28.8.11

Pilihan siapakah?

Oke! Tatkala semua orang sedang seronok pulang beraya, gua pula sedang mengetuk keyboard di opis ini dengan ganas dan penuh perasaan hiba. Eh, hiba ke? Tak adalah sangat kot. Gua rilek je. Macamlah tak biasa raya di perantauan ni ye dak? Cuma hiba pasal Ramadhan nak berakhir yelah kot. Cehh bajet!

Di pagi 28 Ramadhan yang hening ini gua nak cerita sikit pasal pilihan. Masing-masing ada pilihan masing-masing. Tak kiralah pilihan hati, pilihan mak bapak, pilihan kawan, pilihan mentua, pilihan itu, pilihan ini. Semuanya ada perkataan pilihan. Orang yang balik raya awal memilih untuk balik raya awal. Orang yang balik raya lambat memilih untuk balik raya lambat. Orang yang tak dapat balik raya, 'memilih' untuk tidak balik raya. Orang yang mati di jalan raya juga memilih untuk mati di jalan raya dan sebagainya.

Tetapi sebenar-benarnya kita yang memilih ataupun kita dipilih? Ce teka!

Kalaulah ...
Pernah dengar tak iklan, "Kalaulah saya bersabar ..." Alahh! Iklan yang dia dengan abang dia bawa motor lelaju tu. Yang dia kata kami selalu berebut nak balik cepat.

Sebenarnya penonton yang dimuliakan Allah SWT sekalian, perkataan 'kalau' tidak pernah wujud dalam kamus Wikipedia ketentuan Allah SWT. Pena telah diangkat, dakwat telah kering. Nasib manusia telah ditentukan sejak lama dahulu. Sejak azali lagi. Sejak dinosours belum muncul. Sejak Al-Quran belum diturunkan. Sejak Nabi Adam AS belum diciptakan.

Siapa Yang Terbaik?
Kita selalu memilih untuk jadi yang terbaik, buat yang terbaik. Tapi Allah SWT juga memilih. Kita merancang yang terbaik. Allah SWT juga merancang yang terbaik untuk kita. Dan perancangan Allah SWT itu adalah sebaik-baik perancangan kerana Allah SWT sebaik-baik perancang. Siapa kita nak dibandingkan dengan pengetahuan Allah SWT?

Jika Allah SWT membiarkan semua makhluknya membuat perancangan sendiri, bayangkan apa akan terjadi? Jika semuanya mahu jadi kaya, siapa yang akan bekerja. Jika semuanya mahu jadi bisnesman, siapa yang mahu jadi ulama. Jika semuanya mahu jadi bos, siapa pula yang nak bekerja sebagai pengutip sampah?

Jika semuanya mahu kahwin perempuan cantik, di mana nasib perempuan hodoh? Jika semuanya mahu lelaki kaya, di mana kesudahan lelaki tak berharta? Jika semuanya inginkan pasangan bijaksana, apa pula cerita si bodoh?

Kadang-kadang kita suka untuk memilih. Mahu bini cantik, berpendidikan tinggi, kaya harta benda dan blablabla. Namun pernah tak kita tanya pada diri, tanya pada Allah SWT adakah itu yang terbaik untuk kita? Kita buat kira-kira di atas kertas tentang pasangan kita. Tetapi adakah kita cari apa hikmah yang Allah SWT sembunyikan?

Ya Allah Ya Tuhanku, jika si fulanah adalah yang terbaik untukku, terbaik untuk agamaku, terbaik untuk kehidupan dunia akhiratku, terbaik untuk orang tuaku, terbaik untuk keluargaku, terbaik untuk orang disekelilingku, terbaik untuk usaha dakwahku dan terbaik untuk semua yang baik untukku, Kau mudahkanlah ya Allah. Namun jika tidak, Kau elakkanlah ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Sungguh aku berserah diri padaMu.

Jual Mahal
Moralnya, tak payahlah memilih dan jual mahal sangat. Pilihan Allah adalah yang terbaik. Yang penting kita jaga hubungan dengan Allah, Dia akan jaga kita sebaiknya. Tak kiralah pasangan kita itu gemuk ke cacat ke tak mengaji sekolah ke apa ke. Kita yang kena ikut pilihan Allah, bukan Allah yang kena ikut pilihan kita. Ye dak? (Oke sebenarnya gua cakap untuk diri sendiri jugak)

Pantang Yang Tak Kaya
Meh gua nak cerita satu kisah di akhirat. Nanti di akhirat kelak satu orang bapak akan bertanya kepada anaknya, "Wahai anakku intan payung! Dulu di dunia kau Menteri ISA/Perdana Menteri/lawyer/engineer/CEO/eksekutif HR/doktor/... Tolonglah bapakmu ini keluar dari neraka."

Pasal dulu dekat dunia dia kata, "Huh! Pantang anak bapak/menantu bapak yang tak kaya!"

Anaknya berkata, "Sungguh bapakku sayang. Aku sendiri pun tidak mampu menyelamatkan diriku ini dari azab pedihnya Allah SWT."

Beruntungnya Mak Bapak Mereka
Namun mak bapak seorang hafiz/hafizah Al-Quran akan tersenyum gembira dipakaikan pakaian dari cahaya yang lebih terang dari cahaya matahari di dalam rumahnya. Si hafiz/hafizah ini pula diberi keizinan dari Allah SWT untuk menyelamatkan 10 ahli keluarganya yang wajib masuk neraka. Manakala si alim/alimah diberi keizinan oleh Allah SWT menyelamatkan seramai mana golongan manusia sesuai dengan amalannya.

Bro! Lu orang rasa siapa orang yang bijak sebenarnya? Nabi SAW kata orang yang bijak adalah orang yang buat persediaan untuk alam sana. Bukan making profit di alam sini. Ye dak?

