23.8.11

Fatwa negeri Pulau Pisang Jauh Ke Tengah.

Gua yang sedang mendrift kereta Lambo dengan jantannya di sepanjang jalan Kuantan-Kemaman menuju ke Mesra Mall disoal secara tidak langsung oleh penumpang di sebelah.

Soalan:
Bro! Komen sikit pasal fatwa larangan bacaan Al-Quran sebelum Subuh dekat negeri Pulau Pisang Jauh Ke Tengah tu.

Jawapan:
Bro! Gua nak cerita kat lu satu kisah. Ini cerita betul-betul jadi punya. Gua tak tipu. Ini cerita jadi baru-baru ini waktu gua sambung baki cuti sakit iman sebulan dekat tanah air.

Waktu gua ambil cuti sakit iman hari tu, gua pun buat percutian iman dekat area Jelatek. Ada satu flat rakyat dekat situ kalau lu orang perasan. Sebelum jumpa flat tu lu orang akan jumpa satu kondo nilai juta-juta.

Tapi bukan gua nak cerita pasal kondo juta-juta tu. Gua nak cerita pasal flat rakyat yang ada kat situ yang penghuninya rata-rata orang Melayu. Kalau dah Melayu opkoslah Islam ye dak? Ke tak semestinya? Ke ye? Ke dak? Ye dak? Ahahahak! Lu fikirlah sendiri.

Ceritanya gua lepaklah iktikaf dekat surau rumah flat tu dengan tujuan nak buat usaha atas imanlah. Nak hidupkan surau situ dengan suasana iman. Nak ajak orang Islam kat situ bertambah iman dan lain-lain lagi perkara bersangkutan iman.

Nak tahu apa Pak Imam situ cakap?

"Lu orang buatlah apa yang patut. Gua dan para AJK surau dah tak tahu nak buat mende dah nak ajak orang sini datang surau. Dapat maki lagi ada."

"Bebaru ni ada dapat komplen suruh bagi slow volume azan dan bacaan solat. Orang kita (Melayu-Islam) kita sendiri yang komplen tu."

"Kadang-kadang tu orang flat atas ni lempar barang atas bumbung surau. Apa ke dengkinya?"

Wow! Scary betul tempat ni. Kot ye pun tak nak datang surau, tak perlulah kan nak buat demonstrasi ke mogok ke perhimpunan baju merah ke apa ke yer dak? Padahal Nabi SAW kata siapa yang dengar bunyi azan, maka perlu bagi beliau menghadiri jemaah berjemaah di tempat tersebut.

Dalam satu kisah ada satu sahabat nama Abdullah Ummi Maktum yang buta minta excuse dari attend solat berjemaah di masjid. Sudahlah buta. Rumah jauh dari masjid pula tu. Antara rumah dengan masjid ada belukar dan banyak binatang buas plus tak ada orang yang memimpinnya ke masjid. Bolehlah kot dapat keuzuran ye dak? Tapi apa Nabi SAW kata? Nabi SAW tanya kepada sahabat tersebut apakah beliau mendengar azan. Beliau menjawab "Ya". Jawab Nabi SAW, "Maka wajib kamu pergi solat jemaah di masjid. Aku tidak menemui keringanan untuk kamu."

Nak tahu apa Pak Imam tu cerita lagi?

Sebelum ni speaker surau tu pernah hilang. Kena curi dengan wallahu'alam. Kendian satu hari tu ada satu orang Cina yang duduk dekat kondo juta-juta tu datang lepak minum kat kedai dekat flat tu. Memang hobi beliau lepak minum kat kedai kopi berkenaan tetiap pagi.

Satu hari beliau bersembang dengan Pak Imam.

"Pak Imam aaa. Apa pasat gua sulah talak dengar itu orang nyanyi (bacaan ayat Al-Quran) pagi-pagi dekat itu surau?"

"Oh! Speaker kena cilok."

"I see!"

Tak lama kendian surau tersebut dapat speaker baru disponsor.

Oke! Setakat itu saja cerita gua. Renung-renungkan dan selamat berpuasa. Dan katakanlah, "Sesungguhnya gua berpuasa."

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

24 comments:

Anonymous said... [Reply]

Gua yang sedang mendrift kereta Lambo dengan jantannya di sepanjang jalan Kuantan-Kemaman menuju ke Mesra Mall disoal secara tidak langsung oleh penumpang di sebelah.

Soalan:
Bro! Komen sikit pasal fatwa larangan bacaan Al-Quran sebelum Subuh dekat negeri Pulau Pisang Jauh Ke Tengah tu.

Jawapan:
Bro! Gua nak cerita kat lu satu kisah. Ini cerita betul-betul jadi punya. Gua tak tipu. Ini cerita jadi baru-baru ini waktu gua sambung baki cuti sakit iman sebulan dekat tanah air.

HijabRockers said... [Reply]

Zaman iman lemah kuar masuk skang ni, yang kafir pun kengkadang lagi Islam dr yg Islam. Tak tau la aku. Sampah masyarakat btul.

|| A r a W a n i || said... [Reply]

siryes xpaham.

macam mna kalimah2 suci ni boleh jadi gangguan kpd sesetengah org. xpaham xpaham!

