22.11.11

Pecutan terakhir.

Lu orang pernah lumba lari tak? Tak kisahlah 100 meter ke 400 meter ke 1500 meter ke tak pun merentas desa. Kalau long distance punya lari, awal-awal tu mesti lu orang steady dulu maintain stamina ye dak? Tapi bila nak ending, dah nampak garisan penamat, entah kekuatan mana lu orang dapat, rasa macam bersemangat gila nak all out lari sampai hujung. Tambah-tambah kalau sebelah lu orang ada pesaing, mesti lu orang dua berlumba siapa sampai dulu sampai siap pasang turbo. Ye dak? Baik mengaku. Betul kan? Tak payah tipulah. Gua tahu. Gua dulu long distance runner jugak.

Maka nampak di situ effort kita bila kita dah nampak garisan penamat. Kita nak all out sebab nak dapat masa larian yang pantas, malah kalau untung lagi dapat pingat. Memang time ending tu lu orang pecut habis sebab tahu energy lu tak akan digunakan lagi selepas itu. Waktu tu, apa saja distraction dan bentuk gangguan dari pihak penonton lu dah tak peduli. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting sikit lagi lu orang nak sampai ke garisan penamat untuk melakukan torso.

Okelah! Mari kita ubah perbincangan kita ke sisi akhirat. Nabi SAW kata waktu dia naik atas langit semasa Israk Mikraj, keadaan dunia ni dah uzur. Digambarkan seperti nenek tua si bongkok tiga dah. Tinggal tunggu masa nak KO je lagi. Nak diceritakan bahawa usia dunia ni dah hampir nazak. Bila-bila masa boleh tumbang. Oke dapat?

Itu 1400 tahun yang lalu tuan-tuan. Kini dah masuk tahun 2011. Sekejap lagi 2012. Dah masuk era apa tak tahu. So lu orang agak-agak macam mana keadaan nenek tu sekarang? Sihat lagi tak agak-agak? Adakah semakin tough kerana mengamalkan minuman jus kesihatan yang kini banyak terdapat di pasaran global? Ataupun semakin uzur dan terus uzur? Tepuk dahi, tanya Gugel.

Maka bila dah tahu kita sedang berada di saat-saat terakhir larian, apa yang perlu kita buat? Memecut bukan? Ya! Kita harus membuat pecutan terakhir. Pecutan yang akan menentukan masa dan tempat terbaik di akhir nanti. Dan waktu inilah anasir-anasir jahat akan mula mengganggu-gugat kita. Mereka akan tabur gula-gula di atas trek larian kita. Mereka akan pancing kita dengan umpan-umpan yang tak wajar dilepaskan. Sehingga membuatkan kita terlalai dari misi kita sebenar. Lalu terus ketinggalan dan ketinggalan. Malah ada juga yang tak dapat menamatkan larian. Oh sayang sekali! Setelah bersusah payah dan berhempas pulas, akhirnya kita mensia-siakan waktu kita di akhir larian. Ibarat seperti kisah arnab dan kura-kura.

Oleh itu kita harus sedar bahawa segala umpan yang dipancing itu hanya sekadar untuk melalaikan kita. Tak akan dapat membantu pun untuk kehidupan kita di alam sana. Kita harus sedar misi sebenar ke mana kita hendak capai. Garisan penamat, itulah akhirat. Selepas garisan penamat itu, lu orang dah boleh berbahagia selama-lamanya. Maka janganlah mudah terpesona dengan ajakan dunia yang fana ini.

Tapi tak tahulah kalau lu orang masih tak nampak lagi bayang-bayang garisan penamat. Takut-takut tak sempat sampai garisan penamat, lu orang dah eksiden sekejap lagi lalu mati. TKO!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

18 comments:

Anonymous said... [Reply]

Lu orang pernah lumba lari tak? Tak kisahlah 100 meter ke 400 meter ke 1500 meter ke tak pun merentas desa. Kalau long distance punya lari, awal-awal tu mesti lu orang steady dulu maintain stamina ye dak? Tapi bila nak ending, dah nampak garisan penamat, entah kekuatan mana lu orang dapat, rasa macam bersemangat gila nak all out lari sampai hujung. Tambah-tambah kalau sebelah lu orang ada pesaing, mesti lu orang dua berlumba siapa sampai dulu sampai siap pasang turbo. Ye dak? Baik mengaku. Betul kan? Tak payah tipulah. Gua tahu. Gua dulu long distance runner jugak.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Sebab manusia sekarang tak nampak garisan penamatlah mereka bersantai hisap shisha lagi.

Pencari ALLAH said... [Reply]

Semoga kita tak termasuk daripada orang-orang yang merugikan diri sendiri.insyaALLAH, sama-sama beroleh keimanan.

fuad ansari said... [Reply]

kadang2, ada orang ingat diorang masuk lari 1500m, so dia lari perlahan2, tapi rupanya larian tu 100m je.. then baru menyesal, awatla aku tak lari laju2 tadi... (",)

Norsha said... [Reply]

Masalahnya, ramai yg rasa lambat lagi nk sampai kat garisan penamat tu....

mhafiz_ydin said... [Reply]

Gua rasa nenek tu dah nyanyuk..

