17.11.11

Suatu ketika dahulu

Lepas Subuh pagi tadi dalam mesyuarat harian, Brader John tiba-tiba tanya azam nak pergi Tonggi, Bangladesh awal tahun depan kira-kira. Walaupun tarikh masih belum nampak batang hidung, Jamal dah tanya azam kami semua. Nampak sangat advance sungguh usaha agama para jemaah dekat surau tempat gua menetap sekarang ni. Untunglah gua, Allah campak gua dekat sini. Kah kah!

Tapi hari ni gua bukan nak cerita pasal Tonggi. Cuma benda ni trigger balik kenangan gua ke India dan Bangladesh bebaru ni. Jadi macam orang angau senyum sorang-sorang pulak. So sebelum memori ni luput dari kepala otak gua, baik gua catat kat sini walaupun pasti dan pasti penulisan berbentuk virtual ni tak akan kekal lama. At least otak gua refresh balik kenangan silam. Bilalah ada orang nak offer gua terbitkan buku ye?

...

Gua waktu belajar kat universiti dulu bukannya tak pandai. Pandai! Cuma malas je dan main-main banyak. Maka result exam pun tak adalah lulus dengan warna berterbangan. Gua dah bajet waktu tu, lepas habis belajar gua balik kampung tanam jagung. Jagung tu pulak gua buat jagung bakar, jual tepi jalan. Duit tu pula gua kumpul dan bayar balik hutang belajar gua dekat makwe yang baik hati menaja pembelajaran gua sepanjang nak dekat 5 tahun, Cik P.

Yelah! Result CGPA pun tak melayakkan diri nak dipanggil isi borang sebagai calon suami Cik P. Gua redha je waktu tu. Tak dapat makwe cun macam Cik P pun tak apalah. Bukan rezeki gua.

Akan tetapi, semuanya berubah dalam sekelip mata. Lepas balik dari praktikal, Allah bagi peluang ke gua jangka masa setahun untuk ubah diri gua yang bukannya tak baik ini, jadi lebih baik. Sebenarnya pengalaman hidup yang gua dapat waktu buat praktikal dulu tu amat membantu dalam memberi momentum kepada anjakan paradigma saat ini. Sebab tu gua selalu pesan kat junior gua, manfaatkan peluang yang ada zaman praktikal dan tahun akhir belajar. Waktu tu fikiran dah sedikit matang dalam menilai.

Tahun akhir di zaman universiti yang Allah bagi ke gua tu dimanfaatkan sebaik mungkin. Kesedaran drastik mula timbul dalam diri. Kesedaran dalam beragama. Dalam mengamalkan kehidupan beragama, yakni kehidupan yang diberkati Allah Taala.

...

Fasa pertama perubahan, gua menghadapi saat paling getir. Kawan-kawan sekeliling dah mula rasa segan dengan gua. Yelah! Dulu gua sembang sampai tak ingat ke dunia. Sekarang percakapan dah jadi lain. Nak ajak lepak malam-malam pun fikir 360 kali. Jangan kata kawan-kawan, mak abah dan adik-beradik gua pun dah mula risau. Tambah-tambah waktu tu hangat kes universiti sarang pengganas. Gua pula yang kena tempias. Kononnya gua join terorist. Haih!

Tak apalah. Nak buat macam mana? Bukan salah depa. Depa tak faham lagi. Gua pun slow-slow adapt balik dengan depa. Slow-slow usaha minta Allah bagi depa faham. Alhamdulillah, lama-lama orang sekeliling pun dah tak rasa apa-apa dah. Masing-masing dah boleh terima, insyaAllah.

Di samping itu, gua usaha dari sehari ke sehari berusaha untuk cuba mendekati Allah Taala. Makin lama, gua makin nampak cahaya dalam masa depan gua. Gua nampak apa maksud hidup ini. Dalam kita berusaha menambah baik kehidupan kita menuju kepada kehidupan yang beragama, sebenarnya Allah akan mudahkan jalan hidup kita. Kita hari ni rasa payah dalam hidup sebab kehidupan kita jauh dari agama. Kalau kita ikut agama, semuanya akan jadi mudah. Percayalah! Misalnya pakai tudung lilit. Tak ke payah nak pakai tudung lagu tu? Nak fikir lagi baju apa nak pakai hari-hari supaya matching. Kalau ikut agama, semua jadi mudah. Itu contohlah.

...

Maka sedikit demi sedikit semangat belajar gua naik. Gua makin positif menghadapi masa depan. Di samping itu, hubungan dengan Allah makin terjaga yang mana gua sendiri tak jangka. Juga hubungan sesama manusia.

Dipendekkan cerita, berbekalkan 2 semester yang berbaki tersebut gua mula bangkit keluar dari zulmat menuju ke arah cahaya. Keputusan exam semakin hari semakin baik dan akhirnya lulus dengan berwarna-warni. Gua tak sangka-sangka, gua dapat juga diterima sebagai calon suami Cik P di saat akhir. Kalau lu orang nak tahu, result semester lastlah yang dapat improve CGPA gua sampai qualified diterima sebagai calon suami Cik P.

