18.8.11

Masuk kereta gaya Jackie Chan.

"Bro! Dah lama gua nak tanya lu pasal ni."

"Mende?"

Apehal teknik lu naik kereta semacam je gua tengok? Ada gaya-gaya Jackie Chan sikit."

"Huh! Semacam? Oh biasalah. Masuk kereta dengan penuh bergaya barulah koooool. Heheh!"

"Motippp?"

"Adab nak naik kenderaan, kenalah mulakan dengan kaki kanan. Nak turun pun dengan kaki kanan. Itu yang Nabi ajar. Amalkan sunnah insyaAllah berkat perjalanan kita. Peewit!"

Oke brada dan sista sekalian. Boleh imagine dak macam mana nak masuk kereta dan turun kereta dengan kaki kanan? Kalau tak boleh imagine tak apa pasal memang susah nak imagine. So mulai sekejap lagi, bila lu orang nak melangkah masuk dan keluar kereta trylah praktis pakai kaki kanan dulu. Omputih kata practice makes perfect.

Sejak akhir-akhir ini, gua kerja bawa bas. Ulang alik Terengganu - Perak - KL. Memang gua main dekat 3 area ni je dalam 2 minggu ni. Perjalanan satu hala paling koman 8 jam. Memang menduga jiwa raga. Tambah pula di bulan puasa. Jadi sekarang gua fikir-fikir untuk cari bini yang boleh drive. Sekurang-kurangnya boleh pass streng ganti gua drive tatkala diancam mengantuk.

Tapi harapnya bini gua tu orang yang berada di dalam kawasan liputan. Buatnya duduk kat negeri jejauh tak ke naya gua nak kena tambah lagi kilometer dan jam untuk perjalanan pulang ke kampung halaman. Ce fikir, ce fikir sejenak.

Tapi kalau lu orang nak rasa perjalanan jauh yang 8 jam tu jadi singkat seperti 2 jam misalnya, lu orang boleh amal itu Bismillah 6.

Macam mana Bismillah 6? Lepas baca doa naik kenderaan dan doa-doa sepatutnya, lu orang baca Bismillah - Surah Al Kafirun - Bismillah - Surah An Nasr - Bismillah - Surah Al Ahad - Bismillah - Surah Al Falaq - Bismillah - Surah An Nas - Bismillah. Ce kira cukup dak 6 kali bismillah? (Bacalah bismillah tu selengkapnya)

Fadhilatnya perjalanan akan menjadi lebih mudah dan bergaya. Mungkin lu orang jumpa hijau je dekat traffic light. Jalan pula tak jem. Kereta lu mencapai kelajuan tahap boleh-potong-Ferrari. Kamera perangkap laju rosak dan sebagainya. Ha ha ha! Macam-macam Allah SWT boleh buat untuk mudahkan perjalanan lu orang ye dak?

Kendian kalau nak perjalanan yang lebih selamat dan meyakinkan, amalkan baca doa Abu Darda. Macam mana doa Abu Darda ? Gugel sendiri. Yeay!

Kendian lagi Nabi SAW ajar kalau nak bersafar moleknya ada 3 orang. Seorang dilantik jadi kapten. Bersafar 3 orang ni banyak kelebihannya. Selain perjalanan tidak menjemukan, kalau salah sorang dari lu orang buat hal maka mudahlah pasal ada dua orang yang boleh tolong penerajang mamat sorang tu sampai koma. Ce bayangkan kalau berdua je, opkos mati akal dibuatnya. Dan juga boleh solat secara berjemaah. Berganda-ganda pahala.

Tapi kalau macam gua, selalu drive sensorang. Siyan ke gua. Dah tiba masanya gua cari bini buat teman gua sepanjang tempoh 8 jam ni. Sambil drive boleh gua muzakarah bab iman dan amal. Boleh buat halaqah tajwid. Boleh check hafazan dan sebagainya. Oh Allah! Cepat-cepatlah pass bini satu. Amin.

Kendian Nabi SAW ajar lagi bersafar di waktu malam. Pasal bila waktu malam, jarak akan menjadi lebih pendek. Tak percaya? Terpulanglah kepada tahap iman masing-masing nak percaya ke tak. Lagipun malam-malam tak banyak speed trap. Kereta pun tak ramai. Kondisi pun sejuk dan setim serta seumpamanya.

