28.9.11

Kekolotan sunnah?

Usai solat Isyak, Matpis pun pulang dari masjid. Bininya kool menanti kepulangannya di rumah di atas tikar sejadah. Sebuah kitab biru sudah siap tersedia di depan mata untuk dialunkan oleh sang suami.

Sesampai di muka pintu rumah, Matpis menanggalkan seliparnya didahulukan dengan kaki kiri dan kemudian barulah kaki kanan. Lalu tombol pintu dipulas sambil salam diberikan. Kini kaki kanannya pula memulakan langkah masuk ke dalam rumah membawa keberkatan. Mulutnya terkumat-kamit melafaz bismillah dan beberapa kali berselawat.

Oke! Katanya nak belajar hidupkan sunnah Nabi SAW. Kaki kanan dikemudiankan sewaktu hendak menanggalkan selipar kerana ternyata kaki kanan lebih dimuliakan dari kaki kiri.

Salam pula diberikan buat penghuni rumah mendoakan kesejahteraan. Saat lafaz bismillah dan selawat dibaca, para syaitan yang mengikutnya tadi pulang ke rumah akan berasa hampa kecewa. Maka mengadulah para syaitan, "nampaknya tak adalah tempat untuk bermalam hari ini". Lalu para syaitan pun berlalu pergi dari rumah tersebut dalam kegagalan.

Oke! Islam itu deen, cara hidup. Bila kata cara hidup, ianya meliputi semua. Bukan setakat solat, mengaji saja. Tapi meliputi seluruh tata cara kehidupan. Termasuklah cara berpakaian, kencing berak, makan minum, tidur dan sebagainya.

****

"Bismillahirrahmanirrahim."

"Nahmaduhu wanusolli wanusalim 'ala rasulihil karim."

"Ammaba'."

Lalu sepotong dua hadith dibacakan Matpis kepada anak bininya dari kitab biru tadi. Anak dan bininya tetap kool mendengar. Setelah diulang beberapa kali dan diceritakan keterangan hadith, sesi taklim diteruskan lagi dengan muzakarah.

Ini tertib para sahabat RHUM zaman dulu yang sudah banyak orang zaman sekarang tinggalkan. Yelah! Tak up-to-date orang zaman sekarang kata. Pemikiran sempit!

Para sahabat setelah selesai duduk dalam majlis Nabi SAW di masjid, mereka pulang untuk menyampaikan (mentablighkan) pula ilmu tadi kepada anak bini. Maka agama akan masuk ke dalam rumah. Rahmat dan berkat dari masjid akan turut masuk ke dalam rumah. Lalu bercahayalah rumah-rumah para sahabat bak bintang-bintang di langit dari pandangan penduduk langit.

"Balqis. Hari ni Balqis cerita pasal kalimah Muhammadurrasulullah boleh?" tanya Matpis.

"Oke papa! InsyaAllah," jawab si kecil yang baru setahun jagung itu.

Bismillah.

Muhammadurrasulullah ertinya Muhammad itu pesuruh Allah. Maksudnya kita semua kena yakin dan beriman bahawa Nabi Muhammad itu Nabi utusan Allah untuk umat ini. Segala apa yang disampaikan Nabi SAW itu adalah wahyu dari Allah. Segalanya itu termasuklah percakapan, perbuatan dan cara fikir yakni surah, sirah dan saghirah.

Makanya hanya dengan jalan sunnah yang ditunjukkan Nabi SAW saja akan membawa kejayaan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Cara yang Allah nak. Bukan cara papa, cara mama, cara saya, cara Yahudi, cara Nasrani, cara Majusi dan cara siapa-siapa lagi. Siapapun yang kata cara dia yang terbaik, semua itu tak ada jaminan dari Allah Taala.

"MasyaAllah Balqis. Teruskan, teruskan," Matpis memberi sokongan.

Nabi kata siapa yang menghidupkan sunnah di zaman fasya' mungkar ini 100 pahala mati syahid untuknya.

Nabi kata lagi siapa yang mengikutnya beerti dia mencintainya. Siapa yang mencintainya akan bersama dengannya di dalam syurga.

Orang yang mengikuti sesuatu kaum, akan dibangkitkan bersama-sama dengan kaum tersebut di hari akhirat. Sapa ikut Qarun suka kumpul harta dunia, nanti bangun dengan Qarun. Ayokkk papa!

