19.10.11

Kisah 2 jam setengah.

15 minit lagi bakal masuk waktu Maghrib. Hamdan yang sejak pulang dari pejabat tadi memang tidak sempat berehat lama di rumah. Dia kini sudah segak berpakaian Sunnah siap sedia untuk ke masjid.

Begitulah rutin harian Hamdan. Balik-balik rumah hanya sempat melepak sekejap saja melayan kerenah anak-anak. Dia sedar. Selepas mencari keperluan dunia, ada lagi kerja menantinya.

Kadang-kadang dia mengeluh juga. Mengapa dia tidak seperti orang lain. Lepas balik kerja boleh berehat senang-lenang di rumah. Yang dia pula, kena keluar lagi sambung kerja yang ditinggalkan Nabi SAW.

"Takpelah Hamdan. Dunia ni bukan tempat senang-lenang. Lu nak hepi-hepi nanti dalam syurga."

Itulah kata-kata penyedap hati yang selalu Hamdan ulang-ulang dalam hati bila merasa penat.

...

Sebelum melangkah keluar dari pintu rumahnya dia menemui bininya di dapur.

"Ayang. Abang pergi masjid dulu. Macam biasa, 2 jam setengah. Dalam pukul 9.30 malam abang balik insyaAllah," Hamdan berpesan kepada bininya yang kiut itu.

"Oke abang. Elok-elok."

"Ingat pesan abang. Walau apa jadi sekalipun jangan cari abang. Rumah terbakar ke, ribut taufan ke, nuklear meletup ke jangan kacau masa 2 jam setengah abang oke? Abang off henpon."

"Oke abang. Elok-elok."

...

Siti pula macam biasa. Lepas solat Maghrib terus dia sambung amalan infradinya. Dia sedar betapa pentingnya amalannya waktu itu. Ibarat sebuah generator yang membuat hubungan roh dengan Allah Taala tatkala lakinya sedang keluar buat hubungan dengan manusia. Saling bergantungan antara satu sama lain. Simbiosis orang Sains kata.

Inilah dia habluminallah, habluminannas.

...

Bedebuk!

Tiba-tiba Siti mendengar bunyi kuat seperti nangka busuk jatuh dari arah ruang tamu. Siti cepat-cepat bangun dari sejadahnya keluar bilik.

"Ya Allah. Haikallll," Siti menjerit tidak keruan.

Allah nak uji. Anaknya jatuh tangga dari tingkat atas. Kini keadaan Haikal tidak sedarkan diri. Siti jadi gelabah, tidak tahu apa nak dibuat.

Siti mengangkat Haikal lalu meletaknya di atas katil. Mata Siti dah mula bergelumang air mata. Sedih ada, risau ada, gelabah ada, semuanya ada. Mixed omputih kata. Dia segera mendapatkan henpon untuk meroger lakinya.

01952....

Argh! Siti berhenti menekan butang henponnya. Tiba-tiba dia teringat pesan lakinya yang tak mahu diganggu. Huk! Dengan siapa lagi dia mahu mengadu?

...

Siti masuk ke bilik mandi. Dia memperbaharui air wudhunya. Kain telekungnya disarungkan semula. Tempat pertapaannya tadi dijejak lagi. Dia memulakan solat 2 rakaat dengan penuh perasaan hiba.

...

Sujudnya kali ini cukup lama.

"Assalamualaikum warahmatullah," Siti berpaling ke kanan.

"Assalamualaikum warahmatullah," Siti berpaling ke kiri.

"Opocot!" Siti terkejut tiba-tiba. Haikal berdiri di tepi pintu memandangnya. Melihat ibunya selesai solat, terus Haikal berlari memeluk ibunya sambil nangis teresak-esak. Siti turut sama menangis tanda kesyukuran.

...

Dipendekkan cerita, lakinya pun pulang ke rumah selepas selesai kerja di luar. Siti cepat-cepat mendapatkan Hamdan memeluk lakinya itu dalam esakan tangis.

Hamdan pelik dengan gelagat isterinya itu.

"Pehal ni tetiba?"

"Abang. Minta maaf abang. Kalau dulu saya asyik mengharap dengan makhluk saja. Tapi hari ini abang dah ajar saya mengharap dengan Allah saja. Terima kasih abang."

