15.11.11

Dua jam setengah hari ini.

Jamil menge-park keretanya molek-molek. Pintu rumahnya diketuk sambil mulutnya memberi salam.

"Waalaikum salam. Eh! Cepat abang balik hari ni. Tak pergi mesyuarat mingguan ke?" tanya Kamsiah, bininya yang cantik itu.

"Huu! Allah tak pilih Siah oi. Agaknya asbab tadi tak dapat jaga Asar awal waktu, Allah tarik taufik pergi mesyuarat. Hmm. Istighfar."

"Bizi sangat ke tadi?"

"Tak pun. Perasan bizi je. Ada interview budak minta kerja tadi. Tu yang lambat tu."

"Mujurlah kita yang interview orang. Nanti dalam kubur, kita pula yang kena interview ye dak abang? Hek!"

"Ciss!"

Terasa terpancung kepala Jamil mendengar ayat pedas bininya itu. Bininya memang kaki pancung. Untunglah Jamil ada bini sedemikian rupa. Kurang-kurang ada yang mengingatkan sedang diri dalam kelalaian.

"Dah tu abang lepak masjid jelah tadi?"

"Aah. Buat dua jam setengah. (6 petang - 8.30 malam)"

"Hah! Apa laga? Karkuzari sikit nak dengar."

...

Tadi lepas Maghrib, abang keluar dengan Hussin dan Ahmad jumpa orang random. Pergilah kami dua tiga buah rumah. Abang jadi tukang cakap hari ni.

Sampai rumah pertama, jumpa orang nama Syahrizal. Baru berta'ruf berkenalan tetiba bapak mentua dia ke apa entah keluar.

Baru abang nak hulur tangan nak salam dia dah halau kami. Suruh balik katanya. Dia kata dia dah ahli masjid. Dia kata jangan ganggu orang malam-malam sibuk nak makan, nak lepak dengan anak bini.

Abang pun cuba nak main politik dengan dia (orang dakwah pun main politik juga), tapi hati dia tetap keras. Salah abanglah malam-malam kurang nangis. Cakap-cakap abang pun tak ada rohaniat. Banyak sangat tengok perempuan gamaknya siang tadi.

Abang bukan nak mengganggu dia pun. Nak tanya je kot-kot ada masa lapang. Kalau ada, nak ajak borak-borak pasal kebesaran Allah. Kalau tak ada masa, tak apalah. Lain kali kita boleh jumpa lagi. Tapi tak payahlah kan nak halau-halau, marah-marah. Sedih abang. Ulama' kata, kalau kena macam tu jangan lawan balik. Tapi kita istighfar banyak-banyak untuk dia. Huk!

Sekali kena macam tu, rasa macam best pula nak pi jumpa dia lagi waktu dia free. Dia kata malam-malam jangan ganggu. Abang pasang azam nak jumpa dia petang-petang. Mudah-mudahan dia freelah. Abang pun tanyalah pendapat Hussin. Hussin kata tak payah. Tapi abang tak puas hati. Abang kata balik, sedangkan Nabi SAW pun jumpa Abu Jahal 70 kali walaupun Abu Jahal buat jahat ke dia. Nanti dia mati dia dakwa kita pasal tak ajak dia sungguh-sungguh macam mana? Haaa! Jawab jawab.

Lepas tu kami pun terus lagi pergi dua tiga buah rumah berikutnya sampailah nak dekat-dekat Isyak baru balik.

Kembali ke masjid, abang pun masuklah ke ruang solat dalam keadaan sedih mengenang peristiwa tadi. Huk! Ingat nak mengadu kat Allah. Masuk-masuk saja nampak satu orang tengah duduk berzikir.

Orang baru ni. Tak pernah nampak lagi muka dia dekat sini. Abang pun pi tegur dia.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikum salam!"

"Waa! Aap ka nam?"

"Bilal Hussain."

"Achaa! Bangladeshi?"

