1.12.11

Makwe bekerjaya final

Oke! Gua tak nak biar benda ni lama-lama. Makin banyak spekulasi akan datang. Niat gua nak ajak makwe-makwe yang bekerjaya berkongsi rahsia saja macam mana lu orang dapat bagi masa untuk rumah tangga.

...

Baiklah, tanpa membuang masa gua nak up beberapa fakta kes untuk tatapan umum. Ini kes yang betul-betul terjadi, bukan rekaan bukan ciptaan. Bukan cerita ada-orang-yang-ni-ada-orang-yang-tu.

Sebelum itu gua nak petik kata-kata Aisyah RHA yang berbunyi: "Kalau Nabi SAW hidup di zaman aku, nescaya pasti Baginda melarang para wanita untuk pergi ke masjid (kerana banyaknya fitnah)."

Fakta Kes 1
Seorang makwe bekerjaya. Tak perlu cakap kerja apa. Suaminya kerja opis hour. Dia pula balik rumah dalam lingkungan pukul 6 lebih. Maka rutin dia, dia akan beli makanan semasa on the way balik rumah untuk dibuat makan malam sebab fikir nak mudah. Maka malamnya mereka makan bersama makanan yang dibeli tadi dan bersama-sama. Siangnya untuk sarapan, dia akan perangat balik makanan malam tadi ataupun hanya jamu biskut ataupun suaminya pergi kerja tanpa bersarapan di rumah memandangkan masing-masing sibuk sampai tak sempat nak prepare apa-apa waktu pagi tersebut. Bila tengah hari, suaminya makan di luar. Begitu juga anak mereka, dihantar kepada pengasuh. Bab lain-lain gua boleh kata okelah seperti kemas rumah, basuh baju, iron baju dan sebagainya.

Persoalannya, makanan apa yang diberi makan kepada suami dan anaknya? Yang belum tentu tukang masaknya jaga solat dan adab dapur. Bukan nak bersangka buruk, tapi itulah hakikat. Boleh cari tak dalam 10 orang penjual makanan di luar yang tutup aurat dengan sempurna dan jaga solatnya? Makanan suaminya pada tengah hari belum kira lagi. Manakala anak yang dihantar kepada pengasuh, lu rasa kool tak?

Kesannya, kini pasangan tersebut sudah bercerai kerana didapati suaminya main kayu tiga dengan perempuan lain dan juga suami memang tak ada rasa hormat terhadap bini. Anaknya pula, kurang terdidik dalam suasana iman dan agama.

Fakta Kes 2
Seorang makwe bekerjaya dan suami turut bekerjaya. Tapi makwe ni rajin sikitlah sebab bila balik rumah, korban sikit masa untuk masak untuk keluarga. Tapi! Akibat kadang-kadang tekanan dari kerja, maka masakannya kadang-kadang dicampur dengan perasaan malas, geram, stress dan pelbagai perasaan negatif yang lain. Biasalah penat bekerja. Balik rumah dapur tak kemas pula. Nak kena masak pula.

Kesannya, hubungan mereka macam ombak. Kadang-kadang oke kadang-kadang melambung. Tapi selalunya okelah. Yang melambung tu pasal kadang-kadang laki dia ada perempuan lain. Mungkin sebab stress dengan sikap bini yang terhasil dari makanan yang bercampur ion negatif tadi. WA.

Fakta Kes 3
Seorang makwe tak bekerjaya dan laki pula josh buat usaha agama macam dalam jadual. Tapi anak mereka tetap tak duduk dalam amal masjid. Cuma solat 5 waktu berjemaah tetap jagalah. Gua respeklah Subuh dapat jaga untuk budak muda macam beliau. Cuma beliau tak dapat bagi masa 8 jam atau sekurang-kurangnya 2 setengah jam untuk amal masjid je. Tapi mungkin sebab budak tu masih bersekolah so tak boleh nak expect lebih-lebih.

Fakta Kes 4 (New Update)
Satu orang ustazah membenarkan suaminya berkahwin lagi satu supaya keperluan suaminya terjaga akibat kesibukan ustazah berkenaan berceramah ke sana ke mari. Ni kes orang yang faham agama. Kerana dia takut disoal kelak di akhirat sebab sibuk berceramah tapi rumah tangga diabaikan. Ni macam kes doktor sebab khidmatnya diperlukan untuk menyampaikan ilmu kepada kaum wanita.

Fakta Kes 5
Sebagai orang HR, gua ada juga kaji background golongan-golongan bekerjaya ni. Gua boleh konklusikan, eksekutif-eksekutif kebanyakannya laki bini bekerja. Manakala bukan eksekutif seperti technician ataupun operator didominasi lelaki yang bekerja dan bini tak bekerja.

