tahukah kalian kenapa perempuan merasa perlu keluar bekerja?

kerana mereka merasa lelaki di zaman ini tidak cukup hebat dan berkualiti.

tahukah kalian kenapa lelaki zaman ini tidak hebat dan berkualiti seperti di kurun terbaik dulu?


kerana para isteri dan ibu telah mula keluar dari rumah,maka generasi tidak dididik oleh yang terbaik: ibu sendiri.


lahirlah anak perempuan yang merasa berkeinginan dengan dunia dan, dan anak lelaki yang kurang kenal tanggungjawab diri


sebagaimana seorang perempuan mahu lelaki menjalankan tanggungjawab asasi mereka: melindungi dan menyediakan keperluan anak isteri, memelihara keluarga. begitu juga para lelaki jauh di sudut hati mahu perempuan menjalankan tanggungjawab asasi mereka: melayan suami dan mendidik anak-anak.




sekian okebai.
semoga Allah mudahkan kita untuk buat pilihan dan beramal




-cekgu tak garang-

Aishah Nur Hakim said... [Reply]

eh, diriku pun lupa nak anon
-_-"



takpelah. tata.

aku-alam said... [Reply]

Kalaulah isteri berkerjaya niat mula-mula nak bantu keluarga.. Tapi bila dah lama sayang nak tinggalkan pangkat dan gaji yang tinggi.. Pakaian pun tak sepenuhnya mengikut hukum.. Pergaulan tentulah bebas.. Rumah tangga pun tak terjaga.. Harapkan pembantu rumah dan anak-anak buat kerja rumah..
Soalannya..
**Berkat tak pendapatan isteri itu ?

School Of Tots said... [Reply]

1. Pada zaman dahulu suami cari nafkah kat luar, isteri jadi surirumah kat rumah. Alhamdulillah keperluan mencukupi. Anak2 berjaya semuanya.
2. Kemudian setelah keperluan kewangan dan kebendaan bertambah, isteri pun bekerja juga kat luar untuk bantu dari segi kewangan. Lama2 melekat pulak, maklumlah keperluan kewangan & kebendaan terus bertambah. Tapi sebenarnya tak cukup2 juga. Hutang keliling pinggang juga. Gejala sosial berleluasa.
3. Jadi untuk kembali kepada asali, sangat sesuailah berubah mengiktiraf post 'house manager' dan jugak explore bisness@kerja base di rumah. Nak pakai cantek2 pun lagi elok kat umah berbanding bergaya di luar umah kpd bukan muhrim.
4. Suami pulak kenalah bertanggungjawab dan accomodate isteri tercinta. Jgn tak gheti nak appreciate. House Manager base salary RM700 + RM800 untuk nafkah seisi rumah. Amacam? With base salary RM700 tadi up to isteri nak buat apa e.g. installment kereta isteri RM350, bagi mak dia RM100, & saving RM250...he he. Create win-win situation. Gaji bukan riban-riban pun, tapi hati manyak senang. Itu lebih utama.

...antikapel... said... [Reply]

ok, mcm berminat nak apply house manager...nak hntar resume ke mana eh?

bro, wa dah kensel nak carum insuran sebab wa nak pakai insuran tawakal.

wa memang nak berhenti kerja, tp tak tau bila....huhu

Pencari ALLAH said... [Reply]

masih dalam landasan yang sama tapi dipelbagaikan :)

Bijen M. said... [Reply]

UKHTI MARDHIAH,
Apa kehendak elders untuk para wanita ye cik Mard?


PENCHENTA,
Diam diam!
Haa.
Itu lu fikirlah sendiri.
Nanti gua ada idea gua kongsi insyaAllah.


AISHAH NUR HAKIM,
Baru tahu.
Hua hua hua!


AKU ALAM,
Nice opinion kak!
:)


SCHOOL OF TOTS,
Nanti propose OUM buat course Family Resource Management.

.

Bijen M. said... [Reply]

ANTIKAPEL,
Hantar resume kat calon suami.
Selamat bertawakal.
Bila dah rasa tak perlu kerja, berhentilah.
Bila dah kahwin nanti misalnya.


PENCARI ALLAH,
Ha ha ha.
Tak boleh lari brader.
:)

Mz Aisya said... [Reply]

tapi kalau bakal husband tu MAMPU TANGGUNG, no hal nak jadi House Manager kot. ahax!

