7.9.11

Gaya bini beragama di dapur.

Orang kata ilmu agama dengan ilmu rumah tangga lain ye dak? Terpulanglah kepada tahap kesekularan lu orang.

Tapi gua rasa punca keretakan rumah tangga adalah kerana kurangnya ilmu agama. Bila si bini tak faham apa yang patut dibuat bila berada di dapur. Mengikut pengalaman gua, bini yang dianugerahkan dengan tugas memasak oleh suami (walaupun pada asalnya bukan tugas bini) buat sambil lewa dalam penyediaan makanan menjadi asbab punca keretakan hubungan kekeluargaan.

Contohnya tak jaga adab dapur. Lepas tu suka beli makanan di luar atau makan di luar sebab nak mudah atau kata lainnya, malas. Bagi lelaki dan anak-anak makan dengan makanan luar yang belum tentu tukang masaknya menjaga solat, zikir, adab dan kebersihan.

Eh! Part yang paling gua nak tekankan kat sini adalah makanan luar. Harap-harap bini gua rajin khidmat masak walaupun tak pandai masak. Pasal gua nak makan kat rumah saja.

Orang kata nak tackle hati suami kenalah dari perut ye dak? Nah gua bagi tips men-tackle.

* Updated Al-Lughatul Arabia bantuan sahabat gua. Jazakillah!

Doa Masuk Dapur
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Buka Periuk
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

Zikir Waktu Masak
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x

Kendian yakin dan dakwahkan - Bukan gua bagi sedap. Yang bagi sedap, Allahhhhhh!

Jangan lupa tutup kepala supaya rambut, kelumumur, kutu babi, syaitan dan seumpamanya tak terjun, kencing, berak dan seumpamanya dalam makanan.

Oh ya! Dekat Bangladesh hari tu ada satu kes kami satu jemaah tak dapat bangun tahajud pasal time memasak gua nyanyi lagu rock kapak. Kes teringat orang dekat Malaysia. Gua rasa sungguh menyesal. Oh!

Ini post gua dedikasikan kepada wanita moden dan bekerjaya yang ambil remeh hal rumah tangga.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

42 comments:

Anonymous said... [Reply]

Orang kata ilmu agama dengan ilmu rumah tangga lain ye dak? Terpulanglah kepada tahap kesekularan lu orang.

Tapi gua rasa punca keretakan rumah tangga adalah kerana kurangnya ilmu agama. Bila si bini tak faham apa yang patut dibuat bila berada di dapur. Mengikut pengalaman gua, bini yang dianugerahkan dengan tugas memasak oleh suami (walaupun pada asalnya bukan tugas bini) buat sambil lewa dalam penyediaan makanan menjadi asbab punca keretakan hubungan kekeluargaan.

Hazwan Arif said... [Reply]

spatutnye lu nyanyi lagu raihan..ape daa

CS said... [Reply]

InsyaAllah moga dpt diistiqamahkan...

apakah sebab ini hincik zauj semakin sihat & tidak bernafsu utk makan luar? hihihi...memasaklah wahai para ahlia wpun simple dish..sambil tu boleh 'hembus2' sikit..hahahaha...zikir la..biar Allah bg sedap n dpt kekuatan buat ibadat & gasy InsyaAllah~

Nisa Isha said... [Reply]

sebelum berumahtangga lagi dah kena praktiskan..masak nasi tuk family misalnya..ye dak? :)

anak sulung said... [Reply]

mak gua pun ajar kalau masak, sambil basuh beras, sambil basuh ayam, siang ikan, cuci sayur, kacau lauk, baca selawat banyak2.

dan mak gua memang jarang nak beli makan kat luar. kitorang seniri pun memang tak suka sangat makan luar. paling koman telur goreng pun kitorang dah hapy dah, yg penting mak gua punya air tangan!

harap2 gua dapat ikut cara mak gua tu! eh. trimas sebab share doa2 tu!

gua nak p cari makna ayat2 yg lu bagi. :D

...antikapel... said... [Reply]

baru tau doa-doa tersebut.

mak aku masak memang sedap! tak tau nak kata apa. ALLAH yg bg sedap asbab mak aku masak dengan penuh kasih sayang.

ada satu masa, mak aku masak tak berapa kaw macam biasa.

kak ipaq aku kata, mak tengah makan hati tu. terasa dengan seseorang.

emosi juga memainkan peranan kan?

dan seseorang pernah memberitahu, sambil masak kita doa yang orang yang makan masakan kita kan menjadi lembut hati, dengar kata.

i like! tak payah susah-susah jumpa bomoh buat nasi kangkang atau sebagainya.

hakikatnya, ALLAH yang bg sedap!

nanti lu kahwin jemput wa ok....:)

iqin othman said... [Reply]

err, yang part doa basuh beras bukan min ju' ke instead of mil juk?

