5.9.11

Allah bagi sedap.

Cerita lama di sini.

Malam tu gua ada satu misi. Misi mengelock channel-channel Astro yang tak sepatutnya ditayangkan di kaca televisyen. Biasalah. Bebudak zaman sekarang ni cepat benar terpengaruh dengan budaya kuning. Semuanya nak kuning. Topi kuning, baju kuning, seluar kuning. Apa yang best sangat dengan warna kuning ni pun gua tak tahu.

Sejak Batrisha sudah pandai menjadikan channel Ceria sebagai santapan rohaninya, gua mula risau. Takut-takut bulan depan gua tak berpeluang nak tengok rancangan Ustazah Pilihan dekat channel Oasis.

Tiba-tiba Batrisha datang dari arah dapur menuju ke arah gua yang sedang gigih mengeset password Astro.

"Walid. Macam biasa. Umi panggil makan."

"Jap!"

"Walidddd! Nabi ajar suruh tunggu makanan. Bukan makanan tunggu kita. Dah cepat tinggal TV tu. Tengok TV mengalahkan budak-budak."

Hampeh! Gua terkena. "Ciss! Orait-orait. Jom!"

Tubuh kecil Batrisha gua julang tinggi-tinggi. Boleh kata sikit lagi hujung rambutnya yang mengurai nak tersangkut kipas siling. Batrisha macam biasa, terhibur dengan tindakan gua.

Lepas basuh tangan gua dan Batrisha tunggu depan saprah sambil menunggu bini gua bawakan dulang yang berisi makanan.

Sambil tu gua muzakarah dengan Batrisha pasal adab makan. Saja nak suruh dia ingat supaya bila makan jangan lupa pakai tutup kepala. Langsung dia pergi ambil swimming cap untuk dipakai. Gua geleng kepala.

Selang itu, makanan pun sampai. Lepas baca doa gua pun ambil sejemput nasi lalu disuap ke bini gua. Sejemput lagi untuk Batrisha. Bini gua tersengih sampai ke telinga.

Lepas licin dulang kami tiga beranak kerjakan, gua pun tanya ke Batrisha.

"Batrisha kenyang?"

"Alhamdulillah kenyang." Batrisha mengganguk.

"Sapa bagi kenyang?"

"Allahhhh!"

"Sedap tak nasi hari ni?"

"Sedap sedap sedap!"

"Sapa bagi sedap?"

"Allahhhhh!"

"Pandai anak walid. Macam tu lah."

Keh keh keh! Gua jeling ke bini gua, dia tarik muka. Comot dah gua tengok lepas bertungkus-lumus menyediakan makanan feberet gua ini malam.

"Takpelahhhh! Ayang dapat Allah!" bini gua mematikan pembicaraan.

Gua tersengih berdua dengan Batrisha.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

32 comments:

Anonymous said... [Reply]

Malam tu gua ada satu misi. Misi mengelock channel-channel Astro yang tak sepatutnya ditayangkan di kaca televisyen. Biasalah. Bebudak zaman sekarang ni cepat benar terpengaruh dengan budaya kuning. Semuanya nak kuning. Topi kuning, baju kuning, seluar kuning. Apa yang best sangat dengan warna kuning ni pun gua tak tahu.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Allah bagi sedap.
Ayam goreng kat rumah Kak Fye memang sedapnya masyaAllah! Grr. Terliur pulak. :P

Kesian sangat kat kau ni.

Sampai macam ni jadinya?

Kah3.

Hazwan Arif said... [Reply]

cepat2 la kawen bro..sedih aku bace haha

|| A r a W a n i || said... [Reply]

=)
Dalam maksudnya nih.

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

aik...mung dh kawen ke???xtau pulok aku mung dh tawen....
ajaran dan tarbiah yg terbaik dari demo....

menusuk hati said... [Reply]

bila anak kita boleh main masak2 sama2 ni bro?

CS said... [Reply]

kalau xpuji pun, ucaplah terima kasih..berat sgt mulut org lelaki ni nk amik hati si isteri~

HijabRockers said... [Reply]

Tinggi tahap angan2 budak Apis ni. tepuk tgn laju2 =).

ukhti,mardhiah said... [Reply]

assalamualaikumm...kum...boleh rayo?
wahhh....bila nk nikahnya ni..
ehem3..dgr2,dh ada calon gitu...
terbaikkk..

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

:)

Anonymous said... [Reply]

bagaimanakah nak buat astro ada password, tolong ajar plis2.


takmo bagi haiyyan dan rayyan nengok cerita macam2.
err, yang tua2 ni pun suka je ngadap tivi. ayokk.



:)
selamat.

isteri berkhidmat tak harap puji.
yang penting dicemburui bidadari~



.
bukan minah rap.