"Ji!"

"Baru pindah ka?"

"Ya! Baru sampai semalam pukul 12."

"Oh! Mana duduk?"

"Itu sana rumah kongsi."

"Achaa. Kerja mana?"

"Dulu kerja KL. Sikarang mau cari kerja sini. Itu kawan panggil datang sini."

"Ooo. Apa pasai mari sini? Sana kerja tarak bagus ka?"

"Sana kerja gaji sikit. RM 21 ringgit satu hari."

"Oh. Sini datang mau cari kerja lain la?"

"Ya ya! Sini kerja gaji sikit banyak."

"Sikit banyak?"

"Banyak sikit!"

"Oh. Lagi banyak dari sana la? Achaa. Oke oke!"

(Perbualan diteruskan lagi)

...

Manusia ni kalau nak mencari duit lebih sikit, sanggup datang berhijrah dari Bangla ke Malaysia. Dari KL sanggup datang ke Terengganu.

Tapi kita untuk nak dapatkan pahala lebih sikit dalam solat, tak sanggup nak berjalan dari rumah pergi ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah. Pahala berjemaah Allah gandakan sampai 25 hingga 27 kali berbanding solat bersendirian.

Sesungguhnya dua orang yang solat berjemaah lebih disukai dari empat orang yang bersolat secara bersendirian. Empat orang yang solat berjemaah lebih disukai dari lapan orang yang bersolat secara bersendirian. Dan lapan orang yang solat secara berjemaah lebih disukai Allah Taala daripada seratus orang yang bersolat secara bersendirian. Fuhh!

Mungkin duit, kita nampak. Pahala tak nampak mana. Ye dak? Ye dak? Ye dak?

"Eh Siah oi. Abang lapaq ni. Baru makan sebijik kurma je sejak berbuka tadi."

"Eh ye ke? Kesian abang. Jom jom pi dapuq."

"Siah Siah. Tadi lepas kena maki dengan pakcik tu plus perut tengah kosong, abang ada minta sesuatu dengan Allah."

"Abang minta apa?"

"Haaa! Rahsia. Jeng jeng jeng."

...

(Kawan-kawan doalah bebanyak untuk Pok Usu ye. Moga Allah kasihani dia.)

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

27 comments:

Anonymous said... [Reply]

Jamil menge-park keretanya molek-molek. Pintu rumahnya diketuk sambil mulutnya memberi salam.

"Waalaikum salam. Eh! Cepat abang balik hari ni. Tak pergi mesyuarat mingguan ke?" tanya Kamsiah, bininya yang cantik itu.

"Huu! Allah tak pilih Siah oi. Agaknya asbab tadi tak dapat jaga Asar awal waktu, Allah tarik taufik pergi mesyuarat. Hmm. Istighfar."

"Bizi sangat ke tadi?"

"Tak pun. Perasan bizi je. Ada interview budak minta kerja tadi. Tu yang lambat tu."

Anonymous said... [Reply]

rahsia lagi..haish

sapa pulak pok usu?

Bijen M. said... [Reply]

Pok Usu hat yang cakap dengan 'sopan santun' tadi tu.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

:)

Ismi Ijmi said... [Reply]

masyaALlah istiqamah kerja.
doa le saya lepas khususi tu ya.

Anonymous said... [Reply]

apa laga?

apa laga?

hik.
hjarapnyalah~

Afida Anuar said... [Reply]

abang minta...jeng jeng jeng.. minta apa? hehe

pak usu baru lepas balloh ngan bini tu kot, pasai tu jadi baran lagu tu... sabaqq noo,

nam said... [Reply]

wah.. best tu dapat isteri kuat pancung.. (",)..

ni ada sambungan ke tuan bijen?

Bijen M. said... [Reply]

U.MARDHIAH,
Eh.
Dah online balik dah?
Hah!


