12.9.11

Gaya lelakilah pulak.

Aktiviti hujung minggu gua habiskan untuk bersama anak dan bini. Selesai solat Isyraq dan istikharah, gua ambil baju lusuh dalam almari dan menyarungkannya ke tubuh keding gua. Gua jemput Batrisha yang sedang fokus menonton lubang hidung Aziz Desa dalam rancangan 'Nasi Lemak Kopi O' untuk mengikut gua.

"Come Batrisha. Let have fun together with walid!"

"Where?"

"Tolong walid basuh kereta. Yeah!"

"Nice walid. Letsego!"

Bini gua yang menemani Batrisha sebentar tadi hanya mengukir senyuman tanda sokongan yang tak berbelah bagi.

Sambil bermain buih-buih sabun, Batrisha menanyakan soalan kepada gua.

"Walid walid. Why walid boleh kekal ramping dan sihat walaupun orang kata walid sepatutnya buncit sebab kerja tengok TV dan hadap Fesbuk je sambil tunggu Batrisha panggil makan?"

"Oh my dear Batrisha! Deme tu jeles dengan walid. Jangan diikutkan sangat deme-deme tu."

"I see!"

"Meh walid cite dekat Batrisha apa kerja orang lelaki selain tunggu anak panggil makan."

"Haa! Ce cite, ce cite! Koool.. daddy kool!"

****

Sebenarnya hal memasak adalah perkara nombor ke-124 dalam bab rumah tangga. Bukanlah isu penting kalau si bini memasak lelaki duduk saja. Kerana sebenarnya bini ada kerja yang lebih penting dari memasak iaitu, (nanti gua bagitau di penghujung rancangan).

Semua orang nampak laki bersalah bila berperangai cilake-tunggu-anak-panggil-makan. Sebenarnya di sebalik kejayaan wanita di dapur, ada lelaki dibelakangnya. Kerana tugas lelaki adalah membantu meringankan tugas bini di rumah dengan gaya-gaya Rasulullah SAW.

Dimulakan dengan mesyuarat sesama anak bini. Maka tugas laki adalah pergi market beli barang basah sementara bini sedap goyang kaki depan TV. Opps! Rasanya kalau bini tu buat amalan pagi lagi bagus kot berbanding hadap TV. Dhuha 12 rakaat misalnya.

Bila dah balik, laki yang rajin sikit akan tolong sediakan bahan. Siang ikan, potong sayur segala. Selalunya aktiviti ni bini akan take part sebab mudah dia nak rancang pemasakannya. Maka hubungan intim boleh wujud sini. Or maybe bini boleh buat sendiri sebab sayang laki dia. Di sini ada option.

Memasak? Bini jelah di dapur. Laki jaga anak. Yelah dah seminggu duduk opis, kita gunalah masa ni untuk pantau progress anak ye dak? Sekolahkan dia apa yang patut yang cikgu dekat sekolah tak ajar. Sekali-sekala laki boleh je nak masak.

Makan pula tugas semua orang. Makan secara berjemaah ye tuan-puan.

Basuh pinggan pula laki yang rajin boleh tolong ringankan beban bini yang dah penat memasak tadi. Hubungan intim juga boleh wujud di sini.

Selesai cerita di dapur. Haa see! Tak ke ada konsep give and take dan appreciation di situ? Lu orang je suka main tuduh-tuduh gua tak tolong bini. Sampai hati.

Itulah perkara yang ke-124 dalam ilmu rumah tangga. Perkara nombor satu adalah macam mana nak jadikan bini itu sebagai pembantu dai'e Allah SWT. Maka bila dia tahu peranan dia sebagai pembantu dai'e, tak kiralah dia kena buat kerja apa pun, dia tak kisah. Kerana segala khidmatnya semata-mata kerana Allah Taala gaya-gaya Khadijah RHA.

Apa maksudnya?

Dia masak bukan niat nak kenyangkan perut ahli keluarganya. Tapi niatnya agar suami dan anak-anaknya ada kekuatan untuk beribadah dan berdakwah. Ada kekuatan nak bangun malam berdiri lama-lama menangis hidayat untuk umat Nabi SAW.

Dia basuh baju, sidai baju, iron baju bukan sebab laki dia suruh. Tapi untuk suaminya pakai di jalan Allah Taala. Pergi ulang-alik masjid. Buat ibadat, jumpa orang cerita kebesaran Allah segala.

