29.8.11

Press Statement - Siapa Cik P?

Nampaknya EPC (Extraordinary Press Conference) terpaksa dibuat bagi mengclearkan keadaan yang keruh bersabit entri sebelum ini. Gua ingatkan lu orang ni pikap laju le boleh tangkap mende gua goreng. Aish!

1. Cik P atau nama panjang sikit, Cik Pet dalam petikan di bawah bukanlah makhluk Allah paling seksi yang bernama manusia. Cik P dalam petikan merupakan sebuah syarikat minyak dan gas multinasional paling seksi dekat Malaysia khususnya dan di dunia amnya.

2. Pertunangan dalam erti kata sebenar dan menurut syarak hendaklah didiamkan. Manakala perkahwinan hendaklah dihebahkan. Jangan tertipu dengan tipu daya dunia secara amnya. Orang yang bertunang buat majlis grand-grand tu akan menghadapi saat sukarnya untuk memutuskan pertunangan kerana terpaksa menanggung malu jika didapati pasangannya tidak bersesuaian. Lalu terjadilah kahwin paksa yang akhirnya akan merosakkan rumah tangga.

3. Untuk meningkatkan kembali saham gua yang sedikit tercalar, gua umumkan bahawa gua masih single dan tidak ada rancangan bertunang untuk tempoh waktu terdekat. Cumanya tak available buat masa sekarang melainkan si pihak perempuan sedia sama-sama berkongsi susah senang dan wang simpanan untuk tujuan pernikahan dan perkahwinan. Gua pun tengah menabung sekarang.

4. Hari ni bos gua bagi balik kerja awal iaitu seawal pukul 11 pagi. Bos gua memang hensem walaupun beliau seorang perempuan. Lalu gua akan meneruskan perjalanan balik ke Perak untuk tempoh 8-9 jam seterusnya. Bergantung kepada keadaan trafik. Doakan gua selamat sampai ke destinasi yang dituju.

5. Sekali lagi gua nak mengajak lu orang semua datang beraya ke rumah gua pada 3 September ini. Untuk alamat sila hubungi gua dengan lemah lembut dan menggoda.

6. Selamat menyambut lailatul jaizah malam ini. Barangsiapa yang hidup hatinya di malam ini dengan mengingati Allah SWT, nescaya tidak akan mati hatinya di saat matinya hati-hati manusia di hari kiamat.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...