7.6.11

Jai ho!

(Sorakan kemenangan!)

Mere bohotrem buzrugo, dosto.
(My dear respective eldest and friend)

Mosis khatooon.
(Respective ladies)

Sama-sama kita panjatkan puji dan syukur kepada Allah dan pesuruhNya kerana masih lagi mengizinkan gua menyentuh papan kekunci usang ini dan masih mengizinkan lu orang baca nota dari India ini. Andai kata kalau lu orang dalam kubur tatkala ini, pasti tak dapat baca punya. Maka bersyukurlah.

Lu orang rindu ke gua tak? Gua ni rindulah pulak ke air Milo ais or at least air sirap Malaysia. Dulu mak gua offer Milo Fuze 3 in 1, gua jual mahal. Sekarang kan dah mengidam. Lain kali jangan derhaka cakap mak-mak oke?

Gua baru lepas keluar buat kerja kat Mawana selama 20 hari. Mawana ni dalam daerah Meerut, negeri Uttar Pradesh. Dulu gua ingat naik kereta api tengah musim panas sehari semalam dah cukup seksa. Rupanya naik van cabuk 60 km/j yang tak ada sistem pengudaraan yang hensem di tengah musim panas ni lagi seksa. Terbayang macam manalah Nabi SAW dan para sahabat RHUM dulu-dulu bersafar berhari-hari di tengah gurun padang pasir untuk dakwah agama Allah SWT. Isk! Besar betul korban deme sampai hari ni kita dapat kecap nikmat iman dan Islam.

Dekat Mawana ni gua sempat round 8 masjid. Dekat sini barulah gua jumpa masjid yang ada sumber elektrik yang menghampiri ke 24 jam dan juga sistem perpaipan dan saliran yang menyenangkan. Tak adalah hari-hari gua training muscle gua pam air.

Suasana kat sini memang lain dari yang lain. Bila gua keluar masjid nak pergi cari orang lelaki Islam nak ajak sembang kebesaran Allah, gua masuk saja kawasan bazar (sebab masjid tersebut dekat kawasan town) nampaklah gagak-gagak hitam memenuhi segenap alam. Nak tahu mende gagak hitam? Gagak hitam ni adalah orang perempuan yang full dress dengan pakaian hitam tutup semua tubuh badan tinggal mata saja. Ada yang lagi macho langsung tak nampak mende. Secara bahasa saintifiknya, deme ni pakai niqab dan burqa. Yang pakai burqa ni kalau malam-malam tu pakai burqa warna putih dah macam Casper dah. Suasana jadi macam tu asbabnya kerana masjid-masjid akan penuh dengan laki-laki hensem setiap kali masuk waktu solat. Maka Allah SWT bagi perasaan malu ke wanita-wanita kat situ.

Seronok betul gua duduk sini. Hari-hari terpaksalah gua doa Allah humma inna asluka marartus solehah, doa bila nampak perempuan tutup aurat dengan sempurna. Tapi bila balik Malaysia nak kena tukar jadi a'uzubika min fitnatin nisa'. Keh keh keh!

Dah! Sebenarnya gua nak kasi hadiah kali ni dekat satu kawan yang minta doakan dapat anak lagi. He he he! Semoga berjaya. Hadiahnya adalah satu hari satu pasangan suami isteri berjumpa Nabi Musa AS untuk meminta dia mendoakan kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat. Lalu Musa AS berdoa. Allah SWT menjawab bahawa sudah ditetapkan bahawa pasangan tersebut tidak akan memperoleh anak lagi. Lalu Musa AS pun menyampaikan berita sedih tersebut kepada pasangan tadi.

Beberapa tahun kemudian Musa AS terjumpa lagi pasangan tersebut. Terlihat pasangan tersebut membawa seorang anak. Ditanya kepada pasangan tersebut anak siapa. Lalu dijawab anak dari rahim mereka sendiri. Musa AS pun pelik dan bertanya macam mana boleh dapat anak lagi. Lalu dijawab, "Kami tidak berputus asa dan teruskan berkorban."

Jadi kepada kawan tersebut, silalah tambah korban anda di jalan Allah SWT. Semoga Allah SWT terima. Banyakkan bersedekah dan juga amal baca wirid asma Allah Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musowwir setiap kali lepas solat.