"Err. Abang pun minta maaf. Selama ni abang ajar ayang mengharap dengan abang saja. Sepatutnya dari dulu lagi abang ajar ayang bahawa hanya Allah tempat mengharap."

Sambil membalas pelukan, Hamdan pun mengucup dahi bininya. Haikal menyaksikan fenomena itu dari jarak jauh sambil bertepuk tangan. Maka begitulah nak dijadikan cerita.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

25 comments:

Anonymous said... [Reply]

15 minit lagi bakal masuk waktu Maghrib. Hamdan yang sejak pulang dari pejabat tadi memang tidak sempat berehat lama di rumah. Dia kini sudah segak berpakaian Sunnah siap sedia untuk ke masjid.

Begitulah rutin harian Hamdan. Balik-balik rumah hanya sempat melepak sekejap saja melayan kerenah anak-anak. Dia sedar. Selepas mencari keperluan dunia, ada lagi kerja menantinya.

Anonymous said... [Reply]

My 1st comment here sbb post ni so so so sesuai with what I'm going through now... Allah is enough for me..

buDAK keCIK said... [Reply]

the power of doa...

Afida Anuar said... [Reply]

Bijen... terima kasih.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Sedih betul cerita ni tapi penuh dengan tauladan. :)

nam said... [Reply]

tawajjuh2...

makhluk tiada kuasa, Allah ada kuasa..

Berharap pada Allah, maka Allah penuhkan harapan kita.. (",)..

like this entry..

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

Teringat kisah Ummu Sulaim, isteri Abu Talhah..

Abu Talhah keluar pergi masjid jugak, macam Hamdan, Ummu Sulaim tinggal dekat rumah jugak macam Siti, jaga amal, jaga rumah, jaga anak..

Hamdan balik, Haikal hidup sihat, Siti sambut Hamdan nangis2..

Abu Talhah balik, Abu Umair meninggal, Ummu Sulaim sambut Abu Talhah dengan dandanan cantik & muka cool, n bagi layanan terbaik seorang isteri kepada suami..

Haikal tengok Hamdan n Siti dari jauh..

Tiada Abu Umair untuk tengok abi dan ummi dia, tapi ada Allah dan para malaikat tengok Abu Talhah n especially Ummu Sulaim dari arasy, with great amazement n bless..

em said... [Reply]

inche, terima kasih.
insyaAllah semoga kali ini yang betul2 terkesan terus. yang paling2 diingat.

fuad ansari said... [Reply]

dulu pernah masa keluar jemaah, masa jalan2 lepas asar, beli goreng pisang rm2 je pun(teringin sgt nak makan).. sampai surau, kebetulan jemaah lain tgh minum petang..aku pun bagi la goreng pisang tu.. dengan niat ikram, aku pun buat air lagi.. ada la dekat 10 orang dok sibuk makan.. nampak macam akan habis dengan sekelip mata je goreng pisang tu.. sedang tunggu depa habis makan, dalam keadaan yg teringin nak makan, pujuk hati, Allah ada.. Allah faham.. insyaAllah kalau ada rezeki ada lah..

lepas depa habis makan, maka aku pun pergi kat talam tu.. aku tgk, goreng pisang tu seakan2 tak disentuh.. banyaknya yg tinggal.. walhal 10orang dok makan.. (pelik2..) maka, aku pun makan dengan berseleranya.. hebat Allah, hebat... (",)

CS said... [Reply]

masih dan sedang belajar...byk sesi tarbiyah yg Allah hantar...byk fobia yg dh kurang, kerana sudah belajar yaqin Allah Yang Maha Berkuasa..

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Jazakallah, encik. MasyaAllah.

Norsha said... [Reply]

Aduhai.....teringat kat suami yg tgh berkelana....harap pd Allah, jgn harap pada manusia....

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Tahniah kerana berjaya komen.
Hak hak!


B.KECIK,
The power of imaan.


AFIDA A.,
Sama-sama sama.


PCS,
Sedih rupanya cerita ni.
Hak hak!


NAM,
Berharap dengan makhluk, Allah jeles dengan kita.
;)

.

