29.11.11

Makwe bekerjaya?

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia, salam Pis 4 All dan salam Maal Hijrah. Hari ini gua nak buka satu topik yang mana gua nak kutip pendapat khususnya dari kaum-kaum makwe akhir zaman yang bekerjaya tatkala ini. Sebenarnya gua nak tulis perkara ni beberapa hari yang lalu. Tetapi memandangkan gua nak bagi laluan ke diri gua menyertai Kursus Gilap Iman selama 3 hari sempena Maal Hijrah, maka gua tangguhkan dulu niat suci murni gua. Dengan harapan kot-kot Allah Taala bagi faham tentang perkara ini sewaktu berkursus.

Maka setelah pulang dari kursus tersebut, memang Allah dah bagi faham. Tapi gua nak tulis juga dulu pasal nak tengok lu orang punya fikir walaupun gua dah ada jawapan pun sebenarnya. Dalam post yang seterusnya gua akan cerita apa finding gua tentang perkara ini insyaAllah.

...

Baiklah makwe-makwe bekerjaya sekalian. Mari kita cuba fahamkan apa itu Baiti Jannati? Dalam bahasa Ibunda - Rumahku Syurgaku. Ini gua elaborate berdasarkan pemahaman gua yang terhad. Pada gua, ini adalah agenda untuk memartabatkan institusi rumah tangga menjadi seperti syurga. Makna kata, rumah tangga hidup dengan suasana yang seakan syurga. Yang mana, semua ahli keluarga hidup dengan aman sentosa dan bahagia. Yang si laki pula rasa tak sabar-sabar nak balik rumah lepas kerja sebab dia rasa nikmat rumah tangga itu. Bini dia pandai melayan sampai dia tak rasa nak cari lain. Ahaks!

Maka untuk itu, calon ratu bidadari syurga yakni si bini harus meletakkan masanya sebaik mungkin untuk menguruskan rumah tangga dengan baik supaya si suami senang hati. Maknanya dia kena layan suami dia dalam setiap keadaan. Tak kira walau di atas bontot unta sekalipun. Oh! Layanan ini tak semestinya terhad kepada layanan jimak ye puan-puan. Mungkin boleh jadi layanan ketika suami penat balik kerja. Layan hati suami dengan memastikan rumah sentiasa bersih dan kemas. Pastikan anak-anak tak buat si suami marah dan sebagainya.

Maka makwe-makwe bekerjaya sekalian, cuba fikir dan bagitahu bila masa yang lu orang ada untuk sempurnakan tanggungjawab lu orang dalam perkara ini. Perlu diingatkan, gua bukan nak mempertikaikan golongan makwe bekerjaya. Cuma gua nak minta pendapat dan pandangan lu orang tentang perkara ini. Macam mana lu orang nak setelkan perkara ini disamping tidak meninggalkan kerjaya yang disayangi?

Di sini gua upkan satu contoh jadual seorang lelaki yang bekerja 8 jam di opis dan ambil kerja agama sebagai maksud hidupnya gara-gara nak belajar-belajar cara Nabi SAW bahagikan masa Baginda kepada 3 bahagian. (Ini bukan jadual gua oke! Gua rembat mana, gua dah lupa.)

5.00 am - 8.00 am Masa untuk amalan pagi di masjid. Then balik rumah untuk siap pergi kerja.
8.00 am - 1.00 pm Cari keperluan di opis.
1.00 pm - 2.00 pm Qailulah dan solat Zohor plus tazkirah Zohor. Tak lunch sebab nak makan di rumah.
2.00 pm - 4.00 pm Sambung cari keperluan.
4.00 pm - 4.30 pm Berhenti solat Asar.
4.30 pm - 5.30 pm Sambung cari keperluan sebab nak cukupkan 8 jam bekerja.
5.30 pm - 9.00 pm Masa untuk amal masjid. Termasuk keluar jumpa orang cerita Lailahaillallah.
9.00 pm - 5.00 am Masa bergembira bersama anak bini.

Maka lebih kurang tambah tolak darab bahagi dapatlah 8 jam cari keperluan, 8 jam untuk amal masjid dan 8 jam untuk anak bini. Cuba bayangkan bila peruntukkan 5 jam untuk tidur, maka ada baki 3 jam masa berkualiti untuk anak bini. Wakaka! Sadis sungguh jadi bini orang yang buat usaha agama. Tapi tak kisahlah.

Mengikut jadual di atas, si pakwe akan balik rumah untuk tukar uniform bila tukar kerja. Mungkin itu boleh jadi masa berkualiti yang diperlukan untuk suami dan anak bini walaupun masa yang sangat singkat. Maka tugas si bini sangat penting bagi memastikan layanan sepatutnya dapat diberikan kepada suami.

