6.11.11

Korban cinta

"Abang dah nak pergi?" tanya Siti kepada suaminya.

"Aah," Hamdan mengangguk.

"Nak saya tolong apa-apa?" Siti cuba untuk membantu.

"Tak payahlah. Awak duduk berehat. Awak kan masih dalam pantang lagi," pinta Hamdan.

"Alar.."

"Tak payah awak. Jaga baby eh?!"

"Hmm. Oke!" Siti senyum.

...

Nak tak nak, Hamdan tetap kena keluar juga. Nisabnya telah sampai. Berat juga hati Hamdan bila difikirkan nak meninggalkan isterinya yang baru melahirkan bayi baru itu. Namun takaza agama menanti di hadapan. Ujian Tuhan baginya. Jangan menyangka diri sudah cukup beriman andai belum diuji seperti orang terdahulu.

Teringat Hamdan ayat 24 surah At-Taubah, Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

...

"Awak jaga diri, jaga amal, jaga iman ya sayang." pesan Hamdan untuk kali terakhir.

"Abang. Huk.." Siti tak mampu berkata-kata. Soksek-soksek dia menarik hingus menahan sebak.

"Abang pergi dulu. Assalamualaikum."

"Baik abang, waalaikumsalam. Fi amanillah."

...

Hamdan berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Takut-takut hatinya berubah pula. Mara dan terus mara ke hadapan. Sampai di masjid hujung kampung, Hamdan singgah sebentar untuk bersolat 2 rakaat sebelum meneruskan safarnya.

Usai solat, Hamdan menadah tangan berdoa."Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di atas muka bumiMu ini. Ya Tuhan kami, jadikan mereka golongan yang mendirikan solat dan jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berikanlah rezeki kepada mereka dari buah-buahan. Mudah-mudahan mereka bersyukur."

...

(Selepas beberapa bulan)

Siti diuji lagi. Keperluan yang ditinggalkan Hamdan semakin habis. Hamdan pula masih tidak dengar khabar berita. Badan Siti memang sangat memerlukan makanan yang berkhasiat waktu itu kerana dia masih menyusu anaknya.

Beginilah nasib Siti. Sudahlah ditinggalkan suami saat masih dalam berpantang lagi. Hamdan pula jarang sekali mengirimkan berita. Siti cuba positif. Mungkin Hamdan dihantar ke kawasan super-pedalaman yang langsung terputus hubungan komunikasi. Mungkin juga Allah ingin mengajarnya supaya mengenepikan sementara hubungan dengan manusia dan seterusnya mengukuhkan hubungan dengan Allah Taala .

Kata ulama', saat sang suami bertawakal kepada Allah meninggalkan keluarganya, Allah akan menghantar malaikat bagi menjaga mereka. Tapi sekali si suami menelefon bercakap, malaikat akan berpergian meninggalkan. Kerana waktu itu tawakalnya sudah hilang. Katanya, cukup sekadar mengirimkan warkah buat mereka. Warkah pesanan buat isteri tercinta yang ditinggalkan di jalanNya.

...

Siti tenang menghadapi kepayahan itu. Dia yakin dengan janji Allah lebih dari kata-kata manusia. Memang ada jiran tetangga, sanak saudara yang berkata-kata, namun Siti redha. Dia yang sedia memilih jalan itu suatu ketika dahulu saat dilamar Hamdan. Inilah harga yang harus Siti terima. Baginya, biarlah dia susah sementara di dunia fana. Akhirat sana, dia mahu jadi ketua bidadari syurga. Dia mahu masuk syurga dulu bagi membuat persediaan menyambut suaminya yang tercinta.


Siti bersyukur. Allah SWT masih menyayangi dia dan keluarga. Allah SWT masih menghantar nusrahNya. Dari sumber yang tak dijangka-jangka. Asbab yakin dan hanya meminta bermohon harap kepadaNya. Dimulakan doa dengan nama Allah yang Maha Kuasa. Diusahakan dengan perantaraan amal. Meletakkan ikhtiar dalam pekerjaan dan seterusnya disertakan tawakal. Di situ Allah Taala letakkan kejayaannya.

Hamdan pernah berpesan kepadanya. "Allah Taala sangat cemburu. Dia cemburu bila kita tidak berharap padaNya. Seumpama kita pergi ke istana tapi meminta bantuan kepada pegawai istana pula. Bukan meminta dengan raja itu sendiri. Ataupun kita usahakan dahulu. Bila tak berhasil baru nak kembali mencarinya. Siapa yang tak geram? Maka, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Dan segala manfaat serta mudharat datang dariNya. Tak ada yang dapat berlaku tanpa keizinanNya."

...

Hamdan sememangnya masih belum pulang-pulang.

...

