26.9.11

Qurratu A'yun.

"Bang! Baju mana nak bawak ni?" jerit bini gua penuh sopan dari dalam bilik.

"Ambiklah baju mana-mana pun. Abang pakai ja nanti," jerit gua pula penuh sopan dari ruang tamu.

Masa yang masih berbaki ini gua nak habiskan sebaik mungkin dengan Batrisha. Lepas ni mungkin dia dah tak dapat tengok muka walidnya lagi dah. Tak dapat lagi nak bermain bersama. Mungkin untuk sementara, mungkin juga untuk selama-lamanya.

Batrisha masih kecil. Agaknya dia masih belum faham apa ertinya korban diri, masa dan harta di jalanNya. Moga-moga from time to time dia akan faham seiring dengan tumbesarannya beserta hasil didikan gempak dari ibunya.

"Walid nak pi mana?" tanya Batrisha.

"Jalang-jalang," balas gua sambil tarik hidung Batrisha sampai merah.

"Ooo. Walid jangan lupa Batrisha dan umi tau. Kami pun umat Nabi jugak," Batrisha memberi pesanan penaja.

"He he he! InsyaAllah. Sampai syurga walid takkan lupa."

Sebentar kemudian, wajah bini gua pun kelihatan.

"Oh cantek sekali! Apesallah hari ni tetiba jadi cantek serupa gini? Isk! Ujian ujian!" gua membebel dalam hati sambil melarikan pandangan ke arah lain.

"Ini begnya bang. Jaga diri leklok. Doa untuk kami, doa untuk umat." pesan bini gua.

Ayu wajahnya gua pandang. Pehh! Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa perasaan yang tiba-tiba muncul ini gua kerat-kerat 18 pakai pisau pemotong daging. Grrr!

Dagunya gua sentuh. Gua dongakkan kepalanya sedikit ke atas. Argh! Kali ni gua cincang lumat-lumat perasaan yang membara tinggi itu pakai blender lalu gua lempar jauh-jauh.

"Ayang... Kamu jaga diri, jaga iman, jaga amal ya. Abang pergi tak lama. Ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi. Kalau tak, ketahuilah bahawa abang meredhai kamu. Kamu... Jaga zikir 300 pagi petang. Tilawah satu juz satu hari. Doa-doa masnun. Yassin setiap pagi. Tahajud setiap malam. Doa untuk abang dan seluruh umat oke?" gua cakap penuh feeling.

"InsyaAllah," jawab bini gua tersekat-sekat menahan pilu.

Masing-masing menguntum senyuman. Batrisha pula menyaksikan adegan dramatik itu penuh kekompiusan.

Macam biasa, dia cium tangan gua, gua cium dahi dia. Batrisha pula berlari ke dakapan gua untuk memotong stim. Anak gua, gua cium lebih sikit.

"Batrisha duduk elok-elok ye. Taat umi. Jangan nakal-nakal."

"Oke walid! I'll do insyaAllah!"

"Gudgel!"

.

"Bismillah..."

"Ya Allah. Jangan Kau kembalikan aku ke rumah ini lagi..." doa gua sambil menjeling sebelah mata ke bini gua mengecheck respon.

"Err... Bukan sekarang. Tapi selepas Kau gunakan aku jadi asbab hidayat seluruh alam. Selepas Kau hantar aku ke seluruh pelusuk alam."

"Kau masukkan aku ke dalam jannah FirdausMu bersama anak isteriku yang aku tinggalkan untuk jalanMu."

Last but not least.

"Ya Allah. Kau kurniakanlah kami pasangan yang redha akan kami dan kami redha akan mereka. Semoga Engkau meredhai kami dan pasangan kami."

Ameen.

STKJH!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

31 comments:

Anonymous said... [Reply]

"Bang! Baju mana nak bawak ni?" jerit bini gua penuh sopan dari dalam bilik.

"Ambiklah baju mana-mana pun. Abang pakai ja nanti," jerit gua pula penuh sopan dari ruang tamu.

Masa yang masih berbaki ini gua nak habiskan sebaik mungkin dengan Batrisha. Lepas ni mungkin dia dah tak dapat tengok muka walidnya lagi dah. Tak dapat lagi nak bermain bersama. Mungkin untuk sementara, mungkin juga untuk selama-lamanya.

