28.12.11

Kisah seorang Najeb.

Baru-baru ini, kecah rakyat 1Malaysia tentang video romentit yang mengelilingi alam mengenai seorang pakwe macho mem-propose satu makwe cun. Kabornya sampai masuk page Ustaz Azharlah, page Imam Mudalah dan macam-macam page lagilah.

Nak gua kabor nama ke? Tak payahlah. Video tu jadi mengancam kes pakwe tu propose makwe tu dan makwe tu terima dia sebab ikut cakap mak dia dan harapan nak bercinta lepas kahwin gittew blablabla kabornya. Apa-apa jelah.

Oke! Mukadimah di atas tak ada kena mengena. Sekarang gua nak kabor pasal mak-mak yang memahami anak-anak dia. Seorang mak dah bela kita dalam perut lebih kurang 9 bulan. Kendian bila keluar perut dia jaga lagi makan pakai berak kencing nangis dan sebagainya.

Pendek kata, dari umur sehari jagung kendian sebulan jagung sampailah umur setahun jagung, dia memang masak perangai kita. Suka makan apa, dia tahu. Suka buat apa, dia tahu. Suka macam mana, dia pun tahu.

Panjang kata, dia memang tahu belaka insyaAllah. Dan seorang mak-mak memang nak yang terbaik untuk anak-anak dia. Bak kata pepatung, masakan seorang pelacur mahu anaknya menjadi pelacur juga sepertinya.

Oke! Mukadimah kedua ni pun tak ada kena-mengena sangat dengan kisah seorang Najeb. Sekarang masuk kisah Najeb.

Baru-baru ini, seorang Najeb pulang bercuti ke kampungnya sempena cuti Krismas dan bersambungan dengan baki cuti tahunan yang perlu dihabiskan.

Macam orang lain (?), bila seorang Najeb bercuti di rumah tentulah masanya banyak dihabiskan bersama seisi femili. Yalah, dah berbulan tak balik kampung. Nanti adik-beradik lain bising pula tak ingat ke femili. Payah payah!

Maka suatu pagi seorang Najeb pun bersarapan bersama emak dan bapaknya. Selepas berbicara beberapa siri mukadimah dengan bapaknya, bapaknya pun berlalu pergi meninggalkan seorang Najeb dan emaknya di meja makan tersebut.

Mereka berdua menyambung topik yang sedang hangat diperbincangkan tadi. Semestinya cerita kahwin. (Bosan!)

"Hang dah ada calon belum?" soal emaknya kepada seorang Najeb.

Seorang Najeb yang semakin mencapai kematangan dengan perangai emaknya buat muka toya.

"Malas dah nak pikiaq mak oi," jawab seorang Najeb selamba.

"Pulok?" Emaknya hairan mendengar jawapan anaknya itu. Kalau tak sebelum kemain semangat nak kahwin budak seorang Najeb tu.

Sambil menyuap cucur udang ke dalam mulut, seorang Najeb menyambung, "Dah semua calon mak rijek!". Tak puas hati sungguh jawapan yang diberikan oleh seorang Najeb.

"He he he! Adalah hikmahnya." Emaknya cuba menstabilkan keadaan. "Hang ni nak hat yang kerja ke dak?"

Nampak seperti ada potensi positif perbualan mereka, seorang Najeb pun kembali bersemangat.

"Tak kisah pun kerja ke dak. Kerja ni subjektif. Bini dok rumah pun boleh kata kerja jugak. Pompuan buat kerja agama pun kerja jugak. Janji dia ada masa kat rumah. Jaga makan pakai laki. Didik anak-anak."

"Mak adalah sorang. Tapi dia takat lepas UPSR je lah. Lepas tu tak mengaji akademik dah. Baru-baru ni dia pi belajaq menjahit. Hang mau ka?"

Muka seorang Najeb melakar senyuman. Pucuk dicita ulam mendatang. Pelik pun ada dengan perangai emaknya. Sebelum ni punyalah tak nak yang tak habis belajar lagilah. Nak yang bekerjalah. Nak itulah. Tak nak yang inilah. Rupanya dalih semata. Kah kah!

"Tak kisah. Jalan ja!" Seorang Najeb bagi respon hijau.

"Mak tak kisah pun orang hat tak kerja. Janji boleh masak, pandai menjahit. Ni kalau tak reti apa, duduk rumah goyang kaki ja apa pun tak dapat."