Bijen M. said... [Reply]

MZ AISYA,
Bila dia ambil keputusan nak kahwin, itu bermaksud dia mampu menanggung.
Islam tak pernah kata, laki kahwin kena harap sama bini cari duit.
Tak pernah.
Kalau dia tak mampu, makruh dan boleh jadi haram kahwin sebab boleh berlaku zalim.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Inilah bendanya y elders selalu tekan utk masthurat bila mard kluar.

1. Sembahyang di awal waktu,dan galakkan mahram jemaah dimsjid

2. Istiqomah taklem taklum,muzakarahkan 6sifat

3. Istiqomah Quran dan zikir

4. Didik anak cara dan amal sunnah

5. Hidup sederhana

6. Sediakan diri dan galakkan mahram Keluar ke jalan Allah

tuan xush nk bermain bahasa segala na. Mard penyokong 6 pesanan ni.Eleh.

seng crita, masing2 sblum kahwin pastikan pasangan sefikrah. Habis crite.

ye dak tn.bijeng?

Afida Anuar said... [Reply]

4000....4000...4000...

Gua harap gua dapat jadi house manager satu hari nanti.... doakan! Tapi gaji kena 4000 la...kalau lebih lagi bagus..heh~

Pencari ALLAH said... [Reply]

Kalau lari nanti sesat :)

Bijen M. said... [Reply]

UKHTI MARDHIAH,
Elders pesan setakat nak pi taklim masturat pun mahram kena hantar.
Itu majlis taklim tak ada campur laki pompuan.
Haa jawab jawab.


AFIDA A.,
Tunggu tahun 2020 bila Najib(?) umum gaji minima penjawat awam dan swasta RM 20k.

PENCARI ALLAH,
Bijak bijak!
Tentu kanak-kanak Dumex!

ukhti,mardhiah said... [Reply]

mcm nilah tuan bijeng.
sedangkan ilmuan, ugamawan dan segala wan2 y bijak pandai pun berbeza pendapat, inikan kita y jahil dan kuat main ni.

jadinya, perbezaan pendapat adalah satu rahmat, itu kata2 saidina umar rupanya. Dan maulana Zakariya ambil. Ada ustaz kata tu hadith dhoif. Tp x pa, kita x ckp soal tu.

Jadinya, kita jgn nk bertaklid buta ja. Usah dijumutkan fikiran.

bendanya disini, kalau benar segala yang tercela dan xda kebenaran, bila wanita kluar bekerja, baik dah turun wahyu y spesifik, y mengatakan diharamkan wanita bekerja.

Malangnya tiada tuan bijeng. malah para ulama menyepakati ianya "harus" dgn bersyarat.

jadinya, tuan bijeng jgn nk ringan bercakap, tahu, kita hidup di malaysia ada kebebasan bersuara, tapi tetp bersyarat. pasai ada banyak hati akn terluka dan perlu dijaga na cek na.

apa2 pun, mard bersyukur sangat2, sbagai muslimin, tuan bijeng mgambil berat akn isu ini. Tahniahlah. untunglah zaujah tuan bijeng.

Gudboy!

Bijen M. said... [Reply]

UKHTI MARDHIAH,
Alahai cik Mard terlepas pandang gamaknya.

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikan zakat, taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui." (Al-Ahzab:33-34)

Samalah macam perintah melabuhkan jilbab untuk ahlul bait tu.
Tak apalah Mard.
Pilihlah antara dua jalan, FATWA atau TAQWA.
Dua-dua pun betul.
Tak berdosa pun tak pakai niqab kan cek kan kan?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

iya.tp cuba tuan bijeng pikiaq knapa ulamak meng "harus" kan wanita bekerja?

apa depa pun terlepas pandang ayt di atas ke mcm mana?

siapa kita nak taklid ayat ikut suka kita. Kesepakatan ulama tu harus dihormati cek na na na.

ayat tuan dah lembut.
awat y tetiba hok y last tu semacam?

main kasaq nampak.
Hok y purdah nampak?hok y serban terang-terang sunnah pun, ada org pakai hari jumaat je.

ye dok tuan bijeng?

Anonymous said... [Reply]

Mard sayang, sudah-sudahlah.

tinggalkanlah perbalahan.
makin banyak membela diri,
seperti makin dekat dengan kerasnya hati.


berlapang dadalah mencari kesepakatan.
terlalu menegakkan keharusan perempuan keluar rumah ni, dah macam para "pembela hak wanita" yang tak mengenal keadilan yang Allah dah tetapkan.

tinta telah mengering Mard.