Anonymous said... [Reply]

T_T





...
batrisya teman umi
allah jaga walid
allah jaga umat



sedih napentah baca dia gedik.

K!

Anonymous said... [Reply]

في أمان الله
=)

HijabRockers said... [Reply]

Aku nampak tang STKJH tu je. Hehehe... meninggalkan pesan nampakkkkk??? =)

Norsha said... [Reply]

takpelah, tinggal sat ja, nanti bila hang balik rmh, tgk muka dia mcm pengantin baru, cam tgk fisrt time mlm pertama.....hehehe

CKB said... [Reply]

terharu..

eh, STKJH tu mnde?

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

:))

Alhamdulillah..

NooR AzLen BinTi HaRoN said... [Reply]

assalammualaikum

alhamdulillah.

boleh trgkn doa2 masnun 2 ape ya??

syukran jazilan

buDAK keCIK said... [Reply]

STKJH tu apa?

doa masnun tu apa?

nak taw gak..

mhafiz_ydin said... [Reply]

Sayang isteri tinggal-tinggalkan.

fuad ansari said... [Reply]

bila walid cakap nak gi 'jalang-jalang', kira ok lah batrisha tak cakap nak ikut..

seakan memahami je batrisha tu yg walidnya nak gi 'jalang-jalang atas maksud agama'..

gudgel..

CS said... [Reply]

hmmm...bila baca fsl batrisya nk kena tggal, teringat anak kawan akk,,bila parents dia pack brg nk khuruj masturat, dia pun pack brg jg...bila maknya tnya,"eh adik pun pack barang" dia jawab,"ye la adik kan nk dok umah atuk..lgpun adik kan dilahirkan utk ditinggal2kan"...gulp! terharu dgr ayat penyata dia..Subhanallah...

pas ni batrisya get ready plak, walid n umi nk khuruj masturat plak! gudgel ok!

CahPen said... [Reply]

Ahh.. Terfeeling.. T^T (serius tacing)
Semoga dapat jadi isteri camtu untuk pasangan hidup aku karang.

STKJH tu pe?
sekian terima kasih..
err.. selamat tinggal ke jalan..
aa..
main shortform lak kau ni.
haha

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

moga2 dengan izinNYA berserta usaha yang kental menjadikan kita dikalanganNYA. Amin....

Ismi Ijmi said... [Reply]

"Allahumma la taruddani ila ahli"

ni kes orang2 bujang , kata sorang kawan. asik2 citer kawen.hhe..

Afida Anuar said... [Reply]

STKJH tu pekebenda? gua tak paham la short form short form ni..

opsss, acu nak komen sini je..kuar gua lu...nape entah:P

siti fairos jaafar said... [Reply]

STKJH tu mende?sila bgtw..huhu..

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Tamo T_T
Mau ;D

Hiks!


HIJAB R.,
Oh biasa.
Berlatih berlatih bagi biasa.
Ehemm.


NORSHA,
He he he.
Dia tak sabaq lah tu tunggu cik abang balik.
Sabaq no.
Abang M pi tak lama pun.
Kat Malaysia jugak.
:)


CKB,
Takkan ku tahan air mataku ini.
Lalu menitis berderai di pipi.
Sambung sendiri...
He he he!


N.TAUFIQAH,
:))
Yarhamukallah.

Bijen M. said... [Reply]

N.AZLEN,
Doa masnun tu doa amalan harian.
Seperti doa masuk keluar tandas, makan, masuk rumah, memasak dsb.


B.KECIK,
Doa masnun tu doa amalan harian.
Seperti doa masuk keluar tandas, makan, masuk rumah, memasak dsb.


MHAFIZ Y.,
Sayang laki guane pulok?


FUAD A.,
He he he.
Try test ke Husna pulak.
Apa dia jawab?


CS,
Kak Sue.
Saya rasa ada hikmahnya Allah buat camtu.
Allah nak kasi akak bulan madu pepuas dulu dengan suami akak.
Negara jauh segala.
Pi haji, pi umrah.
Senang tak yah pikir sapa nak jaga anak lagi.
Ye dak?
He he he.
Smile!
:)

Bijen M. said... [Reply]

CAHPEN,
Ha ha ha.
Kau tekalah sampai dapat.
Penat aku cari woh.
Tak bestlah main bagi gitu je ke kau.

