20.11.11

Cik P berkenan

Sesungguhnya, gua dapat keluar negara belajar-belajar agama waktu tu bukan asbab duit ada. Bukan juga asbab gua free gila tak tau nak buat apa time tu. Bukan! Gua dapat pergi hanya semata-mata atas pilihan Allah Taala. Juga berkat doa kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan membantu.

Serius! 4 bulan gua tunggu sejak gua grad untuk dapat peluang tu. Daripada bulan 12 sampailah bulan 3. Kalau nak kata duit yang bawa gua pergi sana, itu tipu. Duit dah lama berkepok dalam simpanan gua hasil jualan segala harta benda gua waktu gua habis belajar dulu. Masa yang gua ada pun sangat-sangat free. Nak kata, kalau gua nak pi time tu, memang boleh sangatlah. Waktu tu gua memang tak ada keinginan nak apply apa-apa kerja lagi, tak seperti graduan-graduan lain yang dah sibuk hantar resume ke sana sini. Gua fikir, biar gua keluar jalan-jalan dulu. Nanti balik Malaysia, gua applylah. Keluar 3-4 bulan bukanlah lama sangat pun nak banding dengan belajar 3-4 tahun dekat universiti. Ye dak? Biar gua cuci mata, rest otak dulu.

Tapi Allah tahan gua dengan asbab Cik P. Lepas Cik P tahu result semester last gua cemerlang, gemilang dan terbilang, terus dia consider nak calonkan gua jadi suami. Gua yang lemah iman ini pun mengikut sajalah kehendak beliau, hanya setelah bermesyuarat dengan orang tanggungjawab dan fikirman-fikirman yang sepatutnya. Orang tua-tua kata, melalui mesyuarat kita belajar tekan nafsu. Nafsu kita meronta nak sangat sesuatu benda. Tapi keputusan mesyuarat kata tunggu dulu. Siapa dapat tahan bro? Tapi kalau dapat ikut kehendak mesyuarat, insyaAllah ada khoir.

Maka gua pun akurlah dengan prosedur yang ditetapkan oleh Cik P. Mula-mula buat online test. Dah habis, tunggu keputusan test. Alhamdulillah, Allah bagi lulus. Lepas tu dia suruh datang interview pulak. Pergilah KL attend interview. Kena soal bertubi-tubi dengan wakil Cik P dari pukul 9 pagi sampai pukul 11 pagi. Panas jubur gua rasa duduk atas kerusi tu 2 jam. Lepas tu tunggu pula keputusan juri sama ada lulus ke tak. Alhamdulillah, Allah bagi mudah sangat-sangat. Lulus lagi dengan warna berterbangan. Lulus memanglah best. Tapi ujiannya, gua kena get ready bila-bila masa dia boleh panggil masuk kerja.

Makanya gua dalam dilema (sebenarnya tak dilema pun) sebab bila mak bapak gua tahu gua recommended lagilah berat dia nak lepas gua pergi jalan jejauh lelama. Nanti kena panggil kerja, nak buat macam mana ye dak?

Maka apa gua buat untuk setel masalah tersebut? Nanti gua sambung. Okebai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

18 comments:

Anonymous said... [Reply]

Sesungguhnya, gua dapat keluar negara belajar-belajar agama waktu tu bukan asbab duit ada. Bukan juga asbab gua free gila tak tau nak buat apa time tu. Bukan! Gua dapat pergi hanya semata-mata atas pilihan Allah Taala. Juga berkat doa kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan membantu.

Norsha said... [Reply]

dah jadi suami Cik P tu, buatlah baik2 no, keje elok2, jadi cth kat member2 sekerja....

rozanna.rizwan said... [Reply]

nak jadi madu cik P nanti boleh?ni bincang takyah pegi sampai KL.kat kerteh tu je dah boleh bincang. ekeke :p

cik_paan said... [Reply]

cik P, PETRONAS, heh?

aku pun cik P gak, Cik Paan..hahah

kerja tu ibadah, buat baik2, jangan sampai makan gaji buta...

Hidayatullah said... [Reply]

untunglaaa dapat kje dgn cik P.. doakan saya dapat kje dgn cik P gak.. nnt leh bwat ghast kat pelantar minyak.. wooohooo

Hidayatullah said... [Reply]

btw Cik P tu Petronas kan? haha

Bijen M. said... [Reply]

NORSHA,
He he insyaAllah.
Moga Allah pilih jadi asbab hidayat.


ROZANNA R.,
Time gua ada lu takde.
Guane nok bincang?


C.PAAN,
Mana da Petronas!
Mana ada!
Heh.


HIDAYATULLAH,
Moga lu tabah buat ghast kat platform.
Yang kerja opis ni pun nak buat ghast dekat kuarters dah segan gaban nak ketuk pintu rumah bos-bos dan manager-manager.
Hidayat tuan, hidayat!
Cik P tu Cik Peah!
Okebai!

.

kakibiskut said... [Reply]

all Indian love India..
cik P rupanya, serius ak ingat cik P tu cik_paan, rupa-rupnya bukan..
ak dah lama putus tunang ngan cik P,
sedih jugak le cik P tak sudi..
Maklumlah, meminang masa lepas sekolah, sape la yang nak..

kakibiskut said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
izzatimar'e said... [Reply]

salam...
lame da xkomen.... hehe
rezki Allah nak bg tu kdg2 sng je kan?
slamat bekerja~~~~

Afida Anuar said... [Reply]

Gua pula... tak layak nak bersuamikan Incik P...heh~

kakibiskut said... [Reply]

incik P x dapat,incik bijen pun jadi lah ..=)

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Cik P tuuuuuu~

Rugi betul tak dapat pergi kenduri. Dah ada anak belum? Kekeke.

Anonymous said... [Reply]

cmne apply kje ngn cik p ek?

Pencari ALLAH said... [Reply]

Gunakan peluang dengan sebaiknya. :)

Bijen M. said... [Reply]

KAKIBISKUT,
All Indian love India.
Yup.
One more, India.. Semua boleh.
Nanti lu pergi India lu tau apa yang boleh.
Ha ha ha.
Untunglah Cik Paan.


AFIDA A.,
Tak payah jadi isteri Cik P pun takpe.
Tak mati pun.
Allah tetap sayang jugak.


KAKIBISKUT,
Hoi!
Jangan nak mulakan kontroversi.
Heh.


PENCHENTA,
Belum.
Baru bertunang.


T.NAMA,
Minta dengan Allah.
:)


P.ALLAH,
InsyaAllah.
;)

Pisyek said... [Reply]

Tu la, tengok macam aku, maintain rendah je result. nak-nak sejak jadi final year ni. hahahaha.

tapi ok gak masuk Pet. xD

Bijen M. said... [Reply]

PISYEK,
Untunglah result rendah dapat masuk Pet.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...