Cuba bayangkan untuk makwe-makwe yang bekerja opis hour pula. Bila waktu yang dia sempat untuk bagi layanan tahap bidadari syurga kepada laki dia? Itu time belum ada anak. Bila ada anak,  kena fikir nak ambil anak balik sekolah, hantar pergi sekolah. Nak kejarkan kerja lagi. Nak masak lagi, nak khidmat rumah lagi.

Agak-agak mampu wujud tak tahap Rumahku Syurgaku itu? Oke! Kalau jawapan lu orang nak kata tugas isteri hanya melayan suami sahaja dan bagi solution untuk hire orang gaji, maaf itu bukan jawapan yang gua nak.

Perlu diingat, si bini ada beberapa tugas lagi di rumah. Di samping menguruskan kerja rumah, dia juga harus memperuntukkan masa dia untuk jaga amal infradi sebagai generator kerja agama suaminya di luar rumah. Kerja bangun malam untuk tolong doakan nama-nama yang si suami dah jumpa waktu siang. Kerja didik anak dengan didikan agama dan macam-macam lagi. Oh! Berat rupanya tugas jadi pembantu dai'e ni. Hmm.

Si suami memang dah tanggungjawab dia untuk bagi nafkah kepada anak bini. Manakala duit bini, si suami tak berhak. Mungkin jawatan sebagai cikgu tadika atau bekerja sendiri boleh diconsider lagi kot untuk fill tugas sebagai Pengurus Rumah Tangga. Oke makwe sekalian, please challenge my topic wisely. Tenkiu!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

35 comments:

Anonymous said... [Reply]

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia, salam Pis 4 All dan salam Maal Hijrah. Hari ini gua nak buka satu topik yang mana gua nak kutip pendapat khususnya dari kaum-kaum makwe akhir zaman yang bekerjaya tatkala ini. Sebenarnya gua nak tulis perkara ni beberapa hari yang lalu. Tetapi memandangkan gua nak bagi laluan ke diri gua menyertai Kursus Gilap Iman selama 3 hari sempena Maal Hijrah, maka gua tangguhkan dulu niat suci murni gua. Dengan harapan kot-kot Allah Taala bagi faham tentang perkara ini sewaktu berkursus.

Anonymous said... [Reply]

rasanya isteri2 bahagia je kalau husband die tak kasi keje, dduk rumah jaga anak, belajar menjahit, ajar budak2 mengaji ke lagi best..

cumanya, some women prefer to make their own money.bila suami susah die boleh tolong yang mampu,boleh tolong mak ayah die kat kampung..cmtula lbih kurang

cikgu tadika =) I have a dream nk bukak sekolah/tadika y syllabus die in english and arabic

fye said... [Reply]

Assalamualaikum matpes.haha lama sudah mkcik x mengkomen post2 berkualiti anda.

Oh jadual yg dipaparkan itu mmg copy paste jadual suami makcik tapi Allah ikram makcik lagi lah setakat ini sebab suami makcik tu opis hour nye di umah sbb cuti 3 tahun.

Tapi lebih banyak masanya di rumah, makcik sedar tanggungjawab mkcik menjadi lebih serius..Lalu makcik memang amat bersyukur yang makcik belum bekerjaya setakat ini...

Baiti Jannati bukan mudah untuk dibentuk.....Isteri bekerjaya pasti ada sebab, mungkin kewangan keluarga memerlukannya...Dalam hal ini, makcik sangat bersyukur juga kerana suami makcik awal2 kahwin sudah memujuk rayu mkcik supaya tidak bekerja setelah tamat pengajian nanti.....

Buat isteri bekerjaya, baiti Jannati tetap dapat diwujudkan inshaAllah, tapi kena usaha banyak dan doa lebih banyak... Sebenarnya, boleh cari alternative lain seperti perniagaan secara online ye.

Hehe ape2 pun, itu sekadar luahan rasa makcik.Buat tuan blog, semoga Allah mengurniakan encik suri hidup a.k.a bidadari yang mampu menjadi tulang belakang dalam usaha agama encik. Selamat maju jaya makcik ucapkan....!!

Bijen M. said... [Reply]

T.NAMA,
Kat rumah pun boleh buat own money kan kan kan?
Ke yakin hanya kerja makan gaji saja cara Allah nak bagi rezeki?


