5.8.11

Salam pantai timur.

Jeng jeng jeng! Assalamualaikum, salam sejahtera, salam pagi Jumaat, salam 1Umat dan salam pantai timur. Agak-agak lu orang apa khabar? Iman ada sihat? Kalau tak sihat, boleh jumpa doktor iman cepat-cepat.

Alhamdulillah, nisab 4 bulan pemulihan kecederaan gua secara tidak rasminya telahpun berakhir 31 Julai yang lalu. Lepas ni gua dah boleh memblog secara normal, menjawab soalan terkumpul di Formspring dan emel serta mereply komen-komen dan check follow terbiar lu orang kat sini. Sebelum tu gua nak minta maaf banyak-banyak pasal tak dapat nak reply komen lu orang, jawab soalan-soalan cepumas dan segala kejadahan lagi yang menerjah. Sampai ada orang cakap gua sombong pasal tak approve Friend Request dekat Fesbuk. Kih kih kih!! Eh, sejak bila gua ada akaun Fesbuk yer dok?

Gua sebenarnya dah balik Malaysia beberapa minggu yang lalu. Cuma malas menyentuh keyboard secara professional pasal belum habis masa pemulihan gua. Sebab tu kalau lu orang ada perasan hint yang gua dah sampai Malaysia sejak kebelakangan ini. Terpaksa balik awal dari tarikh yang dijadualkan ke Malaysia pasal ada urusan tak diduga. Sedih betul gua naik flight sorang-sorang tanpa dapat membawa sorang dua makwe India, Bangla balik Malaysia. Oke! Lu orang ingat tak gua nak cerita pasal kejutan tu? Kalau lu orang bajet gua nak kahwin secara mengejut, lu orang memang buat satu kesilapan besar pasal gua tak jumpa lagi calon-calonnya. Masih available orang kata. Ha ha ha!

Gua cuma nak cakap sekarang gua dah jadi warganegeri 'Makang ikang dalam pinggang' dah sejak beberapa hari yang lalu. Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Pemberi Rezeki telah tabur rezeki gua di sana. Di sini gua rasa sangat bersyukur pasal jiran gua karkun, mahalah gua mahalah contoh. Halaqah pun halaqah contoh. Rumah depan surau tahap azan-boleh-bergegar-tingkap-rumah. Imam dia alim dan hafiz tinggal dekat bilik imam dekat surau tu dan lain-lain lagi perkara yang sangat menarik. Gua aim dalam setahun bolehlah gua hafiz 1 juzuk. Doakan gua, amin. Heheh! Tak tahulah kenapa sejak gua balik Malaysia ni gua menghadapi perkara-perkara yang sangat menarik je. Rezeki pun murah-murah belaka. Ajaib-ajaib. Asbab kerja agama gamaknya. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

So lu orang yang duduk belah-belah 'kite tengok penyu bertelor' tu bolehlah plan ngedate dengan gua kat Mesra Mall ke, belanja gua main boling, tengok wayang, main golf dan sebagainya yang difikirkan relevan. By the way, invitation khas untuk lelaki sahaja. Kalau perempuan, boleh ajak mak ayah kita dating sekali sambil-sambil interview jadi menantu yer dok? Ini gua serius, bukan maing-maing.

Oke, sampai sini saja kot dulu. Memandangkan sekarang gua dah bekerja sebagai tukang pam minyak dekat sebuah stesen minyak milik syarikat minyak dan gas multinasional negara, maka doakan gua cepat-cepat boleh buat kenduri kahwin makan nasi ayam nanti. He he he! See you soon insyaallah.

From Sri Petaling With <3

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

23 comments:

Anonymous said... [Reply]

Jeng jeng jeng! Assalamualaikum, salam sejahtera, salam pagi Jumaat, salam 1Umat dan salam pantai timur. Agak-agak lu orang apa khabar? Iman ada sihat? Kalau tak sihat, boleh jumpa doktor iman cepat-cepat.

hidayu samsudin said... [Reply]

selamat kembali..:)

ganu kt area mne?

Norsha said... [Reply]

Selamat pulang tuang dan selamat menyambut ramadhang...!

Norsha said... [Reply]

Selamat pulang tuang dan selamat menyambut ramadhang...!