Di rumah pula dia menjadi pembantu suaminya menjaga keutuhan rumah tangga agar sentiasa diredhai Allah. Menghidupkan rumah dengan amalan yang mendekatkan keluarganya pada Allah. Mendidik anak-anak, menyenangkan hati suami dan sebagainya.

Maka sedarlah segala susah payah bini, Allah SWT bayar dengan pahala dari seluruh umat. Bukan terhad dari keluarganya saja. Kerana asbab masakannya, si laki dapat bangun menangis depan Allah untuk hidayat seluruh umat. Asbab iron baju, laki dia segak jumpa orang dakwah kalimah Lailahaillallah. Kalau sebelumnya hati si laki terluka sebab dicerca dimaki orang pasal sibuk ajak pi masjid, bila si bini menyenangkan hatinya fuhh bayangkan macam pandangan kasih Allah SWT terhadapnya. Umpama Khadijah RHA gamaknya.

Tak tahulah kalau lu orang tak sedar lagi dengan merasakan kerja di rumah itu satu beban. Padahal terang-terang Allah SWT dah bagi peluang buat saham dunia akhirat. So fikirlah balik kalau ada niat nak hired orang gaji tu.

Lastly, see! Kalau lu orang kata ilmu rumah tangga dan ilmu agama adalah perkara yang berbeza lagi tak tahulah. Karang gua cakap lu orang ni fckuing secular, lu orang marah pulak. Okebai!

****


"Oke Batrisha. Sebab apa walid kurus?"

"Sebab walid makan sekali sehari saja. Walid tak makan dekat luar. Walid eksesais jalan kaki pi masjid. Pergi keliling kampung ziarah rumah orang cerita kebesaran Allah. Blablablabla..."

p/s: Oke! Ini super perfect punya calon suami di akhir zaman. Gua tak macam ni sebetulnya.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

29 comments:

airazulaikha said... [Reply]

untung jadi batrisha dpr walid byk cerita byk info.. hehe

Anonymous said... [Reply]

Aktiviti hujung minggu gua habiskan untuk bersama anak dan bini. Selesai solat Isyraq dan istikharah, gua ambil baju lusuh dalam almari dan menyarungkannya ke tubuh keding gua. Gua jemput Batrisha yang sedang fokus menonton lubang hidung Aziz Desa dalam rancangan 'Nasi Lemak Kopi O' untuk mengikut gua.


Argh!
Terlambat komen pulak!

UmmuAisya said... [Reply]

sapa cakap walid suka tengok tv and main fesbuk ni. tak patut betol orang tu.haha

Muhammad Fahmi said... [Reply]

Setakat ni gua pon blom jumpe lagi jgk..

CahPen said... [Reply]

Wah.. Pernah terpikir nak jadi bini camtu tapi tak sedahsyat tu. Aku just fikir nak senangkan hati suami and anak2 sebab nak dapat redha Allah. Pastu tambah kasih sayang sesama keluarga biar dapat rahmat dan berkat Allah. Takat tu je. Takla sampai nak wat ibadat sume. Thanks bro sebab sedarkan. Tetiba teringat Brother Shah cakap, sampai mati pun kita kena berjuang ikhlaskan diri and pe je kita wat kerana Allah. Anyway, tahniah airazulaikha jadi orang 1st komen. Kalau tak, orang yang sama jek. Hehe.

Ismi Ijmi said... [Reply]

fuyhhh, dahsyat la kalau dpt bini cmtu.
lagi dahsyat kalau dapat jadi walid cmtu kan??

usaha ..

Bijen M. said... [Reply]

AIRA,
Untung kalau dapat jadi walid macam tu.

U.AISYA,
Adalah satu orang tu.
Kang bitau nama mengamuk pulak.

M.FAHMI,
Ada banyak.
Cari lagi.
:)

CAHPEN,
Niat kena jauh.
Fikir kena jauh.
Nak selamat seluruh umat.
Aira dapat komen sebab internet ni tetiba lembab je.
Kalau tak, tak kasi chance.

ISMI,
Kipidap bro!

