22.9.11

Oh Fatimah!

Dari pandangan mata sisi, gua lihat bini gua datang sambil membawa segelas susu dan sepiring madu lebah. Gua kontrol macho sambil terus menelaah kitab Hayatus Sahabah - Kisah Para Sahabat Nabi SAW.

"Kanda. Ini susunya. Dan ini pula madunya," bilang bini gua.

"Oh terima kasih dinda."
"Eh silap! Kita orang Islam tak cakap terima kasih."
"Tak ada makna. Nabi ajar kita ucap jazakallah khairan (semoga Allah membalas kebaikan) ataupun barakallah (semoga Allah memberkati)."
"Baru ada makna ye dak?"

Bini gua mengangguk faham.

Susu tadi gua teguk 2-3 kali. Bini gua pula buat gaya miow-miow kucing lalu merebahkan kepalanya ke pangkuan gua. Paha saiz S gua menyambut mesra.

"Kanda kanda. Ce kasi satu teka-teki."

"Oh. Hmm. Benda apa kita susah-susah cari dia, tapi bila dah dapat kita buang je?" tanya gua sambil sebelah tangan memicit kepalanya. Mata gua tetap memfokus ke arah kitab tadi.

"Awek? Bini?"

"Teettt salah! Batrisha dah tidur?"

"Dah. Erm. Kanda-kanda. Nak tanya sikit bulih? Tak boleh takpalah."

"Hoh! Apa dia?"

"Kalau kita hired orang gaji kool dak? Boleh bantu dinda buat kerja rumah."

"Oh! Sanggup ke dinda diduakan?"

"Eh ke situ pulak kanda. Bukannya nak suruh kanda kahwin lagi. Maid je pun."

"Yelah. Tak kata pun nak kahwin lagi. Cuma nak ke dinda bahagi 'ketulan-ketulan emas' yang dinda dapat?"

(Kalau tak faham, tanya!)

"Oh hmm."

"Mahukah kanda ajarkan satu perkara yang mana lebih baik dari orang gaji?"

"Hmm. Apa dia?"

"Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, allahuakhbar 34 kali."
"Sebelum tidur dibaca."
"Hembus pada tapak tangan, diusap ke seluruh badan."
"Kecuali kemaluan dan tapak kaki."
"Tangan kiri jangan di sapu ke muka."
"Macam ni haa..." sambil gua tunjuk demo.

"Oh! Jadi mende?"

"InsyaAllah esok bangun pagi segar-bugar takde penat-penat dah. Serupa ada orang gaji tolong buat kerja rumah."

"Wow! Amazing!"

"Ehem!"

"Jap jap. Se lagi kanda."

"Mende?"

"Rumah kita dah tak ada stok makanan."

"Oh! Mahukah kanda ajarkan satu perkara yang lebih baik daripada itu?"

"Apa apa?"

"Baca ini..."


يا أول الأولين
يا آخر الآخرين
يا ذا القوة المتين
يا راحم المساكين
برحمتك يا أرحم الراحمين

Ya awwalal awwalin
Ya akhiral akhirin
Ya dzal quwatilmatin
Ya rahimal masakin
Birahmatika ya arhamarrahimin

Wahai yang terdahulu yang tiada permulaan
Wahai yang kemudian yang tiada berkesudahan
Wahai yang memiliki segala kekuatan
Wahai yang Maha Penyayang dengan golongan miskin
Dengan rahmatMu yang Maha Pengasih dan Penyayang.


"Terima kasih kanda. Eh silap, jazakallah khairan."

"Sama-sama. Eh, afwan. Heh! Ni bila perut nak boncet lagi ni?" sambung gua sambil gosok-gosok perut bini gua.

Woho!

.

Setiap kali Fatimah RHA datang berjumpa Nabi SAW untuk meminta perkara dunia, Rasulullah akan mengajarnya tentang perkara akhirat. Lalu dia pulang ke rumah dengan tangan kosong. Namun Ali RA tidak pernah memarahinya.

Oh ya jawapan teka-teki tadi. Jawapannya sila tengok cermin sambil korek hidung. Jawapan ada di situ. Sekiang!

Madu + Susu (Malam) = Gemuk!
Madu + Air Suam (Pagi) = Kurus!


Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

38 comments:

Anonymous said... [Reply]

Dari pandangan mata sisi, gua lihat bini gua datang sambil membawa segelas susu dan sepiring madu lebah. Gua kontrol macho sambil terus menelaah kitab Hayatus Sahabah - Kisah Para Sahabat Nabi SAW.