Ismi Ijmi said... [Reply]

best3...

cik_paan said... [Reply]

pakat dah cakap ganu ni...

jangan sampai kau tulis entry dlm bahasa ganu sudah, memang aku tak faham lah



oh ye, selamat kembali ^^

dan salam ramdhan

Cikgu Sue [CS] said... [Reply]

memblog secara normal? hmmmm -_-
hmm since dh dok ganu walimah mkan nasi dgang la...ayam pun mahal skrg..kan dh cut cost tu...hihihihi

hmmm selamat teruskan keje (dkwah) di tmpat y bru..InsyaAllah bila dh wat keputusan wat keje ni, wat sampai mati yer...Amin! ooops tertasykil lah pulak...^_^V

Amin Baek said... [Reply]

selamat kembali bro..haha

salu2 la update blog ni..

aku da rindu dgn peringatan2 dr ko..hehe

Husaini said... [Reply]

bley la ngeteh skali ngan mkn kopok lekor pasni..hehe..area mane bijen kat ganu??

AMMOSHAM said... [Reply]

datang ganu dok kaboooo

rozanna.rizwan said... [Reply]

dah dekat betul dgn mesra mall tu,duduk kerteh ke?kalau duduk kerteh, sama lah.

nanti raya boleh lah dtg rumah,setel jumpe mak ayah skali.ekeke :p

rajin-rajinlah update lepasni ok :)

Pisey said... [Reply]

Selamat-selamat boh!
(;

Afida Anuar said... [Reply]

Tak cakap awal2.. masa akak balik K.Trg baru ni akak singgah mesra mall..

Tahniah Bijen..rezeki di kampeni mantap!!.. sekali bonus, 6 bulan gaji tuu..harap2 cepat la merasa nasi ayam;)

fuad ansari said... [Reply]

sekali dapat bonus, leh terus wat kenduri.. (",)

insyaAllah, ada hikmah dan kebaikannya tuan ditempatkan di situ.. paling tidak pun, dapat jodoh dgn orang ganu.. (",)

: husna : said... [Reply]

moga terus mantap dlm menyebarkan dakwah islamiyyah..

salam Ramadhan,

*dah terer ckp ganu buleh la beregu dengan ambe kekgi. dan2 duk dekat doh oo dengan tmpat ambe... ^^ (pahang dok?ha2)

Bijen M. said... [Reply]

HS,
Selamat membaca.
Ganu Kerteh.
Nak detail lagi ke?
Ha ha!

NOR,
Selamak selamak.
Nanti kelik Ganu ambe singgah Kuantang.
Buleh?

II,
Maghiler sini.
Lagi beh boh!

CP,
Aku kene terer cakap Ganu.
Kalu dok dokleh kompeng pemeneng.
Pehang dok?
Ha ha ha.
Salam Ramadhan.

CS,
Kalu dapak mek oghang Ganu leh la dia masok nasik dagang ikang Kuale Kemamang.
He he he, amin.
Doakang ambe selalu.

Bijen M. said... [Reply]

AB,
Selamat Ramadhan bro!
Rindu tanda sayang.
Gua sayang lu.
Ahaks!

HUS,
Dekat je dengan McD Kerteh.

AMM,
Ni kabo le ni.
Ehee.

ROZ,
Ha ha ha.
Nanti buwi le alamat.

PIS,
Selamak-selamak Ramadhan!

Bijen M. said... [Reply]

AFA,
Hoi.
Tak payoh nok reveal sangak bab-bab P&C ni.
Kang payoh nok layang.
Berat nanang.
Ha ha.
Nanti singgohle belanje pape yang patut.

FUA,
Alhamdulillah.
Sangat-sangat bersyukur kat sini.
Doakan saya selalu tuan.
:)

HUS,
Salam Ramadhang.
Ha ha ha.
Pahang jah.
Abeh blog ni jadi blog Ganu.
Isk.

Sastraboy Suhadi said... [Reply]

Waalaikumsalam WBT.

Kalau lu tinggal dekat Sabah. Boleh kita berjumpa. Gua pun sedang nak berguru dengan bijak pandai juga ni. Kehkeh.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

(",)Fresh air huh..

Tuan Auz said... [Reply]

hehehe sangat lama x baca blog ko.(aku busy juge, haha) ;D apa kabar ko sekarang. sihat sume? =)

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Ewah. Tak lama lagi post pasal kawen pulak lah ye dok?

*Eh. Lepas ni tak pakai ye dok lagi la kan.

Bijen M. said... [Reply]

SAS,
Boleh bah kalo ko.
Nanti kalau aku outstation sana aku roger.

UKM,
Mende mung.
Dok pahang.
Ha ha ha.

TUA,
Ha ha ha.
Khabar gembira plus baik-baik semua.
Kau pula macam mana?

PEN,
Ye dok bahasa apa weh?
Ha ha ha.
Aku rasa pakai je kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...