Bak kata pepatih, education and intellect aren't same thing. All deep thinkers don't have degrees and lots of PhD graduates don't think at all. Sekiang!

****

By the way nak buat enounsemen sikit. Bersempena walimah kawan sekampung dan seuniversiti gua, si Fye pada 3 September nanti (raya ke-5). Gua nak ambil kesempatan untuk menjemput kengkawan yang datang kenduri berkenaan lajak mai pondok usang gua untuk satu lagi majlis kenduri-kendara.

Kenduri bersempena gua bertunang dengan pilihan Allah, Cik P atau nama panjang sikit Cik Pet. Nama penuh tak boleh habaq pasai nanti hangpa mintak duit raya lebih. InsyaAllah bertunang selama 6 bulan atau lebih atau kurang. Doakanlah moga kami cepat-cepat kahwin dan jodoh berkekalan. Dengar cerita tahun depan mungkin kena pindah Johor ataupun Sipitang, Sabah ataupun mungkin lepak Terengganu lagi. Cepat kahwin, cepatlah bonus gua dapat. Cepatlah sikit makan nasi ayam/nasi dagang ni. Nanti dekat kenduri rumah Fye gua buat huru-hara oke ajak hangpa semua mai!

Bagi bukan kengkawan universiti pun gua ajak gak. Kawan-kawan seagama, sebangsa, senegara, sehobi, separti politik, sesiapa yang mengenali, tak dikenali atau ingin mengenali dan dikenali, sesiapa yang berdekatan atau berjauhan yang sudi datang, jemputlah datang. Mai reramai pun boleh insyaAllah makanan Allah bagi cukup. Nak alamat, sila roger gua. Keyword dia, Bandar Raya Metropolis Parit Buntar, Perak.

Oke! Sampai ketemu lagi di rancangan akan datang. Selamat babai!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

16 comments:

Anonymous said... [Reply]

Oke! Tatkala semua orang sedang seronok pulang beraya, gua pula sedang mengetuk keyboard di opis ini dengan ganas dan penuh perasaan hiba. Eh, hiba ke? Tak adalah sangat kot. Gua rilek je. Macamlah tak biasa raya di perantauan ni ye dak? Cuma hiba pasal Ramadhan nak berakhir yelah kot. Cehh bajet!

em said... [Reply]

semoga jodoh lu dgn cik P berkekalan :)

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Alhamdulillah~~
Mudah2an ALLAH mudahkan urusan kalian brdua..
Jodoh kekal hingga ke akhirat sna..

Amiin ya Rabb~~=)

Lyn Sery said... [Reply]

bijen meh kasi aku alamat
dah dekat dah tu boleh aku dtg.hehe

UmmuAisya said... [Reply]

Orang yang tak dapat balik raya, [terpaksa] 'memilih' untuk tidak balik raya.sapa yang suka tak balik. isk

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Semoga berkekalan bro!

Doakan aku pulak lepasni. Hee. Jeles. Jeles. Jeles tengok kengkawan kawen. Keh3.

Tulah, orang kata jangan mengharap yang tak patut2 tu. Barulah kalau dapat, kita akan bersyukur. Dan kalau tak dapat pun, tak mengecewakan. Ye dak? :)

Norsha said... [Reply]

sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita.....

yee said... [Reply]

kita dipilih untuk memilih apa yang telah dipilih sekiang

Afida Anuar said... [Reply]

InsyaAllah kalau Allah halakan gua ke sana...gua singgah umah lu... tapi macam tak je..

Gua doakan jodoh lu dengan Cik P berkekalan hingga ke alam syurga..insyaAllah...


PS: Nampaknya bendul gua kena langkah lagi..keh keh keh...

Afida Anuar said... [Reply]

Oh..lupa... selamat hari raya buat lu sekeluarga... maaf zahir batin, andai gua ada tersalah kata..tersalah bahasa;)

Bijen M. said... [Reply]

EM,
Amin.
Trimas!

ARA,
Amin amin.
:)

LYN,
Inbox emel gua.

UMM,
Alarh.
Korban sikit untuk agama Allah.
Nanti Allah balas balik nikmat yang lagi mabeles.

PEN,
Kesian~

Bijen M. said... [Reply]

NOR,
Benar benar.

YEE,
Benar gok.
Moga Allah pilih hok terbaek.
Sekiang!

AFA,
Takde takde.
Selagi takde bungkusang makanang depang rumah gua.

Ismi Ijmi said... [Reply]

InsyaAllah tuan. teruskan berdoa dan istikharah.
Pas 4b, ada calon lain menunggu untuk ditunangi ke?
rasanya cik pet dah oke dah kot..

istikharah2..

insyaALlah jumpa raya nnt.
jemput juga dtg rumah ya!

..::♥hidayati♥::.. said... [Reply]

tahniah buat CIK P & ENCIK BIJEN..
x dak rasa pun jemput kita naa..
nseb baik sy baca post nie..:)

rozanna.rizwan said... [Reply]

wah,sudah jumpe jodoh,alhamdulillah.cepat2 diijabkabulkan.takyah tunang lama2.hehe..

kadang-kadang bila merancang,lepastu tak jadi,selalu rasa kecewa ,but sangat2,tapi mmg akan ada benda yg lebih baik yg datang.

mehlah datang rumah raya ni,tak jauh punn :D

Bijen M. said... [Reply]

ISM,
Cik Pet je yang sudi.
Hok lain ambe dok mitok pung.
Ingak tunggu pah kelik 4B baru mitok.
Sekali dok dang kelik cik Pet dah melamar.
Ambe terima je le.

YATT,
Ololor merajuk pulok.
Meh la meh.

ROZ,
Mung kelik awal dok dang ah nok gi beraye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...