"He he he!" Seorang Najeb ketawa ringkas.

"Oke! Kalau lagu tu nanti mak pi tanya mak dia tengok evelebel lagi ke dak. By the way, apa syarat-syaratnya?" emaknya menyambung lagi.

"He he he! Tak ada syarat pun. Janji sedia taat perintah Allah, ikut cara Nabi, dengar kata suami. Cukup!"

('SEDIA' dalam erti kata lain sanggup untuk buat tiga benda tu walaupun pada asalnya dia bukan budak baik manapun sebagai contoh)

"Oh satu lagi. Dia kena ikut balik sanalah. He he he!" tambah seorang Najeb sambil menalakan jari telunjuknya ke arah Pantai Timur.

"Oke insyaAllah. Hang istikharahlah. By the way, hang tak mau pi kenai-kenai dulu?" tanya emaknya.

"Tak mau! Mak buatlah apa-apa yang patut. Orang tak mau masuk campuq. Mak pun dah kenai kan dia macam mana? Yang orang nak tau, orang balik lagi sekali nanti mesti dah jadi dah. Ha ha ha!" Seorang Najeb cuba berlawak serius dengan emaknya.

Maka dua beranak itu pun terus bersembang panjang pasal topik tadi. Emaknya pun ceritalah serba sedikit pasal calon yang telah diketengahkan tadi.

Sebelum pulang ke kota, emaknya menghadiahkan seorang Najeb sebuah buku 'Bercinta Sampai Ke Syurga' karya Ustaz Hasrizal. Nampak gaya macam serius. Kah kah kah!

Begitulah kisah seorang Najeb yang dihadapinya sewaktu bercuti Krismas baru-baru ini.

...

Oke! Kisah seorang Najeb pun tak ada kena-mengena jugak. Tapi bila baca kisah seorang Najeb tu, tiba-tiba gua teringat gua pernah cakap ke somebody suatu ketika dahulu yang gua berharap bini gua nanti tak pernah kenal pun gua siapa dan gua tak kenal pun siapa bini gua. Senang cerita, gua tak pernah jumpa di alam Fesbuk, blog, Twitter dan sebagainya. Ala-ala misteri gittew. Hak hak!

Tapi harapan hanya tinggal harapan bila gua terjerat di alam-alam lagha berkenaan. Oleh itu, gua dah delete Fesbuk gua baru-baru ni angkara kecewa dengan timeline cilake tu. Mungkin pendeletan tersebut jadi asbab bermulanya buku baru, bak kata Umi Jijut. Keh keh keh!

Gua doakan semoga seorang Najeb berjaya. Minta kawan-kawan pun sama doakan untuk seorang Najeb. Okebai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

26 comments:

Anonymous said... [Reply]

Baru-baru ini, kecah rakyat 1Malaysia tentang video romentit yang mengelilingi alam mengenai seorang pakwe macho mem-propose satu makwe cun. Kabornya sampai masuk page Ustaz Azharlah, page Imam Mudalah dan macam-macam page lagilah.

Nak gua kabor nama ke? Tak payahlah. Video tu jadi mengancam kes pakwe tu propose makwe tu dan makwe tu terima dia sebab ikut cakap mak dia dan harapan nak bercinta lepas kahwin gittew blablabla kabornya. Apa-apa jelah.

zaujah muhammad.. said... [Reply]

ada hikmah lah tu..
insya allah hg ada jodoh yang sedia menunggu..tunggu time yang sesuai je Allah dah tetapkan..
apa-apa pun sy baru 2,3 minggu baca blog ni..bagus..insaf juga baca lagi-lagi bab solat.syukran na..

Nina :) said... [Reply]

dah cakap kat mak belom, en bijen? wahaha.. usulkan pendapat, nanti calon boleh dicari. ke dah selalu usul, tapi takde progress? bersabarlah ye, jodoh itu ada diluar, cuma waktunya kita xtau bila lagi. *dari org yg juga mengalami dilema sama* :P

idyll said... [Reply]

Instinct of a mother is the best. The soul-mate lifetime partner, Allah knows best.

Reality bites. Truth hurts. We may won't get what we wanted to. As Allah knows best.