FYE,
Alaikum salam Peah.
Gua ingat lu ada blog baru, rupanya plastik.
Untunglah makcik dapat suami yang buat usaha agama dan pakcik yang dapat bini yang faham usaha agama.
Maka, sila cepat-cepat keluar masturat.
:)

Anonymous said... [Reply]

tidak semua wanita yg keje tu betul2 suka bekerja, some of them 'terpaksa'bekerja kerana desakan hidup atau kdg2 sbb lelaki dayus yg tk mahu bekerja, kawin saja tahu tapi dok harap duit kat bini, jgn ingat semua lelaki baik dlm dunia ni

bygkan kalau semua doktor pompuan kat dunia ni berenti keja dan dok kat rumah saja ?

btw...mmg betullah pompuan yg tk keja punya byk masa kat rumah brbanding dgn yg keje tapi tk semestinya yg bekerjaya tu tk boleh jadi isteri atau ibu mithali ...!

Bijen M. said... [Reply]

T.NAMA,
Alahai brader.
Rileklah.
Gua bukan nak dengar lu nak salahkan sesiapa.
Gua nak dengar solution untuk atasi perkara ini je.
Macam mana nak bahagi masa.
Gua tak kata sesiapa right and wrong.
Jangan tulis pakai perasaan sangat.

As said... [Reply]

Tamau challenge. Nak share dan diskas sahaja. Honestly daripada cerita ibu2 bekerjaya, banyak perkara hal rumah diselesaikan hanya pada hujung minggu. Untuk melayan anak-anak, sudah kepenatan seharian bekerja. Masak dinner tu sape yang habis rajin maka masaklah. Berkejar fetch anak2 satu cerita lain. Dan pelbagai lagi.

Memang best usah house manager terhormat di rumah kami. Full time dedicated untuk suami dan anak2. Rezeki tu atas tawakkal pada Allah dan barakah dari Allah. BIla ikhlas, Allah bagi mudah insyaAllah.

Oh yes, why?

Seriyesly tak ada masa yang ample untuk mendidik anak-anak, unless dia super duper ummi.

Kata Hassan Al-Banna: "Didiklah wanita dgn pengetahuan yang praktis, sesuai dengan kepentingan dan fungsinya sebagai makhluk Allah. Yakni mengatur rumahtangga dan mendidik anak yang lahir di tengah keluarga."

Ibu selalu pesan, untuk menjadi seorang Ibu mestilah bijak dan berilmu. Antara ilmunya, ilmu mengatur rumah, mendidik anak, mengatur kewangan, memasak, penampilan diri dan sebagainya.

Jelas dalam Al-Quran, Al-ahzab:33-34.

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang2 jahiliyah yang terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikan zakat, taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu ayat2 Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui."

Tafsirnya, plus minus, wanita hanya perlu keluar rumah apabila perlu sahaja, seperti dalam syara'. Fitrah wanita itu di rumah, tugas wanita itu di rumah.

Disinilah tips kejayaan seorang wanita.
______________________________

Orait la ni macam mana kes wanita yang terpaksa keluar bekerja. Syara' ada gariskan beberapa perkara untuk kes lagu ni.

1) Suami meninggal
2) Salary husband tak cukup beli perkara ASAS.
3)Belum bersuami untuk jaga parents and siblings
4) Ada kepakaran.
5) Bantu suami stable kan family buat sementara.

Adab-adab:

1)Selari dengan syariat
2)Sesuai naluri wanita. Eg: Nurse
3)Opis bebas fitnah
4)Tutup aurat sempurna
5)Perjalanan pergi balik takda fitnah
6)Tak bergaul mesra dengan bukan mahram
7)Jaga akhlak!

______________________________

Untuk golongan wanita yang terpaksa bekerja, Allah Maha Tahu apa yang terbaik, dan Allah pasti bagi mudah sedikit pada jalan yang sukar.

_______________________________

Untuk wanita yang lebih prefer untuk bekerja,
"Daripada manusia sibuk membetulkan dunia (urusan rezeki) lebih baik manusia sibuk membetulkan amalan. Hasilnya bukan rezeki halal sahaja malah rezeki yang mulia." -Rizqan Karim.

Ihfazillah yahfazka!
________________________________

Perkara ni SANGAT BESAR dan WIDE if nak diskas. Yang penting back to fitrah masing2 yang disyariatkan, kerana di situlah ada najah.
InsyaAllah.

WA.

Anonymous said... [Reply]

takdela nak cakap kerja mkn gaji je dpt rezeki tp at least ada ikhtiar. rezeki tak dtg bergolek.

yes women should consider working at home. but ada professions yang mmerlukan wanita mcm doktor.

but utk bina baiti jannati ni, working mom kne carik husband who can spend more time dgn anak2. and kena tahu manage time well.

As said... [Reply]

oh yes!

