18.9.11

Dalam jamban pun Allah tahu.

"Aaaaaaaa!" jerit Amin sekuat-kuatnya dalam hati.

Sungguh dia tak menyangka perkara tersebut akan menimpanya.

Tadi mula-mula masuk jamban dia check pili air steady je keluar. Tapi bila dah habis berak, air yang keluar dari muncung paip getah yang disuakan ke lubang bontotnya itu mulai surut. Gaya macam budak kencing berdiri, air kencing kian lama kian pelan lalu tinggallah setetes dua sambil konek digoncang-goncangkan.

Amin tidak mudah panik. Dikeluarkan henpon dari poketnya. Pada fikirannya, Dol Said yang sedang duduk menanti iqamah di dalam masjid boleh membantunya mendapatkan air. Amin hantar SMS ke Said.

30 saat.

40 saat.

60 saat.

SMS Amin tidak berbalas.

Amin memejam kuat matanya menahan sedih. Lagi beberapa minit iqamah akan dilaungkan. Solat Isyak pasti akan dimulakan. Sungguh-sungguh dia tidak mahu terlepas takbiratul ula bersama dengan pak imam.

Dalam pada begitu, Amin terfikir sejenak. Allah kan Maha Mendengar. Walaupun dalam jamban, Allah tetap tahu apa yang jadi.

"Ya Allah. Miracle ya Allah. Miracle ya Allah. Pleaseeeeeee," Amin berbicara dengan Tuhannya di dalam hati.

Krokokokok!

Tiba-tiba kedengaran bunyi air tersekat-sekat keluar dari muncung paip. Makin lama makin laju dan steady air keluar. Muka Amin tersenyum puas.

"Alhamdulillah," ucap hati Amin tanda syukur.

****

Lepas solat henpon Amin bergetar tanda SMS masuk.

"Eh sori baru perasan. Dah setel dah?"

"He he he. Alhamdulillah. Allah bantu."

.

40 hari takbiratul ula (takbir awal) bersama dengan imam, Allah Taala bagi dua pelepasan.

Satu, pelepasan sifat munafik.
Dua, pelepasan azab api neraka.

Tapi nak dapat tu bukan senang. Macam-macam perkara Allah Taala nak uji keihkhlasan dan kesanggupan kita.

Satu orang sahabat Nabi pernah terlepas satu kali takbiratul ula dek kelalaiannya mengusahakan kebun. 7 hari dia bersedih berkabung. Tak cukup dengan itu, diwakafkan kebunnya di jalan Allah kerana menganggap dek kebunnya, dia lalai perintah Allah Taala.

Kita pula macam mana bro?

Kerja!

Kerja!

Kerja!

Kerja kan ibadah! (Orang katalah)

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

24 comments:

Anonymous said... [Reply]

"Aaaaaaaa!" jerit Amin sekuat-kuatnya dalam hati.

Sungguh dia tak menyangka perkara tersebut akan menimpanya.

Tadi mula-mula masuk jamban dia check pili air steady je keluar. Tapi bila dah habis berak, air yang keluar dari muncung paip getah yang disuakan ke lubang bontotnya itu mulai surut. Gaya macam budak kencing berdiri, air kencing kian lama kian pelan lalu tinggallah setetes dua sambil konek digoncang-goncangkan.

Hazwan Arif said... [Reply]

dia goncang paip betol ke paip yang satu lagi?haha


thanx bro

kak norsha said... [Reply]

kerja jangan tak kerja.....cari rezeki utk anak bini....:)

em said... [Reply]

sandarkan diri pada Allah, macam ada orang tu kata. :)

CahPen said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Husaini said... [Reply]

hahaha tuan bijen..macam kisah benar je ni..ada pengalaman ker???

Ismi Ijmi said... [Reply]

haah husaini kan,cam kisah benar ja..sbb tu antara adab tandas, cek ayaq,. lg sunnah bawa alat istinjak, ex: tisu.

tp amin ni dah cek dah..ujiannnn..

