10.11.11

Cinta terkorban lagi.

"Siapakah sebenarnya engkau ini?"

"Aku adalah hamba sahaya Ibrahim", jawab Hajar.

"Kepada siapa engkau dititipkan di sini?" tanya Jibril.

"Hanya kepada Allah."

"Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Zat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepadaNya."

...

Sejak berkahwin dengan Hamdan, Siti dan anaknya, Daniel acapkali ditinggalkan. Kadang-kadang ditinggalkan beberapa hari. Kadang-kadang ditinggalkan sebulan lebih. Kadang-kadang boleh makan masa berbulan-bulan juga.

Kadang-kadang dalam sehari, hanya sempat bersama dengan suaminya untuk beberapa jam saja. Dalam seminggu pasti 5-6 hari saja mereka dapat tidur bersama. Bukan Hamdan ada bini lain. Bukan! Tapi Hamdan ada kerja lain yang lebih dia muliakan. Baginya, Siti merupakan bini nombor empat buatnya. Hamdan memenuhkan tiga lagi slot lain dengan takaza agama.

Mujurlah Hamdan dapat bini yang faham tentang kerjanya. Malah, Siti menyokong penuh dan membantu lagi Hamdan. Untunglah Hamdan dapat bini lagu tu. Siti juga untung kerana dimadukan dengan kerja agama, bukan dengan manusia. Dia redha. Baginya, jadi bini nombor empat pun sudah cukup baik. Bini nombor empatkan lebih disayangi suami. Ahaks!

Lumrah hidup selalu ditinggalkan, Siti dan Daniel menempuh kehidupan yang paling sukar dalam hidup mereka. Selama 23 tahun hidup berkeluarga, mereka menerima cercaan dan hinaan masyarakat. Pelbagai tuduhan seringkali mereka tadahi. Inilah nasib mereka. Menjadi mangsa mulut jahat orang yang mengata-ngata.

Setakat digelar anak bini buangan, ditinggalkan, itu sudah lali di corong telinga mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka menanggung lagi lemparan fitnah terhadap suami dan bapa kesayangan mereka yang dikatakan sebagai mengabaikan tanggungjawab, blablabla, zzz. Kadang-kadang, saudara mara sendiri yang mengata-ngata sedemikian rupa.

Mujurlah agama yang sempurna sudah terbentuk dalam diri mereka. Sentiasa mejadi teman dan panduan buat mereka. Dengan iman dan yakin yang betul kepada Allah, mereka berdua tabah menghadapi rencah kehidupan dan onak duri di akhir zaman ini.

...

Dipendekkan cerita, Daniel sudah berumah tangga. Dia menikah ketika sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebagai abah yang macho, Hamdan rilek kool je pasal dia tahu Daniel pandai jaga diri.

Setelah beberapa bulan berlalu, Hamdan mengambil keputusan untuk membuat lawatan mengejut terhadap Daniel dan bini barunya itu. Namun malangnya apabila sampai di tempat kejadian, Daniel tak ada di rumah. Hanya bininya saja yang tinggal. Mungkin Daniel tiru-tiru perangai abah dia yang suka tinggal bini. Kah kah!

"Amacam femili? Ada best?" tanya Hamdan.

“Takdelah best mana pun. Kesempitan je rasa.” balas bini Daniel.

“Ada apa-apa makanan dan minuman tak?“

“Tak adalah bro. Tak ada!”

Kelakukan bini Daniel itu ternyata Hamdan tidak suka. Kelihatan tidak redha dengan pemberian Allah dan jemu untuk hidup bersama suaminya. Malah, dia kelihatan kedekut dengan tidak mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Akhirnya Hamdan berkata kepada bini anaknya itu, “Nanti husband lu balik karang, kirim salam bebanyak sama dia dan suruh  dia ganti pintu baru.”

"Pintu ni baru lagi kot!" jawab bini Daniel memberontak.

Selepas itu Hamdan pun berlalu pergi. Sejurus kemudian, Daniel pun pulang ke rumah dengan hati gembira hu la la kerana menganggap tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaannya di rumah.

“Ada orang datang tadi?“

“Yes abang. Ada orang tua datang jengok kita.”

“Err. Dia cakap mende?“

“Dia kirim salam. Lagi satu dia pesan suruh abang tukar pintu baru.”

“Oh! Orang tua tu abah abang. Dia suruh abang ceraikan sayang.”

Selepas menceraikan bininya, Daniel berkahwin lain. Ujian yang sama diterima bini barunya itu. Akan tetapi bini barunya itu dapat green light abah Hamdan kerana pandai menghormati tetamu, tidak menceritakan perkara yang menjatuhkan maruah suami dan bersyukur dengan nikmat Allah. Daniel hidup bahagia bersama bini barunya itu hingga melahirkan beberapa orang anak yang cumil.

...

Persoalannya di sini, apakah kerja Hamdan sebenarnya? Bisnesman? Jutawan MLM, Skor A?

Persoalan kedua, siapa sini orang Rusia? Baik mengaku cepat!

