20.9.11

Selamat malam bulan

"Lu dah buang tebiat ke Nordin?" tanya Sarip minta kepastian.

"Lu jangan memain Nordin. Lu nak pergi ke bulan tu buat mende? Bukan ada sapa. Entah-entah alien pun lu tak jumpa." giliran Kasim pula bersuara.

Nordin masih tidak menjawab. Seperti orang tuli kayaknya. Tangannya saja yang sibuk menukang kapal angkasa yang telah diusahakan sejak hujung tahun lepas.

Ya! Nordin sedang membikin kapal angkasa. Nordin sudah nekad. Impiannya untuk terbang jauh dari bumi kali ini. Ke bulan barang kali. Nordin yakin, pasti ada kehidupan lain di sana.

Baginya, hal seperti Mat Indera, video seks China Dolls, ISA dan sebagainya sudah muak untuk dijamah. Hakikat kejadian manusia sudah berapa jauh diludah.

Dia ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan. Perkara macam mana supaya bayi yang bakal dilahirkan selepas ini dapat mengucap kalimah Lailahaillallah. Bayi generasi baru yang bakal mengubah.

****

Di bulan sana, Rokiah masih termenung ke arah bumi yang dicemari limpahan neon dengan wajah penuh mengharap. Pintanya pada Tuhan, bawalah hatinya cepat-cepat ke kota suci itu untuk disatukan.

Mungkin saja Tuhan sedang menjawab doa mereka.

.

Cerita kita bukan seperti cerita yang mereka rasa. Tak ada yang indah-indah sebelum janji dinoktah. Semoga kita gagah dan tak menyerah kalah.

P/S: Semua di atas gua tak sure siapa yang tulis. Yang pasti, gua tak jiwang macam ni. Percayalah!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

37 comments:

Anonymous said... [Reply]

"Lu dah buang tebiat ke Nordin?" tanya Sarip minta kepastian.

"Lu jangan memain Nordin. Lu nak pergi ke bulan tu buat mende? Bukan ada sapa. Entah-entah alien pun lu tak jumpa." giliran Kasim pula bersuara.

Nordin masih tidak menjawab. Seperti orang tuli kayaknya. Tangannya saja yang sibuk menukang kapal angkasa yang telah diusahakan sejak hujung tahun lepas.

Muhammad Fahmi said... [Reply]

2nd!

haha..post ni sies jiwang.
lu kalis baik bro..haha.. :p

it's okay being jiwang. i'm jiwang too, bebeh. :D

cikgu norsha said... [Reply]

Bijen,
cinta org beriman tidak buta, demi cinta berkatalah tidak pada pekara dilarang agama, percayalah cintu itu indah hanya apabila ia mengikut sunnah....btw, jiwang hang kat n3 ni tk berapa nk jadi....kena belajar lagi bab jiwang2 ni...kihkihkih...

CS said... [Reply]

salam,
senyum simpul...ya moga rokiah N nordin bakal disatukan, InsyaAllah~p makanan org bulan? nasi ayam ke nasi dagang? :) `kalau musim tgkujuh xdpt cr ikang aye...nasi ayam pn ok jg~

InsyaAllah akk doakan smoga sumenya dpermudahkan``

ikanlaga said... [Reply]

oh..=)

ikanlaga said... [Reply]

oh..=)

fuad ansari said... [Reply]

orang2 yg sedang mengalami kebutaan cinta manusia, agak sukar utk ditegur.. mereka sedang berada di dunia yg pelik.. (",)

Afida Anuar said... [Reply]

Gua kena baca 2 kali, gua tak berapa nak faham entry jiwang lu ni... tapi gua rasa gua dapat tangkap maksud dia....

Nordin tak sabaq nak kawin dengan rokiah?

