7.10.11

Nordin dan kapal angkasanya


بِسْمِ اللهِ مَجْريهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُوْرٌرَحِيْمٌ
“ Dengan nama Allah yang menjalankan kenderaan ini pada saat berlayar dan berlabuh,
sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”

(Baca majreha, bukan majriha. Tak faham, tanya ustaz!)

Dengan lemah lembut dan penuh tertib Nordin membaca doa naik kapal angkasa di atas. Disambung pula dengan wirid ringkas seperti Allahuakhbar berulang kali saat kapal tersebut nak naik. Doa ni Nordin memang amalkan bila naik kapal terbang mahupun kapal laut.

Kapal angkasa yang baru siap dibina itupun memulakan perjalanannya dengan steady. Satu-persatu lapisan atmosfera bumi berjaya dilepasi. Kelihatan bumi semakin lama-semakin mengecil dari pandangan atas.

"Ya Allah! Kecik konetnye bumi ni. Sekelip mata je Allah Taala boleh bagi hancur," Nordin bermuhasabah.

Maha Suci Allah yang menciptakan langit tak bertiang. Jenuh Nordin tercari-cari di mana tiang yang menjunjung langit, di mana tali yang mengikatnya. Memang tak ada. Hebat Allah ye dak?

Dipendekkan cerita, Nordin pun sampai ke ruang vakum angkasa raya. Namun demikian pengembaraan Nordin mencari cinta abadi tak semudah yang disangka. Kali ini Nordin diuji.

Tett tett tett tett tett!

Siren amaran kapal comelnya itu berteriak kuat. Rupa-rupanya keadaan di angkasa tidak sama dengan keadaan di bumi. Memanglah tak sama kan! Di sini, kapal angkasa Nordin diminta untuk bekerja dengan lebih giat bagi mengemudi pelayarannya. Maka dengan itu baterinya cepat habis. Nordin pula terlupa memasang panel solar pada kapalnya itu.

"Duhh! Astaghfirullahalazim." Nordin tepuk dahi cuba memaafkan diri.

Kini kapal angkasanya hilang dari kawalan dibawa terapung-apung di ruang angkasa itu oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Keadaan Nordin pula semakin lemah kerana tidak biasa dengan sistem pengudaraan yang terhad di sana. Lalu Nordin pun terpengsan.

...

Sementara itu, orang-orang Bumi sedang gempar dengan berita kehilangan seorang artis top Malaysia di hari pernikahannya. Berita yang memenuhi muka depan kebanyakan akhar-akhbar tabloid tempatan itu berjaya menenggelamkan hangatnya bahang pembentangan Bajet Belanjawan 2012. Portal MalaysiaKini gua tak sure masuk tak berita ni.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

21 comments:

Anonymous said... [Reply]

“ Dengan nama Allah yang menjalankan kenderaan ini pada saat berlayar dan berlabuh,
sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”

Dengan lemah lembut dan penuh tertib Nordin membaca doa naik kapal angkasa di atas. Disambung pula dengan wirid ringkas seperti Allahuakhbar berulang kali saat kapal tersebut nak naik. Doa ni Nordin memang amalkan bila naik kapal terbang mahupun kapal laut.

Anonymous said... [Reply]

aaaaaaa~

malasla layan nordin ni




;p

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Eeeee....


Geram2.
Napa buat citer kontot kemetot jek skrg ni?

Aih~~ (neves tau tnggu)

beautiful_rose said... [Reply]

cerita tergantung lagi ke ni? -_-"

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Lalalalalalalala. Berapa sebiji buku kau? Nak tunggu kau post kat sini lambatt. T__T Haha

Bijen M. said... [Reply]

Seploh hengget laku dak?

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Kalau duploh hengget pun laku yeah :)

CS said... [Reply]

hmmmm nordin kene check balik kot ejaan doa naik kenderaan tu...bunyi bacaan (majreha) dh betul, cuma tulisan if xsalah, kurang tepat...~~~tiada huruf 'ya'...hanya diletakkan tanda berbentuk diamond``

Bijen M. said... [Reply]

TN 12:38,
Hek!
:P


ARA,
Masa makin singkat nak buat cerita panjang mengerbang.
:D


B.ROSE,
Cerita lengkap, tapi boleh bersambung.
:)

PCS,
Hak hak hak!
Tengoklah kalau Allah bagi peluang.


CS,
Saya check dalam sesetengah ayat dia memang ada huruf ya.
Cuma ada yang ada titik, ada yang tak ada titik.
Kesimpulannya, kita kena belajar lagi dengan orang alim.
He he he.
Jzkk mengingatkan.

CS said... [Reply]

hmm akk dh check dlm buku2 doa bese d byk versi,,,tp dlm AQ mmg xde ya...InsyaALlah nnt boleh dimuzakarahkan/ditanya dgn org yg lebih alim..

Bijen M. said... [Reply]

CS,
He he he.
Senang cerita doa itu boleh dirujuk AQ, Surah Hud ayat 41 ye kawan-kawan.
Sekiang!

Hazwan Arif said... [Reply]

Nordin Ahmad tu kah?

patut ar dia hilang tibe2

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Peh! Aku baru bagi cadangan, dah ada orang nak beli dah.
Haha. Ni kalau laku ni, ingat2 lah kat aku. Hahah.

Norsha said... [Reply]

nampaknya nordin kena berguru dgn angkasawan negara....

Anonymous said... [Reply]

Haish.. apa kena mengena dengan artis pulak nih.

..::♥hidayati♥::.. said... [Reply]

baca majreha sbb hukum tajwid nya 'IMALAH' bacaan msti condong sedikit..kalu jmpa bertanda seakan 'diamond' pd mna2 ayat,msti dibaca IMALAH @ CONDONG ,
sekdr berkongsi :)

Afida Anuar said... [Reply]

Nordin...Nordin...

nam said... [Reply]

sambungan plezzz... (",)

Bijen M. said... [Reply]

HAZWAN A.,
Nordin Sulong bro!
Nordin Sulong!


PENCHENTA,
Bolehlah simpan duit buat kahwin ye dak?


NORSHA,
Ha ha ha.
Tengah berguru ni.


T.NAMA,
Adalah...


AFIDA A.,
Afida Afida...


NAM,
Sabau!

HijabRockers said... [Reply]

=) sabar apis.... kumemahami cerita ini

Bijen M. said... [Reply]

HR,
Innallahama'assobirin.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...