ahLia teeeetttttt..... said... [Reply]

semenjak dua menjak nie asyik cter pasal

wanita,


kahwin,


hal rumah tangga


dan yang sewaktu dengannya


ader paper ker nieeee....?


cepat2 la yop.



terima kasih doa2 itu.

fuad ansari said... [Reply]

jelas terbukti agama meliputi seluruh aspek kehidupan...

gua cadang, lu kawin aje lah esok.. sebab gua tgk lu punya ilmu sudah cukup mantap.. (",)

hanakirana said... [Reply]

Salaam,

Aku ada pergi dengar ceramah Shaykh Akram Al-Nadwi (penyelidik di Oxford University: http://en.wikipedia.org/wiki/Mohammad_Akram_Nadwi) pasal mencontohi gaya hidup Rasulullah saw pada awal tahun ni. Antara isi ceramah beliau:

1. Dari sudut Islam, tugas memasak sebenarnya tidak pernah termasuk dlm senarai tugasan seorang isteri.

2. Memasak dikatakan tugas seorang isteri adalah hasil tradisi dan ajaran nenek moyang turun temurun yang diterima pakai dari dahulu sampai sekarang; kerana pada zaman dahulu kaum perempuan tidak mencari nafkah dan hanya duduk di rumah.

3. Dalam aspek kehidupan yang lain, kita suka hendak mencontohi Rasulullah saw tapi bila tiba bab makanan tiba-tiba kita suka ikut kehendak tekak dan perut sendiri. Rasulullah saw gemar memakan makanan yang segar dan hampir tak perlu dimasak – buah-buahan, sayur-sayuran. Sebenarnya banyak masa yang boleh dijimatkan bila kita mencontohi cara pemakanan baginda.

4. Masa yang dijimatkan boleh digunakan untuk beribadah dan menuntut ilmu – dapat diaplikasikan kepada lelaki dan perempuan. Ini kerana realitinya dari dahulu sampai sekarang orang perempuan lebih banyak menggunakan masanya di dapur berbanding dengan lelaki, sedangkan tuntutan mencari ilmu itu tidaklah terhad kepada orang lelaki sahaja.

Wallahua'lam.

Apa pun, terima kasih atas doa-doa tu. Pasti boleh dipraktikkan oleh suami dan isteri yang sama-sama saling membantu memasak di dapur. Sebab zaman sekarang usaha mencari nafkah itu lazimnya dibuat oleh kedua-dua suami dan isteri. :)

Bijen M. said... [Reply]

HA,
Lagu Raihan gua nyanyi jugak.
Cuma waktu tu gua nak melepas rindu.
Tsk.

CS,
Aah.
Hembus-hembus tu bab rahsia rumah tangga.
Nanti saya cerita ayat apa nak hembus bagi laki sayang pulak.

NIS,
Ye betul.
Betul betul betul.

ANK,
Yup.
Kalau susah sangat nak ngapal, baca bismillah dan selawat je.

ANT,
Aah.
Selalukan kita dengar masak tak ikhlaslah, itulah, inilah.
Apa yang dizikirkan di mulut, dalam hati, dalam kepala otak itulah yang masuk dalam makanan.
Lebih kurang baca manteralah.

Bijen M. said... [Reply]

IQI,
Err.
Nanti gua ngecheck balik.
Inilah masalahnya bila tulis arab dalam rumi.
T_T
Thanks tegur.

AHL,
He he.
He he.
He he.
He he.
:)
Mung doa le pulok ke ambe yang dhoif ni.

FUA,
Islam itu deen.
Deen itu cara hidup.
Islam itu syumul.
Syumul itu menyeluruh.
Politik dalam Islam?
Politik Nabi SAW - Orang lain kenyang, dia lapar. Orang lain ikat satu batu, dia ikat 2 batu.
Itu politik Islam.
He he he.
Ambe belajar-belajar lagi ni.
Mung lagi hebak dah ado anok.
:)

HAN,
Salam.
1. Dari sudut Islam, bini bukan tugasnya memasak. Sudah dijelaskan dalam petikan berikut "(walaupun pada asalnya bukan tugas bini)". Dari sudut Islam, tugas bini adalah melayan suami.

2. Dari sudut tradisi, kita wajar mencontohi apa yang ditunjukkan oleh wanita yang dekat dengan Nabi SAW. Khadijah, Aishah, Fatimah dan sebagainya. Khadijah pernah bersusah payah menyediakan makanan dan mendaki bukit untuk ke gua Hiraq sewaktu Nabi SAW beruzlah di sana. Aishah pula macam-macam dibuat untuk menggembirakan hati Nabi SAW. Fatimah punya korban untuk Ali, tak larat nak cakap.

3. Benar. Satu sahabat hanya memakan tepung sepanjang hayatnya kerana mengunyah roti sudah memakan waktunya untuk beribadah kepada Allah.