Ismi Ijmi said... [Reply]

ceh,
sume bajet gua lu bila komen ngan bijen,.

apsal la saya sorg je nak ber"ana" "anta" ngan die,

takpe,belaja2 bahasa bunda Nabi.

w/pon hamba mengenal sekilas ikan di air,mana jantan betina,
tapi tak faham, mana jiwangnya entry ni.

biasanya dalam cerpen2, ada la selit kasih sayang,
tapi ia tak dianggap cerpen jiwang atau cinta.

tgk cerpen2 kt utusan, ada punye, si isteri rindu suami,
tapi tema asal perjuangan dan sbgnya.

btw,
ana tahu rokiah tetap setia menanti nordin.
yang lepas tu, nordin kena lupa cepat2..hehe

wowowo...wowowo..
ku rindu kasih sayangmu
kau pergi tinggalkan ku
masih lekang dihati ini
kau bilangku mutiara hati
hu wowo..
(Mutiara hati~ Novi)

siti fairos jaafar said... [Reply]

skali baca..xpaham gak kat mana jiwangnya..cm xjiwang pn..pegi bulan/tringat bumi pn kira jiwang ke?huhu

buDAK keCIK said... [Reply]

wah!! en bijen dh pandai jiwang2 ea lenih. ehem. ke dh jumpa tulang rusuk demo yg hilang tu?? hehe

Bijen M. said... [Reply]

M.FAHMI,
Kadang-kadang kita kena semai juga bunga di taman ye dak?


C.NORSHA,
Hari tu kak.
Hari ni cikgu pulak.
Dengan cinta, kenal pencipta.
Kerana cinta, kenal rasulNya.
Blablabla.
Sapa jiwang?
Mana ada gua jiwang.
Ceit!


CS,
Salam.
Semoga Rokiah dan Nordin bahagia.
Ni bukan cerita saya ye.
Bukan bukan!
:P


IKANLAGA,
Erm.


FUAD A.,
Cinta itu sendiri akan mengajar seseorang itu bercinta.
:D

Bijen M. said... [Reply]

AFIDA A.,
Tak apa.
Hasil seni berkualiti macam ni memang memakan masa nak faham.
Okebai!


I.IJMI,
Cuba definikan jiwang tu apekemende?
He he he.
Grr.
Nordin kena cepat-cepat siapkan kapal angkasanya.


S.FAIROS,
Tak faham sudah.
Okebai!


B.KECIK,
Ni sains fiksyen jelah.
Karut karut!

Ismi Ijmi said... [Reply]

Tak puas hati kita setel sini.

hehe bijen

jiwang
bahasa percakapan kependekan jiwa-jiwa (perlakuan sentimental).

okeh,anda betul. teks entry ni ada unsur kejiwangan.

1-0

p/s: ingatkan ada kaitan ngan jiwang.org ke apa.

CKB said... [Reply]

eleh...citer lu kan? kehkehkeh

Norsha said... [Reply]

ok bijen, skrg nama sudah balik asal, kekal smpi bila2....kihkihkih

Bijen M. said... [Reply]

I.IJMI,
Keh keh keh!
Apa barang setel sini.
Setel mamaklah pekena chai segelas dua.


CKB,
Err.
Mana ada!
Jangan nak memandai.


NORSHA,
Bubuhlah nama dalam IC.
Wakaka!

siti fairos jaafar said... [Reply]

statement marah nampak..kecik ati ke akak kata xpaham?hua3..

~PENCHENTA~ said... [Reply]

T__T

Tak jiwang langsung.

Ini bukan entry jiwang. Ini entry angau. Kah3.

Ini kisah cinta orang bunian ke pak cik?

UmmuAisya said... [Reply]

Alaa tak faham =(

ahLia teeeetttttt..... said... [Reply]

bulan ker dacing?

mdhafz said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Bijen M. said... [Reply]

S.FAIROS,
Mana ada marah.
Saja tunjuk garang siket.


PENCHENTA,
Ahh!
Sudahlah kau.