"Ciss!"

Cara nak dapatnya pula, pertama kita kena belajar kelebihan-kelebihan mengamalkan sunnah dan dakwahkan kepada orang lain.

Kemudian kita berlatih dengan mengamalkan setiap inci sunnah Nabi SAW dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dari Nabi bangun tidur sampai Nabi pejam mata kembali.

Kemudian kita kena bangun malam-malam doa dengan Allah supaya Allah masukkan hakikat Muhammadurrasulullah dalam hati kita.

"Pehh! Mumtaz Balqis. Well done!"

.

Itulah dia sunnah. Apa yang ditunjukkan Nabi dan diwahyukan Allah. Jangan dipermainkan sunnah. Bila main-main dengan sunnah, dengan Nabi kita buat pasal, dengan Allah pun kita cari pasal.

Sebab itu umat sekarang jauh dari bantuan dan nusrah Allah kerana kita sudah jauh meninggalkan kehidupan sunnah. Ulama kata bila kita amalkan secara total doa yang Nabi ajar dalam kehidupan kita (doa masnun), kita akan dapat keberkatan macam para sahabat RHUM dapat keberkatan di zaman mereka.

Kalau kita tak dapat amal, kita mengaku saja iman kita lemah. Mengaku saja dengan Allah, tak salah. Tapi jangan dipersendakan sunnah. Janggut kambinglah. Berus gigi kayu orang Barbarianlah. Fesyen ortodoklah. Na'uzubillah.

Tatitu!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

23 comments:

Anonymous said... [Reply]

Usai solat Isyak, Matpis pun pulang dari masjid. Bininya kool menanti kepulangannya di rumah di atas tikar sejadah. Sebuah kitab biru sudah siap tersedia di depan mata untuk dialunkan oleh sang suami.

Sesampai di muka pintu rumah, Matpis menanggalkan seliparnya didahulukan dengan kaki kiri dan kemudian barulah kaki kanan. Lalu tombol pintu dipulas sambil salam diberikan. Kini kaki kanannya pula memulakan langkah masuk ke dalam rumah membawa keberkatan. Mulutnya terkumat-kamit melafaz bismillah dan beberapa kali berselawat.

fuad ansari said... [Reply]

ada orang, ketika tangan masih kotor selepas makan dan terasa nak minum, maka dia akan pegang gelas guna tanan kiri yg ditampung oleh tangan kanan.. sebab mengikut pemahaman, minum mesti guna tangan kanan..

ada sorang ustaz kata, jgn takut2 gelas kotor.. minum je dengan pegang gelas guna tangan kanan.. biar gelas yg kotor tapi jgn mengotori sunnah, katanya...

wallahua'lam..

fye said... [Reply]

Alhamdulillah, sekarang sy merasai setiap moment seperti yg diceritakan, dan hanya Allah yang tahu betapa bahagianya apabila sama2 bermuzakarah bersama suami selepas puas menelek buku biru.

Selamat merasainya sendiri! \(^^)/

Afida Anuar said... [Reply]

PS: Kalau amik lauk dengan sudu menggunakan tangan kiri macam mana pula fuad. Tangan kanan dah kotor ni... boleh aje kan?

Anak matpis nama balqis.. cantik!

Anonymous said... [Reply]

moga Allah swt ambil hartaku, masaku, dan diriku utk agama


kopiah senget

Husaini said... [Reply]

sorg hamba Allag penah bitau saya..ada org tanye dia.." ala, buat apa nak basuh tgn slalu...tangan dah bersih..bkn pegg menda2 kotor pon..boley je gune ntk buat makan terus.." slumber je mamat tu ckp.. "ape salahnya kalo kita niat nk ikut sunnah...bukan nye ssh pon kan?..

tu la..kalo xley buat semua, jgn tinggal semua..sahabat RA sume buat kerja ikut sunnah...tp kita harini, bile nk buat menda sunnah...org terus ckp..ala, sunat je tuh...betapa kecil nya amalan sunnah dlm pandangan diorng..semoga Allah bg hidayah untuk kita dan seluruh alam..amin..

kakibiskut said... [Reply]

bila kita nak jadi macam matpis...?

Bijen M. said... [Reply]

FUAD A.,
Gua pun macam tu dulu.
Bajet-bajet nak jaga kecantikan gelaslah.
Sekali member gua sound.
Gelas kotor bukannya tak boleh basuh.
Pehh!
Menusuk hati.