4. Benar. Orang perempuan jika berkhidmat untuk lelakinya, pahala berketul-ketul emas dia dapat. Disamping itu, dapat redha suami lagi. Dapat redha suami, syurga jawabnya. Walaupun ibadatnya tak seberapa. Kerana khidmatnya untuk suami sudah dianggap ibadat. Bab ilmu pula, kita ambil contoh Nabi SAW dan para sahabat. Bila Nabi mengajarkan ilmu kepada sahabat di masjid, mereka akan pulang ke rumah untuk mengajarkan anak isteri mereka. Dengan itu wujud satu tali hubungan antara masjid tempat turunnya rahmat ke rumah. Malah si suami yang mengajarkan anak isterinya sudah tentu sudah boleh menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan pemimpin keluarga.

WA.

Sama-sama. InsyaAllah dapat dipraktikkan oleh suami dan isteri kerana Nabi SAW rajin membantu istrinya bekerja di dapur. Sesungguhnya zaman sekarang dan zaman Nabi SAW dan para sahabat RHUM jauh berbeza.
Di zaman merekalah adanya orang-orang yang berjaya.
Orang-orang yang dijanjikan syurga.
Orang yang Allah redha terhadap mereka dan mereka redha terhadap Allah.
:)

Muslimah Optimis said... [Reply]

terima kasih.. mohon share

Afida Anuar said... [Reply]

Gua dah hapal separuh dah doanya... tinggal separuh lagi. BEsok la sambung..wakakakaka..

btw, terima kasih sudi share doa2 tu!

makwe joni said... [Reply]

pehh!

rozanna.rizwan said... [Reply]

ok,
aku tak pandai masak.tak jadi lah nak tackle kau.hikhik :D

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Encik, doa tu ada tak yang tak dirumikan?

Ai tak reti baca rumi2 ni. Tak suka situasi tertukar 'al-kalbun' dengan 'al-qalbun'. Grr. Sangat tak kool.

menusuk hati said... [Reply]

Suatu hari,bini gua tanya masakan dia sedap ke tak,gua pun kunyah n suap kat dia.hm!Sedap bro..bestnya ada bini yang pandai masak sambil beragama.jangan jeles na..

Bijen M. said... [Reply]

MO,
Sama-sama kasih.
Pepohon diterima.
:D

AFA,
Hish.
Tamak betoi.

MAK,
Pehh!
Makwe Joni komen blog gua.

ROZ,
Pandai tak pandai tu perkara kedua belas di dapur.
Nombor satu, rajin memasak.

PEN,
Jap gua suruh member gua pakar Bahasa Arabia.

MH,
Untunglah kauuuuuuu!
>_<

UmmuAisya said... [Reply]

gaya suami beragama kat dapur tak de?

siti farhanah said... [Reply]

en bijen, mntk bg mksd skali utk setiap bacaan2 itu. tq

siti fairos jaafar said... [Reply]

salam..

bab nak kacau arah lawan jam susah sket..dh biasa kacau arah jam..huhu..

memasak mmg bukan tugas isteri..tugas isteri hanyalah melayan suami (ustaz masa kat skewl dulu ckp)..kalau hubby nak kite masak,itu kira melayan suami gak ke?

nk masak kne hati ikhlas..kalu x,xjadi woo..(cakap brdasarkn pengalaman sniri..hehe..

bro,thanks sharing..^-^

Mz Aisya said... [Reply]

Uix en Bijen!
Aku suka post ni hehe walopon aku ni kurang rajin nak masak, sebab aku aku master chef kat rumah dah. hihihi.

sangat bes post ni! tapi boleh x ko provide doa tu dalam arab punya? aku nak baca cam tergeliat lidah dengan sabdu nyer , aku x reti sangat sbb ada doa tu aku tak familiar.

leh tolong bagi aku doa tu dalam arab? hehe aku mintak serius ini. sila emel aisya_wars@yahoo.com

sbb bila dah kawen nanti, opkoz aku nk jadi master chef kat rumah! so bila suami gi kerja, dia teringat breakfast aku buat. hehe

ow man dah meraban. okay sila emel. :P

thanksssssssss~!!

Mz Aisya said... [Reply]

er silap, bukan AKU master chef kat rumah tu, KAKAK aku master chef kehkehkeh. baru baca dua kali, blur aku baca statement sendiri.

:P

izzatimar'e said... [Reply]

salam..
kan seronok kalo suami pulak yang masak, asek isteri je.... hehe.... letih tau pas keje kne masak. suami kne syg lebeh la cenggini.... hahah... gurau je,,,,

Anonymous said... [Reply]

salam tuan.. lagi bagus kalau tuan sertakan maksud doa2 tu kalau tahu, sebab lagi best kalau faham maksud doa2 yg kita sebut..