Berkerja dari rumah is better. Ada dalam sirah pasal isteri2 nabi bekerja dekat2 area luar rumah je. So wanita zaman kini boleh la aplikasi salah satu alternatif ni, since zaman dulu isu wanita bekerjaya ni bukan bicang lagi pun.

Cuma if ingat ada sirah sahabiah jadi nurse di medan perang etc.

Nak bekerja di luar cabaran besar terutama daripada segi pergaulan, penampilan etc.

Koreksi kembali sebab kenapa kita ni berkerja and how far we will go *heh syukur dah mintak resign dah*.

WA

Anonymous said... [Reply]

I like to work at home and I want to work at home poreber and eber.

Next year nekad nak tukar 'type' of pekerjaan kat rumah to allow more free time to do more ibadat+cari ilmu Allah.

And most importantly, nak elakkan stress duniawi tak tentu pasal melayan kerenah client T_T

School Of Tots said... [Reply]

Topik yg baik. Ideal situation bagi saya ialah isteri surirumah sepenuh masa namun faktor utama mungkin soal kewangan.

Penyelesaiananya: Suami kena bagi gaji kat isteri dgn cukup. Contoh dulu isteri kerja eksekutif gaji RM2000 sebulan, tapi tolak pakaian RM200, transport RM300, nursery anak2 RM400, makanminum RM 300. Lain2 RM100. Jadi gaji bersih sebenar dia RM700 sebulan. Dok susah payah kerja keluar umah 7 pagi balik umah 7 mlm hanya sekadar untuk mencari RM700 tu je rupanya. Suami apa lagi bagi je lah RM700 gaji isteri tu, dan offer kerja baru kat dia - surirumah baiti jannati. Ok?

HijabRockers said... [Reply]

Kena kawin dulu baru bleh tengok cmana kaum ibu manage masa. Ideals ngan reality adalah 2 benda yg berbeza.

HijabRockers said... [Reply]

Alhamdulillah kalau suami izinkan bekerja. Tapi, once diri sendiri terasa rumahtangga da mula terabai, baju suami mula tak sempat gosok, tak sempat masak makan malam etc, maka.... SENDIRI MAU FIKIR. jangan jadikan duit maksud hidup.

Aishah Nur Hakim said... [Reply]

oh oh oh,


cikgu tadika pun bizi sekarang~

okebai.

MM said... [Reply]

Semalam saya dah datang sini. Lepas habis je baca, terus klik 'x' kat hujung belah kanan, saya rasa panas dan malas nak komen ape-ape. Tapi harini dah okay, saya datang balik and cuba untuk komen dengan tenang. So, baca dengan tenang lah ye.

Apa yang saudara cakap memang betul, sebab tu saya rasa panas. Memang terkena kat batang hidung sendiri. Bila baca entri ni, saya rasa macam saudara seolah-olah mengatakan wanita bekerjaya tak layak dapat kebahagiaan, tak layak untuk jadi calon ratu bidadari syurga. Itu apa yang saya faham dan saya tahu saudara hanya timbulkan situasi tersebut untuk dapatkan pandangan orang lain. Mungkin apa yang saya katakan tadi tak sama dengan pandangan saudara dan orang lain. Masing-masing ada pandangan tersendiri. Dan maaflah kalau saya yang tersalah tafsir.

Soal banyak masa atau sikit masa, itu subjektif. Kalau banyak masa tapi tak dapat kualitikan masa tu, apa gunanya? Berbanding dengan sedikit masa dan digunakan dengan sebaik-baiknya? Saya bagi contoh. Seorang student yang banyak benda dia kena buat. Lecture, intensive class, study, persatuan, mesyuarat, usrah, ziarah, kelas agama dan lain-lain. Bila dia tahu dia kena buat banyak benda dalam satu masa, maka dia akan sangat menghargai masa dia yang sedikit untuk cover study sebab dia seorang pelajar. So, tak semestinya semua surirumah boleh guna masa yang dia ada sepenuhnya dengan baik, and vice versa. Saya kata tak semestinya semua, maksudnya ada yang boleh guna waktu itu sebaiknya.

Kita kena tengok jugak, profession apa yang seseorang tu ambil. Saya rasalah, kebanyakan profession yang ada takde masalah kalau lelaki yang dominant. Tapi ada beberapa profession yang memerlukan wanita. Contoh yang saya boleh bagi, ustazah mengaji, jururawat dan doktor. Malas dah nak fikir yang lain-lain.

Ustazah Mengaji - Hukum kata, tak boleh nak merdukan suara dengan lelaki bukan mahram. Ada sebahagian ulama' cakap nak mengaji pun kena dengan guru perempuan.