Anonymous said... [Reply]

satu hadith nabi bg tau..
lebih kurang mafhumnya.. ak kurang ingat..

aku(nabi saw) menjamin kan sebuah tempat dipinggir syurga bagi yang meninggalkan pertengkaran walaupun dia benar, sebuah tempat ditengah syurga bagi yang meninggalkan bohong walaupun sekadar melucu, dan sebuah tempat di syurga yang tinggi bagi yang perbaiki akhlaknya..
(bab akhlak-fadilat ikramul muslimin,muntakhab hadith)..


doakan gua bro, akhlak gua buruk..

cik_paan said... [Reply]

aku suke segmen batrisha ni..hehehe

lagi-lagi par die kenekan si walid

Amira Amair The Poyos said... [Reply]

Bila incik bijen nak kawin ni..nama anak dh dpt dah..kuikuikui..

Ismi Ijmi said... [Reply]

salam.
hah bijen, sorry kenduri pertunangan ngan Cik Pet tu tak dpt dtg. 2hb dah btolak ke rumah abg, ada misi kemanusiaan.

Batrisya...batrisya. bilalah agkanya dapat lahir kedunia,heh. nak tanam benih kenalah ada tanahnya. tanya kat CS ,.:-)

airazulaikha said... [Reply]

:) walid, umi...

makwe joni said... [Reply]

kuning ni dia jadik best sebab dia bersih..lalala

Norsha said... [Reply]

camnelah agaknya rupa si batrisya tu ? mesti cumel cam ayahnya....

CS said... [Reply]

pujian hanya sekadar tanda dihargai & dicintai...satu galakan utk khidmat lebih baik lg...scara psikologinya, ia adalah satu btk reward..InsyaAllah...

Ismi Ijmi~ tanya apa?

Husaini said... [Reply]

Jauh betol imaginasi tuan bijen kita nih..
Kwn2..moh le kita doa ramai2 kat kwn kita ni biar cepat sket dpt jodoh..kekeke :)

UmmuAisya said... [Reply]

berapa umur Batrisha ni?comel je

Afida Anuar said... [Reply]

Comelnya nama Batrisya, kalau laki nama apa pulak? ;)

PS: Kot yer pun nak suh cepat2 pos, kasi ler alamat.. eh eh, tp tunggu lu betul2 bertunang nanti la yer! hik~

Bijen M. said... [Reply]

PEN,
Peristiwa di rumah Fye memang gua ingat sampai mati.
Kah kah kah!
Huh.
Aku tak menumpang simpati.

HAZ,
Aku buat post inspiringlah.
Bukan post touching.

ARA,
Apa maksudnya?
Ha ha ha.

APS,
Khayalan tingkat tinggi bro.
Esok dah kawen didik anak leklok.
Kita semua akan disoal kelak atas pimpinan kita.

MH,
Wahh!
Dah ada berita gembira ke bro?
Bila due?
Peewit!

Bijen M. said... [Reply]

CS,
Alahai kak Sue.
Orang nak mengusik manja-manja dengan binilah.

HR,
T_T
Ha ha ha.

UKM,
Alaikum salam.
Wahh sedap makan ketupat raya?
Haa inilah orang perempuan.
Kalau tak cakap dakwah mulalah cakap benda tak berpekdah.

PCS,
:))

TN 12:03,
Tengok kat Menu>Setting>Channel Lock rasanya.
Lupa dah, dah lama buat.
Sampai password pun terlupa.

Hee.
:)

Kool nama tu.

Bijen M. said... [Reply]

TN 12:27,
Doakan gua sama.
Iman lemah ni.
T_T

CIP,
Batrisha memang nakal.
:)

AATP,
Tunggu hang kawen.
Boipren dah ada dah.

ISM,
Salam.
Ooo aku sms 2 kali mung dok reply ye.
Remove friend Fesbuk kang.

AZ,
:))
Batrisha.

Bijen M. said... [Reply]

MAK,
Ho ho ho.
Spongebob ye dak.

NOR,
Ayah dia tak cumil mana pun.
Ikut mak dia kot.
(Ambil hati bini)

CS,
He he he.
Puji dalam kelambulah cikgu.
:)

HUS,
Amiiiin!

UMM,
Aaaa.
Tak fikir lagi umur berapa.
Hak hak.

AFA,
Dulu gua ada buat nama Haikal.
Tapi Haikal tu melakonkan watak cucu gua, gua rasa.
Gua pun dah lupa.

CahPen said... [Reply]

wah!
(angkat tangan)
soalan..
kenapa kena tutup kepala time makan? baru 1st time dengar.

izzatimar'e said... [Reply]

salam...
dahsat la walid... maunye rambut batrisha tu terkena kipas, da xcantik.... huhu

Ismi Ijmi said... [Reply]

CS: kan ada iklan kat blog kan3?

Bijen: ana punye fon hlg, baru wat replacement sim kelmarin.. lagipun motor kena hantar kedai. 2 alasan utk 2 mssg yg tidak dibalas. InsyaAllah majlis pernikahan ummu batrisya ana mai. doakan

Bijen M. said... [Reply]

CP,
Dah cerita dalam post terbaru.
:)

IZZ,
Salam.
Takpe.
Rambut boleh tumbuh lagi.
Ehek!

ISM,
Husnudzon husnudzon.
Ha ha ha ha.
:)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

uit,garang kot...
sory.

Bijen M. said... [Reply]

Keh keh keh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...