Oke! Cakap banyak pun tak guna kalau tak amal ye dak? So renung-renungkan dan selamat beramal. By the way, perjalanan 8 jam menjadi 2 jam tu adalah bergantung kepada tahap penghayatan, amalan dan izin Allah SWT. Kalau tawajuh lebih lagi, sekelip mata pun Allah SWT boleh buat. Tak percaya? Terpulanglah kepada tahap iman masing-masing ye dak. Okebai! Selamat pulang beraya in advance.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

23 comments:

Anonymous said... [Reply]

"Bro! Dah lama gua nak tanya lu pasal ni."

"Mende?"

Apehal teknik lu naik kereta semacam je gua tengok? Ada gaya-gaya Jackie Chan sikit."

"Huh! Semacam? Oh biasalah. Masuk kereta dengan penuh bergaya barulah koooool. Heheh!"

"Motippp?"

"Adab nak naik kenderaan, kenalah mulakan dengan kaki kanan. Nak turun pun dengan kaki kanan. Itu yang Nabi ajar. Amalkan sunnah insyaAllah berkat perjalanan kita. Peewit!"

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Bersafar 3 orang? Kena kawin dua lah gituu. Haha.

cik_paan said... [Reply]

tak mengantuk kalu ada peneman bila drive...

CS said... [Reply]

mula2 nikah dulu kelakar bila tgk hincik zauj nek kete ala jackie chan..tp bila dh fhm,ok je..sensorg pun bley amal adab perjalanan ni..tp bila berdua lg best sbb d kwan nk muzakarah...yg 6 bismillah tu CS penah dgr, antara kelebihannya Allah cukupkan kperluan kita masa perjalanan...so dun wori sgt fsal duit, Allah bg ckup InsyaAllah!

Norsha said... [Reply]

Oh Allah, makbulkan doa anak muda ini untuk beroleh pasangan hidup yang diimpikannya, yg membahagiakannya dunia dan akhirat.......

CKB said... [Reply]

InsyaAllah kamu akan ketemu jodoh yg baik supaya boleh temankan kamu dunia akhirat... Ameen

ohh,,, baru tahu pasal doa2 tu.. cool!

imejin said... [Reply]

uiks. teda bole imejin ni mo nek keta kaki kanan. klu co pilot lojik la. kalo driver tu cam susa. ce citer siket bang apis. camna mo praktis lagi2 kalo saya pki baju kurung raya nt, xkan nk bt aksi jackie pulak.

Umma-ali said... [Reply]

salam, ada org kata, hang kurus...boleh laa...bla bla...
tapi ekceli, Allah Maha Tahu hambaNya...klu dy gmok pon, dy tetap akn ikut adab2 naik kenderaan kaki kanan...so dgn Rahmat Nya dijadikanlah sesorg tu kurus utk memudahkannya...

Nina :) said... [Reply]

motip sangat. dah try gak masuk kaki kanan dulu kalau jadi driver, tapi tak melekat lak. skrg naik angkut je senang la kaki kanan hahah..ape tu angkut? gugel sendiri. oh and terasa 2 jam maybe bila dalam minda, tapi physically cam impossible lak..kan? btw, selamat mengejar malam2 terakhir uols. okbye

Afida Anuar said... [Reply]

Gua pun selalu drive Incik Hitam tu sensorang gak...relek je. Tapi skrang macam teringin nak hire 'personal driver' pulak.. tengok la;)

Gua doakan lu dipermudahkan tuk hire 'co-driver' sorang..

Amin Baek said... [Reply]

amin~

moga kau dapat bini cepat..dan aku jugak..hahah

sama persoalan kat atas,mcm mana driver nak masuk kaki kanan eh?leh demo skit x?mcm susah lak..tp blah co-driver tu,memg da biasa wat.

Bijen M. said... [Reply]

PEN,
Satu bini, satu anaklah bro.

CIP,
Aah.
Ada orang tolong urutkan tengkuk.
Sajikan refreshment.
Peewit!

CS,
Alhamdulillah.
Setakat ni memang Allah SWT bagi mudah.
Pernah sekali travel malam and lalu jalan hutan yang tak pernah lalu.
Cuak memula rasa sebab satu kereta apa pun tak ada dan sangat gelap dan bateri kereta tengah kong.
Sambil drive kami baca Yassin, alhamdulillah Allah permudah lepas tu.

NOR,
Ameeeeeeennnnnnn.

CKB,
Ameeeeeeennnnnnn.
Orang kata dengan izin Allah SWT bila kita amal doa-doa dan jaga adab sunnah ni, insyaAllah memang terhindar dari eksiden dan malapetaka.
Berdasarkan pengalaman banyak orang yang mengalami peristiwa near-accident-experience.