WA
saya pun perempuan
maaf!

Anonymous said... [Reply]

Wa baru diskus jap tadi ngan hubby wa tang nak berenti keje ni, hubby gua ckp, kejelah dulu sementara ni, niat kerana Allah, moga ada kebaikan.... nak wat camna, la ni tk nampak lagi jalan nak berenti....tapi bukanlh maknanya wa tk yakin ngan rezeki Allah tapi ada keperluan lain lagi

Bijen M. said... [Reply]

UKHTI MARDHIAH,
Kan dah kata kan Mard.
Ulama berbeza pendapat tentang ini.
Sama ada nak mencari jalan FATWA atau TAQWA?
Ada ulama kata rokok haram, ada kata makruh.
Hakikatnya masih ada yang menghisap.
Ada kata ASB haram, ada kata ia halal.
Hakikatnya masih ada yang buat.
Tepuk dada tanya iman.
Nak please Allah atau please desire?


T.NAMA,
:)


T.NAMA,
Oke!
Kerjalah dulu sementara plan untuk buat home base work.
Bukannya berhenti tiba-tiba ye dak?
Niat kerana Allah sebab nak elak fitnah, nak jadi bini solehah.
Nanti Allah bagi mudah.
Sambil tu usahakan suami untuk buat usaha atas iman.
Lama-lama dia faham insyaAllah.

Hidayatullah said... [Reply]

sebenarnye rezeki Allah bagi cukup je utk kita.. cume keperluan lain yang kita rasa kita nak membuatkan ia x cukup.. cth.. mampu pakai wira.. tp trase nk pkai honda city. duduk rumah setingkat..trasa nk dok semi D 3 tingkat. mmpu makan Kelantan Fried Chicken.. trase nak makan Kentucky fried chicken..

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Assalamualaikum.
"terlalu menegakkan keharusan perempuan keluar rumah ni, dah macam para "pembela hak wanita" yang tak mengenal keadilan yang Allah dah tetapkan"

mard hanya meminta sedikit kelonggaran dlm permasalahan ni. merujuk FATWA dan TAQWA. Merujuk kpd kesesuaian dgn beban zaman ni

terima kasih tanpa nama sbb syg mard.kakak melihatnya sbgai perbalahan ke?AllahhuRabbi.. mard melihatnya lebih kpd perbincangan y bertujuan. jgn risau, mard dgn tuan bijeng memg mcm ni. kami ni geng. Ye dok tuang bijeng:)

satu lg sifat mard dari kecil.
bila org kata sesuatu jawapan kpd persoalan itu ialah A. Mard akn tanya, knapa x B,C, dan D.

apa2 pun trima kasih.err..sayang awk juga.:)


Tuan Bijeng.
"Nak please Allah atau please desire?"

ini bukn isunya.
Iye, tu y mard nak dgr sebenarnya. Akhirnya, tuan longgarkn juga fahaman tu. Mard cuma nk tuan nampak y bekerja bg perempuan tu tidaklah haram. Jd xperlu nk keras sgt dlm memberikan pandangan. Ke mard y emo?:)sory cek na.

baiklah, sblum mard keringkan dakwat sendiri, tanpa ada org suruh, mard nak bagi kesimpulan.Ha ha ha.

sbb tuan dh sebut rokok td kn.
pendpt imam syafie kata makruh dan kalau dh teruk sgt merokok boleh jatuh haram.

manakala, hambali kata haram.

jdnya, kita kena ingat, sesuatu perkara menjadi fasik bila ianya dikatakan mungkar oleh bil ijmak mksdnya di sini kesepakatan ulama.

cth org y tinggal solat, org y minum arak dll.semua ulama kata ye, ni perkara mungkar.maksud kalau kita buat memg berdosa.

tp, bila benda itu khilafiah, ianya x boleh jatuh kepada fasik.

cth y khilafiah mcm main catur.
syafie kata makruh. Tiga lg kata haram, jd,kita x boleh nk larang org main ats dsr cegah kemungkaran.

dll.

maaf lah tuan bijeng. Penuhkan kotak comment box. Maap la cek na, kalau mard harsh sgt dlm berkata-kata.

sefikrah..sefikrah..

wasalam.