Bijen M. said... [Reply]

PENCHENTA,
Macam mana nak bagi nampak eh bro?


P.ALLAH,
Ameen!


FUAD A.,
Sepatutnya dia kena tengok orang sebelah dia.
Makna kata, kena tengok pesaing yang di depan.
Baru dia sedar.
Bukan tengok yang di belakang.


NORSHA,
Kita kena sama-sama sedarkan.
Tayar hai?
Ha ha ha.


MHAFIZ Y.,
Tu pasal gempa bumi sana sini ye dak?

School Of Tots said... [Reply]

InsyaAllah bangun tahajjud malam ni.

Yana Lan said... [Reply]

TKO tu ape? To Keep Open?

Bijen M. said... [Reply]

SCHOOL OF TOTS,
Moga Allah bagi taufik.
Ameen.


YANA L.,
Total knock out from this world.

alien said... [Reply]

alhamdulillah...
pesanan yg bagus

Afida Anuar said... [Reply]

TKO tu tranung kite Online ke? wakakakka...

masa kecik2 dulu, kalau masuk lumba lari....tak pernah pun dapat no 1:(

Bijen M. said... [Reply]

ALIEN,
Semoga berjumpa di bulan.
:)


AFIDA A.,
Kasihan.
Tingkatkan usaha ye.

Umma-ali said... [Reply]

waahhh...nostalgia ni citer pasal pecut sbb dulu2 i mmg pemecut! 100m hurdles taw... kkdg kita pun x fhm... mcmna kita boleh menang sbb yg pesaing kita tu sprinter 100m flat... tp bl tang lompat pgr, kita plk yg monang... Allah xnk bg hat pemecut tu sft bangga xtra kot...so, lps kalah dy pun buzz off! 100m flat pun cukuplah...
kkdg dah xde calon lain, i pun tpaksa jgk buat long distance wpon dah cnfm kalah punya coz mmg nenek ni tak tahan lari lama2... bknnya dah nak sampai penamat lagi pecut... dok seret kaki je, jumpa pagar pun sepak je... sapa suruh pilih kita...padan muko kalah!
oh huhu, dulu2 mmg minat sgt berlari sampai berangan bila dah berkeluarga nanti, nak buat rumah yg ada padang n trek utk berlari...boleh lumba lari dgn suami n ank2..hehe. apa2lah fikir org muda zaman 70-80an ni...
ok nak seimbangkan fikir so skrg kena booster fikir akhirat...dulu2 tu lumba lari, wpun tak hebat, tapi menang jgk...sbb Allah bg menang, bkn jurulatih atau sokongan kgkawan...bkn jg sbb tiap2 ptg turun padang...itu usaha saja, tapi tanpa usaha, gerenti tko...so klu tak turun padang wat dakwah, wpon itu usaha saja, gerenti tko jgk, sbb klu tak turun dok dlm bilik je, dy keje online je plk...online bc notasiku orait jgk, ada gesaan utk turun padang, tapi klu online citer biru...tak ke haruuu...

Bijen M. said... [Reply]

UMMA A.,
Fuyoh!
Mesti body selim dulu-dulu.

Pisyek said... [Reply]

ada ke tabur gula-gula, tabur guli la kat trek. kah kah kah xD

As said... [Reply]

Cerita pasal pesaing dan garisan penamat. Dulu lari jarak jauh, my speed maintain sama laju awal dan akhir tak kesah long distance atau tak. Tatau good or not good. Maybe sebab just terbayang garisan penamat dalam kepala walau dah tak nampak apa time lari kecuali trek dan tau-tau eh da tamat? Sebab ada orang jaga.

Yang ni nak share bab lari long distance, konsep sahabat seperjuangan dan all out dari awal ila akhir secara istiqamah.

Dulu kala acara 4x400m, so berganti-ganti la kan. Sprinter paling laju cekgu letak first. Jadi dia da tinggalkan gap untuk kami sprinter lain. As biasa yang kedua. Asbab takut nak jadi first atau last.

Sebab da sedia ada gap, tak rasa pressure nak bersaing. Cuma pressure fikir nak sampai garisan penamat nak pass baton. Bila lari wajib lari rasa macam tak cukup tanah dah nak pijak, dan maintain pecutan dari awal sampai akhir.

Cumanya, still berjaya maintain speed tu hatta dah jauh lari tak larat macam da takda kaki, sebab first sprinter tu dia among close friend and SHE RAN TOGETHER with me for the next 400m. *Just bayangkan dia lari 800m dengan speed sama. Fuh!*

Sambil lari bersama, dia sambil laung kata-kata support. Non-stop.

Rasa bersemangat sebab sahabat bersama-sama dalam perjuangan, support supaya drain out all energy to do the best dari awal ila akhir. Yang akhirnya hasil usaha tu semua, sama-sama dikalungkan gold medal.

Hakikat manusia itu lemah dan perlu pada jemaah. Hakikat sahabat yang saling mencintai keranaNya, berpesan pada AMNM, akan Dia temukan di jannatul yang tertinggi sebagai balasan kesabaran.

WA.

Bijen M. said... [Reply]

PISYEK,
Sila jangan gedik!


AS,
Heh.
Boleh buat post baru ni insyaAllah.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...