10.10.11

Percakapan kejayaan

Pagi itu suasana di bulan seperti biasa. Setia berkongsi perasaan dengan temannya, Rokiah. Tetap terus merindu. Yang bulan rindukan pungguk. Yang Rokiah pula rindukan Haramain. Bila agaknya dia dapat ke kota suci itu ya?

Rokiah sedar. Bila dia dapat ke sana, impiannya sudah separuh tercapai. Tapi sampai bila? Sampai bila dia harus menunggu?

...

Pagi yang sama juga skuad peronda angkasa lepas menjumpai kapal angkasa Nordin yang terapung-apung di awangan. Kapal itu ditunda ke Pusat Angkasa Antarabangsa serta-merta. Nordin dibawa mengadap Tok Johny, Tok Penghulu Angkasa.

"Apa maksud kedatangan anda datang ke mari wahai anak muda?" tanya Tok Johny kepada Nordin.

"Err. Entahlah tuan. Bukan rancangan saya nak datang ke mari. Saya sebenarnya dalam misi hendak ke bulan," jawab Nordin dalam kebluran.

Dia tidak tahu macam mana dia boleh berada di situ. Sedar-sedar saja dari pengsan dia sudah nampak susuk tubuh Tok Johny yang sedang diapit dayang-dayang seksi.

"So apa rancangan anda selepas ini?" Tok Johny terus menanya.

"Beginilah tuan. Oleh kerana pertemuan kita pada hari ini pun tidak dirancang, tapi kita kena sedar bahawa ada perancang disebaliknya."

"Hari ini Allah SWT dengan sifat rahman dan rahimNya telah mempertemukan kita."

"Allah SWT telah menetapkan kejayaan saya, kejayaan tuan, kejayaan seluruh jin dan manusia hanya dalam agama. Dengan mentaati perintah Allah SWT, meninggalkan segala larangannya dan mengikuti cara Baginda SAW."

"Selagi kita bawa agama dalam kehidupan, insyaAllah kita akan berjaya di dunia dan di akhirat. Tak kiralah kita miskin ke, kaya ke, hitam ke, putih ke, orang bumi ke, orang bulan ke, selagi mana ada agama, selagi itu kita berjaya."

"Maka dengan itu, saya ingin menyeru tuan dan seluruh anak buah tuan untuk mengucapkan kalimah Lailahaillallah. Nescaya tuan pasti akan berjaya," Nordin menamatkan tasykilannya.

"Hmm. Pertama kali saya mendengar perkhabaran sebegini wahai utusan Tuhan. Akan saya fikirkan."

...

Benih yang berkualiti, bila dicampak di tengah laut akan jadi pulau. Bila dicampak ke dalam hutan akan wujud kampung. Make sense? Okebai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

20 comments:

Anonymous said... [Reply]

first



cikbukanbulan <3

Bijen M. said... [Reply]

Argh!
Pancing gua dekat FB sampai gua terlupa nak komen kat sini.
Grr!

fuad ansari said... [Reply]

bijak nordin bijak.. sebijak cikbukanbulan menggunakan pancing.... (",)

mungkin juga nordin lahir dari benih yg berkualiti.. (",)

CS said... [Reply]

org bulan pn bleh berjaya kalau d agama dlm diri....waaaaa....jap g nordin bentuk jamaah org bulan ke bumi....:))))

Ismi Ijmi said... [Reply]

sweet betul la pancing demo.
meme kawe baco pung terkait tek dale cerita.

haih..

siyesli,
puterabulan dan cikbulan.

Afida Anuar said... [Reply]

sixth!...

selagi ada agama.... moga Allah tak tarik balik nikmat terbesar yang dia kasi kat kita ni....

'Robbana La Tuzirg Qulubana Ba'da Hiz hadaitana Wahab lana Milladunnka Rohmah....'

ahLia teeeetttttt..... said... [Reply]

ni ending dah ker?

pe celop ngn rokiah lak?

mhafiz_ydin said... [Reply]

Org bulan pun kena keluar 4 bulan.

Bijen M. said... [Reply]

FUAD A.,
Cikbukanbulan lagi bijak dari Nordin gamoknya.


CS,
Dengar jemaah orang bulan macam jemaah geng hijau pulak.
Hak hak!


I.IJMI,
Ooo stalker.
Ha ha!


AFIDA A.,
Ninth!
Ameen ya Allah!


AHLIA T.,
Belum maaa~


MHAFIZ Y.,
Ha ha ha.
Kena hantar negara mana bro?

Norsha said... [Reply]

hebak nording !...patuk pung saodah frust...

BungaSahara said... [Reply]

Assalamualaikum..,

"Hari ini Allah SWT dengan sifat rahman dan rahimNya telah mempertemukan kita."

oo..so shweett.. ^_^

yelah tu nordin oi..cam mna leh tersepit rokiah di tgh2 ni.. ke konfius an tercipta.... huhu ;)

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Dah baca. Tapi tak tahu nak comment apa.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Bila dicampak ke angkasa menjadi bintang yang paling bersinar serta menyilaukan mata yang memandang.

Hidayatullah said... [Reply]

percakapan yg slalu ckp time keluar..tp time kt dunia luar.. segan dan malu.. ha3

Anonymous said... [Reply]

hmm.... =(

Bijen M. said... [Reply]

NORSHA,
Dok hebak mane.
Hok Allah belake.


B.SAHARA,
Alaikum salam.
Bacalah entri sebelum-sebelum ni.


PENCHENTA,
Lagi dua komen nak potong Afida Anuar.
Hak hak!


PCS,
Jadi black hole.
Hak hak lagi!


HIDAYATULLAH,
He he he.
Kena tambah korban lagi tuan.


TN,
Ni bakpe pulok ni?

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Lagi dua? Takde hal.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Sekarang ok tak?
HAHA

Bijen M. said... [Reply]

Ha ha!
Kerek napok.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

black hole kalau bintang telah mati. Bukannya lahir bintang yang menyinar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...