Gua nak cakap dekat mak abah gua, hari ni gua berbangga grad dari universiti itu bukan hanya sekadar dengan segulung ijazah. Tapi gua grad dengan satu tarbiah dari Allah. Itu lebih bernilai dari segulung ijazah tersebut gua kira. Sebab itu gua rasa lebih selesa untuk bercerita pasal tarbiah itu daripada bergembira bergambar dengan gulungan ijazah tempoh hari. Minta maaf mak abah sebab tak dapat bagi kerjasama baik untuk tangkap gambar banyak-banyak waktu tu. Perkara itu memang disengajakan. Harap mak abah pandang nilai tarbiah itu lebih besar daripada sijil kosong berkenaan.

...

Maka sebelum gua habis study kat situ, gua pasang azam supaya Allah bagi peluang ke gua jalan-jalan di atas muka bumiNya ini belajar-belajar lagi tentang kehidupan beragama. Bukan sekadar belajar agama ye tuan-tuan. Tapi belajar mengamalkan kehidupan beragama. Kehidupan yang ditunjukkan Nabi SAW dan para sahabatnya. Kalau setakat nak belajar agama, lu orang boleh pergi masjid-masjid dengar ceramah ustaz-ustaz kat sana. Lepas tu balik rumah tak dapat apa-apa pasal pergi masjid tadi setakat nak dengar ceramah ustaz sebab ustaz tu best.

Pasal kerja, nanti dululah. Nanti lepas habis jalan-jalan pun ada kerja lagi. Kerja tu tak lari mana. Yang penting Allah bagi peluang jalan-jalan tu sebelum gua mula kerja. Nanti dah kerja, makin sibuk. Tak sempat nak jalan-jalan. Ye dak?

Maka awal tahun hari tu, Allah telah buat perancangan baik punya untuk gua. Sengaja dia lambatkan result exam gua keluar. Supaya gua ada masa untuk buat persiapan untuk dihantar ke luar negara belajar-belajar hidup beragama.

Sebelum dapat keluar, Allah ajar gua macam-macam. Ajar gua menangis supaya sungguh-sungguh minta dengan Dia agar pilih gua keluar jalan-jalan atas muka bumiNya. Ajar gua ikram (muliakan) mak bapak dan adik-beradik. Ajar gua tawajuh jaga amal. Ajar gua redha dengan takdir seperti makwe idaman diambil orang. Ajar gua kenal orang. Ajar gua jalan-jalan jumpa orang. Pendek kata, Allah ajar gua macam-macam. Padahal waktu tu gua rasa down betul dengan Allah sebab tak pilih-pilih lagi gua keluar jalan-jalan. Rupanya, Dia ada plan lagi baik lagi. Memang awesome punya planlah. At least masa tu tak terbuang dengan perkara sia-sia.

Dan akhirnya setelah lama menunggu, Allah pilih juga gua. Allah dah tetapkan takdir gua dapat jalan ke India dan Bangladesh. Siapa pernah sangka? Gua pun tak pernah sangka. Serius! Tak pernah impi sepanjang dalam hidup nak jalan-jalan ke luar negara lepas habis belajar. Duit pun tak pernah nak kumpul. Tapi kuasa Allah Taala. Siapa boleh halang? Dia dah tetapkan gua pergi sana, kalau semua makhluk berhimpun nak halang pun tetap takkan boleh.

Maka dengan itu bermulalah episod baru dalam kehidupan gua. Hidup yang insyaAllah berjasa untuk agama. Jeng jeng jeng! Ini baru mukadimah ya tuan-tuan. Lepas ni sambung insyaAllah, kisah di India. Okebai!

p/s: Siapa yang sangka, sebelum ni gua tak pernah terfikir nak tulis benda ni. Gua bajet nak simpan dalam hati je. Tapi kuasa Allah Taala, siapa boleh halang ye dak?

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

21 comments:

Anonymous said... [Reply]

Lepas Subuh pagi tadi dalam mesyuarat harian, Brader Jamal tiba-tiba tanya azam nak pergi Tonggi, Bangladesh awal tahun depan kira-kira. Walaupun tarikh masih belum nampak batang hidung, Jamal dah tanya azam kami semua. Nampak sangat advance sungguh usaha agama para jemaah dekat surau tempat gua menetap sekarang ni. Untunglah gua, Allah campak gua dekat sini. Kah kah!

CKB said... [Reply]

Jujur dari hati. Masa baca entri ni, aku macam tengah baca diri aku. Cuma bezanya, mister Bijen bertuah, terus maju meningkat gapai cahaya,

Gua? Turun naik turun naik turun.
Sekarang gua tengah fasa turun. Gua frust dengan diri gua.