Bijen M. said... [Reply]

A.ADAM,
Nice elaboration.
Jzkk.
;)


EM,
Sama-sama.
Semoga berjaya.
;)


FUAD A.,
Tunai hak orang, Allah jaga hak kita.
Hebat Allah.
;D


CS,
Dapat Allah, dapat segalanya.
:)


PENCHENTA,
:D


NORSHA,
Selamat menunggu malam pertama!
Hak hak!

penchacaiz said... [Reply]

salam tuan bijen,

kisah yang tuan coretkan ni ada kesamaan dengan kakuzari yang saya dengar2 sebelum nih...kejadian tu terjadi di thailand kalau tak silap. wallahualam.

Husaini said... [Reply]

mmg byk kisah2 mcm ni berlaku bile dgr karkuzari..sume kadang2 mmg susah nk diterima akal..tp kena yakin Allah tu maha kuasa.masa ni la nk betulkan iman yakin kita kat Allah..mcm mane kita yakin dgn pertolongan ghaib Allah dkt nabi dan para sahabat, pertolongan yang sama Allah boleh buat kat sape2 pon..ye dak..

HijabRockers said... [Reply]

This ai laik. =)

Anonymous said... [Reply]

amalan infradi tu apa?
apa antara amalan2 yg nak buat...

Bijen M. said... [Reply]

PENCHACAIZ,
Salam tuan.
Karkuzari ni saya dapat dari orang Indonesia waktu keluar dekat India.


HUSAINI,
Betei.
Macam-macam Allah boleh buat.
Gandum boleh keluar dari pengisar pun Allah boleh buat.


HIJABROCKERS,
Cece nak kawen.
Cece.


T.NAMA,
Kita tunggu Umma-Ali.
Dia expert bab-bab ni.

penchacaiz said... [Reply]

eh...haha. kakuzari ni dari orang indonesia jugak la.. depa kuar ipb sebelum puasa kalau x silap. saya yg igt2 lupa kot. huhu

Anonymous said... [Reply]

tunggu Umma-Ali terang kan ke?
antara amalan2 infradi apa bole buat?

Wafi said... [Reply]

siti memang kool!

Umma-ali said... [Reply]

Assalamualaikum tuan bijen ni memang...bole aje dia trgkn apa amalan2 infradi tu...umi rs dah tlebih pandai dah skrg dia ni selok belok masturat...byk sungguh persiapan nya...smoga berkat...
I x brp mahir, cm apa yg elders pesan pd masturat/wanita yg mahramnya sdg buat usaha dakwah org kampung atau dkwah jauh dr kampung...pokoknya sdg buat dakwah lah...kita bykkn baca yasin n alquran...di samping zikir n amaln rohaniat yg lain...klu mampu solat hajat n puasa sehari sebelum hari gasyt/ziarah rumah ke rumah... bila dah sudah suami dakwah, tnya lah siapa nama2 org yg suami jumpa n dakwahkan..supaya mlm masa tahajjud kita pulak doakan org2 tersebut n sebut nama2 dorg... umpamakan kita di rumah sebagai suis n perjalanan suami kita sbagai arus elektrik...klu suis tak pasang...arus elektrik tak mengalir walau pun wayarnya panjang berkilometer sampai bole masuk perigi buta, atau naik ke gunung kinabalu...tapi kalau suis hat kat umah tak pasang, tinggal wayar je la...takkan menyala lampu dlm perigi buta tu, ataupun atas puncak gunung tu...
dgn adanya amalan2 rohaniat dari rumah, maka dakwah sang suami/lelaki akan ada kesannya...insyaAllah...bercahaya lah percakapnnya walaupun suami kita tu gagap atau sengau, namun asbab suis yg power, insyaAllah lampu hidayat akan menyala terang...
sekian...semoga saya sendiri dpt amal n sampaikan...amin...

Bijen M. said... [Reply]

PENCHACAIZ,
Ha ha.
Saya balik dari IPB 2 minggu sebelum puasa.


T.NAMA,
Ha ha ha.
Umma-Ali dah sampai.


WAFI,
Don't givap, oh Siti don't givap!
Givap!
Hek!


UMMA A.,
He he he.
Itu dia elders dah mai.
Jzkk!

Anonymous said... [Reply]

Ohhh.baru faham apa tu amalan infradi.jazakillah ummi.inshaAllah semoga Allah bg kekuatan utk sy amalkan juga. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...