Jika nak dibandingkan gaji antara eksekutif dan bukan eksekutif, gua tengok gaji bukan eksekutif ni kebanyakannya kurang separuh dari gaji para eksekutif. Tapi bini tak kerja pun. Faham tak? Meh gua tunjuk contoh mudah:
Eksekutif
Laki bini bekerja = RM 4000 + RM 4000 = RM 8000

Bukan Eksekutif
Laki saja bekerja = RM 2000 = RM 2000

Maka bila gua check background famili, gua mendapati perkara seperti di bawah:

Eksekutif
Bilangan anak = 4 - 5 orang.

Bukan Eksekutif
Bilangan anak = 8 - 13 orang.
* Perkiraan secara kasar. Gaji di atas adalah gaji pokok tidak termasuk elaun.

Jadi persoalannya, bagaimana kakitangan bukan eksekutif dapat menyara keluarganya sedangkan bini tak bekerja? Ada yang bini dia jaga mak ayah yang dah tua di rumah. Tetapi mereka masih boleh hidup bahagia. Walaupun tak adalah semewah para eksekutif.

Mungkin lu orang boleh kata, eksekutif ni sibuk maka depa buat family planning, catu anak. Lu orang boleh berkata begitu, tapi pada hakikatnya Allah SWT mungkin tak nak bagi rezeki anak kepada mereka. Mungkin kalau Allah SWT bagi anak banyak-banyak, sampai tak terjaga nanti.

Terpulanglah kalau lu orang nak accept tak fakta di atas. Tapi gua memang dah bawa fakta yang sebenar. Kalau tak dapat accept, jangan salahkan gua. Mungkin perasaan lu yang meronta-ronta.

...

Oke gua rasa gua nak habiskan topik ini dalam post ini juga supaya tidak berlarutan. Maka mungkin akan jadi sedikit panjang. Maka stay tune sampai ke akhir rancangan untuk mendapat konklusinya.

...

Beberapa faktor yang diutarakan pengkomen yang menyebabkan golongan makwe bekerja adalah seperti berikut:
  1. Kewajipan dan keperluan (doktor, jururawat, guru, dsb).
  2. Untuk bantu ekonomi keluarga (suami, mak, ayah).
  3. Dah belajar tinggi-tinggi, penat-penat.
  4. Dapat kerja yang susah nak berhenti sebab gaji besar dan ada komitmen yang tinggi seperti kereta dan sebagainya atau dengan kata lain nak pegang duit sendiri.
  5. Boring duduk saja dekat rumah.
Oke sekarang mari kita tilik satu persatu.

Untuk kes yang pertama, tidak dinafikan keperluan makwe di bidang kerja tertentu. Pesanan penaja, doktor perempuan tu sila pastikan merawat orang perempuan saja. Kalau campur-campur, tak ada maknalah jadi doktor perempuan. Tak jaga ikhtilat. Dan niat dia haruslah sebab nak penuhi takaza agama dan umat masa itu. Kalau dia tak ada, maka fitnah akan berlaku. Maka dipersilakan. Tetapi bukan atas niat sebab nak cari keperluan. Cari keperluan adalah lelaki punya tanggungjawab.

Kes kedua, untuk bantu dari segi kewangan. Pesanan penaja, tak payah pakailah pendapat-pendapat pasal faktor kewangan. Kalau yakin duit bukan maksud hidup, seseorang itu tak akan cakap pun pasal duit tak cukup (bila suami saja bekerja). Kerja ni ranking ke 13 dalam kitab yang cerita antara jalan untuk bawa masuk rezeki. Dan orang kafir dapat rezeki melalui perantaraan kerja. Yang awal-awalnya taqwa dan ibadat. Kalau bini dapat tawajuh Dhuha dan Waqiah setiap hari misalnya, insyaAllah kerja suami jadi mudah. Pesanan penaja lagi, yang cakap pasal duit tu sila tapis dari sekarang sebab awal-awal lagi dah masuk dunia dalam hati. Heh. Tapi gua tak adalah kejam sangat kan. Mungkin puan-puan masih belum faham. Kena usaha atas iman lagi dan lagi.

Yang ketiga, dah habis korban masa, duit untuk belajar sampai ke kutub utara. Gua rasa Ustaz Zaharuddin pernah cerita dalam ceramah dia. Tak salah makwe nak belajar tinggi-tinggi. Tak semestinya kena kerja dengan kelulusan yang ada bila dah bersuami. Dia kata boleh guna kelulusan tu bila perkara tak diingini berlaku seperti penceraian, suami mati dan sebagainya yang memerlukan dia bekerja. Atau boleh gunakan kemahiran yang ada untuk kerja dari rumah seperti buat e-book, buat website untuk kongsi dengan orang ramai pengetahuan yang ada. Misalnya doktor, boleh buat blog kesihatan ke. Ustazah boleh buat blog agama ke. Chef boleh buat blog resepi ke. Cikgu boleh buat tips peperiksaan ke. Boleh buat cupcakes dan sebagainya. Mungkin suami ada pekerjaan sampingan, maka isteri boleh tolong uruskan dari rumah.