Bijen M. said... [Reply]

HIDAYATULLAH,
Mendahulukan kehendak daripada keperluan.
:)


UKHTI MARDHIAH,
Saya tak pernah kata haram.
Bab keras atau tidak itu terpulang kepada individu yang menulis nak tulis macam mana.
Saya tak mengajak untuk orang dengar dan terima cakap saya.
Tapi saya mengajak berfikir mana yang haq.
Saya cuma targhib kelebihan wanita untuk duduk di rumah.
Dan tarhib fitnah perempuan yang keluar rumah.
Benda ni simple.
Anda pilih pakaian taqwa, anda pakailah niqab.
Nak pilih fatwa kata muka bukan aurat, terpulanglah.
Na cek na.

Anonymous said... [Reply]

Hurm.. tapi ade pulak suami yg mintak isteri dia bekerja padahal isteri dia kalau boleh nak duduk rumah, jaga rumah n anak2. Suami kata, u kene fikir for urself jugak, anything can happen in future.. hah, pulak! kih3..

tapi betulla encik penulis. aku tengok mak-mak kt opis, hurm.. dgn minyak wanginye, baju kurung liplap, lestik nye.. tp takde la tahap model mekapnye.. tapi mekap ler jugak..

haih.. sian org puang.. tokse nok keja engineer dah.. lagi suko nok kije laing.. HAHA.. surirumah tu domestic engineer tau! pangkat engineer.. jgn tak tau~ HAHA ;p

ukhti,mardhiah said... [Reply]

*(^.^)*
owh.K.

Anonymous said... [Reply]

nape dah takde "du'a karo"?

As said... [Reply]

HOUSE MANAGER

Err...bro.

Bukan semua orang tak acknowledge suri rumah sebagai satu kerjaya. Sebab dalam entri wanita bekerjaya yang pertama As ada mention House Manager.

Itu term yang As guna untuk cerita kerjaya Ibu As di rumah sejak As interview nak masuk belajar ke Universiti. She's a dedicated house manager. I adore her and wish to be like her.

InsyaAllah profession House Manager tu bersedia dimuliakan oleh kaum-kaum Ibu dan moganya diangkat tinggi di sisiNya. *Sebab tu diorang fight2 kat sini eh? Hehe. Untuk fighting for Feminisme pula memang tak perlu susah payah since dalam Islam martabat wanita sudah sedia dimuliakan, salah satu contoh saranan memilih jalan taqwa, staying at home.*

_________

HUKUM DAN FATWA

Dalam Islam, asal kepada sesuatu perkara adalah halal dan harus. Melainkan ada nas yang tegas dari syara' mengharamkan ia, contoh macam arak.

Antara dalil pasal mubah (harus) ni adalah:

"Dan Dia telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) dariNya...(ila akhir ayah)
[al-Jathiyah: 13]

Tapi ada certain keadaan yang akan membawa pada hukum jadi Haram dan sebagainya. Contoh maybe dalam kes ni, wanita bekerja itu harus untuk membantu ekonomi keluarga tapi jatuh haram jika tabarruj berlebihan.

Aa alamak panjang la pulak sub-topik kecil ni if nak cerita. Nanti boleh usha detail pasal mubah ni insyaAllah.

Papepun maybe later boleh bincang tentang hukum dan waqi'e semasa. Kaedah bahawa terdapat perubahan hukum dengan berubah tempat dan zaman.

Still back to basic, memilih jalan taqwa.
_________

FATWA DARIPADA HATI

Baru-baru ni As ada terbaca pasal seorang sahabat datang jumpa Rasulullah SAW. Hadis tu menarik hati As, so nak share.

Dari Wabishah bin Ma'bad RA. dia berkata: "Saya mendatangi Rasulullah SAW, lalu beliau bersabda: "Engkau datang untuk menanyakan kebaikan?", Saya menjawab: "Ya." Baginda bersabda: "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keraguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.

[Hadis hasan dari Imam Ahmad dan Ad-Darimi]

If tengok hadis ni, sahabat nabi datang nak minta fatwa. Jadi apa-apa kes wajiblah kita refer dulu kepada Quran dan Sunnah. Kemudian insyaAllah akan Dia kurniakan faham pada hati kita.

Dengan ilmu je hati kita dapat rasa apa yang kita buat tu salah atau tak. Kan? Barulah kita mampu nak minta fatwa daripada hati. Ini apa yang As fikir secara logik.

