21.10.11

Rumah kongsi.

Sesampai saja Hamdan di rumah, bini dan anaknya sudah setia menunggu di ruang tamu. Kitab biru dah tersedia di hadapan mereka menanti Hamdan membacakannya.

Selesai saja majlis taklim malam itu, Siti mendekati Hamdan untuk bersalam bermaafan. Selesai tangannya dikucup, Hamdan memegang ubun kepala Siti sambil membacakan surah Tahaa ayat 1 hingga 5. Inilah rahsia rumah tangga bahagia.

"Eh. Kenapa tangan abang merah-merah ni? Banyak nyamuk gigit ni."

"Tadi 2 jam setengah dalam hutan. Hak hak!"

"Abang pergi mana tadi?"

"Pergi rumah kongsi budak-budak Bangla buat rumah belakang taman tu?"

"Oh! Karkuzari (laporan) sikit bang."

...

Lepas sunat Maghrib tadi abang mesyuarat dengan kawan-kawan nak pergi jumpa siapa hari ni. Depa putus pergi rumah kongsi budak kontrak Bangla dan Myanmar kat belakang taman tu.

Kami pun pergilah naik motor. Tapi sampai tepi jalan saja. Nak masuk pergi dekat rumah tu kena jalan kaki. Jalan kecil. Lalang tinggi lutut. Lecah-lecah. Katak lompat-lompat. Mujur tak jumpa ular je. Dahlah lampu pun tak dak.

Sampai sana, adalah 6-7 orang duduk dengar. Si Kasim bagi zihin dan fikir. Abang dengar saja sambil menyampuk kadang-kadang. Rupa-rupanya dalam ramai-ramai tu ada sorang bukan Islam. Dia Hindu. Khusyuk saja dia dengar. Moga-moga Allah Taala buka hati dia bila dengar tentang nilai kalimah Lailahaillallah tu.

Lepas tu Kasim tasykil mereka keluar 3 hari minggu depan belajar-belajar iman dan agama. Alhamdulillah semua depa azam nak ikut.

...

"Alhamdulillah. Semoga Allah Taala terima korban kita dan jadi asbab hidayat seluruh alam."

"InsyaAllah."

...

Rumah kongsi.

Rumah depa tak ada Facebook, tak ada internet. Nak buka blog Nota Siku pun tak dapat syeikh. Nak baca artikel agama dalam internet lagilah susah. Tak faham satu hal. Nak baca pun tak reti.

Yang rajin dok serbu depa Polis sama Imigresen. Konon-konon tak dak permit. Serbu pun sebab nak cari salah.

Orang-orang Jabatan Agama pun datang serbu bila ada aduan. Serbu sebab nak tangkap kemungkaran. Nak cari salah orang. Bukannya mencegah kemungkaran.

Faham dak nahi mungkar? Cegah kemungkaran. Bukan nak tunggu kemungkaran ada baru nak cegah. Itu hapus kemungkaran jadinya. Tapi kita cegah awal-awal. Macam alat cegah kebakaran. Kena prepare sebelum kebakaran tu berlaku lagi. Kita cegah awal-awal. Bukan tunggu orang dah beromen baru nak pi tangkap. Hudud tu pun salah satu alat cegah kemungkaran. Orang dengar je dah seram nak buat perkara keji. Bukannya sekadar alat menghukum. Faham dak?

Apa benda kita nak guna nak cegah kemungkaran? Dengan mengajak kepada kebaikan salah satunya. Bila perkara haq muncul, maka batil akan terhapus. Bila seseorang mengerjakan kebaikan, kejahatan akan musnah. Macam solat itu mencegah perkara keji dan mungkar.

Jadi nak tunggu puak-puak depa ni datang masjid belajar agama? Sampai bila? Dah kita ni tak nak pi jumpa depa jemput mai masjid? Der! Nabi SAW yang mulia tu pun siang-siang keluar baju putih jumpa orang. Balik-balik berlemoih dah.

Semua pintu rumah dia ketuk. Tak dak satu tanah dia tak pijak. Semua orang dia jumpa. Yang kita? Rasa lagi mulia dari Nabi SAW agaknya. Tak nak bangun dari kerusi. Dakwah dari depan komputer kononnya. Yelah! Sekarang zaman teknologi kan? Kena manfaatkan teknologi. Apa barang metode lama. Dah tak berkesan. Tak kena zaman.

Tapi bila nak pilihan raya, ramai pula sanggup turun padang. Jumpa semua orang. Pejadah weh? Pejadah? Dahlah. Malas nak layan.

Tapi tak apa. Orang politik memang tak serbu depa dah pasal tak dak manfaat pun untuk undi. Tak percaya? Tanyalah orang UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke. Ada dak depa dapat bantuan baja subsidi ke, beras gula ke apa ke?

...

