30.12.11

Imaginasi pagi Jemaat.

Tatkala ini gua sedang berimaginasi bila pergi ke masjid solat fardhu secara berjemaah kendian balik rumah, tengok-tengok dah ada kereta Mazda 6 sebijik di halaman rumah.

Masuk waktu Asar pula pergi solat dekat masjid kendian balik rumah tengok-tengok ada lagi sebijik kereta Mazda 3.

Pergi lagi solat Maghrib, balik-balik rumah ada Lamborghini sebijik. Isyak pun sama, muncul kereta Ferrari F50 kaler merah depan rumah. Pehh!

Subuh tak payah cakaplah. Silap-silap kapal terbang pun ada. Cuma tak muatlah nak parking depan rumah.

Itu baru sehari solat 5 waktu. Bayangkan pula kalau istiqamah seminggu kendian sebulan kendian setahun. Setiap kali balik, ada kereta sebijik parking depan rumah. Kereta cikai-cikai pun tak apa.

Agak-agak muat tak nak parking segala kereta yang kita dapat tu dekat dunia? Sempat tak nak lenjan semua kereta yang ada?

Jawapan mudah, tak ada tempat nak parking. Memang tak sempat nak pakai semua kereta yang ada. Tak menang tangan orang Melayu kata.

Sebab tu Allah Taala tak zahirkan kat dunia. Ini Allah Taala nak uji iman kita. Yakin dan percaya tak apa yang Allah Taala dah janji?

Okelah! Bayangkan pula kalau Kerajaan Kebajikan yang akan ganti Kerajaan Sekular sedia ada sekarang ni dalam manifesto pilihanraya ke 13 kata, barangsiapa yang datang ke masjid akan dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia bernilai paling lekeh RM 10 sekali solat.

Gua syak setiap kali waktu solat orang akan beratur dekat kaunter depan pintu masjid sampai ke luar pagar. Masjid akan jadi penuh sampai tak cukup tempat. Orang kafir pun akan berbondong-bondong masuk Islam gamaknya.

Oh! Tentulah perkara ini takkan berlaku. Kalau betul berlaku, pasti jadi sebegini. Klik sini!

Itu bab dunia. Bab yang nyata. Cerita yang nampak. Orang yang nampak ganjarannya. Syurga dan pahala kenapa tak nampak? Sebab dunia bukan tempat kita. Satu hari pasti dan pasti kita akan tinggalkannya. Menuju ke satu destinasi yang abadi. Tak ada penghujung. Di situ tempat kita yang sebenarnya.

Maka di sana barulah kita sedar dan mula merayu-rayu. Wahai Tuhan kami! Kami telah nampak dan kami telah dengar. Kembalikanlah kami ke dunia agar kami mampu beramal soleh. Walau hanya dapat mengucap satu Subhanallah. Walau hanya dapat mengucap satu Astaghfirullah. Kini kami telah yakin.

Namun apa kata Allah? Tak ada chance dah brader. Okebai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

17 comments:

Aishah Nur Hakim said... [Reply]

bila la nak sambung cerita India ni

:|

Anonymous said... [Reply]

Tatkala ini gua sedang berimaginasi bila pergi ke masjid solat fardhu secara berjemaah kendian balik rumah, tengok-tengok dah ada kereta Mazda 6 sebijik di halaman rumah.

Masuk waktu Asar pula pergi solat dekat masjid kendian balik rumah tengok-tengok ada lagi sebijik kereta Mazda 3.

Oi! Lawan tokeh pulak.
Sabor gak nak ngomen pon.
Heh!

Tengah sucikan hati dulu bila cerita bab karkuzari.
Kang masalah.

zaujah muhammad.. said... [Reply]

sebab tu lah kot manusia ni blh mgaku jd tuhan tak pn rasa lebih brkuasa, sebab nampak realiti je (pndgn mata kasar)..
malaikat, jin dan iblis yg duk di alam ghaib ni pn xde smpai mngaku jd tuhan. walau pn iblis ni xnak sujud pada adam tapi xnafikn ke esaan Allah

Amin Baek said... [Reply]

nais one bro..

itulah..hakikatnya bila disebutkan fadhilat solat jemaah,27 kali ganda..semua orang tahu.budak2 pun tahu..

tapi betapa sukarnya orang kita nak berjemaah..hanya segelintir shj..kalau subuh lagi la susa..

satu renungan yang baik bt diri.jzkk bijen.

zarch said... [Reply]

He he he...macam-macam ada...

Bijen M. said... [Reply]

@zaujah muhammad..
Ini tandanya iman lemah.
Bila iman lemah, tak dapat buat amal.
Maka kenalah usaha atas iman.
Baru dapat sifat iman yakin dengan janji Allah.


@Amin Baek
Banyak orang ada ilmu.
Banyak orang tahu kelebihan solat tahajud.
Tapi tak dapat buat sebab iman lemah.


@zarch
Ada ada!
:)

fuad ansari said... [Reply]

sesal di dunia pendapatan..
sesal di akhirat tiada gunanya..

syurga yg paling kecil sahaja sudah 10kali besar dunia.. mana mungkin dunia mampu menampung segala ganjaran yg ingin diberikan oleh Allah swt.. (",)

Pencari ALLAH said... [Reply]

Semoga ditetapkan iman sehingga ke penghujung nyawa.

Afida Anuar said... [Reply]

Gua tak sempat nak redeem kupon zinger burger haritu.... oh!

Dah la gua forward kupon kat mmber dalam mail list gua kat opis tu. Tapi tatau la kenapa, bila keluar nama lu bersatu dengan Cik P tu, gua tak pilih...hahaha, jangan mare:P

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Tapi masih tak nampak lagi kan?
Kena cakap hari-hari sampai ada yakin tu.
Macam planet Pluto orang boleh percaya ada.
Padahal tak ada pun.


@Pencari ALLAH
Ameen.
:)


@Afida Anuar
Tulah lu.
Bab benda dunia, lupakan gua.

.

Norsha said... [Reply]

nak jadi vvip akhirat, kena rajin p masjid....

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Eh. Cenggana mung buat tagging gitu?

Kan aku dah cakap. Manusia ni materialistik. Nampak material saja. Hampeh betul. Dengan aku2 pun hampeh! *Kena sebijik.

Anonymous said... [Reply]

"Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab nak elak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya."

ukhti,mardhiah said... [Reply]

:)
Betul tu,kalau gtu,punya mcm, kereta banyak muncul, para bini pun, berusaha paksa suami ke masjid. Xdo dah merungut segala..

Dunia-dunia..
selamat tahun baru B.

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Orang pempuan kena galakkan mahram pergi masjid jugak!
:)

@~PENCHENTA~
Gugel 'reply button for blogger'.
Hampehlah lu.

@Tanpa Nama
Betoi tu tuan.
Betoi betoi!

@ukhti,mardhiah
Selamat kerat kuku M.

As said... [Reply]

Situasi:

Anak duk mengamuk.

Apa ye beza respons dia bila kita pergi dan tampar dia suruh senyap.
Dengan kita pergi dan bagi pelukan hangat, biaq dia kool down sat.

_______________

Ni pun komen tanpa bacaan tambahan buat research dulu. Tak sempat busy ngan school. Bebile boleh revisit kot.
_______________

Just my 2 cents.

WA.

Bijen M. said... [Reply]

@As
Manusia macam-macam fe'il kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...