U.AISYA,
Tak paham sila buka tafsir.
:D


AHLIA T.,
Eh dengar cerita Kak Ngah pun dah nak ...
Peewit!
Saya parti cap pinggan mangkuk!
:D

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Nordin sanggup mengambil risiko dengan perjalanan jauh dan hanya itulah satu2nya jalan untuk mendapatkan apa yang dihajati kerana beliau percaya atas usahanya yang keras ditambah dengan tawakal serta doa, tuhan akan memberi pulangan yang diingini. Begitu juga dengan rokiah yang terbatas keupayaannya dengan penungguan yang pasti akan mendapat apa yang dihajati. Ada 2 sifat yang berlainan ditunjukkan, kedua2nya berjaya mendapatkan. Entry ni mengajar kita untuk lebih berserah bulat kepada tuhan yang 1.jalanan jauh dan hanya itulah satu2nya jalan untuk mendapatkan apa yang dihajati kerana beliau percaya atas usahanya yang keras ditambah dengan tawakal serta doa, tuhan akan memberi pulangan yang diingini. Begitu juga dengan rokiah yang terbatas keupayaannya dengan penungguan yang pasti akan mendapat apa yang dihajati. Ada 2 sifat yang berlainan ditunjukkan, kedua2nya berjaya mendapatkan. Entry ni mengajar kita untuk lebih berserah bulat kepada tuhan yang 1.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Maaf ada repeated. Tak tahu kenapa dah 2 kali jadi macam tu.

nam said... [Reply]

assalamualaikum wbt...

bila baca kat point ni: "Perkara macam mana supaya bayi yang bakal dilahirkan selepas ini dapat mengucap kalimah Lailahaillallah.".. macam berhijrah untuk agama..

tapi bila baca point ni: "Pintanya pada Tuhan, bawalah hatinya cepat-cepat ke kota suci itu untuk disatukan.".. macam ayat-ayat cinta.. heheh...

tapi apa2 pun semoga rokiah dan nordin bersatu.. hehehe.. :D

nice entry... :D

CahPen said... [Reply]

aaa.. penat nak paham. kawan terangkan baru paham. harap2 jodoh teman dengan sabarnya ajar bab2 jiwang sebab siyes lemah nak memahami. atau lebih baik dia straight 4ward je. lagi senang. haha. XP

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

jiwang kapak mung nie???

Nisa Isha said... [Reply]

Bila baca penulisan ni mcm bukan rasa cinta sesama manusia tp kpd yg pencipta.pd Allah SWT.tapi bila tiba ayat 'cerita kita bukan seperti cerita yang mereka rasa. Tak ada yang indah-indah sebelum janji dinoktah. Semoga kita gagah dan tak menyerah kalah'. Dah lain plk maksudnya.hehe

Bijen M. said... [Reply]

PCS,
Nordin tak pernah tahu di situ ada Rokiah.
Dan Rokiah tak pernah tahu Nordin akan ke sana.
Allah sedang menjawab doa mereka.
InsyaAllah.


NAM,
Alaikum salam.
He he he.
Semoga hendakNya.


CAHPEN,
Cinta itu sendiri akan mengajar pencintanya bercinta.
Kau cinta Allah, kau akan tahu apa kau nak buat.


APS,
Huih!
Dalam hati kena ada tamang gok.


NISA I.,
Yang ayat tu, didahulukan cinta Allah.
Maka dibatasi syariat.
Tetap jugak.
Amacam editor kali ni?
Lepas LPF?

cik_paan said... [Reply]

kau bermain dengan metafora eh?

ceh, terror gak kau sastera ni

menusuk hati said... [Reply]

Selamat datang bulan...

airazulaikha said... [Reply]

dunia ohh dunia.. mana nak lari.. kalau bulan pun sama kena tempias hujannya..

musafir kehidupan said... [Reply]

Tergerak hati nak menconteng di sini..time2 baca komen...tertarik dengan ayat ni..

"Cinta itu sendiri akan mengajar seseorang itu bercinta..."

Tinggi tu tuan..

Nisa Isha said... [Reply]

Aii..kata bukan dia yg tulis.huhu klu mcm ni gaya dh boleh kuar 1 novel da.

Bijen M. said... [Reply]

C.PAAN,
Metafora itu satu permainan.
Boleh buat novel dak?
Ha ha ha!


M.HATI,
Ceh!
Bab bulan je kau suka eh eh.


AIRA Z.,
Berundur setapak merancang tapak seterusnya.
:D


M.KEHIDUPAN,
Allah izin ye dak?
He he he.
Ayat maulana tu.
Kalau anda pernah bacalah.


NISA I.,
Huhuhuh.
Tak mampulah nak bikin-bikin novel ni.
Tak hebat pung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...