30.11.11

Makwe bekerjaya 2

Oke! Nampaknya sebelum perkara menjadi lebih berlarutan dengan perdebatan yang sia-sia, baik gua memanjangkan lagi topik seterusnya.

Peringatan: Tujuan topik ini dibangkitkan bukanlah nak mengatakan golongan makwe bekerjaya tak layak jadi bidadari syurga. Tapi gua nak cungkil apa rahsia golongan makwe bekerjaya ni jadi bidadari syurga. Faham tak? Tak faham sudah. Teruskanlah dengan bebelan kosong penuh perasaan tak puas hati lu orang di ruangan komen.

...

Baiklah. Kita buka majlis dengan beberapa kisah zaman purba dulu kala.

Cerita Purba 1
Satu masa dulu ada satu orang sahabat yang miskin papa kedana. Dia jumpa Nabi SAW tanya apa nak buat. Nabi SAW suruh kahwin. Maka dia pun kahwin. Tapi tak kaya-kaya. Maka dia jumpa lagi Nabi SAW tanya apa nak buat. Nabi SAW suruh kahwin lagi. Tapi tetap tak kaya-kaya. Dia buat perkara yang sama dan Nabi SAW suruh perkara yang sama. Tetap tak kaya-kaya. Tapi bila sampai yang keempat, Allah SWT bagi anugerah bini last dia pandai jahit baju. Maka bini last dia ajar madu-madu dia yang lain. Maka depa pun buatlah perusahaan bikin baju manakala si suami mereka jadi saudagar baju. Lalu mereka pun hidup aman bahagia.

Cerita Purba 2
Khadijah RHA seorang saudagar yang terkenal. Namun setelah berkahwin dengan Nabi SAW, dia menyerahkan perniagaannya kepada suaminya untuk diuruskan. Manakala beliau pula menguruskan keperluan suaminya. Sampai dikatakan sewaktu Nabi SAW bertapa di Gua Hiraq, Khadijah RHA bersusah payah memanjat batu-batu untuk menghantar makanan kepada Baginda. Dan saat Nabi SAW menerima wahyu, Khadijah menjadi pendamping yang setia di sisi Baginda SAW.

Cerita Purba 3
Sewaktu Nabi SAW pulang dari medan perang, Baginda menziarahi anak perempuan kesayangan Baginda, Fatimah RHA. Diberi salam, tak ada orang menyahut. Rupanya Fatimah RHA sedang terbongkang kelemahan sebab kelaparan kerana ditinggalkan Ali RA yang keluar berjihad tatkala itu. Lalu Nabi SAW menangis melihat keadaan anak kesayangannya itu. Bukan menangis kerana kesal Ali RA meninggalkan Fatimah RHA dalam keadaan sedemikian. Tapi menangis mengenangkan umat akhir zaman nanti yang punya banyak masa dan harta tapi tak gunakan di jalan Allah SWT.

...

Seperti yang dijanjikan, gua nak petik sikit komen-komen munasabah dari post lepas.

Misalnya dari saudari As,
Kata Hassan Al-Banna: "Didiklah wanita dgn pengetahuan yang praktis, sesuai dengan kepentingan dan fungsinya sebagai makhluk Allah. Yakni mengatur rumahtangga dan mendidik anak yang lahir di tengah keluarga."

Ibu selalu pesan, untuk menjadi seorang Ibu mestilah bijak dan berilmu. Antara ilmunya, ilmu mengatur rumah, mendidik anak, mengatur kewangan, memasak, penampilan diri dan sebagainya.

Jelas dalam Al-Quran, Al-ahzab:33-34.

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang2 jahiliyah yang terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikan zakat, taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu ayat2 Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui."

Tafsirnya, plus minus, wanita hanya perlu keluar rumah apabila perlu sahaja, seperti dalam syara'. Fitrah wanita itu di rumah, tugas wanita itu di rumah.

Disinilah tips kejayaan seorang wanita.
______________________________

Orait la ni macam mana kes wanita yang terpaksa keluar bekerja. Syara' ada gariskan beberapa perkara untuk kes lagu ni.

1) Suami meninggal
2) Salary husband tak cukup beli perkara ASAS.
3) Belum bersuami untuk jaga parents and siblings
4) Ada kepakaran.
5) Bantu suami stable kan family buat sementara.

