15.8.11

Menantu pilihan. (Versi Tabiat)

Salam nisfu Ramadhan dan bulan purnama penuh. Tengok bulan dekat langit, teringat orang-orang di kejauhan. Apa khabar orang Mesir, Rusia, Jerman, US dan lain-lain lagi negara jauh? Apa macam puasa di perantauan? Gua tau lu orang cekal dan tabah. Bak kata pepatung, di mana bumi dipijak, di situ perintah Allah SWT dijunjung. Yer dak?

Sejak-sejak jadi orang berkerjaya ni, busy memanjang. Gua dah kena pandai bahagikan masa. Kalau dulu buat satu kerja saja, sekarang tanggungjawab dah berlipat ganda. Kalau dulu kerja jumpa orang cerita kebesaran Allah, kali ni bertambah kerja ambil orang, buang orang (baca: Sumber Manusia). Masuk kubur nanti busy kena soal jawab pula. Kat Mahsyar, busy beratur pula. Nak enjoy, tunggu masuk syurgalah jawabnya. Alangkah nyamannya untuk mereka yang dapat nikmat duduk dalam kubur umpama 2 rakaat solat tempohnya. Dekat Mahsyar tak payah beratur panas-panas, lintas sirat sepantas kilat dan masuk syurga tanpa hisab. Macam mana nak dapat? Jaga solat 5 waktu.

Setelah 2 minggu berlalu dari tarikh rasmi tempoh kecederaan, gua tak sempat lagi nak agihkan ole-ole dari negara jauh. Contest teka umur hari tu pun tak ada siapa yang dapat menjawab dengan tepat melainkan satu dua yang memang dah tahu jawapan. Nanti gua check semula siapa yang hampir-hampir tepat.

Dan satu lagi poskad yang gua kirim dari negara jauh tu harapnya sampailah. 5 orang gua kirim, 4 dekat Malaysia dan 1 lagi dekat Mesir. Harap-harap posmen tu tak kompius lalu masukkan semua ke dalam postbox Malaysia. So sesiapa yang dah dapat tu menyahutlah ye. Dan kalau ada post dan komen berkaitan yang gua tertinggal sepanjang gua tak menghadap komputer secara professional, maka ingatkanlah gua.

Oke! Terus kepada isi mendalam berkenaan tajuk. Antara ilmu-ilmu awal yang gua dalami sejak bermastautin di tempat baru ni adalah tak lain dan tak bukan, pasal calon yang sesuai dibuat menantu. Petua ni gua dapat dari satu orang pakcik lepas kitorang buka puasa dan solat Maghrib sama-sama dekat surau.

Katanya, kalau orang lelaki yang bila makannya tak berselerak dan berterabur, bila bersolat safnya dijaga dan diluruskan dan bila bercakap matanya memandang maka lelaki tersebut hensem untuk dibuat menantu. Manakala kalau nak pilih perempuan, jangan pilih yang badan kerengga, bulu mata lentik dan jalan mengengkang. Keh keh keh!

Malangnya, pakcik berkenaan tidak mengulas lanjut sebab musabab hal yang demikian. Maka gua pun menafsir secara rasional menggunakan otak gua yang dangkal ini mencari jawapannya. Gua sebagai seorang lelaki normal yang menghadapi situasi ini bolehlah faham sikit-sikit bab lelaki tu. Tapi bab perempuan tu, gua tak sure. Agak-agak lu orang yang handal tu bolehlah jawab sama-sama dekat sini.

Bab makan berterabur tu gua rasa lu orang pun tahu. Kalau makannya licin, tulang-tulang disusun setempat, tak ada nasi tumpah dan blablabla lagi nampak sangat lelaki tersebut well-organized dak? Kendian semestinya beliau seorang yang tertib dan sopan serta lain-lain lagi ciri yang baik. Setuju?

Bab menjaga saf pula, nampak sangat beliau seorang yang menjaga solat berjemaah. Kalau orang yang bulan Ramadhan je datang surau solat terawikh tambah-tambah di awal Ramadhan je, memang susah nak jadikan amalan menyamakan tumit dengan tumit orang di sebelah itu sebagai rutin. Orang yang menjaga saf ini juga boleh dikatakan sebagai seorang yang detail dan tidak careless kerana sangat menjaga safnya yang orang lain nampak sebagai perkara remeh. Seperti Nabi SAW yang sangat-sangat menjaga saf makmumnya sehinggakan Baginda tidak dimulakan solat selagi saf tak lurus. Diarahkan pula Bilal RA mengetuk tumit para sahabat yang tidak lurus dengan tongkat. Umar RA lagi cruel, siap pakai panah lagi.