Bijen M. said... [Reply]

IME,
Hai makwe lama.
Ingatkan orang Sabah mana tadi.
T_T

Ada dua cara yang mudah diamalkan.

Style Jackie Chan:
1. Jadikan seat dan pintu sebagai tempat bergantung.
2. Masukkan kaki kanan ke dalam kereta.
3. Tundukkan kepala melepasi had tinggi pintu kereta.
4. Bergantung kepada kekuatan dua tangan dan kaki kanan untuk mengangkat kaki kiri masuk ke dalam.

Style Michelle Yeoh:
1. Duduk atas seat dengan sopan sambil kedua-dua kaki masih berada di luar.
2. Pusingkan badan anda 90 darjah menghadap ke depan sambil niat dalam hati nak masukkan kaki kanan dahulu.
(Maksudnya angkat kaki kanan dahulu masuk ke dalam kereta)

Selamat mencoba!

UMI,
Wahh!
Amal sunnah pun Allah SWT kasi hidayat jadi kurus.
Peewit!
Boleh jadi ejen pelangsing ni.

NIN,
Buat dengan istiqamah, insyaAllah berjaya.
Benda tu akan jadi kebiasaan.
Physically pun possible sebenarnya.
Sebelum tidur, amal Tasbih Fatimah.
InsyaAllah even dapat tidur 2 jam pun rasa dah puas tidur untuk cover masa drive kita tadi.
Antara yakin dengan tak yakin je.
Bergantung pada tahap iman.

AFA,
Ameeeeeennn jugak.
Berkat hari Jumaat.

AMI,
Ameeeeeennn.
Dah jawab kat atas.
Check balik.

Bijen M. said... [Reply]

Btw, hendak seribu daya.
Tak hendak seribu cara.
Allah SWT saja nak test tengok kita sanggup bersusah tak untuk amal sunnah Nabi Dia.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Bijen,
Bini org Sbh xnak ke?
Xyah drive, naek belon jep.

Haha! Erk. Ok bye!

|| A r a W a n i || said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said... [Reply]

ini kalau jackie chan baca, terus dia ajar cara nak masuk kete guna kaki kanan.. mesti lebih dahsyat cara dia masuk..

nak turun pun guna kaki kanan erk?? ermm... yang ni tak pernah cuba lagi bila jadi penumpang sebelah driver.. nampak macam lebih sukar.. (",)

airazulaikha said... [Reply]

terima kasih atas perkongsian.. :)

Husaini said... [Reply]

haha..teringat time kuar kat seremban arituh..ada sorg karkun ni ikram..nak pindah masjid..so, kena la naek kete dia..tp mmg ensem abes ar..sbb pe? sbb dia naek kete pakai kaki kanan dulu..time tuh first time tgk..kagum gak la..dahle naek Merce...dpt amal sunnah pulak tuh..bagus betol...

Bijen M. said... [Reply]

ARA,
Ha ha ha.
"Bleh bah kalo ko."

FUA,
Try tengok Youtube ada tak dia tunjuk contoh.
Ahahak!
Turun kaki kanan mudah saja.
Silang je kaki.
Tapi kalau awal-awal agak kekoklah.

AZ,
Sama-sama atas pengkomenan.
:)

HUS,
Fuhh!
Asbab hidayat seluruh alam.
Amin.

paranoid android said... [Reply]

mmm aku dh istiqomah style nih mknennye aku dh lebih xpert dr jackie chan tuh tp aritu ade org tnye ustazah tu dlm tv psal naik kete kaki knan nih ustazah tu jwab xelok la tetonggek2 haha dlm kepala hotak aku nak sribu daya xnk sribu dalih so kalo lipat kaki kiri dulu kite xkan tetonggek2 nak ngn xnk jerk...:)

...antikapel... said... [Reply]

pagi2 g keja naik motor...memang ikut sunnah time nak naik motor...tp kan, kalo turun motor eh? aku cam cuak plak kalo aku yang tergolek nanti...

Bijen M. said... [Reply]

PAR,
Ha ha.
Tahniah.
Betul tu.
Di mana ada kemahuan, di situ Allah akan bantu.

ANT,
Motor kalu, lu pijak tanah kaki kanan dulu lalu pasang tongkat.
Nak turun, pijak pedal kaki kiri pastu angkat kaki kanan.
Cuak kalu, pijak hujung tongkat (even kena tanah sikit) tu sambil niat nak turun kaki kanan.
Allah SWT pandang usaha ye dak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...