Adab-adab:

1)Selari dengan syariat
2)Sesuai naluri wanita. Eg: Nurse
3)Opis bebas fitnah
4)Tutup aurat sempurna
5)Perjalanan pergi balik takda fitnah
6)Tak bergaul mesra dengan bukan mahram
7)Jaga akhlak!

______________________________

Untuk golongan wanita yang terpaksa bekerja, Allah Maha Tahu apa yang terbaik, dan Allah pasti bagi mudah sedikit pada jalan yang sukar.

_______________________________

Untuk wanita yang lebih prefer untuk bekerja,
"Daripada manusia sibuk membetulkan dunia (urusan rezeki) lebih baik manusia sibuk membetulkan amalan. Hasilnya bukan rezeki halal sahaja malah rezeki yang mulia." -Rizqan Karim.
...

Seterusnya gua nak cerita sikit tugas makwe di rumah dalam erti kata sebenar. Mungkin masih ada yang tak aware dengan perkara ini sehingga beranggapan tugas suri rumah enteng kerjanya.

Sebenarnya pagi-pagi dah kena bangun lagi awal dari suami untuk siapkan keperluan suami nak bertahajud. Mungkin boleh bertahajud cinta sama-sama dan kemudian minta permisi dulu untuk siapkan keperluan rumah yang lain.

Misalnya sediakan sahur untuk suami puasa sunat Isnin Khamis. Kejut anak-anak untuk persediaan Subuh. Kemudian siap sediakan sarapan untuk anak-anak. Kemudian get ready atas tikar sejadah sambil menanti masuk waktu Subuh.

Selepas Subuh, sediakan anak-anak untuk pergi sekolah dan tunggu suami pulang dari masjid selepas Isyraq untuk sediakan suami pergi kerja pula.

Bila semua dah berambus dari rumah, bolehlah menarik nafas lega sikit sebelum mengemas kembali dapur dan menyuci diri sebelum kembali ke atas sejadah untuk habiskan amal pagi yang tertangguh. Baca Yassin, zikir pagi, Dhuha, tilawah 1/5 juz (sebab nak completekan 1 juz 1 hari) dan sebagainya.

Bila dah selesai amal infradi pagi, bini buat kerja rumah balik seperti mencuci pakaian, kemas rumah dan sebagainya. Bila dah setel, boleh rilek-rilek sekejap sebelum kembali ke dapur menyediakan masakan tengah hari untuk anak-anak yang akan balik dari sekolah. Kemudian rehat sekejap bersih-bersih diri sebelum qailulah dan kembali atas tikar sejadah tunggu waktu Zohor. Kemudian sambung balik tilawah 1/5 juz.

Bila anak-anak balik, layan depa sekejap dan sediakan mereka untuk sekolah petang pula. Kalau jenis tak pergi sekolah petang, encourage anak-anak untuk siapkan homework dan ulangkaji. Masa antara Zohor hingga Asar bini akan isi dengan belajar agama dari ustazah ataupun geng mengaji dia. Paling koman pun, buat hafazan ayat Quran dan Hadith.

Bila nak dekat Asar, dah get ready atas sejadah untuk solat Asar awal waktu. Sesudah Asar, dia akan habiskan dengan amal petang pula seperti zikir petang dan tilawah 1/5 juz sambil menanti suami pulang petang.

Bila suami pulang, dia akan menyambut suaminya yang penat tak hengat itu dengan penuh layanan kemesraan dan sediakan uniform baru untuk suami sambung kerja agama pula. Sebelum pergi, suami akan diajak makan dulu kalau hari tersebut dia tidak berpuasa.

Saat suaminya keluar buat kerja, dia akan tawajuh dengan amalan infradinya sebagai generator kepada usaha suaminya waktu itu. Ini yang dinamakan usaha 2 jam setengah. Lelaki buat hubungan dengan manusia di luar manakala bininya tawajuh buat hubungan dengan Allah dari rumah. Kombinasi mantap.

Perkara ini berlarutan sampai Isyak. Bila suami pulang, saat suami bersama anak bini. Diadakan majlis taklim di rumah untuk menyampaikan segala ilmu yang dipelajari hari itu.

Maka begitulah tugas kehidupan seorang makwe bekerjaya di rumah seharian. Kalau tahap boring sangat duduk di rumah, boleh diisi dengan bisnes sambilan seperti menjahit pakaian, buat e-book, cupcake dan sebagainya. Tapi gua rasa tak menang tangan.

