31.10.11

Lihat bintang itu

Tok Johny kini memakai nama Yahya setelah memeluk Islam. Bininya, Mary, ditukar menjadi Maryam. Anak gadisnya pula diberi nama Hajar berbanding nama lama, Hagar. Nama-nama orang lain tak payahlah ceritalah pasal banyak sangat.

Nordin menghabiskan masanya di Pusat Angkasa tersebut dengan mengajar warga angkasa dengan perkara imaniyat, ibadat, mu'amalat, mu'asyarat, dan akhlakiat. Walaupun Nordin bukanlah seorang yang handal ilmu agamanya, dia cuba juga mengajar apa saja perkara setakat yang diketahuinya. Dia takut-takut nanti segala ilmu yang diketahuinya akan dihisab oleh Allah Taala. Nabi SAW kata, sampaikan darinya walau satu ayat.

Yalah. Nak tunggu pendakwah-pendakwah femes datang dakwah, sampai bila pun tak tahulah. Nak tunggu orang politik yang beragama datang? Jangan haraplah. Orang-orang nasyid? Album dekat negara sendiri pun tak meletup. Untunglah juga Jakim anjurkan program Jemaah Orang Asli. Bolehlah Nordin cuti kerja lama sikit nak jalan-jalan.

.

"Nordin, mari pakcik bawa kamu jalan-jalan pusing angkasa nak?" offer Pak Yahya.

"Wah! My pleasure pakcik, my pleasure," Nordin sambut ajakan tersebut dengan bersemangat sekali.

"Oke! Nanti lepas Asar kita jalan-jalan ziarah ruang angkasa jumpa umat ya," Pak Yahya membalas.

"Baik pakcik! By the way pakcik. Saya nak guna internet kejap. Dah lama tak check emel. Boleh?" pinta Nordin.

"Oh boleh. Tak ada masalah. Ambillah iPad pakcik kat meja sana tu."

"He he. Jazakallah khair."

(Jangan tanya gua macam mana solat dekat angkasa lepas. Boleh tanya Dr. Muszaphar untuk maklumat lanjut)

.

Nordin buka portal Hakhakdaily.net. Portal sensasi negara. Nordin tengok tajuk berita paling pemes, berita tentang kehilangan seorang artis top Malaysia di hari pernikahannya. Nordin cuma geleng kepala mengenang perkara yang terjadi masa kini.

Tiba-tiba naik satu emel dalam inbox Nordin. Saodah yang hantar.

"Pekejadahnya Saodah hantar emel pulak ni," Nordin cakap dalam hati.

Emel Saodah berbunyi:

"Cilakak lu Nordin! Ha ha ha. Pergi bulang dok kabo. Gua nak kirim kat lu ni. Btw gua nak bitau gua dah nikah dengan boipren gua ni, Salim. So nanti lu turun bumi jangan lupa bagi kitorang hadiah bijirin bintang paling enak di alam semesta tau! Kalau tak, gua unfriend Fesbuk. Okebai!"

Haih! Hampeh punya perangai Saodah ni. Main ugut-ugut pulak.

.

Seperti yang dirancang, Pak Yahya bawa Nordin jalan-jalan pusing angkasa naik kapal angkasa. Turut bersama mereka, 3 lagi orang bawahan Pak Yahya.

Mata Nordin sejak dari tadi memandang ke arah bulan. Hatinya asyik mengatakan ada sesuatu di sana.

"Nordin! Tu tengok gerombolan bintang tu. Tu namanya buruj biduk. Yang sebelah tu pulak buruj pari. Orang dekat bumi guna bintang sebagai penunjuk arah ketika belayar. Namun seiring dengan teknologi, orang dah tak tengok bintang dah. Depa sekarang tengok kompas, GPS dan sebagainya. Kalau dulu mereka tengok bintang, kena mendongak. Tapi sekarang makin menunduk dengan teknologi."

Teringat Nordin akan sabdaan Nabi SAW. Katanya, para sahabatnya umpama bintang di langit. Selagi kita mengikut mereka selagi itu kita tidak akan sesat. Padanlah orang sekarang makin sesat. Makin menunduk dengan teknologi. Dah tak pandang kebesaran Allah SWT gamaknya. Makin menunduk dengan teknologi.

.

"Pak Ya! Ce drift rapat sikit ke bulan. Saya nampak sesuatu." Nordin menjerit.

"Huh!?" Pak Yahya kempius.

"Tu, tu! Siapa tu?" Nordin mencucuk-cucuk jari telunjuknya ke cermin tingkap menunjuk ke arah sesuatu.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

Anonymous said... [Reply]

Tok Johny kini memakai nama Yahya setelah memeluk Islam. Bininya, Mary, ditukar menjadi Maryam. Anak gadisnya pula diberi nama Hajar berbanding nama lama, Hagar. Nama-nama orang lain tak payahlah ceritalah pasal banyak sangat.

Norsha said... [Reply]

lama tak update blog? pi dakwah ke bulan rupanya....mcm2 nordin ni, nampak sapa pulak kat tingkap tu...?

imejin said... [Reply]

pokcik bongkok ko tu?

Afida Anuar said... [Reply]

Jumpa little grey man ka kat bulan tu? he he.

NooR AzLen BinTi HaRoN said... [Reply]

:-)

Anonymous said... [Reply]

lamanya tak update.sibuk ek?

oh ada apa dengan bulan...

|| A r a W a n i || said... [Reply]

eeeeeeeeeeee...
geeeram!

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

suspen je banyak. haha..

fuad ansari said... [Reply]

nordin, nordin..
orang lain pegi hujung2 dunia...
dia pegi atas2 dunia...

apa2pun, keep it up..

p/s: bawah dunia pun boleh pegi gak.. (",)

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Jangan cakap Nordin jumpa Bijen kat sana. Hak3.

mhafiz_ydin said... [Reply]

Neil Armstrong..

Hidayatullah said... [Reply]

nordin keluar 40hari kat sane ke.. brape korban..ha3

Wafi said... [Reply]

keh keh... menuju ke langit.. semakin dekat semakin dekat..

Syuhadah Azri said... [Reply]

Nordin nampak siapa pulak tu?

Bijen M. said... [Reply]

NORSHA,
Tengah ambil mood dekat dalam gua.
Heheh!
Tunggulah, tunggu.


IMEJIN,
Hai kekasih lama.
Hari tu gua lepak KLCC jumpa Fayadh.
Lepas tu Fayadh bawa dua awek nama Anne dan Lala.
Gua pun tanya depa, nampak Tort dak.
Depa cakap...


AFIDA A.,
Nampak...
Nampak...
Argh!

N.AZLEN,
;D


T.NAMA,
Ada lah.
Ha ha ha!

.

Bijen M. said... [Reply]

ARAWANI,
Hek hek hek!


PCS,
Biase bro!


FUAD A.,
Tunggulah jemaah bulan Nordin tasykil.
Jemaah roket, jemaah dacing dan sebagainya.
Hak hak!


PENCHENTA,
Tak cakap.
Tulis je mampu.


MHAFIZ Y.,
Neil Amstrong kena semunyik dek Nasa.

.

Bijen M. said... [Reply]

HIDAYATULLAH,
KOrban Jakim sponsor.
Hak hak!


WAFI,
Sabaq sabaq!

SYUHADAH A.,
Nampak makwe.
;D

.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

uiks encik bijen bila masa ambo jadi "bro"

ambo perempuan la. uhuk.. terbatuk jap.

Bijen M. said... [Reply]

PCS,
Ha ha.
Tahu.
Semua orang gua panggil bro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...