8.8.11

Cara menghalalkan arak.

Salam 1Bersih untuk semua. Semoga bulan Ramadhan kali ini mampu membersihkan jiwa raga serta amalan kita sehari-hari. Harus diingat, matlamat puasa adalah untuk mencapai ketakwaan. Bukannya sekadar kelaparan, kekenyangan, penjimatan atau pembaziran.

Dulu waktu gua dekat India, gua tertanya-tanya dekat orang Malaysia yang sampai di sana. Dah pilihan raya ke belum? Gua tak sabar-sabar nak undi pos. Kah kah kah! Tapi malangnya, pilihan raya masih belum dijalankan. Dari bulan 3 hari tu gua tertunggu-tunggu nak memangkah, kononnya.

Bila gua dah balik Malaysia, tengok-tengok bahangnya pun tak ada lagi. Time dekat Bangladesh dapatlah gua merasa suasana election di sana. Bila balik Malaysia gua nampak banyak kaler kuning je. Gua tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah Malaysia sudah dilanda dengan budaya kuning?

Abaikan itu semua. Sekarang gua nak bagi satu teka-teki. Macam mana nak halalkan arak? Haa jawab jawab! Adakah dengan cara kita saringkan alkohol dari minuman tersebut lalu jadilah minuman malt bebas alkohol seperti Barbican dan sebagainya? Kemudian kita minum air tersebut gaya-gaya omputih tonggang bir. Ceh! Sungguh wannabe sungguh dengan arak halal, kononnya.

Jawapannya mudah. Untuk halalkan arak, kita cuma perlu usulkan perkara tersebut untuk dibincangkan dan buatlah undian. Jika majoriti 2/3 atau lebih yang menyokong arak itu halal, maka halallah jadinya walaupun pada hukumnya haram. Yer dok? Dah nama pun demokrasi, kononnya.

Jadi lu orang rasa sistem demokrasi, majoriti dan minoriti ni boleh pakai dan percaya tak? Agak-agak lu orang siapa yang bawa sistem demokrasi ni masuk Malaysia? Adakah para pendakwah dari Arab, China dan India yang membawa sistem demokrasi ini ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu?

Lu orang pernah terbayang tak kenapa ada sistem kerajaan dan pembangkang? Adakah untuk check and balance, kononnya? Lu orang rasa Malaysia dah merdeka ke atau sebenarnya sedang dijajah oleh si penjaja demokrasi dunia? Kalau tangan-tangan ghaib ni tak suka dekat kerajaan, dikambing hitamnya puak pembangkang untuk buat huru-hara. Bila pembangkang dah pegang takhta, dibantunya pula kerajaan yang tumbang kalau si pembangkang sebelumnya tak ikut cakap mereka. So agak-agak lu siapa yang kontrol negara kita? Jeng jeng jeng.

Dulu zaman Nabi SAW dan para sahabat RHUM dulu tak ada pula banyak-banyak parti. Semuanya bersatu hati patuh pada amir yang satu. Boleh conquer 2/3 dunia beb. Tapi bila dah zaman-zaman Usman RA dan Ali RA dah mula ada bibit perpecahan. Semuanya kes nak rebut takhta. Ada golongan-golongan kaki pembangkang. Perang saudara Jamal dan Siffin berlaku. Ada Ummaiyah dan Abassiah. Lama-kelamaan kerajaan Islam Uthmaniah pun dijatuhkan oleh orang Islam sendiri, kononnya.

Jadi di bulan Ramadhan yang mulia ini, gua nak menyeru agar kita sama-sama menyokong kempen Cuci 1.0. Kita cuci hati kita dari sifat angkuh, ego, hasad, permusuhan dan sebagainya sesama kita umat Islam. Kita gilapkan iman dan cuci otak kita agar dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tidak lupa kita cuci jalan-jalan dari segala duri dan halangan. Bukankah membuang duri dan halangan di jalanan itu salah satu cabang dari iman. Tunaikanlah hak jalan. Jangan susahkan orang lain nak guna jalan raya. Yer dok?

So lu orang rasa relevan lagi tak penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos dan blabla lagi tu padahal dah terang-terang sistem demokrasi yang dipakai tu memang tak boleh pakai? Ibarat mencurah minyak wangi ke atas tahi. Maka penyelesaiannya, cucilah tahi tersebut. Renung-renungkan dan selamat beramal.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

25 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam 1Bersih untuk semua. Semoga bulan Ramadhan kali ini mampu membersihkan jiwa raga serta amalan kita sehari-hari. Harus diingat, matlamat puasa adalah untuk mencapai ketakwaan. Bukannya sekadar kelaparan, kekenyangan, penjimatan atau pembaziran.