Yang keempat, nak pegang duit sendiri. Pesanan penaja kata, perempuan cepat lupa diri dan sombong kalau ada duit dan kerja yang mantap. Penaja tersebut adalah perempuan bekerjaya dan dia yang akui sendiri. Oke mungkin tak semua, tapi itulah hakikatnya. Bila ada duit, sukalah nak shopping sana, shopping sini dan sebagainya. Bila dah ada kereta sendiri bolehlah mereka panjang kaki ke sana, ke mari. Memang ada baiknya, tapi tetap ada buruknya. Maka cadangan School of Tots sangat bertepatan seperti yang gua fikirkan. Gua dah semak nafkah yang patut diberi kepada bini melalui kaunter zakat dan nilainya berbeza mengikut negeri. Tetapi secara purata isteri layak mendapat nafkah RM 400 sebulan. Tapi macam sikit sangatlah pula kan? Bergantunglah kepada pendapatan suami. Jadi gua up sikitlah jadi RM 700. Cuba fikir, bini dah tak perlu beli barang keperluan rumah lagi kerana suami akan belikan. Anak-anak, laki yang tanggung. Bini layak lagi mendapat baju baru dua kali setiap tahun. Maka duit yang dia dapat setiap bulan tak adalah pakai banyak sangat pun. Apa je nak beli? Maka kalau disimpan duit itu atau guna sedikit untuk dihantar ke mak ayah, rasanya lebih dari cukup kot?

Yang kelima, tak boleh accept. Tett!

...

Seterusnya para bini tahu tak bila berkahwin saja, si suami bukan saja menanggung makan minum pakai si bini, tetapi turut menanggung dosa bini. Bila bini keluar bekerja terdedah kepada umum, ikhtilat tak jaga, fitnah-fitnah dan sebagainya, rasanya laki pun dapat saham juga.

Oleh itu, jangan sampai kita nak senangkan suami sangat-sangat dekat dunia tapi susahkan suami pula bila dekat akhirat nanti.

...

Gua bukan nak tolak mentah-mentah golongan wanita bekerjaya. Nak kerja, kerjalah. Tapi bila dah bersuami nanti, rasanya tak perlu dah kot bila syarat-syarat di bawah dah tak applicable:
  • Suami meninggal.
  • Gaji suami tak cukup beli perkara ASAS.
  • Belum bersuami supaya dapat jaga parents dan siblings.
  • Ada kepakaran.
  • Bantu suami stabilkan femili buat sementara.
Dan akhir kata, gua suka nak memetik satu lagi pesanan penaja. Kalau dah bersuami namun tetap nak kerja juga, kerjalah. Tapi kalau lama-lama, rumah tangga dah mula terabai, notis 24 jam sila bagi.

"Daripada manusia sibuk membetulkan dunia (urusan rezeki) lebih baik manusia sibuk membetulkan amalan. Hasilnya bukan rezeki halal sahaja malah rezeki yang mulia." - Rizqan Karim

Dari Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-bangga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama (walaupun dengan cara yang halal), dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah SWT sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga, maka pada hari kiamat, dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama." - HR Baihaqi

...

Sekarang gua cerita apa finding gua dalam kursus iman baru-baru ni. Waktu gua tengah doa sungguh-sungguh ke Allah dengan ayat: "Ya Allah! Kurniakanlah aku isteri yang dapat membahagiakan aku...", doa gua terhenti. Kendian gua termenung sejenak memikir.

Allah bagi gua faham yang bukan bini yang boleh bahagiakan gua. Tapi kebahagiaan rumah tangga tu sebenarnya datang dari kasih rahmat Allah. Tak kiralah laki bini kerja atau tak, cantik atau tak, dan lain-lain, tapi bila laki bini masing-masing faham iman yakin, tawajuh jaga amal, insyaAllah keberkatan itu akan datang. Maka sebenarnya iman yakinlah yang dapat menyelesaikan segala macam masalah. Oleh itu buatlah usaha atas iman. InsyaAllah, segala asbab kita dapat ketepikan. Sekian.

Satu lagi tambahan. Gua rasa makwe-makwe pakat pangkah gua dah lepas ni. Insurans gua kensel. Kerja pula tak bagi. Tak selamat langsung jadi bini gua ye dak? Okebai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

29 comments:

Anonymous said... [Reply]

Oke! Gua tak nak biar benda ni lama-lama. Makin banyak spekulasi akan datang. Niat gua nak ajak makwe-makwe yang bekerjaya berkongsi rahsia saja macam mana lu orang dapat bagi masa untuk rumah tangga.

Anonymous said... [Reply]

oh, terima kasihlah.



bukan senang nak bagi perempuan pasca modernisma faham kedudukan sendiri.


ai pun tak berani publish tulisan pasal ni takut kawan-kawan perempuan lain kecik hati.


didik wanita, terdidik generasi. heh!



okebai.

Afida Anuar said... [Reply]

tak nak 700. Nak 4000 jugak boleh dak? he he:P


Hmmmmm..... buat gua berfikir panjang pasal ni, but we'll see...