Lastly bab memandang bila bercakap ni menunjukkan beliau seorang yang pandai menghormati orang lain. Communicator yang baik, jujur dan sebagainya. Pakar psikologi kata kalau orang yang sedang bercakap matanya memandang ke bawah, tandanya dia sedang menipu. Wallahua'lam. Heheh!

Bab perempuan pula, gua tak sure. Pinggang kerengga ni mungkin jenis perempuan hot-hot heat kot. Bulu mata lentik pula jenis perempuan suka bergaya. Manakala jalan kengkang ni opkoslah tak sopan yer dak? Ha ha ha! Gua main bedal je ni.

Bab jalan ni gua ada satu tips. Cara jalan yang molek ni kaki dia straight ke depan. Bukaan jarak antara kaki semasa statik lebih kurang besar lebar tapak tangan. Jalannya pula ibarat macam jalan di atas dua keping papan. Bukan catwalk ye makwe-makwe sekalian. Kalau catwalk, satu papan. Ini dua papan. Di samping nampak sopan, cara jalan ni juga baik untuk mengetatkan sistem lubang kencing. Lu orang boleh imagine tak macam mana punya ketat di bulan-bulan puasa sebegini?

Oke! Setakat ini saja untuk kali ini. Sampai kita berjumpa lagi. By the way, sekarang gua outstation kat KL ni. So sesiapa bermurah hati nak payung gua buka puasa dialu-alukan. Sesungguhnya orang yang bagi makan orang yang berpuasa tu dapat pahala sepertimana orang yang berpuasa tersebut. Maka, roger-rogerlah ye. Sekiang!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

20 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam nisfu Ramadhan dan bulan purnama penuh. Tengok bulan dekat langit, teringat orang-orang di kejauhan. Apa khabar orang Mesir, Rusia, Jerman, US dan lain-lain lagi negara jauh? Apa macam puasa di perantauan? Gua tau lu orang cekal dan tabah. Bak kata pepatung, di mana bumi dipijak, di situ perintah Allah SWT dijunjung. Yer dak?

Norsha said... [Reply]

dah byk ilmu dpt, cepat2lah cari bakal mertua...btw, selamat menjadi menantu pilihan...

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Tak semua orang bertuah sampai nak dapat perhati cara jalan, even sampai ke bulu bata pun nak tengok.

Cukuplah kalau kau dapat tahu dari risikan-risikan yang dia pandai jaga diri, jaga solat, etc.

Gudlak bro! ;)

Cikgu Sue [CS] said... [Reply]

selamat mencari menantu utk mak ayah!

nk mkn nasi dagang gulai ikan aye kat knduri kawin nnt~~

: husna : said... [Reply]

cepat2 kawingg...

pstt, perempuan jln kengkang xleh wat menantu? kesian la kt diorang kalo dah mmg habit sejak azali dah jalan gitu. ade je org jalan cmtu kan, xleh nk ubah....

PK said... [Reply]

gua setuju yg amat..

just bab pompuan tu je lah gua kurang pasti.

GigiWangi said... [Reply]

Mak aihh, busy gila sekarang !

Selamat berpuasa (:

RuMaH TuA said... [Reply]

'menantu pilihan' selamat di bulan ramadhan...
(^-^)

Afida Anuar said... [Reply]

Susah sungguh gua nak jumpa ciri2 lelaki yang tersebut. Kalau jumpa bagitau gua! Gua nak pi merisik ni.. kekekeke..

fuad ansari said... [Reply]

apa susah tuan bijen.. yg bagi komen kat entri ni pun ramai bujang2 yg berstatus menantu pilihan.. pilih je satu.. amacam, ada bran?? (",)

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Pinggang kerengga, bulu mata lentik, jalan kengkang.

Org tua2 ni, mesti ada sebab bila derang mention mcm nih..