Amin Baek said... [Reply]

nais..

dikala kita masih mengagung2kan sistem demokrasi..

sistem menghancurkan perpaduan..

erm.

Norsha said... [Reply]

sedang merenung sambil beramal...sama2 jayakn kempen cuci 1.0, InsyaAllah.......

CKB said... [Reply]

lme x jenguk blog ni.. trnanti2 gk coretan seterusnya..tahu2 da smpai malaysia ye.
Salam Ramadhan. Nice.

..::♥hidayati♥::.. said... [Reply]

yang HARAM tetap HARAM...
tiada HALAM dlm Islam...:)

Okebai :') said... [Reply]

Assalamualaikum...

Akhirnya.....

We want more! We want more!
Hidup Cuci!!
:')

Hazwan Arif said... [Reply]

jd sistem ape yg spatutnye digunakan??mcm susah je nk tukar

Afida Anuar said... [Reply]

Tapi kita takde pilihan kan?

Benrauf said... [Reply]

kalau bukan demokrasi, sistem apa yang nak digunakan? sistem mullah? misal lah benar demokrasi, halal haram letaknya pada majoriti. khalifah dulu2, halal haramnya pada seorang diktator. diktatornya mahu simpan ribuan gundik macam khalifah turki pun boleh jadi benar. apa jadi bila khalifah tu seorang muktazilah macam anak harun amin. atau sorang syiah macam khalifah-khalifah fatimi. suara yang dianggap benar tu cuma tinggal satu. demokrasi tu hanya perkataan. perkataanya yang dari barat. undang minangkabau tu bukan demokrasi ke? syura tu bukan demokrasi ke? mullah-mullah taliban tu siapa yang melantiknya. bukan ke dengan pengaruh berapa besar anak muridnya. itu bukan ke demokrasi?

AMMOSHAM said... [Reply]

bro, gua pikir semua set tabligh ni tak suka politik ye dok? ke macam mana?

airazulaikha said... [Reply]

lama tak menjenguk di sini... :)
sihatkah anda saudara bijan..??

|| A r a W a n i || said... [Reply]

Sokong kempen cuci.01..=)

Bijen M. said... [Reply]

AB,
Siapa je kan tak nak tengok oang Islam bersatu padu.

NOR,
InsyaAllah.
:)

CKB,
Haa haa haa!
Jangan tak tahu.
Salam Ramadhang.

HID,
Yusop Haslam macam mana?

OKE,
Alaikum salam.
Ha ha ha.
Tak habis-habis.

Bijen M. said... [Reply]

HA,
Haa.
Tukar yang di dalam hati dulu.
Nabi SAW dulu tak pecahkan berhala di Kaabah.
Tapi Nabi SAW pecahkan berhala dalam hati para sahabat RHUM.

AFA,
Ada.
Pilihan di tangan anda.

BRA,
Cuba kita singkap balik sirah Nabi SAW dan sahabat RHUM.
Macam mana Nabi SAW melantik gabenor-gabenor.
Macam mana khalifah kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin dilantik.

AMO,
He he he.
Bro, kalau tak suka politik gua tak ulas pasal politik-politik ni.
Yer dok?

AZ,
:)
Alhamdulillah sihat.
Anda pula?

ARA,
:)
Selamat mencuci!

Benrauf said... [Reply]

siot BRA ko panggil aku. haha.

Ok. Setelah mengkaji sirah didapati kaum awal memilih pemimpin berdasarkan agamanya. Nabi memilih calonnya berdasarkan agamanya mengikut wahyu yang diturunkan oleh Allah. Demikian juga didapati para khalifah yang benar telah memilih penjawat-penjawat berdasarkan agamanya. Namun juga didapati khalifah ar-rasyidin yang benar itu juga tumbang dan berpecah-belah masing-masing kerana mempertahankan agamanya. Didapati juga ia berlaku kerana menurut Ali: kerana pada zaman Nabi, ummatnya seperti aku; manakala pada zaman aku, ummatku seperti kamu.