Jururawat dan doktor - Sanggup ke kaum Adam tengok doktor and jururawat lelaki yang sambut anak korang? Sanggup ke tengok doktor and jurarawat lelaki pegang sana sini isteri korang? Kesimpulan yang ulama' dah buat, priority untuk rawat pesakit wanita :
1. Doktor wanita Islam
2. Doktor wanita bukan Islam
3. Doktor lelaki Islam
4. Doktor lelaki bukan Islam

Ke semua wanita sihat-sihat sampai tak payah ada doktor wanita? :D

Apapun, niat kena betul. Kenapa memilih untuk bekerja. Dan ciptalah niat tu untuk kejayaan di sana, bukan di sini.

Ini hanya pandangan saya. Seorang yang bakal bekerjaya. Saya tak boleh cakap lebih-lebih sebab saya belum merasai benda tu. Kalau nak tahu macam mana life seorang isteri bekerjaya, tanyalah pada mereka yang dah alami situasi tersebut.

Dalam hukum Allah pun sampai ada empat mazhab yang berlainan pendapat. Apatah kita manusia biasa yang tak punya ilmu, lagi-lagi lah bertentangan kan? Sama-sama kita raikan pandangan masing-masing.

Btw, terima kasih lah sebab saudara dah buka minda saya untuk fikir pasal benda ni.

Okay, itu sahaja.

Bijen M. said... [Reply]

AS,
Oke good point here.
Akan diproses untuk posting yang seterusnya.
Jzkk.


T.NAMA 1,
Menarik dekat ayat last tu.

"but utk bina baiti jannati ni, working mom kne carik husband who can spend more time dgn anak2. and kena tahu manage time well."

Kalau tengok dekat jadual atas tu, dekat mana kita boleh curi masa untuk spend more time dengan anak-anak?
Dan macam mana nak manage time well tu.
Sebab dah dibahagikan sebaik mungkin 8 jam untuk setiap perkara.
Tu kira dah cukup baik sebab dah tolak aktiviti lepak dengan member, main futsal, pergi memancing dsb.
Kalau nak curi masa 8 jam bekerja memang tak dapatlah kan.
So boleh curi masa yang dibagi untuk agama.
Maka jadilah kita orang yang lebih mendahulukan perkara dunia.
Please boss more than please Allah.
Ce perjelaskan.


T.NAMA 2,
Semoga dipermudahkan insyaAllah.
:)


SCHOOL OF TOTS,
Komen yang baik juga untuk diproses dalam posting akan datang.
Jzkk.

.

Bijen M. said... [Reply]

HIJABROCKERS,
Tepat jugak untuk komen kedua.
Akan diproses untuk posting berikutnya.
Jzkk.


AISHAH N.H.,
Oke!
Kensel kahwin dengan cikgu tadika.
Okebai!


MM,
Alhamdulillah kerana anda berjaya menulis tidak pakai perasaan.
Nampaknya respon yang diberikan tidak terlalu menjurus ke arah bagaimana nak allocate masa tu untuk fit dengan schedule suami.
Lebih kepada pendapat supaya orang berlapang dada dengan wanita bekerjaya.
Walaubagaimanapun terima kasih atas pandangan.
Akan diproses dalam posting seterusnya.
:)

Anonymous said... [Reply]

Assalamualaikum.
Hmmmm rasa terpanggil pula nak berkongsi pandangan. rata2 yg share pandangan adalah yg masih bujang/belum berkahwin/surirumah. tahniah Allah telah tetpkan kehidupan anda begitu,,,Alhamdulillah anda patut rasa sgt bersyukur kerana tidak byk konflik yg perlu anda hadapi spt kami ini. sudah jd lumrah cita2 sang bujang adalah utk dapatkan kehidupan yg ideal. dpt isteri yg memahami kerja dakwah & duduk di rumah menjaga anak2 serta lakukan tanggungjawab yg lain. ttapi jalan kehidupan yg sebenar bknlah semudah yg anda byangkan wpun kita boleh memilih. wpun anda telah memilih calon isteri y tidak bekerjaya/rela melepaskan kerjayanya slps bernikah, ttapi yakinkah anda pilihan yg anda sangka ideal itu benar-benar pilihan yang betul?yg membahagiakan? berapa ramai yg sy jumpa isteri yg ber'tugas' di rumah masih culas dgn tugasnya. & ramai jg yg bekerjaya berjaya melaksanakan tugasnya dgn lebih baik? kalau yg sebaliknya terjadi, itu pun sesuatu yg xpatut dihairankan. bertepatan dgn sangkaan skeptikal majoriti org.xde masa, xpayah buat keje. harus disedari, xsemua org benar2 beria2 mahu bekerja kerana duit semata. rezeki Allah s.w.t yg pegang. tp sy percaya sesetengahnya, mmg telah Allah tentukan bahawa dia diperlukan di medan kerja. masakan seorang dr/cikgu/nurse/ bkerja di rumah?apa pun, sbg seorang suami, andalah yg bertanggungjawab mendidik isteri anda bagaimana sepatutnya cara yg terbaik agar isteri yg berada di rumah dpt hidupkan amal agama 24 jam di dalam rumah. jadualkan aktiviti anda suami/isteri di rumah. musyawwarah bagaimana pembahagian tugas dpt dijalankan, agar semua perkara dpt disempurnakan dgn baik.bekerja@ xbekerja, kalau tidak pandai memanfaatkan masa yg ada,InsyaAllah rugilah kita. tepuk dada tanyalah iman.