Keep on praying, keep on improving. For Allah will guide her to be better as you been better as a Muslim. InsyaAllah.

May Allah grants you with solehah, purified and dignified Muslimah. Biiznillah.

Anonymous said... [Reply]

Way to go Beej! May the force be with u

ukhti,mardhiah said... [Reply]

yeayyyyy
nk dpt kakak ipar
finally
:)

QK said... [Reply]

peh. aku ingat hang merajuk aku tak add hang kat fb baru sampai delete fb. hahahaha.

btw, hang ingat tak, hang yang ajak aku wat fb dulu?

Afida Anuar said... [Reply]

Twitter ngn blog nnti ada plan nak delete dak? gua takde fesbuk, so gua tak terasa la lu delete fesbuk lu tu, tapi klu lu delete blog dan twitter...gua akan terasa kot!..heh! oke takde kaitan..

oh, tak lama lagi, insyaAllah dapat la gua merasa nasi minyak najeb/bejan tu...eh ke bijen? kekekeke

Fény Rathúla said... [Reply]

adakah najeb=bijen?? hehe
apapun tahniah untuk seorang najeb,semoga dipermudahkan. amin

[ a D D y h A I K A L ] said... [Reply]

pergh gua nak jadik najeb gak

nam said... [Reply]

assalamualaikum wbt..

selamat berbahagia hingga ke syurga tuan najeb.. (",)..

Bijen M. said... [Reply]

ZAUJAH MUHAMMAD,
He he he!
InsyaAllah.
Doa-doalah tahun depan ye.
:)


NINA,
Nak ke gua bitau sape seorang Najeb tu?
Keh keh keh!


IDYLL,
Eh!
Nice to meet you.
Ahaks!
InsyaAllah.
Thanks.


TANPA NAMA,
Lu balik rumah kang tengok muka gua berseri-seri je memanjang.


QK,
Aaaa!
Tak ingat.
Yang aku ingat aku ajak hang deting dekat chatbox blog.
Kah kah!
So sekarang aku nak ajak hang delete FB.
Jom?

.

Bijen M. said... [Reply]

AFIDA ANUAR,
Lu nak nasi minyak ke nasi ayam ke nasi dagang ni?
Ce kabo!


FENY RATHULA,
Nama dah gaya Rusia dah.
Hahah!


ADDYHAIKAL,
Najeb Rosmoh ke?


NAM,
Alaikum salam.
Tuan Najeb kabor jazakillah.
:)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

hai diskriminasi nampak.
Ala, knapa komen mard x dibalas.
y B?tell me y?

Pencari ALLAH said... [Reply]

semoga dipercepatkan pembinaan masjid yang tertunggak berkali-kali tuan.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Semoga dipermudahkan. Lama dah ni tunggu kad sampai rumah. :P

Bijen M. said... [Reply]

UKHTI MARDHIAH,
Allah tak izin.
Ha ha ha!
Tak perasanlah Mard.
Concern nampok.


PENCARI ALLAH,
Mana ada tertunggak.
Betul dah ni mengikut perancangan.
Ceh!
He he he!


PENCHENTA,
Kata nak lawan sapa dulu.
Heheh!

Anonymous said... [Reply]

inikah entry yang kamu maksudkan?

okeh dah baca.


K!

Pencari ALLAH said... [Reply]

ok. Selamat membina masjid.

z to a said... [Reply]

kasih ibu membawa ke syurga, insyaAllah...
btw, doakanlah jugak 'golongan' yang senasib hakhak
okebai

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Ini.
Ye, ini.


@Pencari ALLAH
Oke!
Jemputlah datang ke masjid.
Jangan biarkan masjid kosong.
Pesanan untuk laki-laki.


@z to a
Senasib macam mana der?

.

z to a said... [Reply]

yang belum mendirikan rumahtangga hakhak

Umma-ali said... [Reply]

Aslm, nm glamor tu jgnle di sobut2 kat cni...aduyai...
Arini bru dpt suurrffff...byk ktinggalan bacaan...takpe yg penting x ketinggalan bc quran...

Bijen M. said... [Reply]

@z to a
Ha ha ha!
InsyaAllah Allah permudah.

@Umma-ali
Alhamdulillah!
Untunglah tenet dah laju.
Heh!

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Eh. Ni kisah benar eh?

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Gunakan mata hati untuk mencerna.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...