Didapati juga ketika Nabi wafat tanpa meninggalkan pengganti (kecuali menurut riwayat syiah), para sabahat telah membaiah Abu Bakar dengan cara demokrasi, di mana walaupun ada yang tidak bersetuju seperti seorang sahabat dari bani umayyah itu kerana Abu Bakar berasal dari bani yang kecil, lantikan tetap dilakukan berdasarkan majoriti, yang mana majoriti pada ketika itu adalah berpihak pada mukminin.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Silapnya Malaysia bukan pada sistem pentadbirannya. Tapi pada pegangan agamanya. Demokrasi tak salah kalau pengamalnya masih berlandaskan syariat.

Konsep check and balance adalah untuk betulkan mana2 sisi yang salah. Tapi bila semua dah tamak dek pangkat dan nama, semua perkara yang haq dah tak nampak. >.<

~PENCHENTA~ said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
..::♥hidayati♥::.. said... [Reply]

=_= payah btul nk dibawak berbicang seyes ngn mamat sorg nie...adehh..

fuad ansari said... [Reply]

mempunyai pemimpin yang boleh dijadikan contoh tauladan yg baik, sudah membuatkan diri ini begitu bersyukur... (",)

Bijen M. said... [Reply]

BEN,
Oke gua tukar nama lu.
Heheh.
Pasal majoriti dan minoriti, bukan aku nak kata majoriti is always rite or always not rite.
But majoriti and minoriti is not always the way to make decision.
It's depends on the people who in the corum.
If ahlinya semua ada agama, insyaAllah majoriti tu yang betul.
That's why we use syura.
Syura tak ambil pendapat keseluruhan ahlinya.
Tapi hanya orang tertentu yang akan buat keputusan.
Dan tentulah orang yang buat keputusan itu orang yang dekat dengan Allah SWT.
Yang mana tak tinggalkan istikharah, puasa dan solat hajat sebelum buat keputusan.
WA.
InsyaAllah akan dikupas lebih lanjut.

PEN,
Cuci iman, insyaALlah nampak mana yang haq mana ang batil.

HID,
Oke seriyes seriyes.

FUA,
Syukur dengan keamanan ini jika nak dibandingkan dengan nasib umat Islam di luar negara.
India misalnya.

Nina :) said... [Reply]

dah lama bosan dgn pemimpin demokrasi kononnya pdhal berdasarkan nafsu. apa yg majoriti rasa senang, itulah yg diambil, tanpa fikir baik buruknya tindakan. dan sebenarnya pilihan majoriti tu bukan dari rakyat..tapi ikut pilihan pemenang undi. *tak nak pggl pemimpin. sbb xmemimpin pun. cheyt* nasib baik masih ada minoriti yg sedar beza benar dan salah. teringat kes nak guna hukum hudud. kalau xsilap, ada lah seorg menteri wanita ni tak sokong. sebab dia: contoh kalau dlm kes mencuri, pencurinya harus dipotong tgn n etc. dia ckp nanti habislah remaja/masyarakat kita. err nak ckp mmg org kita kuat mencuri ke? lol. kalau dah kena potong, nak lagi ke org tu mencuri? org camni ke yg wakilkan kita? tsk2. haa kupas2

Ismi Ijmi said... [Reply]

taknak fikir pasal demokrasi. tapi gi daftar jugalah.Taat Amir.

benda ni termasuk dlm bab "lu fikirlah sendiri"

kalau tak silap hari tu ada seorang pakcik jumpa dalam satu kitab terjemahan alquran Indon, Rib aitu halal jika nak majukan ekonomi Islam. (pakcik ni Geng Sailor Moon,so kalau dia perati molek mungkin leh perasan apa anta tulis nih),,,hehe

Selamat btugas.

Bijen M. said... [Reply]

NIN,
Tak larat nak kupas den.
Puasa-puasa ni kang sonok mengupas sampai terbatal puasa pula.
Ye dak?
Itulah kalau nak mengundi jangan pilih parti, tapi pilih agama.
Sama juga kalau nak pilih laki.
Jangan pilih poket, tapi pilih agamanya.
Ye dak?
:)

ISM,
Geng Sailor Moon ni semua benda dia buat ada dalil.
Ahli patewa katakan.
Selamat bermaqami.
Raya ke 5 if free jemput ke rumah.
Ada kenduri sikit alang-alang datang beraya tu.

Ismi Ijmi said... [Reply]

teringat ada sorg commenter yang nak berdebat kt komen, tp nak jumpa segan kan..hehe

Bijen M. said... [Reply]

ISM,
Kita doalan beliau.
Kan dia niat nak keluar 40H.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...