24.11.11

Insurans Tawakal?

Petang itu selepas solat Asar, Kamil berjalan pulang dari surau menuju ke opisnya bersama Haji Saleh. Minggu itu di perkarangan opisnya penuh dengan gerai-gerai pameran dan jualan. Ada HSE Week katanya. Maka setiap kali berjalan di laluan panas, pasti banyak saja halangan menimpa akibat ditahan promoter-promoter yang sedang mencari rezeki.

Oleh sebab itu Kamil dan Haji Saleh merancang untuk menggunakan laluan yang tidak menjadi tumpuan, dengan harapan perjalanan mereka berjalan lancar tanpa sebarang godaan.

"Gua malas betul lalu jalan tu. Sat lagi kena tahan je." Haji Saleh mengeluh.

"Oh! Tadi saya dah kena dah. Depa promote insurans. Saya cakaplah dah ada, Prudential. Keh keh!" Kamil sopan membalas percakapan managernya itu. Tambah-tambah lagi orang tua. Kena ada rasa hormat ye dak? Maka bermulalah sesi muzakarah mereka berkenaan insurans.

"Tuan amek insurans?" tanya Kamil.

"Tak!"

"Erk!" terkejut Kamil. Dia menyangka bos besar dan bergaji besar macam tu sepatutnya ada insurans. Yelah! Jaminan masa hadapan ye dak? Tapi Haji Saleh ni pelik betul tak ada insurans. Fuhh!

"Kita orang Islam, insurans kita sedekahlah." Haji Saleh bagi mukadimah.

"Err! Tak paham. Ce cite, ce cite!"

"Orang Islam punya insurans, kena bagi sedekahlah. Kita bagi satu, Allah bagi balik sepuluh. Itulah pelaburan. Lagi tinggi percentage Allah bagi. Sepuluh kali ganda!"

"Hmm..."

"Daripada bulan-bulan commit bayar kat diorang, lagi baik guna buat bagi sedekah. Tak perlu komitmen. Ada sikit, bagi sikit. Ada banyak, bagi banyak. Mudah je."

"Hmm..."

"Kalau kita yakin betul-betul, Allah akan jaga kita. Sedekah tu kan meredakan kemurkaan Allah. Bila kita sakit pun, kita kena banyakkan sedekah."

"Hmm..."

Kamil teringat kata-kata Abang Jamal, "Karkun ni kalau masuk insurans kena taubat bebanyak!".

...

Malam itu, Kamil hantar SMS ke member dia.

"Bro! Gua nak withdrawnlah insurans gua. Okebai!"

...

Lepas ni kalau ada orang kata kat Kamil macam ni:

"Bro! Tawakal tawakal jugak. Usaha kena ada. Persiapan kena ada."

Kamil nak jawab macam ni:

"Bro! Sedekah tu tak ke usaha juga namanya? Tu bukan persiapan ke? Saham dunia akhirat pakej lagi Allah bagi."

Eh! Tapi Kamil tak adalah nak halang lu orang dari melabur insurans. Terpulanglah. Cuma Kamil letak jaminan masa depan dia di tangan Allah SWT. Dia yakin dengan janji Allah. Kita buat baik dengan Allah, Allah pun buat baik dengan kita ye dak? Okebai!

p/s: Kamil tak bagi fatwa insurans tu haram. Sat lagi ramai pulak ejen insurans pangkah Kamil. Cuma Kamil jumpa insurans yang lagi better je. Insurans Tawakal Ilallah. Terpulanglah nak ikut ke tak. Sekian!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

22 comments:

Anonymous said... [Reply]

Petang itu selepas solat Asar, Kamil berjalan pulang dari surau menuju ke opisnya bersama Haji Saleh. Minggu itu di perkarangan opisnya penuh dengan gerai-gerai pameran dan jualan. Ada HSE Week katanya. Maka setiap kali berjalan di laluan panas, pasti banyak saja halangan menimpa akibat ditahan promoter-promoter yang sedang mencari rezeki.

Anonymous said... [Reply]

tapi..saya major insurans =(

Bijen M. said... [Reply]

T.NAMA,
Kah kah!
Buatlah insurans baru.
Insurans Tawakal Ilallah namanya.

Anonymous said... [Reply]

nak jadi cikgu tadika la balik nanti

Bijen M. said... [Reply]

T.NAMA,
Alhamdulillah.
:)

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Bukti betapa manusia ni materialistik. Nampak fizikal saja. That's what we call dunia.

