4.10.11

Malam pertama Saodah.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Saodah kini sudah sah menjadi suri di hati Salim. Sudah lama beliau menantikan detik indah dan bahagia ini. Sudah lama beliau bersabar. Sudah lama!

Kenduri Saodah dan Salim simple-simple saja. Mas kahwin satu dinar emas saja. Hantaran pun tak ada apa sangat. Lepas akad nikah, langsung kenduri di buat di perkarangan masjid. Sangat simple sampai orang ingat itu kenduri tahlil akhir zaman.

"Salim! Salim oi!"

Kedengaran suara memanggil Salim dari arah belakang. Salim berpaling.

"Oh Kasim! Sampai juga kau ye. Yang lain mana? Nordin? Sarip?" Salim menduga Kasim.

"He he! Sarip ada kat belakang. Pi cari parking tadi. Kejap lagi beliau sampai. Nordin tak dapat datang. Beliau kirim salam ke kau dan bini. Dia sekarang on the way pergi bulan."

"Eh pergi bulan? Kejadah apa beliau ke sana? Buang tebiat?"

"Entah beliau. Dah berbuih kami tanya. Beliau asyik senyum sorang-sorang saja."

****

Perasaan girang Saodah tetiba bertukar jadi tak girang sejak mendengar perkhabaran itu. Ada benda berat sedang difikirkannya secara berhempas pulas.

Nama Nordin itu seakan familiar bagi dirinya. Nama yang pernah menjadi igauan suatu ketika dahulu.

"Ahh! Tak mungkin Nordin Sulong. Tak mungkin!" bisik Saodah dalam hati cuba menipu diri sendiri.

Salim yang sedar perubahan pada diri Saodah cuba menduga. "Kenapa ni sayang. Tiba-tiba je muram. Tak suka kahwin dengan abang ke?"

"Eh tak ada apalah. Hish abang ni. Janganlah cakap macam tu," jawab Saodah sambil berlari pantas menuju ke arah jamban masjid.

Sambil menumbuk-numbuk ke dinding, Saodah berwirid berulang kali "Cilakak lu Nordin! Cilakak lu Nordin!"

.

Di latar tempat yang lain, Nordin menyanyi lagu 'Ikan K K Mak Iloi-Iloi' sambil mendrive kapal angkasanya menuju ke bulang.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

23 comments:

Anonymous said... [Reply]

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Saodah kini sudah sah menjadi suri di hati Salim. Sudah lama beliau menantikan detik indah dan bahagia ini. Sudah lama beliau bersabar. Sudah lama!

Kenduri Saodah dan Salim simple-simple saja. Mas kahwin satu dinar emas saja. Hantaran pun tak ada apa sangat. Lepas akad nikah, langsung kenduri di buat di perkarangan masjid. Sangat simple sampai orang ingat itu kenduri tahlil akhir zaman.

School Of Tots said... [Reply]

What is the moral of the story?

Amin Baek said... [Reply]

ada sambungan ke bijen?

haha..

beautiful_rose said... [Reply]

cerita tergantung ke ni? harap ada sambungan....hihihi =p

Norsha said... [Reply]

mungkinkh saodah menyesal berkawen dgn salim atau dia teringin nk ikut nordin ke bulan?....lenkali buat istikharah dulu....

Afida Anuar said... [Reply]

macam tu pulak? layann...

Ismi Ijmi said... [Reply]

simbolik sungguh.
melepas saodah nak naik kapal angkasa.
tu yang bengang sangat tu,heh

NooR AzLen BinTi HaRoN said... [Reply]

assalammualaikum..

agaknya knp saudari Saodah ya??

CahPen said... [Reply]

Uih.. Ingatkan dah abis. Ada lak konflik dia. Baguih2.. ;P

Cik Jari said... [Reply]

aaaaa..tak paham...tak paham... nape pulak dengan nordin? ex bf saodah ke??

GigiWangi said... [Reply]

Heh

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Kelakar. Hmm, jodoh telah ditentukan Tuhan, kalau dia bukan milik kita, terimalah dengan redha, bukan menghina.

CKB said... [Reply]

aaahh...gua x bpe nk clear ah

Mz Aisya said... [Reply]

Saodah nak kahwin, sebelum ni bercinta dnegan nordin tapi sebab nordin nak ke bulan, dia xmau nikah dengan Saodah sebab nanti dia kena bayar extra tuk Saodah. Sebab kena rejek dengan Nordin, Saodah kawen dengan Salim sebab dia nk kawen sangat.

Bila Nordin bebetul ke bulan, dia bengang sbb x pat ikot.

oh, camne cite sbnr?

haha

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Kau memang nak tulis novel pulak ke? T__T

siti fairos jaafar said... [Reply]

mula2 baca - saya xclear..
pas baca sume komen - mcm ada la hint sket2..
pape pn,jodoh tu dh ditentukn..brsyukur dgn jodoh yg Allah kurniakan kepada kita..just doa n usaha semoga ikatan perkahwinan itu kekal abadie sampai ke syurga..:)

p/s:cepat2 sambung..nak baca lagi..tulis panjang2 sket..wat konflik bebyk sket..mula2 jd komik..pasni bleh tls novel plak..hik3..

ahLia teeeetttttt..... said... [Reply]

ex-makwe kwen ker?

BungaSahara said... [Reply]

Assalamualaikum,,,
i don't get it :)

p/s: mana dgr ana nak walimah ni? jemput dtg ye... email blh.. ana email peta.. tp agak2 dpt smpai x? huhu

Bijen M. said... [Reply]

B.SAHARA,
Just wait and see.
He he.
Dunia sekarang dah tanpa sempadan beb.
Bila tah walimah?
Boleh cuba send ke emel notasiku@gmail.com
Tapi jangan hukum wajibkan datang.
Tak mampu ambe.
:D

fuad ansari said... [Reply]

ada sambungan ke cerita ni...??

nampaknya, kena simpan dulu la komen utk episod seterusnya... (",)

Bijen M. said... [Reply]

S.O.TOTS,
You can find by yourself through further reading.
Sure?
:)


AMIN B.,
Dah ada.
Ha ha.


B.ROSE,
Tergantung lagi.
Hihi!


NORSHA,
He he.
Jangan buat kesimpulan awal.
Kesian orang.
;D


AFIDA A.,
Macam ni lah Fida oi.

Bijen M. said... [Reply]

I.IJMI,
Hak hak!
Tolong jangan kaitkan dengan sesiapa ya.


N.AZLEN,
Alaikum salam.
Tunggu dan baca.


CAHPEN,
Dunia ni tak akan habis.
Tetapi tetap akan habis.
Ha ha ha.
Faham tak agak-agak ayat di atas?


C.JARI,
Tunggu dan baca.


GIGIWANGI,
Huh!

Bijen M. said... [Reply]

PCS,
Hehek.
Ini realiti bai!
Realiti!


CKB,
Kena banyak mengkaji!
:)


PENCHENTA,
Telenovela kot.
Hak hak!


S.FAIROS,
Hah!
Allah bagi faham.
Alhamdulillah.


AHLIA T.,
Hoi!
Hoi ya hoi, hoi ya hoi!
Mari kita gumbira.
Hoi hoi ya!


FUAD A.,
Hehek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...