Bersambung nanti sebab yang ni dah panjang. So far agak-agak macam mana makwe-makwe nak fit dengan schedule ni pula?

p/s: Apa dia cerita ni? Gua punya laptop tak keluar suara.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

Anonymous said... [Reply]

Oke! Nampaknya sebelum perkara menjadi lebih berlarutan dengan perdebatan yang sia-sia, baik gua memanjangkan lagi topik seterusnya.

Peringatan: Tujuan topik ini dibangkitkan bukanlah nak mengatakan golongan makwe bekerjaya tak layak jadi bidadari syurga. Tapi gua nak cungkil apa rahsia golongan makwe bekerjaya ni jadi bidadari syurga. Faham tak? Tak faham sudah. Teruskanlah dengan bebelan kosong penuh perasaan tak puas hati lu orang di ruangan komen.

As said... [Reply]

*Video*

Orang wanita tempat dia di rumah. Orang lelaki tempat dia di luar rumah.

Tapi ada yang terbalik, lelaki duk di rumah. Buat kerja2 dapur dsb.

Ramai sangat perempuan asyik duk kat luar rumah. PErgi shopping, pergi pasar malam. Pergi mana-mana ramai perempuan.

Habis terbalik semua. Bila terbalik, tak jadi pape.

So ustaz cakap, try balik rumah goreng sayur atas kuali yang ditelangkupkan *diterbalikkan*.

Nak ibaratkan keadaan yang terbalik daripada fitrah wanita dan lelaki.

___________

Honestly, tak sempat boring. Memang sangat2 busy if fully dedicated untuk hal rumah. Selagi belum tutup mata selagi tu ada kerja.

Suri rumah sebenarnya lebih aktif bila da sampai malam daripada wanita yang kerja opis. Sebab suri rumah aktif dari pagi non stop. Proven to be true.
_________________

Pernah baca "Cinta di rumah Hassan al-Banna."? Baca kisah wife beliau pun best gak.

"Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kepada janin di perut ibunya." -Hasan Al-Banna

Ketelitian beliau dalam mendidik anak-anak dan bersama keluarga walau dia seorang figure yang sangat busy pagi sampai malam buat kerja dakwah.

_____________

Words from his son:

Ayah adalah pemimpin rumah tangga ideal yang tidak melalaikan hak-hak keluarga. Awal buku yang ditulisnya 'Dakwah adalah Kewajiban', dan buku keduanya bertajuk 'Kepada Siapa Dakwah ini Diserukan?'

Dalam buku itu ditegaskan bahawa keluarga adalah objek dakwah nombor satu yang harus diperhatikan.

Ayah melandaskan hal itu pada firman Allah S.W.T. "Wa andzir asyiiratakal aqrabiin."
Dan berilah peringatan pada keluarga kalian yang dekat.
-Ahmad Saiful Islam Hasan Al-Banna

__________

Sejak belajar dulu ada fikir, worst come to worst, jadi pensyarah, paling lenient. Boleh adjust masa sendiri bila nak mengajar etc.

Boleh adjust bila nak masak, kemas rumah etc. Maybe banyak yang boleh diatur.

Just that:
-Sayang, lebih banyak masa anak-anak dalam didikan orang lain. -_-

Hidayatullah said... [Reply]

"Maka bini last dia ajar madu-madu dia yang lain. Maka depa pun buatlah perusahaan bikin baju manakala si suami mereka jadi saudagar baju." ..untunglah madu dapat duduk secara aman..ha3

Pencari ALLAH said... [Reply]

Kalau laki bini tahu fungsi masing-masing menyeluruh, tak wujudlah perdebatan dan perbincangan.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

(",)xsabar nk tgok zaujah tuan haf jam ni. mesti package lgkap kn.
yela, tgok lah suami dia.
wekkkkk.
Pengkritik terhebat di alam blog ni.hihi

agak2 dah dtg "seru" tu, hallo hallo mard.<3

p/s:wanita ni hatinya fragile, kalau nk tgur ke apa ke, buat scra berhemah n lemah lembut na. Nnti depa lembut hti n sng fhm. InsyaAllah(mrujuk post "hot" hang):)

Anonymous said... [Reply]

ok itu kronologi makwe yang tak kerja..

kalau kerja, kronologinya patut cam ni...(aku dah terlambat komen kat part1)


1. bangun tengah malam - tahajud dan sembahyang hajat minta Allah permudahkan segala urusan. Bila dah bangun kena wuduk mesti badan segar untuk mulakan hari