FYE,
Peewit Ahlia Dzulkarnain.
Selamat penganting baru.
Doakan ambe puan.
Jangan lupa, kita umat Nabi dan kita dihantar untuk umat ini.
Jangan penat untuk bekerja.
:)


AFIDA A.,
Haa ni satu lagi.
Pantang gua tengok orang cedok lauk, tuang air pakai tangan kiri.
Kalau anda makan dengan orang tasawuf, dia nampak je anda pakai tangan kiri terus dia tinggal makanan.
Gaya syaitan.
>_<

Btw, ada cara takmau bagi kotor.
Sebelum pegang sudu/gelas, sisip (jilat) dulu jari bagi bersih.


KOPIAH S.,
Ameen ya Allah.


HUSAINI,
Orang masih tak paham antara sunat dan sunnah.
Dan pada pandangan kita menganggap sunnah tu kecil.
Padahal dalam haji wida' Nabi pesan pegang AQ & sunnah macam gigit kuat-kuat.
Tak akan sesat.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Belajar pelan2. Semoga istiqamah dalam segala hal.

Eh. Minum air tampung tangan kanan pun tak dikira sunnah ya?

Norsha said... [Reply]

hari ini ada yg anggap sunnah sebagai ketinggalan zaman, sgt menyedihkan.....

Batrisha said... [Reply]

Salamun 'Alaik,

Boleh saya tahu, Kitab Biru itu apa?
Jazakillah...

Umma-ali said... [Reply]

Salam,
(tlg jwb ye matpis)
kitab biru tu kitab Fadhilat Amal oleh Maulana Zakariyya Kandhalawi, Syeikhul Hadith...org selalu panggil kitab taklim...di seluruh dunia, kitab ini dibaca secara luasnya oleh pengamal dakwah n tabligh dgn berbagai2 bahasa mengikut bahasa bangsa masing2...ummatan wahidah sebagai ummat yg satu.

tahniah bijen...olahan secara halus yg sgt bagus...namun dlm hal masturat(wanita), bab2 pegang gelas n sudu lauk guna tgn kiri ni kena hati2 dlm teguran...kerana wanita ni sifatnya sgt kompleks...klu teguran mcm dlm artikel ni, kmgkinan bsr akn mnjauhkan dari usaha...ini dr pgalaman sendiri...
ada sekali masa sdg mkn, seorg yg baru kuar bbrp kli 3hari mencedok lauk dgn tgn kiri spt kebiasaan org awam...maka seorg menegur, den tak mau mkn lauk yg ekau cedok tu! syaitan yg cedok tu...maka bergegau lah jantung kawan tu , mcm nak roboh dadanya menahan perasaan malu yg amat...tp alhamdulillah dgn ikram n nasihat rkn2 yg lain ia dpt bersabar, anggaplah ia tarbiyah dr Allah... berlainan dgn cara wanita2 muslim di India semasa saya di sana. Hal yg sama berlaku, tapi mereka tidak menegur dgn terang2an, hingga satu hari kami lihat si fulanah ni dah guna tgn kanan sokmo...pastu dia plk dkwah kami, kepentingan guna tgn kanan...ye kami pun senyum saja lah, alhamdulilah dah berubah minah ni...sbb rupa2nya mcik2 India tu dah tegur dia tp secara personal n hikmah sehungga tak siapa tahu siapa yg menegurnya...masyaAllah ni yg kita nak bljr...org mrh bl kita dok sebut India, esp org melayu, tp dgn merekalah saya byk belajar sifat...

Anonymous said... [Reply]

kadang2 saya keliru antara sunnah, budaya dan sifat2 nabi sebagai manusia.

Bijen M. said... [Reply]

PENCHENTA,
Motif nak pakai jugak tangan kiri?


NORSHA,
So sad.
So sad.
T_T


BATRISHA,
Eh cik Batrisha.
Saya lelakilah cik.
Bukan perempuan.
Heh.
Dah dijawab oleh orang di bawah.


UMMA A.,
Salam.
Terimas tolong jawab.
He he he.
Mana ada tegur dalam artikel.
Dalam komen je.
Selalu tegur indirectly bila waktu muzakarah bab makan.
Targhib kelebihan pakai tangan kanan.
So indirectly bila makan, depa pun amal tangan kanan.