neeway bijen, anda buat kami isteri2 yg bekerja terasa tau~ moga kami pun dpt jd penghulu bidadari syurga-CS-

lkjhgfdsa said... [Reply]

humm. makwe yg belum berkerjaya dan belum bersuami boleh bagi pendapat dak? gua cuba memakai kasut makwe bersuami dan berkerjaya untuk menjawab persoalan ini, sekadar nak bagi idea mungkin? boleh naa.

kalau gua seorang makwe bersuami dan berkerjaya, gua akan:

1. make sure kerja opis disetelkan kat opis.
2. berusaha balik rumah awal, supaya dapat cepat2 masak untuk suami dan anak2.
3. sementara menunggu suami gua balik pukul 9 malam, gua akan tengok2 homework anak2 gua.
4. kemudian suami gua balik, gua layan dia makan apa semua, siap tu, kami sama2 layan anak2.
5. sebelum tidur siapkan pakaian gua, suami gua, dan anak-anak gua. oh. mungkin benda ni boleh dibuat di hujung minggu.
6. pagi menjelang, gua pastikan semua ahli rumah makan breakfast yang gua dah sediakan, bersama-sama.
7. gua takkan usik weekend dengan keje2 opis. weekend adelah masa dengan family. gua harap suami juga begitu.
8. kalau ade event kat sekolah anak2, gua akan pastikan kami suami isteri pergi event tu. tinggalkan kerja sekejap. gua mahu anak2 gua tahu walaumacamana sibuk pun kami suami isteri, kami tetap mengutamakan anak2. ini adelah supaya anak2 rasa disayangi dan dihargai.
9. setiap tahun mesti ade program bercuti bersama anak2 bila cuti sekolah.

itu cuma bayangan sahaja, gua tahu, benda ni kalau cakap saja tak guna, kadang2 ade benda yang kita senang cakap tapi tak praktikal. tapi takpe. terima kaseh kerana menjentik fikiran gua. sekurang2nya, kalau gua terpaksa jadi makwe berkerjaya bila dah bersuami, gua dah ade rough idea nak bentangkan pada suami gua tu.

woha!

oh ya. gua juga mahu tambah sikit. secara generalnya, tak kira lah berkerjaya atau pun tak, kalau bijak bahagikan masa dan faham ilmu rumahtangga, gua rasa takkan ade masalah. yang penting suami isteri kena duduk bincang sama2 macam mana nak setel problem.

gua patutnya tak boleh komen banyak pasal belum bersuami dan belum berkerjaya. kepada makwe yang sudah bersuami dan berkerjaya dan anak2 semua 'menjadi', tahniah dan syabas betei gua ucapkan. gua memang salute orang2 macam lu oll.

gua harap gua tak menyinggung mana2 pihak. ampun dan maaf dipinta. :)

nam said... [Reply]

assalamualaikum wbt..

bagi saya yang belum berkahwin tetapi sudah ada kerjaya.. (",)

jika di berikan peluang oleh bakal suami antara ingin bekerja atau menjadi surirumah sepenuh masa.. saya akan memilih untuk jadi surirumah sepenuh masa.. kenapa begini? kerna saya malas nak main2 kat luar.. kerja sekarang bnyak terlibat dgn kaum adam..

lagipun kesian anak-anak, sebagai contohnya mak saya menjaga sepasang bayi kembar yang berusia hampir setahun. Kesian bayi tu, banyak habiskan masa di rumah orang berbanding rumah sendiri. Mereka juga menagih kasih sayang dari orang luar dan bukan mendapatkan kasih sayang sepenuhnya dari ibubapa sendiri..

Tapi seandainya suami tidak mampu menyediakan keperluan asas yang di perlukan oleh isteri dan anak2 kerna gaji yang sedikit. Apa salahnya si isteri nak membantu dengan bekerja kat luar..