Anonymous said... [Reply]

benar, benar, benar.....tuan, lepas ni tolong buat n3 yg pancung kaum lelaki pulak sbb tk adillah salahkan pompuan saja tapi ingatkanlah jugak kaum lelaki yg lepas tangan dan amik kesempatan sbb mmg ada jugak hasben sengal yg takmo keja atau harap kat duit bini saja, tu pasai depa ni keja, sbb kaum hawa ni rasa t/jawab tu lebih sikit dari kaum lelaki

btw, aku ada jumpa satu keluarga yg suami dia buat usaha agama komited la jugak, isteri keja tapi anak2 terjaga, akhlak baik, p masjid, takdak orggajipun, rumahpun kemas, bila aku kaji2 diapunya bini w/pun keja tapi mmg cuba jaga sebaik mungkin akhlak, masak hari2, bangun qiamullail, tapi suami diapun mmg sporting, rajin tolong bini buat keja rumah....tu yg buat aku kagum...satu dlm seribu je aku jumpa ni

kakibiskut said... [Reply]

"abang, saya nak berhenti kerjalah rasanya.. kat tempat kerja tu selalu lelaki pandang saya, ada yang kenyit mata, ada yang kacau..ishhh!..tak suka la saya.."

Bijen M. said... [Reply]

T.NAMA,
Oh, sama-sama.
Yu pemes yelah.
Nanti ramai orang kecik hati dengan yu yedak?
Ai ni siapalah nak dengar.
Oke!


AFIDA A.,
Kerek napok.
Heh!


T.NAMA,
Dapat kes laki macam tu, siapa suruh kerja?
Kalau bini tak kerja, nak tak nak laki kena kerja ye dak?
Kalau dia dah tak mampu sara, tak ada motif dia kahwin kan?
Rasanya dah hukum haram kahwin kalau dikhuatiri bakal berlaku zalim.
So tepuk dada, tanya iman.

Kes yang diberikan menunjukkan bini sangat korban lebih.
Dan tak banyak bini sebegitu ye dak?


KAKIBISKUT,
Nak kerja duduk rumah buat biskut ke?
:)

Ismi Ijmi said... [Reply]

jodoh.
kalau nak kerja jugak.
apa nak buat,heh..
mesyuarat mmolek deh.

Umma-ali said... [Reply]

mantop!!!:D

Umma-ali said... [Reply]

mantop!!!:D

Umma-ali said... [Reply]

mantop!!!:D

Umma-ali said... [Reply]

tkn skli kuar 3x! rejeki pun cmtu, dluar bdang kuasa kita...:))

Hidayatullah said... [Reply]

kalau kje offshore bini bagi lauk utk 15 hari pon ak sanggup mkn..bile nk mkn je perangat.. wohaa

fuad ansari said... [Reply]

hurm.. sudah ada entri terbaru.. baru bercadang nak komen entri yang lepas..

betul dah tu apa yg dikata..

sukar untuk gua menafikan sesuatu yg benar kalaupun ianya pahit utk ditelan...

tapi gua ingat mesti ramai makwe2 minat kat tuan.. takyah keje.. insurans tawakkal illallah..... oh, bahagianya.. (",)

Anonymous said... [Reply]

hmm xnk comment sebenarnya tapi tiba2 terjumpa ni:

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=6d1YSjnQPLI#!

kalau kita berjasa pada manusia, Allah akan balas kebaikan kita, kalau bukan pada kita, mungkin pada anak2..

apa pun, muzakarah dulu dengan isteri, jangan buat keputusan sendiri.

=)

lkjhgfdsa said... [Reply]

final sudah. dua tiga kali gua baca, nak kasik hadam betul2.

phew.

p/s: pasal insurans tu, ayah gua pun dah lama kensel insurans.

Anonymous said... [Reply]

eksekutif dok rumah banglo, p cuti-cuti malaysia, bukan eksekutif dok kawasan kos rendah,tak p cutipun, eksekutif pakai kereta mewah, bukan eksekutif pakai second hand.....

siti fairos jaafar said... [Reply]

kalau kne husband kata "nk berenti, trpulang la..tapi pk, cmner nk bayar sgala hutang2 tu.."

urgh..xke si isteri tu dalam dilema..

ce bagi cadangan sket..

trimas in advance..

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam faktor makwe bekerja tu, tak ada yang list istikharah n mesyuarah ye.. Hurm.. Takpe tak, nak share je..? Panjang, takpe ek.. Personally, as someone who is already married and as a (practical) doctor.

Due to my "health condition", I previously took some period of break from work.. Redha n (still trying to) betul2 yakin dengan Allah, I put my own priority n selfishness behind and try my best to take good care of "it".. Biiznillah..