*Gua anti pompuan suka mengadu-domba.

(Post tribute to Ibrahim, Hajar & Ismail)

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

14 comments:

Anonymous said... [Reply]

"Siapakah sebenarnya engkau ini?"

"Aku adalah hamba sahaya Ibrahim", jawab Hajar.

"Kepada siapa engkau dititipkan di sini?" tanya Jibril.

"Hanya kepada Allah."

"Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Zat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepadaNya."

fuad ansari said... [Reply]

penuh persoalan..

tak lain tak bukan, hamdan buat kerja yg paling untung, iaitu kerja agama..

pegi outstation atas urusan dunia, tak ramai yg nak mengata.. tapi kalau outstaion atas urusan agama, lain pulak jadinya..

p/s: apakah sebegitu mudah menceraikan isteri??

nam said... [Reply]

hamdan pekerja agama.. dakwah adalah maksud hidup.. (",)..

suka komen tuan fuad ansari.. sokong!!

bila si suami kena kursus kat luar negara berbulan2, tak pula yang nak mengata.

tapi bila si suami nak kuar 4b, 40h negara jauh, ramai mulut yang tergangga.. isk3..

dunia akhir zaman..

semoga Allah berikan hidayat dan ampunkan dosa kita.. ameen ya Allah..

Anonymous said... [Reply]

dah ni napenye mengamuk ni?


-bukan orang rusia-

dara kampung said... [Reply]

nice entry! like..

dara kampung said... [Reply]

nice entry! like..

Anonymous said... [Reply]

kenapa sejak2 ni asyik cakap pasal ni je?

camtu je bercerai?tak de nasihat dulu ke?

orang US tak nak tau?

Bijen M. said... [Reply]

Actually kisah ini dan sebelum ini adalah adaptasi kisah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail.
Sila buat rujukan lanjut untuk kisah sebenar.


FUAD A.,
:)
Tak nampak habuan dunia dalam kerja agama mungkin.

p/s: Itu yang dikatakan Nabi Ibrahim kepada isteri anaknya.


NAM,
Ameen.
Salah saya, kurang buat kerja.
Sampai Allah tak jadikan asbab bagi orang faham.
Huk.


T.NAMA,
Mana ada mengamuk.
Pesanan ringkas kepada bakal-bakal isteri dan para isteri je.
Hek!


DARA K.,
Nice nama!
Like!


T.NAMA,
InsyaAllah nak bagi gambaran apa yang bakal dihadapi nanti.
Moga-moga tabah.
Pasal cerai tu, itu Nabi Ibrahim yang suruh ke Nabi Ismail.
WA.

HijabRockers said... [Reply]

Bijen guna cter Nabi Ibrahim ngan anaknya Nabi Ismail. Anak taat, ceraikan isteri yang suka mengadu2 walaupun pd org yg dia x kenal pun. Patutnya rumahtangga tu rahsia. Tak tau bersyukur tahap hishhhh xtau nak kata. Syukurla suami bz keje agama. Kalau kene suami bz ppuan, arak, judi, baru taw... Berpisah2 kat dunia, moga kat akhirat disatu2kan. Huuu...sedihnya suami nk kuar 40hr xsmpi sbulan kawen. Owh Allah. Help. Hehehe~

Norsha said... [Reply]

ekceli, masa suami tiada disisi atas keperluan agama, mmg ada ujian utk isteri terutamanya ujian perasaan. Isteri kena kuat semangat, jgn mudah terpengaruh dgn kata2 yg boleh 'meracun jiwa'...kalau kita kuat, org yg tk faham pun lama2 mereka akan diam & tk kata apa2 ...bila isteri sabar dan redha, Allah pasti akan membantu, cuma kita yg kdg2 silap menafsir pertolongan Allah....btw, mmg bukan mudah mengurus segala urusan seorang diri tapi percayalah andai kita kuat dan tidak sesekali memburukkan suami, ganjarannya pasti ada, yakinlah padaNya....

Afida Anuar said... [Reply]

bukan orang rusia...

agak-agak kalau dididik bini daniel tu dulu, boleh jalan dak?

Bijen M. said... [Reply]

HIJABROCKERS,
Hehek.
Kes dekat Terengganu ni, siang menikah.
Malam datang malam markaz iktikaf sini.
Pehh hidayat.


NORSHA,
Lepas ni kena pesan kat bini sebelum pergi:
Jaga iman, jaga amal, jaga diri, jaga mulut.
Hak hak!


AFIDA A.,
Orang India kan kan?
Hahak.
Tataulah.
Itu perintah Ibrahim kepada anaknya.
:)

Anonymous said... [Reply]

InsyaAllah..

Teringat hari tu belajar ayat ni

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (al-Munafiqun: 9)

Kata ustaz ramai orang boleh sabar bila diuji dengan harta benda tapi belum tentu boleh tabah menghadapi ujian anak2.

Semoga tabah jugak.

Pencari ALLAH said... [Reply]

kejemuan pembunuh senyap nikmat kepadaNYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...