9.9.11

K-Answer?

Teet teet, teet teet!

Nada dering telefon bimbit Nokia 3310 Mat Selamat berbunyi.

"Abg. Blk nnti belikn kicap Jalen satu. Kicap dh nk abes. Tq!"

Selepas membaca, Mat Selamat meletakkan semula telefon mahalnya ke atas meja. Tangannya kembali berdisko-dansa di atas papan kekunci menyambung kerja yang tergendala tadi.



Teet teet, teet teet!

"Lagi satu kopi kpl api betul2 kaw sebungkus. Tq!"

Fokus Mat Selamat terganggu lagi.



Teet teet, teet teet!

Terganggu lagi.

"Abg dgr dak ni? Pastu nnti nk blk snggah umah Man Lemang amek lemang 2 btg. Smlm ayang dah oder. Abg byrlh dulu ye. He he."



Teet teet, teet teet!

Lagi sekali terganggu.

"Abg ni. Kan ayg suh abg masuk trus baju kotor dlm mesin. Brtlah nk agkut bakul dobi ni trn bwh. Lenkali bubuh terus dlm mesin tau."



Teet teet, teet teet!

Lagi dan lagi.

"Abg kt opis jgn gtl-gtl dgn kerani tu tau. Muahhh!"



Teet teet, teet teet!

Buat kesekian kalinya.

"Abg dgr dak ni? Awat x rply msg ayg? Abgggg!"



Teet teet, teet teet!

Lagi sekali.

"Abggggg! Isk. Reply la."


Mat Selamat tekan butang reply.

Mat Selamat tekan huruf 'K'

Mat Selamat tekan butang send.


Teet teet, teet teet!

"Eeeee! Benci la abg ni."

****

Kadang-kadang silence is the best policy. Umpama Saidina Umar yang garang, tapi bini dia sepuluh kali lagi garang di rumah. Si Umar rilek saja tadah telinga. Mungkin bini kuat berleter itu satu anugerah ye dak? Tapi bagi kebanyakan lelaki, itu adalah satu perkara yang annoying (?).

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

42 comments:

Anonymous said... [Reply]

Teet teet, teet teet!

Nada dering telefon bimbit Nokia 3310 Mat Selamat berbunyi.

"Abg. Blk nnti belikn kicap Jalen satu. Kicap dh nk abes. Tq!"

Selepas membaca, Mat Selamat meletakkan semula telefon mahalnya ke atas meja. Tangannya kembali berdisko-dansa di atas papan kekunci menyambung kerja yang tergendala tadi.

fuad ansari said... [Reply]

dulu masa bercinta bukan main panjang mesej..
time dah kawin, k je?? (",)

tasekM said... [Reply]

aku plak.
kalau laki tak balas sms.
tak koser dh nk sms dia banyak2 kali.

:)


.

makwe joni said... [Reply]

haha..tak tau nak kabo menda dah..dah betul sangat dah cerita ni

ahLia teeeetttttt..... said... [Reply]

another story of alam rumah tangga..

|| A r a W a n i || said... [Reply]

usahkan llk,
sy yg baca ni pun rimas.

ahLia teeeetttttt..... said... [Reply]

ader pape niee....
tgh siap alat2 nk masak nasik minyak ker?

...antikapel... said... [Reply]

membebe, err maksud wa bercerita adalah satu kepuasan yang sangat best...:)

...antikapel... said... [Reply]

membebe, err maksud wa bercerita adalah satu kepuasan yang sangat best...:)

CS said... [Reply]

mgkin akn tiba suatu saat nanti, sang suami akan merindui bebelan isteri...hidup anda akn sunyi tanpanya~ sila jgn menyesal---

airazulaikha said... [Reply]

hidup rumah tangga.. :)

Nisa Isha said... [Reply]

minta2lah nanti ko dapat isteri yang kuat membebel.:P

Muhammad Fahmi said... [Reply]

dah biasa mak berleter, +1 utk aku la bila kawen nanti. hahaha. :p

(ke aku yg kuat berleter?)

btw, kalau org reply meset aku 'k' je, aku ingat dia nak potassium. hahaha.. :p

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

hahahahha..mcm aku dgn Incik Bachok plak..hahahahah..btul2 trkna batang hidung aku..
nsib baik tak kwin lg..kalo dh kawin msti aku lg dasat dari la ni..hahahahha..

cik_paan said... [Reply]

perempuan membebel byk ke arah baik nye...

even, benda sekecik2 tu lah nak dibebelnye.mcm kes tak reti letak baju dlm washing machine, kalu dia tak bebel, kita pun takkan reti nak masuk baju dlm washing machine

sudahnye baju kita tak basuh, tahu2 jadi kain lap kaki, yelah, elok bersepah atas lantai...

ah, sudah, aku lak membebel..