Selama waktu cuti tu, rasa bahagia sangat.. Rasa tenang.. Dapat always do things yang tolong utk rasa "bercinta" dgn Allah n Rasulullah, dapat layan suami selalu (even dari "jauh"), dapat properly focus menjaga n protect semampu mungkin amanah Allah dalam peyut, dapat nicely in touch n even tolong family (yang boleh dari jauh), dpt spend lots nproper time for usrah, daurah, focus dekat mad'u (official or unofficial), dapat baca banyak buku2, tak payah berurusan dengan lelaki, dapat lessen campur2 dgn org2 yang sgtlah tambah keduniaan dlm diri ni..

Within that period, tak berhenti "tanya" Allah, "tanya" orang, n usaha fikrahkan ilmu2 yang ada untuk decide: "Should i quit working?". Sangat2 in love dgn life yang tenang n bahagia tak involve banyak dgn dunia.. To a point I would surrender everything to Allah, yakin 100% whilst tawakkal through listing down apa je plan of actions to be done if i quit now. (the fact that kena kerja dgn gov for 10 years..)

Turned out "the answer" is for me to stay working..

Semuanya kuasa Allah Hafiz.. Semuanya ketentuan Dia.. Kita ada rational n kehendak kita, as much wonderful n ideal we want things to be.. Tapi tak kira betapa strict n solid kita dah list down benda tu, Allah yang decide how things would go..

KUASA ALLAH. Pada waktu sekian, kalau begini yang terbaik untuk kita, maka beginilah.. Pada waktu sekian yang lain, kalau begitu yang terbaik untuk kita, begitulah.. Allah tahu bila waktu yang sesuai untuk sesuatu perkara..

"Ya Allah, jangan kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri"..

Tak semua orang beruntung dapat life yang freely tenang, happy, perfectly as ideal n as islamic of such, even dia dah nekad and cuba sedaya upaya untuk letakkan niat dia kerana Allah. Cinta Allah. Desperatenya dia nak Allah "tengok" dia..

Khalid al walid, Pedang Allah, gave himself to the fullest, extreme fullest untuk syahid. Tapi dia mati sakit atas katil..

Aisyah r.a kategorikan diri dia sbg "orang yang menzalimi diri sendiri".As a wife of a prophet and also anak sahabat yang mulia- Allah can truly "protect" her from having any kind of "business" with males. Tapi dia dirujuk sahabat2 untuk banyak cabang ilmu. Sedangkan waktu tu ada je sahabat yang terer tafsir, terer fiqh, etc.. Ada keperluan Allah jadikan dia kahwin usia sangat2 muda dgn Rasulullah, n dia dipilih untuk jadi salah seorang yang paling banyak share ilmu sedangkan Rasulullah ada isteri2 lain yang usia muda juga (e. safiyyah).

Asma yang hantar food to Rasulullah n Abu Bakar waktu peristiwa Hijrah. She's a woman. yang tgh sarat mengandung waktu tu. Out of anyone else, Asma yang "dipilih" Allah..

"Wa antum a'lamu biamri dunyaakum". Kamu sekalian lebih mengetahui urusan duniamu. (Rasulullah s.a.w)

Bantulah dan doakanlah isteri2 n ummi2 yang bekerjaya ni dapat tsabat dengan agama Allah, tsabat di jalanNya n semoga kami dapat juga life yang smooth n beautiful tu suatu hari nanti. Tak sekarang di dunia, di akhirat nanti. Insya Allah..

Pencari ALLAH said... [Reply]

Allah dah tentukan banyak cabang untuk kita memilih menunjukkan kuasa ALLAH itu MAHA BESAR tanpa paksaan. Doa, usaha dan tawakkal haruslah seiring.

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

P/s:

Sebenarnya saya nak try jawab macammana carrier women deal with time n family, tapi bila reflect diri sendiri, tak layak sikit pun.. *malu*

And somehow saya rasa, tak ramai perempuan berkerjaya mampu dgn senang hati, puas hati, dan dengan bangganya share tips

"Saya bekerjaya dgn best dan saya dapat perform sbg isteri n ummi dgn best jugak".

Reality is reality. Makin banyak tanggungjawab, makin banyak beban.. Manusia bukan robot..

May be awak boleh widen your scope of research or make your post to be something more welcoming (instead of somewhat pressuring of which dah buat ramai berdebat n kecik hati.. huhu) as such yang "makwe" bekerjaya dan berkeluarga boleh share experience macammana life dyorang. Sebagai rujukan semua jgk, insya Allah:)

Bijen M. said... [Reply]

I.IJMI,
Kita merancang.
Allah juga sebaik-baik perancang.
Centulah ye dak?


UMMA ALI,
Untunglah keluar 3 kali.
:)


HIDAYATULLAH,
Lu cakap pasal offshore teringat satu cerita ni bini dia kena pi offshore seminggu.
Cikgu taska call mak tak dapat.
Call bapak cakap susu anak habis.
Laki tu kena tinggal opis dia pergi beli susu hantar ke taska.