Akhirat kita tak nampak, pahala kita tak nampak, dosa kita tak nampak, syurga kita tak nampak, jadi kita kurang nak mengejar, walaupun kita jaguh pecut. Beruntunglah orang yang boleh percaya dan mampu kejar. Allah.

fuad ansari said... [Reply]

terima kasih kamil kerana promote insurans ni... inilah insurans terbaik..

pasti moto syraikat insurans ni adalah "masa depanku dan seluruh ahli keluargaku di tangan Allah.." , ye dak??

dan sesungguhnya sebenar2 kehidupan adalah di kampung akhirat..

Afida Anuar said... [Reply]

ok, noted....tarik balik la...

nnti klu kena promote dgn orang insuran... nak kata dah ada lah;)

kakibiskut said... [Reply]

ooo, bijen nama kamil..hihi

Norsha said... [Reply]

dulu2 ada beli satu, pastu berenti, rugi saja duit tu, kalo ingat2 balik, nyesal sungguh....!

Umma-ali said... [Reply]

ada insuran ke takde insuran ke, xpenah pakai...skli pkcik i pun ada tnya ustaz cmna, mmg lah klu ada kete ke spedar motor, kena byr insurans...so ustaz pun kata, kita jgn guna duit insurans tu, klu ada apa2 xcdent dsbnya, gunakan utk org lain, eg nk byr kos baiki kete org yg cium kete kita...uh oh...entahlah... sbb undang2 negaraku mmg kena pki insurans...bdk sklh pun ada insurans, cikgu pun ada insurans... tu lum kira org yg keje kilang, kontrek dll...sbb dakwah insurans ni dah global...petani pun ada insurans! cb kita globalkan dkwh iman yaqin pd Allah, insyaAllah satu hari nnt satu dunia tak pakai insuran lagi...

Pencari ALLAH said... [Reply]

setuju Tuan bijen. :) tak nak ulas panjang-panjang nanti kena pangkah macam kamil. setiap orang ada reason tersendiri.

Bijen M. said... [Reply]

PENCHENTA,
Manusia yakin dengan jaminan dan janji manusia lebih dari jaminan dan janji Allah.


FUAD A.,
Ibrahim tinggal Hajar pun tak ada insurans ye dak?
Hek!


AFIDA A.,
Untunglah join Insurans Tawakal Ilallah.


KAKIBISKUT,
Bijen bukan Kamil lah.


NORSHA,
Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran.
Ceewah!

.

Bijen M. said... [Reply]

UMMA A.,
Amieen.
Moga Allah pilih jadi asbab hidayat seluruh alam.
Peewit!


P. ALLAH,
Suarakan hak anda.
Seksualiti Merdeka (?).
Hak hak!

.

Hidayatullah said... [Reply]

Allah..tinggi tol Hj Salleh tu.. sapa yg nk kne pancung.. silakan la jual insuran kat dia..ha3

cik_paan said... [Reply]

rasanya, kalau kita menabung pun, boleh je dapay byk kan?

eiffel said... [Reply]

konklusinya :: 'insurans yg terbaik adalah sedeqah'

izzatimar'e said... [Reply]

salam...
lme da xpost kat sni..... hehe
mekasih ats perkongsian.... :)

HijabRockers said... [Reply]

ok fine. aku kensel insuran tabungan gi haji aku gak. huu~

Ismi Ijmi said... [Reply]

banjir adalah kerana kemurkaan Allah,
bukan sebab takda longkang dan sbgnya.

accident sebab tak ikut perintah Allah, bukan sebab tak service b4 jalan jauh.

"Allahumma la taqtulna bighadhabik"

Bijen M. said... [Reply]

HIDAYATULLAH,
Tak kena pancung.
Dia lari dulu.
Nak cakap salah, tak cakap salah.
Ha ha ha.


C.PAAN,
Yep yep insyaAllah.
Lebih kurang je.


EIFFEL,
Untunglah dah pandai buat konklusi.
:)


IZZATIMAR'E,
Salam.
Sampai hati lu lama tak post kat sini.


HIJABROCKERS,
Pehh!
Habis semua kensel insurans asbab Kamil.
Apa Kamil nak jawab?
Ha ha ha.


I.IJMI,
Sohih tuan, sohih!
:)

Anonymous said... [Reply]

sedekahlah umpama semut hitam,bergerak atas batu hitam di malam yang hitam pekat...

insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...