CS said... [Reply]

bila 4 penjuru umah, jd 4 penjuru alam... samaada anda masturat @ rijal,,, keje kita sama =)

Hidayatullah said... [Reply]

thx sbb share bnde yg bakal dihadapi..lelaki skang ble da kawin da mcm raja.. sume bini bwat..ha3

fuad ansari said... [Reply]

yang penting nawaitu ye dok...

susah gak nak dapat walid yg kekal ramping.. tahniah utk walid batrisha.. mesti walid batrisha segak bergaya.. (",)

cik_paan said... [Reply]

selalunya, orang perempuan ni tak suka sangat kalau diganggu waktu memasak..

waktu memasak je lah..tapi kalau bab tolong kemas bahan pasar, tolong lap dapur lepas masak, tolong basuh perkakas kena lah ada pembantu

alah, si walid kena tolong pun, bila batrisha dah besar sikit, turn batrisha tolong pulak..walid dah boleh goyang kaki, huh?

Norsha said... [Reply]

tapi hangpun blh jadi super perfect punya suami kalau hang mahu, untunglah future wife hang nanti.....

Bijen M. said... [Reply]

CS,
Yabedabedoo!

HIDAYATULLAH,
Suami nak bagi pahal free ke bini.

F.ANSARI,
Amin amin amin.
Ha ha ha.

C.PAAN,
Haa betul.
Sebab tu walid biar bini setel sensorang kat dapur.
Kan bernas tu.

NORSHA,
He he he.
InsyaAllah.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Assalamualaikum.
(",)InsyaAllah tu..

Afida Anuar said... [Reply]

Walid kekal ramping pasai walid tak amalkan minum air terus lepas makan or ketika makan, walid tunggu sejam baru la walid minum..wohaa!!

hehe

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Memanglah hang bukan macamtu. Hang bukan laki orang pun lagi. Hahaha.

Kena usaha dari sekarang lah nak dapat laki soleh gini. Ishk.

rozanna.rizwan said... [Reply]

tak habis2 berangan, bila nak kahwin?heh..

Bijen M. said... [Reply]

U.MARD,
Alaikum salam.
InsyaAllah juga Mard jadi ummi lagu tu.

A.ANUAR,
Ha ha ha.
Bongkar rahsia kejelitaan walid pulak.

PENCHENTA,
Mudah-mudahan.
Nak calon?
Aku ada banyak boleh kasi.

R.RIZWAN,
Kau doakan aku kahwin tahun depan oke.

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

Jadi rindu suami baca ni:'(

Dah kahwin baru tahu, suami memang baaanyak buat kerja..

Makin kurus, especially bila isteri tak sihat.. Semua2 pun suami yang buat.

Solute to all (wonderful) husbands.

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

bro yg semua ok dah..tp x perlu masukn element tv...

fndrocka said... [Reply]

bawakan air kpd suami pun dah besar ganjarannya.rumahku syurga ku...ni yg semangat nak kawin ni!

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Niat kene sntiasa btulkn ni..
Xgitu Sedara Bijen?

ya ALLAH, mudah2an dpt jdi pembantu Dai'e yang BAEK! Amin.

Bijen M. said... [Reply]

A.ADAM,
Sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Sayang anak tangan-tangankan.
Sayang suami nak buat apa?

A.P.SEKELUARGA,
TV akan dipecahkan secara perlahan-lahan.
Sekarang dalam usaha nak pecahkan berhala dalam hati.

FNDROCKA,
Aku nak jadi saksi hang nikah boleh?
Bayaq duit RM 10.
Ha ha ha.

ARAWANI,
Setiap amal dimulakan dengan niat.
Dan anda pun sudah berniat nak jadi pembantu dai'e.
Dah dapat pahala di situ.
Moga Allah bantu.
Amin.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

thanks berdakwah di sini, ada pahalanya untuk anda :)

..::♥hidayati♥::.. said... [Reply]

batrisya..??err~~x leyh blah...tiba2 ad anak...style mghdupkan suasana blog...ye dok?

Bijen M. said... [Reply]

PCS,
;D

HIDAYATI,
Aah.
Semua tak boleh blah kan.
Kan kan kan?
:D

..::♥hidayati♥::.. said... [Reply]

tau x pa (",)
meroyan anak lalat ja smua tu...

Bijen M. said... [Reply]

:)

Umma-ali said... [Reply]

aslm, nak komen gak lah wpon post dah lapuk...bley kan? kan?
Ada skli sorg wife pi bljr agama kat surau..blik umah hbq kat hubby...
ustaz tadi kata tugas istri bkn memasak mmbasuh dll...tugas istri layan suami je ie sexual layan lah...
suami pun buat muka mcm cicak mkn kapur..
abg rasa ustaz hang ni kuat sex laa...
muahahaha...
peace ustaz...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...