Semoga Allah tak lupa kat gua. Gua nak gak jadi lebih kurang cm lu. Maju dan maju. InsyaAllah!

fuad ansari said... [Reply]

Bila gua tengok orang jahat, gua selalu cakap kat diri sendiri, mesti gua lagi jahat dari orang jahat kalau gua tak dipilih utk belajar kehidupan beragama...Ada kemungkinan jugak lu takut mau kawan sama gua..

Sebab tu gua sgt setuju kalau lu kata tarbiyah dari Allah lebih bernilai berbanding segulung ijazah..

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Hidayatullah said... [Reply]

dlu gua break dance blakang masjid.. nasib baek tabligh kutip gua..

cik_paan said... [Reply]

inspiring , bijen..

kakibiskut said... [Reply]

sedap la tuan cite..
cite la lagi.. cecite2..

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Peh. Tulis diari tuu. Haha.

Entah. Aku harap mak ayah aku lebih terbuka menerima perubahan. Sampai hari ni, mereka dah bunyi2 juga.

"Maulana maulana ni, buku orang tabligh lah ni....."

"Boleh lah lepasni waleed beli jubah hitam banyak2. Hari tu tak ada orang nak pakai, sekarang dah ada orang nak pakai hari-hari....."

Hmm.

School Of Tots said... [Reply]

Tuan, perceritaan yg ada ummph. Kisah benar begini sgt dinanti dan disukai oleh penerbit untuk dijadikan buku sebenarnya. Saya cadangkan Tuan kumpulkan bahan dlm bentuk word doc dan eMail kan kpd editor kanan Galeri Ilmu iaitu Pn Suraiya di suraiyapauzi@galeriilmu.com.my

Selamat berjaya dgn buku pertama !!

syuhadaadros said... [Reply]

tu diaaa.. dah ade orang offer nak publish buku dah! :P

nam said... [Reply]

saya nak buku tuan yang pertama.. heheh..

senang je Allah nak tarbiah kita, lepas Allah tarbiah kita, orang sekeliling pun turut di tarbiah.. Allah Hebat!!

Bijen M. said... [Reply]

CKB,
Tuah ayam nampak di kaki.
Tuah manusia nampak dekat Hang Tuah!
Lu jangan turun sangat.
Nanti payah nak naik balik.
Moga Allah sayang lu lebih-lebih.
Ameen.


FUAD A.,
Sebab kita kena ada rasa kesian tengok orang jahat.
Ajak sama-sama jadi baik.
(Pasang lagu Maher Zain - Alhamdulillah)


HIDAYATULLAH,
Bukan Tabligh kutip lu.
Tapi Allah pilih lu.


CIK PAAN,
Inspiring, Paan. Inspiring.


KAKIBISKUT,
Baca sambil makan biskut memanglah sedap.

.

Bijen M. said... [Reply]

PENCHENTA,
Allah nak uji tu.
Allah nak uji.
Ujian paling berat adalah dari keluarga sendiri.


SCHOOL OF TOTS,
Erk!
Aiseh.
Bahasa gua tunggang-langgang.
Depa nak publish pun fikir 35 kali.
Kalau boleh kekal gaya bahasa dia, mau jugak try.


SYUHADAADROS,
Diam diam!
Heh!


NAM,
Printlah semua post kat blog ni.
Hahak!

Afida Anuar said... [Reply]

Yeayy....Prolog dah bermula... tak sabar nak tunggu sambungan seterusnya!...eceh;)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

:)
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me..
~Alhamdulillah, M.Zain~

As said... [Reply]

[22:32] [3:8]

Allah sangat-sangat baik.

__


Hidayah tu ibarat lintasan cahaya. Time dia lalu sama ada nak grab atau buat tak nampak.

Still, hidayah tu milik Allah. Dan takda siapa yang boleh menghalang bila Allah dah pilih hambaNya untuk menerima hidayah.

Dan, hidayah itu sangat indah.

May Allah bless!

Norsha said... [Reply]

beruntunglah mereka yang diberi hidayahNya....

mhafiz_ydin said... [Reply]

India n Bangladesh - walaupun pahit, tapi sedap.. I loike!! Nak p lagi dan lagi sampy tiada lagi..

Bijen M. said... [Reply]

AFIDA A.,
Doalah ke gua ada kekuatan cccerita sampai habis.


U.MARDHIAH,
Pehh!
Dalam hutan pun layan Maher Zain.


AS,
May Allah bless all of us.


NORSHA,
Untunglah.


MHAFIZ Y.,
Tonggi brader, Tonggi!

As said... [Reply]

Ameen!

Pencari ALLAH said... [Reply]

Kuasa ALLAH mengatasi segala-galanya. Ada hikmah ALLAH lembutkan hati Tuan Bijen menulis :)

As said... [Reply]

Wah nape entah rasa nak nangis kali ni bila baca semula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...