Aih aih, Bijen, karang tanya la pacik tuh semula. Nape syarat2 ini yg di nyatakan. <-- Eh, apsal skema?

buDAK keCIK said... [Reply]

ceh, mentang2 dh keje kt bumi terengganu, sekian pn dh jadi sekiang. keh3

erk, bab yg jln kengkang tu, ak pn malu kalu jln pesen tu. tp org kata, pesen jln cenggitu disebabkan org tu x selesa dgn kewujudan pampers di punggung tyme kecik2 dulu. so, jadi la jalan kengkang. huhu

ahLia teeeetttttt..... said... [Reply]

hhaha... xleh blah komen dari budak kecik.huhu

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

sempoi....terbaik la bro..

Bijen M. said... [Reply]

NOR,
Mertua nak cari boleh.
Tapi mak pak sendiri tak bagi lepas lagi.
Grrr.

PEN,
Kalau tak dapat perhati 3 benda tu, meaning perempuan tu pandai jaga dirilah.
Yer dak teori aku ni?

CS,
Haaa.
Tengah pertimbangkan nak tukar nasi ayam ke nasi dagang.
Ehek!

HUS,
Boleh je ubah.
Hendak seribu daya bro.
Ahak!

PK,
Haaa carilah apa sebab musababnya.

Bijen M. said... [Reply]

GIW,
Hehek!
Baguslah busy.
Daripada free kang buat benda merapu-rapu pulak ye dak?
Selamat juga.

RUM,
Ahahaha.
Selamat selamat harapnya.

AFA,
Ada ada.
Tapi bukan gualah.

FUA,
Haaa lai lai.
Sapa mau jadi calon menantu mak bapak gua.
Syarat dia kena bawak mak bapak diskas dengan mak pak gua sampai depa kasi line.
Ha ha ha.

ARA,
Heheh.
InsyaAllah nanti ada chance gua rungkaikan persoalan yang terbuku di hati ini.

BUD,
Ha ha ha.
Jenis pampers dah berat sekilo baru ganti ke?
Aiseh.

AHL,
Heheh.
Ambik pengajaran.

APS,
;)
Selamat berpuasa.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Tak juga. Ada orang yang kau kenal thru fb, fs, blog etc tuh kau tak nampak pun badan kerengga ke, bulu mata lentik ke, jalan kengkang ke.

Dan tu tak juga bermaksud dia pandai jaga diri.

Sebenarnya, dalam hidup ni cuma satu je teori yang kita boleh percaya. Dan teori tu Allah yang buat.

You see, orang badan kerengga tak semestinya melebihkan kecantikan luaran. Mungkin memang metabolisma dia tinggi.

Orang bulu mata lentik tak semesti banyak taruk mascara. Mungkin dia terkena badi unta kecik2 dulu. *Haha*

Istikharah bro. Istikharah. Semoga kau jumpa yang terbaik. :)

ikanlaga said... [Reply]

ahah.

hepi akhir ramadhan.!

Okebai :') said... [Reply]

Assalamualaikum...

Org Jermeng sihat2 aje disini :')

"Bila bersolat safnya dijaga",
Not only for men, but for both muslim & muslimat..ye dok tuang bijeng?

Bila terawih tu, bila jemaah sebelah tak rapat2 dgn wa, wa pun tarik tgn dia, genggam erat2, sampai dia pun terkejut tgk wa, wa pun pandang sambil memberi senyuman yang paaaling manis. "Come2, rapatkan saf dengan saya"...

Betullah, kalau nak nilai seseorang tu not only based pada basic, rupa fizikal, kepandaian, percakapan tapi baaanyakkkk lagi..

Kuku jari pun kena tgk juga, print final report FYP dgn ink laser ke ink cucuk 10 hinggit..Hehh..

Cantik, hensem, definisi dia meluas. Sangat meluas...

Understand the whole meaning..:')

Bijen M. said... [Reply]

PEN,
Aaaaaa.
Yelah yelah.
Aku tak suruh percaya hidup-hidup.
Cuma tips.
Tips tips.
Yer yer.
Tengah istikharahlah ni.
Tapi ada satu lagi benda boleh filter.
Ha ha ha.
Harga belanja deme letak.

IKA,
Ahah.
Selamat mencari seribu bulang!

OKE,
Alaikum salam.
Err anda rupanya si orang Jermeng.
Adeh *malu*.
Oketakmaucakapbanyak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...