14.9.11

Temuduga calon madu.

"Bos! Calon madu dah sampai."

Tiba-tiba suara cik clerk yang masih bujang itu menerjah manja ke telinga gua dari hujung pintu opis yang terbuka.

"Okeh! Suruh dia lepak dulu selawat bebanyak. The session gonna be very tough. Kah kah kah! (Gelak lahanat)"

Gua buka internet laju-laju untuk Gugel bank soalan interview yang terhangat di pasaran.

****

Pagi tersebut gua kena interview satu calon untuk isi satu position kosong dekat kampeni. Dan calon yang datang tu pula adalah junior gua dekat universiti dulu. Ciss! Nasib baik dia tak kenal sangat gua.

Oke! Tiba saat temuduga berlangsung. Gua rasa soalan pertama yang patut gua tanya adalah perihal tentang solat. Solat fardhu 5 waktu jaga ke tak?

Kalau berjaya soalan ni, soalan-soalan lain insyaAllah lepas. Tapi kalau awal-awal dah tak lepas, sorry to saylah.

Ha ha ha! Agak-agak lu orang kejam tak soalan tersebut?

****

Sesungguhnya di hari akhirat kelak amalan pertama yang akan dihisab adalah tentang solatnya. Kalau solat lepas, amalan lain akan dikira. Tapi kalau awal-awal dah tak lepas, amalan lain jadi sia-sia.

Solat umpama raga. Kalau raga berlubang, isi dalam raga pun akan jatuh terburai. Sia-sia dok usung sana-sini.

Oke! Macam mana pula bab orang yang berpuasa di bulan Ramadhan tapi tak bersolat? Jeng jeng jeng!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

33 comments:

alien said... [Reply]

calon madu?
apakah?

Ismi Ijmi said... [Reply]

alien, calon untuk position yang sama.

hehe, Tuan blog ni dah jadi bos, tunggu jela walimah die, misti grand dek nak jemput geng2 kerja sepangkat seangkatan. tak gitu tuan blog.heh,..

solat 5 waktu punya soalan taklah kejam sangat kalau dia jaga solat.

Bijen M. said... [Reply]

Siotlah tak dapat first.
Internet ni buat lawak pulak.

Calon untuk dimadukan dengan si clerk bujang tu.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Assalamualaikum.
memacam sungguh.
dh tunang, buat cara dh tunang cek uii.
(",)

CahPen said... [Reply]

perlu ke jadi orang 1st? takde keje tul mu ni.

tak kejam pun soalan tu. nanti ambe nak tanya soalan tu kat bakal suami ambe la. hehe

Bijen M. said... [Reply]

ALIEN,
Dah dijawab.

I.IJMI,
Makan nasi dagang je takdelah grand sangat.
:D

U.MARDHIAH,
Alaikum salam.
Ni celah mana dah bertunang ni?
T_T

CAHPEN,
Perlu sebab nanti kalau share dalam FB dia akan retrieve komen first.
So jadi huduh.
Haa.
Soalan intebiu calon suami.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Keh3.

Ada kisah tokei cina intebiu budak Melayu. Dia tanya,
"You kalau waktu sembahyang macam mana? Mau berenti ka?"

Budak tu jawab,
"Itu solat tak apa, saya buat lain kali. Kalau dapat kerja ni, saya akan kerja sungguh-sungguh"

Dia berharap dapat job tu dengan membodek dan mengenepikan tanggungjawab utama, jawapan bos,
"Kalau itu sembahyang pun you boleh ketepikan, macam mana you nak ambik tanggungjawab lain?"

Kool itu bos! :)

cik_paan said... [Reply]

kalau tanggungjawab solat pun boleh main cilok sana sini,tuang sana sini... tanggungjawab lain apatah lagi, huh?


ko dah tunang ke? *muka penuh ingin tahu

CS said... [Reply]

hamboi---hamboi....caon madu no bape?oooo... no 4...tahniah la~

**:::..nur..:::** said... [Reply]

Haha.. lawok la komeng2 atas tu seme. =) i loike!

UmmuAisya said... [Reply]

doa tadi untuk cari madu ke

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Soklan interbiu tu ingatkan aku masa nak interbiu keje kat TM dlu..tukang interbiu adalah seorg brpangkat besaq brstatus haji..

"Sila baca doa qunut.."

hahahahahahahahhahahha...
bila nmpak haji tu msti nak trgelak..Penat ja aku belajar mngenai TM kat abah aku..hahhahaha

fuad ansari said... [Reply]

sape nak masuk keje kat uia tau la nasib soalan interview camne...

1) dia akan tanya merokok ke tak.. kalau cakap merokok, dia cancel awal2.. malangnya, ramai yg menipu.. aduyai..