Bijen M. said... [Reply]

FUA,
Besa bero!
:D

TAM,
Haa macam tu kool.
:P

MAK,
Kabo baek!

AHL,
:)
:)
:)

ARA,
So moralnya jangan jadi pompuan macam tu.
;D

Bijen M. said... [Reply]

ANT,
Yang lelaki kena jadi pendengar yang baik.
Sebab tu jawab 'k' je.

CS,
He he he.
Ugutan ni.

AZ,
Asam garam rumah tangga.

NIS,
Hui.
Kerek nih.

MUF,
Ha ha ha.
Apa yang kemikal sangat otak lu ni?
:D

Bijen M. said... [Reply]

AATP,
Ha ha ha.
Kena kurangkan ni.

CIP,
Baju tu masuk bakullah.
Ceh.
Dalam ni pun nak membebel.

rozanna.rizwan said... [Reply]

prempuan mmmg mcmtu.dia dah bebel pnjg2,dia harap lelaki akan ckp pnjg2 jugak.sapelaa tak geram bila lelaki reply "K" je. fuhh. panas hati saya ni bang.ekeke.. :p

tapi kalau takde prempuan tu bebel, tau pulak lelaki nak cari perempuan yang sentiasa ambil berat pasal dia, tegur apa yang ptut, jaga makan minum..

UmmuAisya said... [Reply]

die boring kat rumah tu. sebab tu rajin mesej. bersangka baikla dgn isteri.

*perempuan memang suka perhatian suami*

Afida Anuar said... [Reply]

K.

Gua tak bebel, msg pun gua tak send. Gua pi cari kicap jalen sendiri. Pi beli kopi kapal api sendiri, bakar lemang sendiri..

Wakakakak..

ukhti,mardhiah said... [Reply]

(",)

Norsha said... [Reply]

n3 ni nak bg warning kat bakal isteri ke?....satgi kalo dia kunci mulut 24 jam, hang pulak yang pening....

CahPen said... [Reply]

Isteri membebel satu anugerah. Tapi kalau dapat perempuan cam aku yang independent, agak tak berperasaan, blur and diam tapi suka melekat dengan suami, tu pun anugerah gak ke? Hehe.

siti fairos jaafar said... [Reply]

laki besa la..time lom dpt,dikejar bagai nak rak..dh dpt,.....

bini bebel tu slalunye bukan niat nk bebel..tapi tegur utk kebaikan..

yg bleh jd/dianggap bebel tu bila laki xbrapa mau dgr..tu yg jd bebel tuh..

stuju x?stuju x?

Bijen M. said... [Reply]

ROZ,
Bukan ke pasangan kaki bebel dengan kaki dengar?
Ahaks!

UMM,
Kalau kes suami melayan bini dengan opis macam mana pula?

AFA,
Lu hebat!

UKM,
(^^,)

NOR,
Basahi lidahmu dengan zikrullah.
Ahahak!
Pehh nasi ayam.
Perli ke apa ke nak targhib nasi ayam cepat-cepat?

Bijen M. said... [Reply]

CAH,
Macam mana pun isteri, semua tu anugerah Allah.
Yer dak?

SFJ,
Wahh!
Statement tak boleh blah.
Heheh.
Tapi kekadang rimas jugak kan?
Isteri kenalah memahami jiwa dan hati suami.

HijabRockers said... [Reply]

Adei aku gelak x berenti baca ulang2 pun. Hehehe...kebanyakan ppuan mmg suka perhatian ok =). Come on la... =). It's in our nature. Tak reply tu tanda tak bg perhatian =)

Gadis Buah Delima said... [Reply]

k

rozanna.rizwan said... [Reply]

yeahh.
itulah dalam cerita kau macam tu.pmpn tu kuat bebel,lelaki tu ok kan je.tapi janganlah reply "K".at least cakap "ok,nanti abang belikan" itu pun dah cukup bagus..

heh.

ikanlaga said... [Reply]

dasat jugak kalo gini rupe pompuan.
isy..xkan la kowt.