FUAD A.,
Oh bahagianya kalau betul macam tu.
Tapi gua rasa tade makwe dah nak ke gua.
Ha ha ha.


T.NAMA,
Betullah tu.
Tapi dengan jalan yang halal.
Walaupun banyak sedekah, tapi kalau dengan harta curi tak boleh jugakan?
(Komen tak merujuk kepada video berkenaan)

.

Bijen M. said... [Reply]

LKJHGFDSA,
Semoga ayah lu berbahagia dunia akhirat.
Tapi jangan lupa masuk Insurans Tawakal Ilallah.


T.NAMA,
Untunglah eksekutif ye dak?
Heh!


SITI FAIROS JAAFAR,
Ce bagitahu komitmen dengan hutang apa lagi?
Selain kereta.


N.TAUFIQAH,
Heheh.
Honestly you're the one yang strongly fighting waktu awal-awal dulu isu ni timbul kan?
I still remember.
From time to time, you dah banyak belajar plus makin matang as dah kahwin.
Alhamdulillah.
And now you've face the real situation yang you pernah bicarakan dulu.
Ya betul, semuanya kuasa Allah SWT.
Sebab tu ending post ni saya cakap, bila ada iman yakin betul pada Allah, insyaAllah semua asbab kita boleh tolak tepi.
Kalau yang sebelum ni yakin kerja bagi saya makan, dia boleh kata bukan kerja yang bagi saya makan.
Kalau yang sebelum ni kata kerja punca keretakan rumah tangga, now dia boleh kata bukan kerja jadi punca.
InsyaAllah I'll try to share how perempuan nak bekerjaya.


PENCARI ALLAH,
Contohnya bukan dengan kerja opis saja ye dak?
:)

Anonymous said... [Reply]

menitis airmata baca komen nurtaufiqah....berlapang dadalah wahai saudaraku kepada kami yg terpaksa bekerjaya tapi bukan utk bermegah2 dgn dunia....dgn doa kalian moga2 suatu hari kami juga dilapangkan Allah untuk hanya berkerjaya diantara 4 dinding rumah sahaja....

Cik Eyqa said... [Reply]

im totally xstuju pe yg u ckp kn.. tp i juga masih boleh trima pe yg u ckp.. disini.. isteri/wanita itu sndri kena tahu peranan dye.. kalo dye xtahu n xcuba nk tahu.. memg payah.. mcm my mom... my mom ex navy.. my dad also.. tp alhamdulillah.. my mom is the best ever!!! i love my parents.. walaupon ktowg slalu juga mkn beli kt luar.. tp my mom still ade masa untk memasak tok our family.. ble2 btol2 bz je my mom x masak.. tp slalu nya my mom akan masak.. start dari pagi.. my mom bgun kul 4 pagi untk siapkn sarapan dan makan untk mlm/tghari. tp slalu nya mlm la.. sbb i ngn adk duk umah pengasuh.. blek ptg dlm kul 5-6ptg.. balek2 my mom trus ke dapur.. panaskan lauk dan bg my dad n anak2 dye mkn.. my mom xmkn pon(kdg2 dye mkn) pastu dye g mandi.. after that bru lah dye mkn sorg2.. ktowg adk brdik la teman kn ibu.. kdg2 ayh temankn ibu kalo x g masjid.. pas dh mkn n solat semua.. dgr lah bebelan ibu myuruh ktowg wat keje skolah.. sambil dye lipat kain+basuh kain(mesin) dan iron baju ktowg semua.. dlm kul 10 cm 2.. dye dh bsing suh ktowg tdo dan siapkn ape yg nak bwk esok nya.. (buku,baju semua la yg brkaitan) dlm kul 12 cm 2 baru my mom tidur.. begitu lah sewaktu kami kecil.. kini pon begitu.. my mom masih bkrja.. tp my dad dh xkeje.. duit semua ibu kuarkn dari asb dye.. kdg2 trpikir byk btol duit ibu.. bygkn lah.. ibu setiap bln bg my grandfather(arwah) n nenek rm500 sebulan.. dlu gaji navy brape jer.. pastu alhamdulillah dye dpt bwk kedua ibu bapa nya beserta my dad g haji.. tp 2 la mungkin sbb kami hanya 2 beradik.. dan ibu selalu ingin menambah ahli keluarga kami tp tdk brjaya.. mgkin ada hikmah nya.. bila dh besar nie.. dh hbs blaja duk kt umah n dak kerja.. bila ibu membebel sbb kerja semua dye kena wat.. i diam jer.. dan tanpa byk ckp.. trus g wat.. dlm hati.. kesian kt ibu.. dari sy kecik smpai bsr semua ibu yg wat.. tp dye jarang merungut.. tp kini sy ada mndgr dye merungut.. sbb my dad duk uma tp x tlg wat keje umah pon..hehhe.. kdg2 tergelak dgr dorg brgadoh.. tp last2 sy trdgr my mom minta maaf kt my dad.. time 2 sgt2 terharu.. sy sgt2 takot kehilngan kedua ibu bapa sy.. sbb dorg tlh brsusah payah membsrkn kami.. dlu dorg x penah pon merungut ad mslh kewangan pon.. apa yg ktowg nak semua dpt.. tp bkn semua.. slalu nya dpt makanan la.. kalo bab2 material nie susah ckit.. sbb my mom xajar ktowg membazir.. i ingat lg i sanggup koyak kn sndri beg skola sbb nak ibu belikn baru sbb dh 5 thn pakai sbb beg tu memg elok lg.. sbb tgok kwn2 pakai beg2 baru i pon nak.. smpai lah i dh bsr nie.. ape yg ibu i ajar dlu.. ade baik nya.. i memg x membazir.. xde pon nak tkr2 beg..hahah.. smpai lah handbag 2 koyak n ptus sndri bru beli bru..hahaha.. ibu slalu tya.. ble i bg duet blnja tiap2 bln kt dye n ayh.. kamu asik bg ibu duit je.. kamu ade ke duit nk smpan.. i jwb ade jer.. walaupon hakikatnya xda..hahhaa.. i xksh semua 2.. yg i tawu i nak ibu ayh i sehat n xterbeban.. waaahhhh pjg nyer komen ak..hahahha..