2. mulakan awal pagi. sediakan breakfast. Sediakan juga makanan tengah hari dan siap bekalkan suami makanan tengah hari dalam mangkuk tingkat/ bento. Kalau ada anak, anak balik sekolah makanan dah ada kalau stay back ada kelas petang, bekalkan sekali. kalau isteri tak kerja sekalipun,waktu rehat office 1 hour je, mana nak sempat suami nak pergibalik lunch...nak zohor lagi...kan kan.Penyelesaiannya bawak bekal air tangan isteri. Officemate tengok pasti jealous(*gelak jahat)

3. time drive pegi kerja boleh habiskan zikir harian 300 pagi tu, dah habis... jalan jem boleh teruskan dengar al-quran

4. time drive balik kerja boleh habiskan zikir harian 300 petang tu, dah habis...jalan jem boleh teruskan dengar al-quran

5. sampai rumah. Siapkan dinner. Suami balik. Dinner bersama, elok dinner dalam pukul 6 petang kan... nanti malam senang

6. siap untuk maghrib, maghrib, sementara menanti isya’... mengaji, kalau ada anak...tengok anak mengaji juga...sembahyang isya’

7. sementara tunggu suami balik isya’..., curi masa utk jalankan washing machine (tapi bukan setiap hari pun kan – jadi boleh teruskan mengaji). Suami dah balik, baca taklim. Tamat taklim.

8. Tamat taklim kain dah settle. Boleh sidai terus. Esok masa keluar nak p kerja tarik ke tempat panas. Boleh la kejar juga masa nak sediakan supper kalau tiba-tiba ada perut yang berhajat kan..sambil kejar nak clearkan sink dapur kalau tak sempat petang tadi tu

9. Sebelum terlelap tidur, baca tasbih Fatimah r.anha. amalkan.

10. weekend, settle semua yang tertangguh. Buat ala-ala spring cleaning. Gotong royong. Mop-cuci kipas-lap tingkap-bersih laman-lipat baju- bla..bla. Iron semua baju kerja sekali harung. Senang. Jimat letrik! Oh..kalau bacaan al-quran yang diperuntukkn 1juz, 1 hari tu tak tercapai...pastikan weekend dapat kejar semua 7 juz.tak salahkan?

Lagi? Cukupla sepuluh.. Insyaallah.

Boleh diterima tak tips ni? hoho. Apa-apa pun memang! perempuan selayaknya di rumah...

Umma-ali said... [Reply]

Dari Abu Hurairah ra, brkata bahwa Rasulullah SAW tlh brsbda, "SESIAPA YG MNCARI DUNIA UTK BERBANGGA2 KE ATAS ORG LAIN, UTK MNJADI KAYA ATAU UTK MNDPT NAMA-WPUN DGN CR YG HALAL- DIA AKN BRTEMU ALLAH SWT DLM KEADAAN ALLAH SWT AKN SGT MURKA TRHDPNYA. DAN SESIAPA YG MNCARI DUNIA DGN CR YG HALAL BRTUJUAN SUPAYA DIA TIDAK PRLU MEMINTA2 KPD ORG LAIN, UTK MNCARI KPD AHLI KELUARGA, DAN SUPAYA DIA MMPU MLAKUKAN KEBAJIKAN KPD JIRAN TETANGGA, MAKA PD HARI QIYAMAT, DIA AKN BRTEMU ALLAH SWT DLM KEADAAN WJHNYA BERCAHAYA SPRTI BLN PURNAMA." HR BAIHAQI
Tuan2 n Puan2 n Cik2 sekelian renunglah hadith ni dgn mndlm, dan cek lah niat kita ada dlm kategori mana, so, lps ni tak payahlah kita bertegang urat lagi...
Kita tak kata pompuan bekerja tak dpt didik anak dgn baik, tak dpt layan suami dgn baik, tak dpt urus rtangga dgn baik, tak tak tak! Ada yg lbh baik dr pompuan yg tak bekerja, duk umah dgn tak berdisiplin, laki balik nak makan lum masak, anak2 entah kat mana dia tak amik pot, rumah mcm kapal karam, dia apa kesah!!!
Tapi yg bekerja kena amik fikir jgk lah apa yg dia dapat tu melalui kerja, nnti akn di soal jg, manakala isteri yg tak keje, apa yg suami dia bawa kpdnya, semua adalah halal, gitu kata ulamak, bkn saya...
oklah, smoga di beri fhm oleh Allah...kita semua ada masa 24 jam, xde org yg lebih n kurang...hanya yg boleh kita doa ialah keberkatan masa, spya dpt digunakan sebaik2nya utk agama...kerana yg utk agama je yg akn masuk dlm timbangan amal kebaikan...biau btol makcik ni? Ye la, layan suami cara agama, didik anak cara agama, urus diri cara agama, kerja pun cara agama, seluruh kehidupan dlm beragama...
Dah...yg baik dr Allah... wAllahualam.