Kena tawajjuh kuat pada Allah.. Bukan kerja yang bagi rezeki tapi Allah yang bagi rezeki.. (",)

Norsha said... [Reply]

Sgt terharu dgn komen CS diatas...

yakin dan percayalah, jika hati selalu terpaut pada Allah, Dia akan selalu membantu untuk memudahkan jalan yang ditempuh....

Anonymous said... [Reply]

i mean kne cari husband yang keje sekejap kot or husband yang buat business sendiri ke..

*boleh rujuk Ustaz Hasrizal sebab isteri dia doktor but they manage to build an Islamic family

MM said... [Reply]

Macam-macam lah saudara ni. Okay, saya komen sikit lagi.

Saya memang taknak komen pun pasal contoh schedule yang saudara letak tu. Sebab benda tu masih boleh dibawa berbincang. Kena jugak compare dengan schedule si isteri, dan lepas tu sama-sama boleh buat keputusan.

Walaupun seseorang tu isteri bekerjaya, tidak lah dia kena kerja straight 24/7 kan? Sesibuk mana pun dia, mesti dia ada masa jugak di rumah. Dia boleh guna masa yang dia ada di rumah tu untuk settlekan segala keperluan suami and anak-anak. Andai kata ada tanggungjawab yang dia tak mampu laksanakan dengan baik, itu gunanya seorang suami yang faham. Perlu ada tolak ansur kalau nak berumah tangga. Jangan harapkan yang isteri sahaja kena faham suami, tetapi suami sebaliknya. Ye, memang isteri kena taat suami, jaga keperluan suami, didik anak-anak, tapi tak semestinya tak boleh ada perbincangan dalam suatu-suatu perkara. Sebab tu ada kebaikan dan keberkatan kalau buat mesyuarat rumah, insyaAllah.

Saya juga bukan dari golongan orang yang dah berkahwin, maka apa yang saya cakapkan ini hanyalah mainan minda semata-mata. Realitinya, saya sendiri belum tahu macam mana.

Solution yang saya rasa paling baik untuk saya bagi pada saudara, kahwinlah dengan seorang suri rumah. InsyaAllah semuanya terjaga.

Okay, assalamualaikum.

Neesa Jamal said... [Reply]

apa yang penting, kerjasama! :) baiklah itu saja.

fuad ansari said... [Reply]

hebat perbincangan ni.. seperti yg dijangkakan.. (",)

sebagai insan yg mempunyai isteri yg bekerja - tidak bekerja - bekerja - sudah kembali tidak bekerja, pandangan sy:

tidak dapat dinafikan bahawa lebih bahagia bila isteri di rumah..

tidak merasakan bertambah kaya bila isteri bekerja mahupun bertambah miskin bila isteri tidak bekerja.. (saya kata saya, bukan orang lain)

sukar mengharap wanita tidak bekerja jika IPT didominasi oleh kaum wanita..

tahniah kepada isteri bekerjaya yg mampu menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya..

jika berkahwin dengan wanita bekerjaya yg punya komitmen kewangan yg tinggi (punya kereta sendiri, dll), sedikit sukar utk berhenti kerja pada awalnya..

p/s: terharu jugak dgn komen CS..

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Post ni menjawab persoalan aku untuk berhenti belajar ke? Hahah. Nice try. Hak3.


Tak de lah bro. Tak salah pun bini mu nanti nak kerja cekgu tadika ke, cekgu tadika ke, atau cekgu tadika. Hahah! Yang penting pepandai lah nak bahagi masa melepak bersama keluarga. Sebab hasben pun lepas asar baru pulang kan? Waktu tak ada anak, di awal2 perkahwinan, mungkin boleh guna teori ni. Tapi bila dah ada anak, kena letak masa untuk anak2 pulak. Chill bro. Jangan emosi sangat. Zaman orang fight untuk feminist ni memang mencabar. Hak3.

Pencari ALLAH said... [Reply]

Bagi saya, kalau pihak lelaki mempunyai kewangan yang kukuh, isteri boleh menjalankan tugas dengan sebaiknya. Berbalik kepada fitrah fungsi suami dan isteri. Islam is simple. Kalau dapat jalankan dengan sebaiknya, syurga menjadi genggaman.

Afida Anuar said... [Reply]

Gua...ikut kehendak suami gua la nanti, kalau dia suruh gua terus bekerja, gua kerja. Kalau dia suruh gua berhenti. Gua berhenti la. Nak jadi isteri solehah kena ikut cakap suami iyer dak?;)

Sementara gua bujang tra tang tang ni, gua kerja la dulu. heh~

apa pun gua suka pandangan MM..