Malam itu Siti ambil minyak gamat dan sapu tangan Hamdan yang merah-merah. Hamdan berasa begitu bahagia sekali. Oh! Untunglah Hamdan dapat bini lagu tu. Untunglah.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

25 comments:

Anonymous said... [Reply]

Sesampai saja Hamdan di rumah, bini dan anaknya sudah setia menunggu di ruang tamu. Kitab biru dah tersedia di hadapan mereka menanti Hamdan membacakannya.

Selesai saja majlis taklim malam itu, Siti mendekati Hamdan untuk bersalam bermaafan. Selesai tangannya dikucup, Hamdan memegang ubun kepala Siti sambil membacakan surah Tahaa ayat 1 hingga 5. Inilah rahsia rumah tangga bahagia.

Norsha said... [Reply]

untungnya punya isteri memahami, untungnya....tapi hamdan kena pandai
juga ikram isteri sebab jadi isteri dae ni, ujian banyak menanti.....selamat berbahagia hamdan dan siti !

thedofi said... [Reply]

tepat dan padat!!!

turun padang. Kalo lah benar2 berlaku..

Anonymous said... [Reply]

=)

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

terasa kerdil bila baca dakwah di depan komputer. MasyaALLAH..

Bijen M. said... [Reply]

NORSHA,
Tak ramai yang tahan ye dak?
Dengar memang indah.
Cakap memang mudah.


THEDOFI,
Bila nak turun tuan?
Hak hak!


T.NAMA,
Untunglah senyum-senyum.


PCS,
Baguslah rasa kerdil.
Jangan rasa besar sangat.
Hek!

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Penuh emosi. Dari awal sampai habis.

Penuh tusukan. Dari awal sampai habis jugak.

fuad ansari said... [Reply]

bagusnya orang bangla ni sebab depa ada sifat memuliakan tetamu.. Mmg takde masalah nak cakap2 agama bila jumpa depa.. depa pun dengar dengan tawajuh..

alhamdulillah... tak sia2 hamdan redah semak dan jumpa katak lompat-lompat.. mana tau kat akhirat nanti katak leh jadi saksi kepada hamdan yang wat keje agama..

Wafi said... [Reply]

untunglah hamdan... untunglah bijen.M

Batrisha said... [Reply]

Jazakallah....Jazakallah....

:')

Afida Anuar said... [Reply]

Keep it up!!

kalau semua nak dakwah depan komputer... yang takdak komputer tu cemane iyer dak?

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

*riak*

Wafi said... [Reply]

Tinggal solat adalah kmungkaran.. Solat adalah printah Allah.. Ajak org dtg solat adalah langkah pencegahan dr org tgl solat..

Hidayatullah said... [Reply]

untunglah ada bini mcm tu..

siti fairos jaafar said... [Reply]

Like...Like...Like...terbaek!!!

siti fairos jaafar said... [Reply]

Like...Like...Like...terbaek!!!

Bijen M. said... [Reply]

PENCHENTA,
Kau kekasih awal dan akhir.
Kau kekasih batin dan zahir.
La la la la!
>.<


FUAD A.,
Ikram depa kuat tuan.
Seronok ada depa kat sini.
Senang buat kerja dengan depa.


WAFI,
Bijen M. takdak kena mengena dengan Hamdan.
Heh.


BATRISHA,
Eh eh.
Bila lahir ke dunia ni Batrisha.
Rilek dulu.
Walid tak kahwin lagi.


AFIDA A.,
Macam kat India.
Gua tanya ada Fesbuk dak.
Depa pun tatau Fesbuk tu apa.
T_T

.

Bijen M. said... [Reply]

PCS,
:)


WAFI,
Haaa.
Boleh pakai point ni.
Untunglah~


HIDAYATULLAH,
Untunglah~


S.FAIROS,
Eksaited pulak dia.
Heh.

mhafiz_ydin said... [Reply]

Rumah favourite 2jam 1/2 aku:
Rumah kongsi Indon dan Bangla. Risiko kurang. Adoii...

Aishah Nur Hakim said... [Reply]

batrisha?!

:)

Wafi said... [Reply]

memang xda kaitan pun.. bijen M menulis cerita hamdan.. untungla bijen M tulis cerita hamdan..

menusuk hati said... [Reply]

oit!Bila nak bertanding jawatan PM?gua nak subsidi gula dan beras

Nina :) said... [Reply]

tak pernah terfikir pasal kerja mencegah, bukan menghukum. okeh minda dah terbuka lagi sikit. thanks. haha batrisha pun ada. walid dia la nih ajar blogging. kui2.

Bijen M. said... [Reply]

MHAFIZ Y.,
Ha ha ha.
Istighfar banyak tuan.
Nanti orang Melayu semua tarik kaki tuan tak bagi masuk syurga.
;)


AISHAH NH.,
Anak.
;)


WAFI,
Ha ha ha hampeh!


M.HATI,
Syura tak putus lagi.
:P


NINA,
Ha ha ha.
Bapak buncit, anak runcit.
Hak hak!

Anonymous said... [Reply]

Ya, mungkin karena itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...