"Kanda. Ini susunya. Dan ini pula madunya," bilang bini gua.

ahLia teeeetttttt..... said... [Reply]

menarik cerita2 anda

boleh amal nih. byk tol doa nk kne amal eh

NooR AzLen BinTi HaRoN said... [Reply]

assalammualaikum

mantop..

"tazkirah" yg brmakna.

alien said... [Reply]

bole jadi amalan
thank you

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Aku terasa macam nak print out semua2 nih. Tapi bila ada part geli-geli tak jadi lah. Kah3.

p/s: Fatimah? :)

p/s2: Gadget kau yang bawah sekali tu aku suka. Terasa macam ada contest! Haha.

buDAK keCIK said... [Reply]

ehem. tazkirah yg diselitkan double meaning..

tp sgt menarik. so, skrg dh bley slow2 bljr tukar perkataan trima kasih kpd jazakallah khairan. :)

semoga Allah memberkati

Ismi Ijmi said... [Reply]

salam.

aku setuju ngan penchenta.

sebab ada geli2, adeih..
yes, setuju ngan anda.


p/s: nama anak kawan aku, Balqis Batrisya.

best tak, dia kata masa isterinya mengandung, makan pil habbatussauda , anaknya memang alhamdulillah, baru 5 bulan cergas macam anak yang lebih umurnya.
so rokiah leh la amalkan.

Norsha said... [Reply]

moga bahagia r/tangganya selamanya...

CKB said... [Reply]

wahhh, baru tahu..boleh amal ni. senang nk brumah tangga nanti. trima kasih. eh Jazakallah khairan encik Bijen!

Nisa Isha said... [Reply]

menarik. :)

Afida Anuar said... [Reply]

oooo....lagu tu.

makwe joni said... [Reply]

wow!

TSYA'Z (~_^) said... [Reply]

tak faham ketula2 emas tuh...ape eyh????

mhafiz_ydin said... [Reply]

Gud job.. Sembang bab dunia, relate dengan akhirat. Cam Nabi saw buat.

InsyaAllah, azam-azam practice dan amal.

UmmuAisya said... [Reply]

wah doa dah tukar jd BM. hehe

Bijen M. said... [Reply]

AHLIA T.,
Eloklah untuk orang yang dah nak kahwin macam anda kan?
Hak hak!


N.AZLEN,
Alaikum salam.
Montok!


ALIEN,
Kenang daku dalam amalmu.
Sesame street!


PENCHENTA,
Kau hidelah part geli-geli tu.
Pe susah?

Fatimah kena-mengena dia dalam cerita ini adalah dia tanya kepada Nabi soalan-soalan tu.
Tak ada kena-mengena dengan gua.
Sekian.

Gadget bawah sekali?
Hok mana se?


B.KECIK,
Semoga Allah memberkati anda juga.
:D

Bijen M. said... [Reply]

I.IJMI,
Salam.
Eh!
Balqis Batrisya?
:)))))

Kalau bagi layan lagu rock agak-agak dia cergas hangguk-hangguk kepala dak?
:D
Jzkk tips.
Nanti gua habaq ke Cik Roks!


NORSHA,
Ameen!
Jzkk doa.
(Fuhh! Tengah praktik jzkk ganti thanks.)


CKB,
Sama-sama.
Eh, afwan!


NISA I.,
Tertarik kau memang daboom!


AFIDA A.,
Nak lagu mana lagi?

Bijen M. said... [Reply]

M.JONI,
Wew!


TSYAZ,
Dapat pahala berketul-ketul emas bila isteri khidmat ke suami.


MHAFIZ Y.,
InsyaAllah.
Doa karo.


U.AISYA,
Haa!
Magik dak, magik dak?

Ismi Ijmi said... [Reply]

en nordin.
mula2 dianak bg nama Maryam Jamilah,
tapi sebab kat kelantan Maryam jamilah,
bila dah besar orang panggil Mek ye,
(pronounce cam orang cakap Brok Matye)

so family sebelah ppuan tak setuju.

bini dia woman in black,
takde rock.

Bijen M. said... [Reply]

I.IJMI,
Isk.
Balqis?
Maryam?
Aaaa..
Nama tu adalah..
Nantilah gua cerita.
Btw minggu ni ada wedding kawan gua kat KK.
Tapi minggu ni patut keluar 3H.
Cuba bagi targhib sikit mana satu patut pi.
Ha ha ha!