;P


PCS,
Allahumma amin.

;)


I.IJMI,
Adatlah.
Nanti dah kahwin cerita pasal bujang pulak.
Heks!


AFIDA A.,
Eh acu?
Wahh!
Cejak bile jadi acu ni?
Ce ce ce!


S.FAIROS,
Carilah sendiri.
Hu hu!

Umma-ali said... [Reply]

huhu, dulu batrisya saya citer kat nek dy...masa umi salam abah sblum abah kuar 4 bln, umi punyalah nangis sampai terjatuh!!!
perghh! tak sangka batrisya ku kemain jauh imaginasinya...padahal kita takde pape pun..relax je... perut pun tgh sarat tunggu adik batrisya tak nak kuar2 wpun dah overdue...abah pun tak larat tunggu dah, flight dah dekat...sehingga kali kedua ku lahirkan anak tanpa abahnya di sisi...Allah sentiasa ada bersama...
Memang setiap kali nka kuar fisabilillah, selagi tak melangkah kuar rumah, takkan selesai masalah dunia...sebaik kuar rumah..semua berehhh....itulah ujiannya...ye dok?

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Suwit! MasyaAllah! :))

Afida Anuar said... [Reply]

sejak err... sejak...errr... sejak dah tua ni la...:P ha ha ha.

CS said... [Reply]

errrrr.....bijen hang cita apa ni??? akk rasa hang mcm dh kluaq tajuk~~~ (^?^) ... komen akk mcm x kena je ngan respon... ~~~~

cik_paan said... [Reply]

"Ya Allah. Kau kurniakanlah kami pasangan yang redha akan kami dan kami redha akan mereka. Semoga Engkau meredhai kami dan pasangan kami."


pinjam doa ni ^^
*asyik citer lepas kahwin je....

Bijen M. said... [Reply]

UMMA A.,
Eleleleh.
Padahal dalam hati fuhh serupa air terjun Niagara.
:D
Allahama'ana.
Betullah tu.
Selagi tak keluar, selagi tu masalah timbul.
Bila keluar, Nabi palsu pun tarak, orang murtad pun tarak, orang nak serang pun tak jadi.


PENCHENTA,
MasyaAllah masyaAllah!
Heheh!


AFIDA A.,
Eh.
Ambe tunggu mawar berduri di hari konvokasi.
Tapi membazir sebenarnya tu.
Lamborghini sebijik pun dakpe dah.


CS,
Aah.
Lari topik sikit.
Tapi lepas baca komen akak, teringatlah pasal tu.
Paham dak, paham dak?


C.PAAN,
Ambik teruslah takyah pinjam-pnjam.
Lepas tu doakan sekali untuk aku.
Ameen.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Baru true jiwangss. Haha

kakibiskut said... [Reply]

"Ya Allah. Jangan Kau kembalikan aku ke rumah ini lagi..." doa gua sambil menjeling sebelah mata ke bini gua mengecheck respon.

"Err... Bukan sekarang. Tapi selepas Kau gunakan aku jadi asbab hidayat seluruh alam. Selepas Kau hantar aku ke seluruh pelusuk alam."


hehe..

huda said... [Reply]

salam...nak tnya sesuatu..tp xde kene mengena dgn artikel saudara la...cmne kite nak elak drpd kite kne bersalaman dgn org bkn mahram...dia seorang pakcik dan menganggap remaja mcm saya kene bersalaman dengannye sbg tanda hormat..ada sekali 2 saya buat dek jela..sbb xnk bersalaman dgn dia..tp dia yg panggil sy ..katanye...xnk salam ngn pakcik ke? waduh

Zul Fattah said... [Reply]

masyaAllah.. smoga jadi pengajaran buat kita semua..

Bijen M. said... [Reply]

PENCHENTA,
See.
Haaa!


KAKIBISKUT,
Doa Ammar bin Jamu tu.
Heheh.


HUDA,
Selalu saya angkat angkat tangan paras dada macam angkat takbir tu or gaya orang surrender tanda menolak.
Takpun temukan tapak tangan dan senyum saja tanda tunjuk hormat.

ZUL F.,
MasyaAllah masyaAllah.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...