Ismi Ijmi said... [Reply]

wah cik eyqa, buat blog satu.
hehe
actually masalah keluarga sedunia yang dibincangkan disini bukan kerja atau tak kerja, tapi tentang tanggungjawab,.
secara default, bukan semua dapat buat macam mak cik eyqa buat.
saya baca pun terharu.
w/pun mak tak kerja, tapi start darjah satu, mak dah ajar seterika baju.kalau tak seterika sendiri, baju kedut lah gi sekolah. tapi sebba mak tak kerja, anak-anak cukup makan, jarang sangat makan sendiri.

apa-apapun memang respek la mak cik eyqa.

conclusion - bila isteri faham agama, walaupun ada tanggungjwab yang banyak, still die boleh bahagikan masa. kalau takda agama yang kuat, kalau tak kerja pun belum tentu boleh beri masa untuk keluarga sepenuhnya. suami keluar kerja isteri cari bangla dan sebagainya.

tapi mudahnya, kalau isteri tak kerja, lebih mudah jaga pergaulan, lebih banyak masa dengan isteri dsbgnya.

cerita yang best cik eyqa

siti fairos jaafar said... [Reply]

betul nak tahu?

ok..

rumah 2 - sewa & beli
kereta 2 - laki & bini
personal loan, anak 2 org (or lebih - pengasuh, pampers, susu, baju xtrmasuk)

xmasuk hutang belajar (mara/ptptn/pape je..untung la sapa yg ditaja..)

bil air, letrik, internet (unifi,etc), henpon (untung la sape yg company bayarkan bill henpon), minyak kereta, makan hari2..

belum masuk yg nak simpan..kalau ada la..huhu

ce komen..ce komen..pendapat anda sangat dihargai..^_^

Bijen M. said... [Reply]

T. NAMA,
:)
Semoga begitu hendakNya.
Ameen.


CIK EYQA,
Untunglah ada Supermak!
Ha ha ha.
Nanti gua proses komen ni dalam post baru.


ISMI IJMI,
Aku dah nampak kes ni dah macam pompuan tak bagi laki kawen banyak sebab takut terbahagi kasih sayang dan alasan lain, tak mampu.
Macam tu juga laki tak bagi bini kerja sebab takut tak mampu nak pikul tanggungjawab sebaiknya.
Ha ha ha!


SITI FAIROS JAAFAR,
Oketank!
Nanti saya proses dan jawab dalam next post supaya lebih clear insyaAllah.
Sementara tu kalau ada lagi, sila list down lagi.

As said... [Reply]

Ooorait!

*Inhale oxygen dalam-dalam lepas baca banyak kali. En fact the best breathing exercise is to recite the Quran. Oh nanti maybe boleh share medically.*

Rasanya this time pun would be lengthy cuma more on sharing based on experience lepas. Just bear with me..
_____

BONDED

Alkisah ada satu golongan yang memang bonded dengan kerajaan untuk bekerja. Contohnya golongan yang medical sector. Since mereka memang automatik dapat sponsor JPA if depa apply.

Ada yang 10 years, ada yang 4 years. Minimum. Which once dah masuk terpaksa proceed unless nak pay back with a large amount.

Untuk As sendiri, alhamdulillah ilham tu milik Allah, masa tahun satu lepas fikir-fikir, taknak bonded bila memikirkan akan datang selepas grad what will happen.

Biarlah bersusah payah asalkan bebas memlih hendak bekerja atau tidak. Dan nak masuk sektor mana.

Sekarang boleh menarik nafas lega, alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.

_____

KISAH PRAKTIKAL HOSPITAL

Alhamdulillah Allah bagi peluang tamatkan pengajian dengan praktikal 3 tahun di hospital. Tiga tahun tu plus with classes for sure.