HijabRockers said... [Reply]

Hidayat ya Allah... Hidayat.....

citahrudin said... [Reply]

sesungguhnya gua berpuasa

CKB said... [Reply]

sesungguhnya beta berpuasa..:D

Anonymous said... [Reply]

ckb> beta puasa ke puasa versi beta? heheheh...

cik_paan said... [Reply]

Ya Allah, tak sangka muslim sendiri berperangai sebegitu

fuad ansari said... [Reply]

orang kaya kalau cakap macam tu, kira boleh difahami lagi... tu namanya ujian kekayaan yakni boleh jadi lupa diri..

orang yg dok flat rakyat pun, nak cakap macam tu, berat sgt rasanya.. lupa diri gak ke...

haishhh, macam2...

Hazwan Arif said... [Reply]

adee jgk org islam prangai cmni

Husaini said... [Reply]

kadang2 pelik bin hairan..kat mesia punye la kata 'negara islam'...tp nak azan kuat2 dah xboley kat certain2 tmpt..pastu bile compare pulak ngan india nih..org islam tuh minoriti jer..tp xda masalah pon nak azan kuat2 kat masjid...siap2 berbatu2 lagi boley dgr..camne boley jadi sampai camtuh skali kat mesia..haish...

Afida Anuar said... [Reply]

Percaya dak ada orang cina..kapiaq pulak tu.. suka dengar azan pagi-pagi pasai dia boleh bangun awal setiap hari!!

Bijen M. said... [Reply]

HIJ,
Aku nampak Islam di barat.
Hak hak!

ARA,
Panas gamaknyo.

CIT,
Bagus!

CKB,
Bagus jugak!

CIP,
Itu realitinya.
Jangan sekadar fikir logik saja.

FUA,
Pak Imam tu tambah lagi, tanda akhir zaman.
Bila orang tak berpendapatan tinggi makin meninggi diri.

Bijen M. said... [Reply]

HAZ,
Adee.
Jangan kata tak adee.

HUS,
Seronok dekat India, azan bersahut-sahutan.
Bila azan je, semua orang tinggal kedai.
Jalan jadi lenggang.
Fuhh!

AFA,
Percaya ja.
Sapa kata tak percaya?
Cakap cakap.

Anonymous said... [Reply]

Cerita ni lagi details dr cerita yg di dengar dlm kereta. Pffftttt.

airazulaikha said... [Reply]

wahhh giler scary perumahan flat tue...

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Err. Apa kaitan dengan fatwa tu?

Sekian.

Ismi Ijmi said... [Reply]

salam.
hah! scary2... bila umat dah jauh sgt dr Islam

Mz Aisya said... [Reply]

Memang betul weh bijen. Even kat sekolah mak aku ngajar pun, cikgu2 ISLAM tu x terasa pun nak say thank you kat sorang cikgu islam ni (cikgu ni dah buat banyak program tuk sekolah, lagi satu cikgu ni tak berapa sihat, mmg ada mengidap penyakit yg sukar dirawati)... xdee pon nk cakap apa2 weh.

Tapi, tahu x...cikgu non muslim la yg say thank you sume tuk usaha cikgu Islam ni, cikgu non muslim jugak yang 'derma' sikit duit tuk cikgu islam ni beli ubat ubatan. Bukan cikgu ni xde duit, tapi nampak timbang rasa dorang tu lebih dari orang islam sendiri.

:)


kita ni pula dalam golongan mana?

Ismi Ijmi said... [Reply]

Penchenta:

fatwa tu cam tak serasi dengan keadaan yang berlaku. nampak sanagt orang Islam snediri tak suka dengan ayat2 al-quran

~PENCHENTA~ said... [Reply]

ohh. mesia ni aku dah tak reti nak cakap dah.

fatwa bukannya orang sebarangan yang buat. sepatutnya mereka yang lebih mahir bab agama. tapi nampak macam mereka pun tak faham.

macam tu jugak penjaga agama Islam dalam mesia ni. fungsi dia cuma bila ada orang cakap sikit, saman sebab 'menghina sultan'. jaganya? jawab sendiri lah. :(

Bijen M. said... [Reply]

TN 7:20,
Opkos.
Tak larat gua nak buang air liur cerita panjang-panjang ke lu.

AZ,
Gila scary umat sekarang.

MZA,
Ada lagi kes seumpama tu.
Kadang-kadang tu orang bukan Islam lagi faham dan suka kat orang buat dakwah ni nak banding dengan orang Islam sendiri.
Oh!

ISM & PEN,
Weh!
Korang dua ni nampak macam saling melengkapilah.
Tak nak try ke?
Meh meh kita mesyuarat.

Pencari Cinta Sejati said... [Reply]

kalo bukan islam, iblis pun da x kuasa nak layan sebab depa pun kalau dihasut makin menjadi-jadi, kalo x dihasut pun lebih kurang macam tu juga..
tapi, kalau org muslim cabaran dia lagi kuat, hasutannya lagi dahsyat, malah terpulang kepada kita untuk menerima godaan tu macam mana..

Bijen M. said... [Reply]

PCS,
Orang bukan Islam pun ada chance nak masuk Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...