Umma-ali said... [Reply]

silap, UTK MENCARI REZQI KPD AHLI KELUARGA ...

lkjhgfdsa said... [Reply]

wow. i loike jadual makwe bekerjaya oleh Tanpa Nama.

boleh diaplikasikan kalau2 gua bekerjaya bila bersuami nanti. :)

Anonymous said... [Reply]

isteri mmg tempatnya dirumah tapi tugas mendidik anak juga mnjadi t/jwb suami sbb mmg ada suami yg lepas tgn 100% kat isteri dlm mndidik anak atas alasan isteri tk keje

nam said... [Reply]

Assalamualaikum wbt...

apa yg penting saling kerjasama..

keje pun ok, x keje pun ok..

minta izin suami dalam semua perkara supaya dapat jadi isteri solehah.. jika suami tak izin kerja, jadi x yah keje..

yang penting rumahtangga jangan abai.. rumahtangga itu berkaitan tanggungjawab.. tunaikan amanah dalam tanggungjawab kepada suami, anak2, ibubapa, mak mertua.. (",)

Bijen M. said... [Reply]

AS,
Oh terima kasih tolong eksplen.
Oke komen yang baik juga untuk diproses.


HIDAYATULLAH,
Untunglah komen macam tu.


PENCARI ALLAH,
Saling melengkapi.
:)


U. MARDHIAH,
Sejak keluar hutan ni banyak cakap pula ye?
Hang dah pernah cakap awal-awal hang jumpa blog ni kan?
Cek ingat lagi.
Takkan hang tak masak-masak lagi perangai cek?


T.NAMA,
Oke good try.
Cuma yang part laki balik time lunch tu memang tak.
Dia tak balik sebab qailulah dan terus Zohor kat masjid.
Then pagi dan petang sebab jalan jem maka dia terkejar untuk keluar rumah awal sebab nak kena masuk opis pukul 8.
Bila balik pasti sampai rumah lambat sebab jalan jem lagi sekali.
So tak sempat untuk kejar dinner pukul 6.
Yang last sekali, bila wife nak siapkan semua kerja di hujung minggu maka tak ada waktu untuk suami bawa jalan-jalan makan angin.

.

Bijen M. said... [Reply]

UMMA ALI,
He he he.
Komen akan diproses.
Jzkk.


LKJHGFDSA,
Jadual tu sedang diargue lagi.
:)


T.NAMA,
Sila baca balik jadual-jadual sebelum ini.
Waktu suami mendidik anak adalah malam sewaktu majlis taklim.
Dah namapun majlis mengajar.


NAM,
Alaikum salam.
Izin suami ye dak?
Heheh.
:)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Alhamdulillah,ingat pun.
eleh,xdak kesang pung ckp mard.
yedokk?
mard bukan masak lg prangai tuan,
siap dh rentung pun hati ni.
(asyik kena pncung la katekang)hihi
sabo yolah den.
*(^.^)*

k,nk p menyelam plak.hutan x smart.

btw,tuan jgn la tolak wnita bkerjaya mentah2, nabi pung kawen khadijah, si saudagar berjaya wht.

keh keh.

Anonymous said... [Reply]

hmm tak leh keje lah cmni

Bijen M. said... [Reply]

U.MARDHIAH,
Bunyi nada kecewa ja.
Heh.


T.NAMA,
:)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

daydreaming!
heh.

fuad ansari said... [Reply]

cerita purba 1, tampak menarik untuk dicuba.. (",)

As said... [Reply]

Risalatun Ila Mukminatun - Laa Tanqusuha Soroohah

Pesanan Penting Untuk Wanita - Jangan Terpedaya.


Dalam buku ni ada highlight topik-topik tentang wanita dan kerjaya ni. Contohnya,
-Fitrah wanita
-Pengetua wanita
-Hantar anak ke nursery
-Tidak keluar rumah unless ada urusan penting
-Kehidupan suami pada wanita bekerjaya
-Wanita yang berpendapatan di rumah masing2

Dan banyak lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...