GigiWangi said... [Reply]

Alaaa, aku macam tak cukup umur je lagi nak komen entri ni. Huehuehue :)

Bijen M. said... [Reply]

CS,
Aiseh sori kak CS sampai menyebabkan akak terpaksa komen jugak post ni.
Saya tak kata pun makwe bekerjaya tak dapat jadi bidadari syurga.
Sebab tu saya timbulkan topik ini untuk cungkil apa rahsia makwe bekerjaya dapat jadi bidadari syurga.


LKJHGFDSA,
Oke terima kasih atas cadangan yan diberi.
Benda camni yang gua nak.
Bukannya nak baca komen tak puas hati lu orang.
Sebenarnya nak cari jalan macam mana pompuan nak bagi masa.
Tu je.


NAM,
Alaikum salam.
Lailahaillallah.
:)


NORSHA,
:)
InsyaAllah.


T.NAMA,
Ha ha ha.
Oke gua takde dalam senarai ni.


.

Bijen M. said... [Reply]

MM,
Ha ha ha.
Solution yang menarik.
InsyaAllah akan dipertimbangkan.


NEESA J.,
Tak cantik, tak cantik!



FUAD A.,
Oke.
Kita tunggu post seterusnya.
:)


PENCHENTA,
Apehal stresskan cikgu tadika kat sini?
Hah jawab, jawab!
Nak cari ghuraba memang payah ye?


PENCARI ALLAH,
Sebenarnya Islam sangat simple.
Tunggu post seterusnya macam mana nak selesaikan masalah ini.

.

Bijen M. said... [Reply]

AFIDA A.,
Kerja dulu kumpul duit pi haji ye dak?
:)


GIGIWANGI,
Tunggu habis sekolah dulu.
Heh!

Ismi Ijmi said... [Reply]

sebenarnya apa2 masalah pun kembali ke pokok pangkal.
kenapa perempuan nak kerja?
saya secara tak rasmi akan bagi beberapa faktor.

1. sebab bantu ekonomi keluarga
2. dah belajar sampai degree penat2, alang2 saja.
3. dapat kerja yang susahnakberenti sebab gaji besar.
4. boring duk saja kat rumah

mungkin ada alasan lain, entah tak perasan pulak.
tapi saya ada cadangan untuk atasi masalah di atas. cadangan saja. jangan tanya bini saya kerja ke tak heh.

1. dok rumah, buat kerja sampingan, jaga anak orang ke, buat kuih, nasi lemak ect.
2. skang nak jd cikgu tadika pun guna degree, apa kata ajar anak sendiri, sampai mereka2 tsbt masuk U. misti terkenang2 anak2 nanti.
3.gaji jadi ibu mithali lebih besar disisi Allah. lagipun, gaji besar = tanggungjawab besar.agak2 bila la nak jaga suami dan anak2. selalunya isteri2 executive ni, suami cr bini lain. nak ke?
4. jaga anak. jaga laki,. kompom tak boring. takpun buat bisnes cupcake, atau coklat buatan. suh laki anda jual.

logik tak?


4.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Assalamualaikum.
(",)
mard suka idea tuan ijmi

tp,

laaagi suka idea tuan school of tots.<3<3

bg mard, y penting keredhaan suami bila dh kahwin nnti. yelah, suami y nk bawak kita masuk syurga,tanggung beban dosa kita semua. Kasihan lah kat dia. Ikut je, kalau dh suami rasa tu y terbaik utk agama dan keluarga.<3

ok, mard bakal cikgu! geng CS

Nina :) said... [Reply]

waa post dah lama, tapi baru nak follow...ni baru episod 1 kan.. nnt2 lah bace episod lain. btw, sebab itu la sy memilih utk ambil dentistry dan bukan medicine. sbb nk more time with family. my mum has proved how she can handle family n work at the same time. pangkat tinggi kt kerajaan, last2 dia buka klinik sendiri. tp maybe because my dad pun selalu blk malam2 sbb ofis jauh. tp yg penting, she made it all happen, with the help of Allah for sure. the word is "discipline n time management" memula tu mesti la kekok, tp kalau dah biasa tu lepas kene tegur sane sini, pasti ok,kan? contoh sng la.. kalau suami rajin blk rumah nk ganti baju or mkn, isteri pun blk la kejap wktu lunch hour. kompromi disitu. n sediakan awal2 semua brg so that xde la terkocoh2 utk settlekan. dah ade anak pun, nnt nk usahakan bwk pergi ofis/klinik, tp apa salahnye hntr tadika, belajar berdikari dr awal. yg penting tak hantar kt mak la suruh jagekan..sian mak..hehe okeh nnt bace yg lain plak.. smbg lg nnt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...