_________

[sambung bawah]

As said... [Reply]

[sebab lebih character]

Al-AHZAB

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikan zakat, taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui." (Al-Ahzab:33-34)

Oke atas ni tarjim so kita usha sikit tafsir pulak. Dalam ayat 33, Allah ceritakan sifat indah yang diletakkan pada jiwa isteri-isteri nabi supaya mereka mudah menjadi contoh ikutan wanita yang kemudian. Kita-kita ni terutamanya sebab kita tidak hidup di zaman nabi, tak dapat berguru dengan isteri-isteri nabi, tak dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana zahirnya para isteri serta sahabiah di zaman nabi. Maka Al-Quran dan Sunnah yang tinggal untuk ikutan ke jalan taqwa.

Apabila wanita memilih jalan taqwa, maka tidak sama status dan nilaian mereka dengan wanita-wanita lain, itu pasti. Jangan melembutkan suara yakni apabila berbicara dengan mahram memandangkan ia boleh mengundang kekotoran di dalam jiwa.

Masuk part, tinggallah di dalam rumah dan janganlah keluar melainkan dengan sesuatu tujuan. Salah satunya, keluar ke masjid. Itupun dikhuatiri mengundang fitnah. Sehinggakan keluarlah ayat daripada Rasulullah SAW, "wa buyutuhunna khairal-lahun" yang bermaksud, "masih solat di rumah sendiri adalah lebih baik." Maaf if As silap tarjim. Dan macam kita tau untuk wanita solat di tengah rumah pun tidak digalakkan, tapi solatlah di sudut tersembunyi di dalam bilik.

Yang dimaksudkan dengan tabarruj, adalah hatta berjalannya seorang wanita di hadapan kaum lelaki. As pun baru tahu pasal ni yang sebabkan tanpa ralat terus mintak resign daripada syarikat yang 80% pekerja adalah lelaki. *Betul a kan 80% or even more?*

Oke next part "Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu ayat-ayat Allah dan hikmah.." bermaksud Allah sarankan/perintahkan supaya sikap-sikap kita ni mengikuti Quran dan Sunnah. Apatah lagi apabila kebanyakan wahyu diturunkan di dalam rumah para isteri nabi. Antaranya Saidatina Aishah yang paling banyak dapat nikmat neh. :)

Nanti pakat baca semula lah tafsir ayat ni, moga Allah kurniakan faham to us.
_________

KONKLUSI

1. Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang indah dengan jiwa yang halus. Didiklah mereka dengan kelembutan dan dengan penuh cermat. Dengan itu mereka lebih mudah dilentur, lebih mudah untuk faham dan menerima, serta lebih mudah untuk meletak ketaatan pada Allah pada suami.

2. Musyawarah, muzakarah satu elemen penting dalam institusi keluarga, juga penting untuk meletak faham dalam jiwa.

3. Mencari kebenaran itu terlebih utama daripada kita bermudah-mudah, since Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan. Dalam masa yang sama kita juga tak terlalu syadid (keras, tegas) dalam menilai sesuatu. Kita boleh syadid untuk diri kita dan keluarga, but maybe kita boleh memilih untuk berlapang dada pada perkara khilaf, yang sahabat-sahabat atau orang sekitar telah pilih sebagai jalan hidup.

4. Back to basic, Quran and Sunnah are the guiding light. Moga tiada suatu pun yang Allah letak dalam keputusan kita. Moga hati-hati lebih redha pada pilihan jalan taqwa. InsyaAllah ameen. Jalan taqwa, kunci kejayaan zaman kegemilangan Islam waktu dulu. Kan kan. :)

p/s: Oh teringat buku kecil Mudahnya Fahami Taqwa - Prof. Dr. Muhammad Az-Zuhaili.

"Kalau syurga jadi impian, maka taqwa itu jalannya.."

___________

TERAKHIR

Sudah terlalu banyak bicaranya As yang serba lemah ni. Banyak perkara kita mahukan definite answer, sedang banyak juga yang dalam rahsiaNya. Always, He knows best.

Wallahua'lam.

Anonymous said... [Reply]

ada kepakaran tu maksud dia cna? si makwe tu qualified dlm bidang tu ke dlm bidang tu tk ada/tk rmai makwe yg qualified dlm bidang tuh? ke gane? cecite hehe

surirumah merupakan kerjaya yg mulia =D

Anonymous said... [Reply]

nape As tak buat entry di blog sndri je?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...