Norsha said... [Reply]

bila isteri rajin ke dapur, suamipun kena rajin juga menolong apa yg patut, buat air ke, cuci dulang ke, pandai2lah ambik hati isteri tu ye...

Ismi Ijmi said... [Reply]

salam. jom tgk ni
Berkahwinlah!!! Kamu Akan Lebih Hampir Kepada Allah

bilalah agaknya ummu batrisya dapat diwujudkan.. sian dah den tgk abu batrisya ni

:-)

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Oh. Dah bagus.
Btw, ada tak doa untuk bagi rajin masak?

abu zarim said... [Reply]

pergh,,,makin kencang sejak baru tgguh ni,,,:)....cepat2,,,,doa utk sempurnakan sebahagian dr agama,,,:),,,

Bijen M. said... [Reply]

UMM,
Ada.
Tunggu nanti.

SFA,
Dah update.
TQ.

SFJ,
Salam.
Alah bisa tegal biasa.
Ada kereta mesti suka mau hias bubuh aksesori ye dak?
Solat wajib mesti suka hias kaver dengan solat sunat ye dak?
Jadi bini, selain melayan suami di katil mesti mau layan suami di dapur, ruang tamu dsb ye dak?

MZA,
Dah update semula post tu.

IZZ,
Salam.
Opkos suami sayang yo.
Sebab bini pandai tekel ikut perut.

Bijen M. said... [Reply]

TN 7:22,
Salam.
Dah update.

NOR,
Opkos!
Tolong jaga Fesbuk bini pun boleh.
:)

ISM,
Salam.
Baru dapat amalan dari Syeikh Nuruddin Al-Banjari.
Diijazatkan dari sorang hamba Allah.
InsyaAllah, doakan.

PEN,
Ada.
Allahumma inni a'uzubika minal hammi walhazan, wal'ajziwalkasal, waljubniwalbukhli, wadhola'addaini wagholabatirrijal.

"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang"

(Bahasa Arab - rujuk Ma'thurat)

ABU,
Ameen ya Allah.

cik AngguR said... [Reply]

terbaek lah boley cik Anggur Training dr sekarang ~ hehehe

airazulaikha said... [Reply]

wahhhh..terima kasih ya hencik bijan... heheh sgt berguna utk masa depan..

misbah sobah said... [Reply]

wow..'jazakillah'..nampak gaye masturat yg tolong tuan..hidayat seluruh alam.huhu

Bijen M. said... [Reply]

CIA,
Selamat mencoba!

AZ,
Jangan tunggu sampai masa depan.
Kerna masa depan belum tentu.

MIS,
Shhhhhh!

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

Tu belum lagi cerita pasal hubungan suami dengan isteri.

Bijen M. said... [Reply]

PCS,
Tungguuuuu!

siti fairos jaafar said... [Reply]

kalau cerita pasal hubungan suami isteri mesti en. bijen berangan lagi..haha..mesti cerita tu ada ayat cenggini
"gua dan bini gua..." ;)

Bijen M. said... [Reply]

SFJ,
Dah kalau tak berangan macam mana nak tulis.
Bini belum ada.
Ha ha ha.

Zaujah Encik Mamat said... [Reply]

Jazakallah khairan kathira :)..

alhamdulillah , suka benar ana dengan entri yang ini..

kerana nya , zauj ana mmg jenis pergi kerja pun bawa bekal, semenjak bernikah hingga ke hari ini...

Kalau nak kira makan di luar boleh kira dengan jari berapa kali setahun...


Hikmahnya ... hati zaujah akan gembira ,melihat zaujnya memakan berselera ..

Dan zauj ana memang jenis cerewet bab halal haram ini.. mungkin kerana itu beliau memilih untuk membawa bekal..

hikmah dari isteri memakan makanan zaujah memasak ini, rasanya .. sudah tentu bahan yqang dipilih dipastikan halalan toiyibah ..

setiap perbuatan dimulakan dengan bismillah , diakhiri dengan alhamdulillah, diiringi selawat , masyaAllah .. seseronok mana hati zaujah memasak , seseronok itu juga melihat zaujnya berselera makan ...

Dan.. ana memang minat memasak.. ana suka memasak pelbagai jenis makanan.. tak kira chinnese cuisine , indian , arabian , western,italian , mexican juga ...


hehe :) alhamdulillah zauj amat senang hati..

zauj ana agak suka makan salad dan buah-buahan . ianya agak menjimatkan masa , dan nutrition nya better kan :) ...

err,, ini hanya coretan dari zaujah yang suka memasak... dan zauj nya yang hari-hari membawa bekal =)..

afwan jika ada salah silap :)

Bijen M. said... [Reply]

ZEM,
MasyaAllah.
Allah turunkan keberkatan untuk keluarga anda.
Semoga berbahagia selalu.
Lepas ni boleh jemput saya makan di rumah anda pula.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...