I.IJMI,
InsyaAllah tuan.
Moga Allah sentiasa pilih masa kita di jalanNya.


T.NAMA,
Memang saja tulis camtu.
Boo!
Hak hak!


AFIDA A.,
Tulah.
Bersangka baik insyaAllah.


NAM,
InsyaAllah best bila Allah bagi indah.
Yang ni tak ada sambungan.
Ha ha ha.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

:)
xsoh nk dok letiaq
ni online dri dlm hutan.
pe2 hal,nk kwin t, hello hello na.

fuad ansari said... [Reply]

itu namanya pancungan kebaikan.. (",)

untung jamil, kena marah masa gash.. semakin mudah utk menangis masa berdoa..

GigiWangi said... [Reply]

Untunglah Jamil

mhafiz_ydin said... [Reply]

Asyik defend ja pun x boley, lama-lama gol.. Sekali-sekala kena wat counter attack balik.. :)

thedofi said... [Reply]

thumbs up!
suka pendekatan cerita nie...

Norsha said... [Reply]

sabaq na....nk ajak org buat baik mmg payah....

Yana Lan said... [Reply]

Baru ku faham maksud pancung yang biasa digunakan orang zaman sekarang.

Bijen M. said... [Reply]

U.MARDHIAH,
Macam mana nak kahwin?
Orang tu dok lari masuk hutan.
Orang kuat tak dak, majlis tak jalanlah.


FUAD A.,
Untung buat usaha zaman millennium ni.
Kalau buat usaha zaman 90an dah tentu kena baling parang gamaknya.


GIGIWANGI,
Untunglah gigi dia wangi.


MHAFIZ Y.,
Attack pakai ikram muslimin.
Hek!


THEDOFI,
Toe up!
Suka pepanjangan komen ni.

.

Bijen M. said... [Reply]

NORSHA,
Salah saya.
Tak jaga amal.
:(


YANA L.,
Pancung banyak sangat nanti pecah hati.
Jaga-jaga.
Usaha ni usaha atas hati.

.

Anonymous said... [Reply]

Finally, it's back. This is what I was talking about. Good. I'm glad I don't have to go on strike. LOL

Bijen M. said... [Reply]

T.NAMA,
Cakap jelah kau tak suka cerita jiwang.
Err maksudnya kau tak jiwang.
Okebai!

Yana Lan said... [Reply]

Pancung banyak-banyak untuk bagi kesedaran takde masalah kan? Tapi bertempatlah, jangan pulak pancung orang yang baru.

Maaflah kalau tak sama dengan pendirian saudara. Perlukan banyak korban untuk saya lebih faham.

Apapun, terima kasih ingatkan.

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

Semoga Pok Usu dapat apa yang terbaik unutk dia bagi dia, apa yang terbaik untk dia bagi Allah.
Amin..

As said... [Reply]

“Barangsiapa yg bermujahadah di jalan Allah maka Allah akan buka pintu-pintu hidayah..”

----

Umar Al Khattab RA said:

"I want such men like Abu 'Ubaydah and Mua'dz bin Jabal RA, so that I can send them out fi sabilillah."

Tarbiyah is the most important thing. Ada keluarga yang menyokong dan faham, untunglah.

Teruskanlah khuruj fisabiilah mujahadah 3hari 40hari 4bulan 1tahun atau seumur hidup..inshaAllah.

[48:29]
Untunglah. InshaAllah amin.

Anonymous said... [Reply]

lain macam je dengan mard

Anonymous said... [Reply]

apa yang len macam?

Bijen M. said... [Reply]

YANA L.,
Heheh.
:)


N.TAUFIQAH,
Ameen!


AS,
Untunglah.


T.NAMA,
Mard tu orang kuat kenduri kakak dia.
Nak import dia setel kenduri sini pulak.

.

Pencari ALLAH said... [Reply]

hati belum terbuka dengan kehendak ALLAH, ada hikmah yang terbaik di situ buatnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...