2)dia akan tanya soalan2 agama(isi borang pun dah ada byk soalan2 agama..)..semakin moden dan seksi penampilan, semakin byk soalan agama.. (",)

p/s: risaunya tu la, ramai yg menipu je kalau tanya soalan macam tu.. mungkin kita test bacaan solat.. (",)

Hidayatullah said... [Reply]

company mne nh..bgs btol tnye psl smyg..lol

Bijen M. said... [Reply]

PENCHENTA,
Ada kisah juga satu orang yang jaga janggut bila kena interview dengan bos Cina.
Nanti ada masa gua cerita insyaAllah.

C.PAAN,
Belum.
Muka penuh serius.

CS,
Setakat ni ada 3 clerk dan 1 receptionist yang masih bujang.
Woh!
Cukup 4 fitnah.
T_T
(Kena kawen cepat-cepat ni)

NUR,
I loike komeng yu!
:D

U.AISYA,
Ceh!
Tu nak doa hidayat seluruh umat.
Secara jamak, bukan sensorang.

Norsha said... [Reply]

temudaga calon madu? hebat hang...!

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Qunut panjang ke pendek?
Ha ha ha!

F.ANSARI,
Nanti dalam kubur tak boleh menipu dah.
So awal-awal ambillah peluang menipu.
:D

HIDAYATULLAH,
Kampeni jeng jeng jeng.

NORSHA,
He he he!
Madu dekat opis je.
Kat rumah tak ada madu.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

kiranya puasa dia macam chesse la, banyak lubang-lubang.

nam_adk said... [Reply]

assalamualaikum wbt..

wah!! terbaik!! best la soalan interbiu cam tue.. dulu masa kene interview keje pun x kena tanya cam tue.. mesti sentap klu sapa yang cuai solat.. lepas sentap dalam lah amalkan solat ikut masa. insyaAllah..

Afida Anuar said... [Reply]

lepas bc entry ni tetiba dapat idea, nnti nak suh calon suami jadi imam la time interbiu dengan ayahanda n bonda. Tengok dia biasa ke idak jadi imam. Kalau nampak macam kekok-kekok je, rejekk terus...hahahaha..

PS: Tak salah kan, walaupun diri tak sesolehah mana, tapi ada hati nak cari yang soleh? hahaha..

Anonymous said... [Reply]

bijen, mana 1 umat akidah didahulukan ??

ooo,, takut ye

: husna : said... [Reply]

mmg bagus punya soalan...

puasa tp tak solat mcm tak pose la jawabnye...sia2 =.=

Bijen M. said... [Reply]

P.C.SEJATI,
Kalau macam cheese boleh kaver lagi dengan puasa sunat.

NAM,
Alaikum salam.
Moga Allah bagi hidayat insyaAllah.

A.ANUAR,
Ajak datang buka puasa kat rumah.
Boleh jadi imam Maghrib.
:)

Tak salah pun.
Semua orang ada niat nak yang terbaik.

TN 10:55,
Eh perasan rupanya anda.
Padam dah tagline tu untuk post after this.
Nak bagi nampak kool (?) je tinggal satu tagline.
Ha ha ha.
Btw takut apa ye?

HUSNA,
Bagus punya jawapan.
Kipidap bro!

Anonymous said... [Reply]

takut najib marah ubah motto dia

Amin Baek said... [Reply]

da jadi bos,roger aku gak..

mau hantar resume..haha

musafir kehidupan said... [Reply]

Tak kejam. Bagus lae~

Nisa Isha said... [Reply]

madu pulok2.ha3 nanti walimahnya jgn lupa jemput.dah dekat dah pun kan. ;)

NooR AzLen BinTi HaRoN said... [Reply]

assalammualaikum

soalan interview yg "mengancam"..

Bijen M. said... [Reply]

TN 11:27,
Ceh.
Najib dah tengok lama dah.
:D

A.BAIK,
He he he.
Hantarlah.
Resume penuh dalam kotak ni.
T_T

M.KEHIDUPAN,
He he he!
Canteeek!

N.ISHA,
He he he!
InsyaAllah.
Mai aroh.

N.AZLEN,
Alaikum salam.
Dahsat dahsat.

siti fairos jaafar said... [Reply]

nak bg resume gak la..tapi nak keje kat kl..position xkisah..gaji nak lebih dr RM2k..agak2 ada x kosong kat company en. bijen?hehe..

Bijen M. said... [Reply]

S.FAIROS,
Kat KL gua tak jaga.
KL tak best!
Ha ha.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

yang wajib sukar untuk dijayakan encik bijen, inikan pula yang sunat. MasyaALLAH..

Bijen M. said... [Reply]

PCS,
Dapat jaga yang sunat, insyaAllah ada kekuatan untuk jaga yang wajib.
Serius!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...