Ismi Ijmi said... [Reply]

haaaaa...
siapa ?
ahlia teeeeet ke?

hehe.

keluar 3h tu takaza agama,
jemputan walimah tu haq saudara seislam.

bab ni mana lebih afdhol diutamakan,
tanyalah ustazah,
eh ustaz je,,

ana syor, keluar la 3h, dan then ziarah kendian hari.
cakap nak cover balik,
tak datang jemputan (kodo).

wallahua'lam.

ni bukan fatwa!

Bijen M. said... [Reply]

I.IJMI,
He he.
Bukanlah.
Yang tu, tertunggu-tunggu jugak dia nak jemput kita.
La la la.

Jemputan walimah tu wajib.
Tapi jatuh harus/haram bila ada perkara maksiat di dalamnya.
Bersangka baik, bersangka baik!
Heheh.

Bak kata CS, eh, Nabi kata menunaikan hajat Muslim yang lain lebih baik dari iktikaf 10 tahun.

Huhe!
Apa-apapun ikut mesyuaratlah esok guane-guane.
Ye dak?

Hazwan Arif said... [Reply]

woho --->ada makna ni kah3

: husna : said... [Reply]

hanya mampu tersengih lebar bace citer nie... haha. nice. barakallah :)

GigiWangi said... [Reply]

Hahahaha, lawak seh.

Ada tak orang gaji yang boleh tolong buatkan assignment ?



hehe ;)

fuad ansari said... [Reply]

mentang2 batrisha dah tido, terus ummi wa abi batrisha beromantik sakan kan... (",)

tapi takpe, romantik yg penuh pengisian agama... baru senang meresap ke dalam jiwa.. (",)

Afida Anuar said... [Reply]

Ye la ye la..nak lagu tu la...

PS: konvo berapa hb? ;)

Bijen M. said... [Reply]

HAZWAN A.,
Nak tambah rejeki orang kata.
:D


HUSNA,
Lebar takat mana bro?
Cecah telinga dak?
:)


GIGIWANGI,
Haish.
Belajarlah elok-elok.
Cepat-cepat habis study baru boleh pikir kawen.


FUAD A.,
Ha ha ha.
Sekali baca serupa 'wahabi'.
;))


AFIDA A.,
Lagu mana?
Heh.

16 Oktober Tahun Gajah.
Bulang depang!

nam said... [Reply]

assalamualaikum wbt..

wah.. bgusnya tazkirah bagi kat isteri... :D

semoga dapat amalkan.. ameen...

jzkk untuk doa dan zikir amalan.. :D

ahLia teeeetttttt..... said... [Reply]

ambo dh try semalam.. mnjadi woo...

sebelum tido jugak niat utk nak bangun tahjud. Allah kejutkn jugak insted of jadi segar dan tak ngntok utk tahjud. best2!

tak payah guna penyahtoksik atau segala supplement.. amalan ini dah cukup. segar utk seharian hingga ke mase tido balik

magic kan kuasa Allah..

kne amal tiap2 malam nh.

tenkiu yer..

eh silap.. jazakallahu khairan kashiro

menusuk hati said... [Reply]

Bini apa kabar?Bakal-bakal bini pula?

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Untung betul siapa mendapat suami begitu. :)

Bijen M. said... [Reply]

NAM,
Alaikum salam.
Semoga bermanfaat insyaAllah.
Waiyakum.


AHLIA T.,
Pehh!
Testimoni dari pengguna produk.
Brabo!
Amal dan sampaikan insyaAllah.
Afwan.


M.HATI,
Bini belum berkhabar.
:)
Doa-doa.


PCS,
Untung suami dapat amal begitu.
:)

BungaSahara said... [Reply]

assalamualaikum... wahh.. berkurun lama.. lama sudah tidak meninggalkan pasir2 gurun sahara kat sini :)

sgt bermanfaat itu doa.. ana copy utk di letak di meja opis..huhuu ;)

btw.. camne ceq dpt no 17.. ohh..
sungguh tergaru2.. hihihii :)

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Suamilah kena pilih untuk mendapat amal macam tu. Mudah-mudahan.

Bijen M. said... [Reply]

B.SAHARA,
Alaikum salam.
Ehem!
Sudah berkurun lama.
Tengelam arus masa.
Sampai dengar khabar dah nak walimah ya?
No 17 apakah?


PCS,
Untung dapat suami isteri begitu.
Ha ha ha!

bidadari said... [Reply]

Jaga zikir 300 pagi petang. Tilawah satu juz satu hari. Doa-doa masnun. Yassin setiap pagi. Tahajud setiap malam. Doa untuk abang dan seluruh umat..

nak kne amal dr sekarang ni...=)

Bijen M. said... [Reply]

BIDADARI,
InsyaAllah.
Semoga diterima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...