Ismi Ijmi said... [Reply]

citer ni cam pernah dgr..misti common sgt kan?

Bijen M. said... [Reply]

HR,
Yelah yelah.
Nak sangat perhatiankan.
:)

GBD,
Nak kena pukul?
>_<

ROZ,
Dalam hati laki tu dia nak beli je.
Tapi orang laki ni tak suka dipaksa-paksa.
Dia tau je tanggungjawab dia.
Heh.

IKA,
K

ISM,
Aah common story.
Sebenarnya ada cerita disebaliknya.
Nantilah gua cerita personally insyaAllah.

Mz Aisya said... [Reply]

Wat penat je bayar SMS kalo setakat reply K! kaum laki sila reply pepanjang okay!! hahaha. aku pon x ske kalo adik aku sendiri reply K je. baik x yah pakai henpon! (ceh emosi).



btw, yg cerita Saidina Umar tu, aku pernah baca kat Solusi rasanya.
Ada reason kenapa dia dengar aje isteri dia berleter. Bila orang tanya kat dia kenapa, dia cakap biarlah isteri dia nak berleter kat dia or nk membebel. Sebab isteri dia la yang menguruskan segala-galanya dalam rumahtangga tu termasuk menyediakan makanan untuk dia dan anak2, sediakan pakaian, kemas rumah semua.

jadi untuk menghargai dan mengenangkan penat lelah isterinya, dia mendengar leteran isterinya tu. Biasalah. Mungkin tu cara isterinya nak luahkan perasaan ke atau perhatian kan? :)


Ini tidak, kalo isteri bebel sikit je, terus bosan dan cari lain.
Cuba hargai sikit isteri tu.


ps: lelaki, pay more attention to your wife okay :) rajin2 la puji beliau. hehe

UmmuAisya said... [Reply]

bukan nak suh layan isteri kat office sampai tak jadi keje. ckup sekadar tunjukkan yang kita amik tahu apa dia mintak. call ke. kan senang. kenala kreatif dan inovatif.

*isteri dalam cite ni macam tak cukup kasih sayang suami.sebab tu cmtu.haha"

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Comment yang ke-36?
Lambatnyaa aku. Haha.

Alahai.
Susah sangat ke nak bagi sikit perhatian dekat orang yang nak masak pakai kicap Jalen dan buat air pakai Kopi Kapal Api Betul-Betul Kaww tu?

Inilah masalah.
Bini tak kasi keluar. Kunci dalam rumah.
Nak tunggu dia bermesej dengan orang lain ke baru nak replai pepanjang?

Hah.
Drama melayu sangat!

Hindustan lagi best lah!
*Erk*

siti fairos jaafar said... [Reply]

btw, i dh biasa dh hubby reply k..xreply lgsg pn biasa..slalu kalu msg xpntg, die xreply pn xkisah..tp, kalu rs cm pntg tu, xreply sbb bz keje, i trus call tny nape xreply..haha..

en bijen, mmg r rimas kalau byk sgt msg..itu xdinafikan..tp as a human being (xspecific pd laki/pmpn) kita mesti ada give n take kn..xleh berat sblh..:)

cik AngguR said... [Reply]

ada gak laki yg jenis yg suka tanya byk2 tu...smpi ppuan nek rimas & lemas...hahhaa

Ummu Wafi said... [Reply]

Selalu juga sms suami tapi yg penting2 je sbb benda2 remeh macam story ni semua buat sendiri.

Bijen M. said... [Reply]

MZA,
Ha ha ha.
Nice!
Itulah yang sedang laki tu buat.
Nanti dia balik buat seperais le ke bini dia.
Korang ni nampak laki jahat je.
Ce positip sket.

UMM,
Ha ha ha.
Terlebih kasih sayanglah jadi begitu.
Kalau tak, indie je dia.

PEN,
Haa.
Ni lagi sorang look at the dark side.
Ce tengok belah bright side sikit.

SFJ,
He he he.
Aah.
Pengajaran le tu.
Ambik iktibar.

CIA,
Tapi perempuan lagi banyaklah kot.
Hek!

UMW,
Haaa!
Macam ni baru kool!

mhafiz_ydin said... [Reply]

Lelaki diciptakan untuk rilex, cool and steady. Kalu dua-dua macam pedang, berapi la rumah tangga. :)

Bijen M. said... [Reply]

MHY,
Pehh!
Macholah ayat-ayat orang yang tengah panas ni.
Ada aura.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...