Dalam setiap perintah Allah SWT, ada kejayaan walaupun nampak tak logik.
Misalnya perintah solat, walaupun nampak meninggalkan pekerjaan/perniagaan pada waktu itu seakan-akan bakal merugikan.
Tetapi yakinlah dengan janji Allah, marilah menuju solat, marilah menuju kejayaan.
WA.


(Tribute to Ibrahim, Hajar & Ismail)

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

16 comments:

Anonymous said... [Reply]

"Abang dah nak pergi?" tanya Siti kepada suaminya.

"Aah," Hamdan mengangguk.

"Nak saya tolong apa-apa?" Siti cuba untuk membantu.

"Tak payahlah. Awak duduk berehat. Awak kan masih dalam pantang lagi," pinta Hamdan.

"Alar.."

"Tak payah awak. Jaga baby eh?!"

"Hmm. Oke!" Siti senyum.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Semoga aku dapat yakin sepenuh hati dengan kuasa Allah.

Betapa manusia materialistik bila yakin dengan manusia.

Tapi alhamdulillah, perlahan2, Allah didik.

Alhamdulillah. :'D

rebung dan ikan masin said... [Reply]

=) sedihnya baca ni..hmmmm

tapi dah terjawab semua persoalan..

Allahumma zuqni fahman nabiyyi..

...

Hamdan pulanglah..

Eid Mubarak!

em said... [Reply]

satu perkataan; indah :')

nam said... [Reply]

Andai nanti di duga sebegitu, entah bagaimana diri ini mgharunginya...

"syg isteri tinggal2kan, syg suami tasykil ia kuar lagi n lagi" insyaAllah....

NooR AzLen BinTi HaRoN said... [Reply]

setiap pengorbanan dihujungnya pasti terasa manisnya:-)

fuad ansari said... [Reply]

anak kelihatan kurang jagaan dengan pemergian hamdan..

tetapi hakikatnya, ia diganti dengan jagaan yg lebih baik yakni jagaan oleh malaikat yang mulia..(",)

bijak hamdan.. bijak.. ibarat masak sambil berzikir.. (kena ke perumpamaan ni..)(",)..

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

janji ALLAH tu benar kalau selalu yakin tanpa ragu sedikitpun. keraguan mematahkan satu harapan kepada ALLAH.

imejin said... [Reply]

oh tuhan,

cepat-cepatlah kurniakan 'siti' tuk bangpis kami nih.


selamat raya matpis! =]

Norsha said... [Reply]

Selamat hari raya korban, bijen...

moga segala pengorbanan masa, tenaga, harta dan perasaan dibalas Allah dengan sebaik2 balasan....

Bijen M. said... [Reply]

PENCHENTA,
Semoga Allah bagi.
Ameen.


REBUNG,
Sikit-sikit sedih.
Guane nak tough ni?


EM,
Bagilah banyak sikit.
:)


NAM,
Sayang suami tasykilkeluar lagi dan lagi.
Allah bagi masuk syurga 500 tahun awal.
Semoga Allah pilih.
Ameen.


N.AZLEN,
Allah kan suka tengok kekasih dia bersusah payah di jalanNya.

.

Bijen M. said... [Reply]

FUAD A.,
Kena yakin dengan nusrah ghaib Allah lah.
Letak asbab di tepi.


PCS,
Sikit hilang yakin, hilanglah bantuan Allah.
Macam Maryam AS yang mempersoalkan bagaimana dia boleh melahirkan anak.
Maka Allah tarik nikmat buah-buahan yang dia dapat cash.
Tapi, Allah masih sayang kita insyaAllah.


IMEJIN,
Oh tuhan.
Kurniakan kekasih lama ku ini kekasih juga.
Selamat raya Torty!


NORSHA,
Selamat juga kak.
Semoga Allah terima koran kita dan jadikannya asbab hidayat seluruh alam.

Amin Baek said... [Reply]

Usai solat, Hamdan menadah tangan berdoa."Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di atas muka bumiMu ini. Ya Tuhan kami, jadikan mereka golongan yang mendirikan solat dan jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berikanlah rezeki kepada mereka dari buah-buahan. Mudah-mudahan mereka bersyukur."


salam bro..ini doa nabi ibrahim kan?

Bijen M. said... [Reply]

AMIN B.,
Aah.
Tapi gua adjas sikit bagi fit dengan cerita ni.
Cerita ni pun cerita pasal dia juga, cuba buat latar masa sekarang je.

Anonymous said... [Reply]

Please end this series ASAP. It's boring. At some point it gets too fictitious. We are generation Y; we want the input to be direct, and easy to digest in just a relatively short time.

Please bring back the old NotaDiSiku for the sake of Gen Y! I am really going for a strike!

Bijen M. said... [Reply]

T.NAMA,
Heh!
Mende yang kau memberontak ni?
>_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...