Sejak masuk tahun kedua praktikal memang kami totally attend patients. Before 730am dah keluar if di Pahang. If di KL around 7am. Sebab punch card 8am.

Alkisahnya berdiri berjalan non stop 8am-1pm, then 2pm-5pm. Thus it's really tiring. Drive balik. Duduk just time lunch dan solat.

Balik je rumah atau hostel, terus rasa nak pengsankan diri. Ramai kawan terus tido and bangun semula untuk revise for exam or setel down assignment.

I cannot imagine a life as a wife macam tu. Thus few of us yang memang drop tidak mahu kerja di hospital.

Itu belum masuk kisah On Call di hospital. Antara shift nya, 8am - 2pm | 9pm - 7am | 2pm - 5pm.
Ada time kena 48 hours direct. Ada time kerja 7 days a week, eventhough still student.

So just imagine time da tak student, jadi staff.

Ni based on medical sector tak sure field lain-lain.
__________

IKHTILAT

Moga Allah ampunkan As dan sahabat-sahabat atas perkara yang telah lepas..

Perkara ikhtilat sebagai healthcare personnel di hospital ni sangat sukar sebenarnya bila kita tidak mempunyai suasana yang supportive untuk bi'ah islamic.

First, lelaki tamau bertolak ansur untuk attend male patient and kita attend female only.

Second, naluri sebagai healthcare personnel, patient datang terus nak bantu. Regardless of the gender.

Third, bila guna fatwa untuk health takpe pegang sana sini tolong sana sini. Cth pergi ICU ke, pergi operation theatre ke etc.

Forth, kita je ada kat situ nak tolong pakcik bangun ke pape. Especially time on call ke pape. Or time attend mayat lelaki. -_-

Fifth, dan pelbagai lagi.

Ikhtilat tah ke mana. Menjaga, tapi tak strict langsung. KIra semua boleh tolong sebab healthcare. Takde konsep attend wanita sahaja ke camne. Jarang susah nak apply. Allahu. That's why I hate the environment.

___________

[sambung bawah]

As said... [Reply]

[sebab lebih words]

AURAT

Banyak hospital juga depa tak jaga aurat untuk staff masuk operation thetre. Contoh kat Pahang pun ada just that untung sebab Universiti ada bagi special attire untuk students.

Ada hospital yang benarkan pakai long sleeve and tudung. Ada hospital tak bagi pakai tudung. Macam-macam. So ramai jugak yang ambil lewa pasal ni. Depa kira terdesak so takpe takda masalah.

Oh my, better lah takyah masuk dalam OT tuh. Whatever it is!

____________

KEPAKARAN

Knowledge dan experience yang ada, takkan mampu untuk kita bitau depa kat hosp esp management, "Saya nak attend female only."

Unless lah specialize ONG.

Setakat ni alhamdulillah jatuh fardhu kifayah lagi belum fardhu Ain. Tapi entahlah ada lecturer cakap once dah masuk belajar, dikira fardhu Ain. Erk?

___________

ISU LOAN/FINANCIAL BURDEN

Once dah ter-involve memang sangat susah. Solution dia agak best if dapat sembang dengan AKPK, agensi yang bagi consultation yang best secara free regarding this issue.

Share kita budget2 nak resign so ada solution dia macam mana untuk bebanan hutang yang ada.

Untuk yang belum buat loan, orang AKPK salu pesan kumpul dulu duit supaya installment tinggi so monthly sikit je bayar.

Ada Dr. sorang ni, ada company sendiri untuk occupational health. But then kehidupan sangat2 zuhud. Dia pun kumpul duit sikit2 je jadi seketul beli kereta secara cash. I did learn from him and that's what I did.

Beli kereta secara cash bukan makna kita kaya, just that kita miskin nak buat loan. Nak avoid loan. Fikir-fikir, if ada loan kereta/rumah maybe tak mampu nak pay monthly agaknya dengan baru resign kerja camni.

As suka bab financial ni if nak setel down refer pada pakar contoh macam AKPK. Sebab dia boleh plan terus financial kita for future. InsyaAllah depa sangat membantu. Sebab depa salu mai bagi talk kat Universiti dulu kala.

Banyakkan sedekah sama ada secara material atau secara dhuha. Banyakkan doa mohon tunjuk jalan dan mohon rezeki yang tidak disangka. Macam-macam boleh jadi dengan keimanan.

___________

KEIMANAN

Nilah part paling best dalam entry ni. Keyakinan pada Ilahi. Sepenuh hati.

Kuncinya keimanan. Selepas iman (yakin) sudah mantap, Allah akan kurniakan faham for the rest of the things. Kurniakan keindahan dalam tiap pilihanNya untuk diri kita. Kurniakan kejayaan kebahagiaan untuk dunia sementara serta kebehagiaan untuk syurga yang kekal.

____

As sakit sangat da nak taip. Bebile pulak sambung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...