Jimmy Stracqualursi said... [Reply]

gua kuar 40 hari tahun 2009, kantol takbiratul ula time hari ke 34, allah tak izin

~PENCHENTA~ said... [Reply]

...

Titisan Hujan said... [Reply]

payah nak cari orang cam amin skg ni

Bijen M. said... [Reply]

HAZWAN,
Dua-dua dia goncang.
Tetap tak tak ada air.
Dia kecewa.

K.NORSHA,

:)

:)

;)

EM,
Orang tu padam pulak komen dia.
Ha ha ha!

HUSAINI,
He he he.
Selamat pulang ke India tuan!

I.IJMI,
He he he!
Kat Malaysia pakai paip.
Kat India isi air dalam lotta je.
Jimat pun jimat.

Bijen M. said... [Reply]

JIMMY S.,
Isk!
Sayang sangat kan.
Allah suruh tambah korban lagi tu.
InsyaAllah sedia?

PENCHENTA,
Ni apehal ni?
Tulisan tak keluar?

T.HUJAN,
InsyaAllah ramai lagi.
Tapi nak cari mutiara kenalah usaha sikit.
:)

airazulaikha said... [Reply]

cerita yang memberi pesanan yg kuat pd hati.. teladan.. :)

Afida Anuar said... [Reply]

Pokok pangkalnya yakin dengan pertolongan Allah..yer dop?

PS: Amin pi masjid Kubang Bujuk ka yang takdak air ni?

Nisa Isha said... [Reply]

Penah dgr ceramah,ustaz ckp kalau nak berubah kena belatih dlm 40 hari berturut2.jangan tinggal.Tapi org prmpn ni selalu tak cukup 40 hari..hmm..

Bijen M. said... [Reply]

AIRA Z.,
Semoga hati jadi kuat macam hati lembu.
:D


AFIDA A.,
Nombor 1 cari Allah, bukan makhluk.
Nanti Allah jeles.

PS: Apa main tembak-tembak ni?


NISA I.,
Istiqamah 40H insyaAllah lekat habit tu.
Kalau waktu cuti jagalah disiplin.
Contoh kalau waktu azan siap-siaplah atas sejadah.
Tapi ganti dengan amal lain yang dibenarkan.

fuad ansari said... [Reply]

dalam hati pun Allah tahu, apatah lagi dalam jamban kan... (",)

mmg mujahadah jugak nak jaga takbiratul 'ula selama 40hari... kena buat masa keluar jemaah.. nampak lebih sukar di masa selain dari sedang keluar jemaah..

ukhti,mardhiah said... [Reply]

(",)masyaAllah..istighfarlah mard..

Umma-ali said... [Reply]

ulamak kata org yg ingat Allah, bl msuk jmbn, di sengetkn duduknya klu jmbn mgarah kiblat atau mmblkgkn kiblat...wpun org lain xnmpk, tp Allah Maha Tahu...
btul laa, slalu kita ingat hp dulu drpd ingat Allah...btapa kuatnya kuasa hp pd kita yg lemah...

Nisa Isha said... [Reply]

Ohh..macam tu ye.terima kasih atas perkongsian. :)

mhafiz_ydin said... [Reply]

Gunakan lota tanpa was-was.

UmmuAisya said... [Reply]

=)

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

kita yang pilih untuk melalaikan diri kita, pilihan kita boleh berubah dengan kehendakNYA. Mudah-mudahan yea :)

Bijen M. said... [Reply]

FUAD A.,
Dalam jemaah pun kadang-kadang susah inikan pula time dekat rumah.
Yang cintanya pada 8 perkara sangat hampir.
Oh!


U.MARDHIAH,
Istighfar Mard istighfar.
Deactivate Fesbuk.
:D


UMMA A.,
Ingat henpon dulu dari ingat Allah.
Sayalah tu.
T_T


NISHA I.,
Sesame street!


MHAFIZ Y.,
Betul!
Betul!
Sohih!


U.AISYA,
K!


PCS,
Semoga semuanya dipermudah!
Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...