Bak kata pepatung, bila datang kebaikan akan hilang kebatilan.


TN 12:51,
Ikut saja apa yang ditunjukkan.
Kerana semua wahyu dari Allah.
Yakin dan percaya.
Dah dijamin Allah Taala.

Bijen M. said... [Reply]

KAKIBISKUT,
Termiss pulak.
He he he.
Bila kita cari hidayat tu.
Bukan tunggu dia datang sendiri.

Norsha said... [Reply]

setuju dgn pdpt umma ali, dlm membuat teguran kena ada hikmah esp. bg pompuan, kalau tegur tk kena cara, mereka akan lebih jauh sbb hati pompuan mudah terusik, paling baik cthi akhlak nabi....

CahPen said... [Reply]

bab2 sunnah ni, tengah dalam proses. cuba amalkan sikit demi sikit sampai amal banyak sikit pasal sunnah Nabi.

anyway, kau gi umrah dua kali ke tahun depan? ke dapat chance gi awal?

CS said... [Reply]

hmmm amalan sunnah,,,suka utk belajar & amal..tahukah anda sekalian, bahawa lefthanded person adalah org yg paling mujahadah sekali utk amal sunnah bila bab2 tangan kanan? hihihi...kami mmg dh dilahirkan begini...so kdg2 tu trlepas jg,,,sdgkan org yg guna tgn kanan pun selalu terbabas.. ke berbabas?(sbb sngaja),,,apa pun, lefthanded bkn alasan,kena usaha utk amal,& ada jg kelebihannya,,,, bila potong sayur@ makanan, at least kami pegang tgn kanan,n bila guna peeler kami mengupas dgn arah yg betul...hihihii...boleh bayang dok? InsyaAllah sama2 dakwah, amal & doa Allah bg kekuatan utk amal sunnah..neeway sunnah x kolot~~ :))))

Ismi Ijmi said... [Reply]

satu orang (H) telah hidup di satu zaman, di mana di bandarnya orang pakai selipar terbalik. mereka selesa dgn itu.

H ni suka gi safar, so satu kali die telah safar ke tempat yang jauh dari bandarnya td.

tiba di satu bandar, di mana semua ahli bandar sume pakai selipar dgn cara yg betul. si H pun kata penduduk bandar tu pelik.

~tp die tak sedar org bandar tu tgk die pakai selipar terbalik...

hehe.

pelik leh pakai necktie istiqamah, tapi tak mampu pakai serban even masa solat.

mhafiz_ydin said... [Reply]

Bawa balik rahmat dari masjid masuk ke rumah utk anak isteri. Petua keluarga bahagia.. Amal2..

Benrauf said... [Reply]

sedap nama anak kau.

Bijen M. said... [Reply]

NORSHA,
Ya Allah.
Ajar kami hikmah ya Allah.
;)


CAHPEN,
Either Mac or June lah.
Tengoklah mana sesuai.
Doakanlah aku menang pakej umrah ke ape ke.
Ha ha ha.


CS,
Dulu saya suka dekat orang kidal pasal depa ni unik.
Pastu fikir balik, Allah bagi anugerah tangan kanan kat saya.
Nikmat mudah dalam urusan pekerjaan.
Saya pun bersyukur.
Orang kidal kena mujahadah sikit.
Allah bagi lebihlah.
Macam orang tak reti baca Quran, dia baca Allah bagi dabel.
;)

I.IJMI,
He he he.
Dia pakai serban ekor kat depanlah tu.
Serban leher.
:D


MHAFIZ Y.,
Fuhh!
Agama masuk, rumahtangga bahagia.
Bila nak berumahtangga?
Ke dah ada tangga kat rumah dah?


BENRAUF,
Nama anak Matpislah.
:P

As said... [Reply]

If could, try adopt and adapt apa yang ummi nasihatkan tu.

As ada mention sebelum ni, wanita jiwa dia halus, penuh kelembutan. Tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok. Jika kita luruskan dengan kasar, patahlah tulang tu.

Bila dibentuk dengan kelembutan, mudahlah dia taat. InsyaAllah.

Hmm..tak payah lah reply sini, I won't be reading pun. However, the way you responded to me all this while is just nice enough. Maybe dalam entry jelah kot. For me, it's acceptable sebab in general.

WA>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...