Ni kira sama kes dengan kisah Nabi Zakaria dapat anak time dekat-dekat5 nak pencen. Baginda bertanya kepada Maryam AS bagaimana memperoleh buah-buahan yang berbeza musim. Lalu Maryam AS pun menjawab, "Semuanya dari Allah SWT."

So maknanya takdir boleh berubah? Jeng, jeng, jeng. Jodoh macam mana pula?

Gua malas nak jawab. Jadi kepada deme yang nak sesuatu tu janganlah putus asa dan tambahlah lagi korban lu orang. Juga banyakkan bersedekah. Dan yang sakit-sakit tu pun sama, banyakkan sedekah ke fakir miskin dan orang susah. Moga Allah SWT sembuhkan penyakit kita. Bagi yang dalam kesulitan, jangan tinggal solat Isyraq 4 rakaat tetiap pagi dan baca Yassin tetiap pagi.

Oke! Disebabkan lu orang ni tegar mengomen nota-nota kat sini even gua tak reply, gua ingat nak kirim hadiah sikit kat lu orang. Gua bukan tak nak komen, tapi gua kena limitkan masa berduniawi gua kat sini. Heh!

So siapa yang nak poskad India sampai ke rumah lu orang, sila hantar alamat rumah lu orang ke emel notasiku@gmail.com. 5 orang terawal hantar emel insyaAllah gua cuba usahakan kirim poskad India ke lu orang. Gua tak berani nak janji pasal 14 Jun gua dah gerak ke Bangladesh. Dengar-dengar nak kena bekerja 5 hari kat area Delhi pula pasal banyak sangat masa senggang before flight date.

Tapi kalau siapa yang tak sempat jadi 5 terawal tu jangan putus asa. Emel lu orang, lu sertakan sekali slogan ala-ala contest dalam TV tu, "Gua suka Nota Siku pasal ... (tak lebih 25 patah perkataan)" Slogan termacho nanti gua kirim hadiah bila sampai kat Malaysia insyaAllah.

Okesalam!

From Nizamuddin Delhi With <3

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

17 comments:

Anonymous said... [Reply]

(Sorakan kemenangan!)

Mere bohotrem buzrugo, dosto.
(My dear respective eldest and friend)

Mosis khatooon.
(Respective ladies)

Sama-sama kita panjatkan puji dan syukur kepada Allah dan pesuruhNya kerana masih lagi mengizinkan gua menyentuh papan kekunci usang ini dan masih mengizinkan lu orang baca nota dari India ini. Andai kata kalau lu orang dalam kubur tatkala ini, pasti tak dapat baca punya. Maka bersyukurlah.

Benrauf said... [Reply]

jai ho bijen.

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

Assalam.

Take care=)

Afida Anuar said... [Reply]

takdir boleh berubah? jeng jeng jeng....

AMMOSHAM said... [Reply]

bro, nak balik malaysia dah ke? patut lama tak menulis.

mintak lu doa supaya gua start jadi kaki masjid ni. kat rumah gua ada 3 surau.

tak tahu nak pergi mana satu ni.

gua ada blog baru ni.

www.sayaneon.blogspot.com

jumpa yeee

Norsha said... [Reply]

Allahuakbar....

ahLia teeeetttttt..... said... [Reply]

hahaha..
sempat lagi wat contest.

kalu dh mmg tahu ayat kawe xbest tp nk hadiah jugak boleh x?hehe

moga jemaah tuan dan pengorbanan tuan mnjadi asbab hidayat ke seluruh alam dn seluruh umat manusia hingga hari kiamat.

aminnn

Umma-ali said... [Reply]

Aslm, heh! xnak kacau...:))

: husna : said... [Reply]

alhamdulillah..smga Allah memberikan rahmatNya keats kamu

aku,sape lg said... [Reply]

doakan aku 40d

Sharifah said... [Reply]

Salam. Bro, sy sangat berminat dgn doa a'uzubika min fitnatin nisa/rijal.. Sy nk tanye, kalau doa ni, kalau lelaki baca
"...... nisa" ek? So,kalau saya, perempuan,kene baca : "....... rijal" la ek? Betul ke? Kalau awak boleh elaborate psl doa ni menarik jugak.. Thanks bro.

fuad ansari said... [Reply]

Gua suka Nota Siku pasal nota siku lebih sopan sikit dari nota kaki.. huhu.. (",)

Seronok dapat mendengar perkhabaran tuan bijen.. (",)

Wafi said... [Reply]

Gua suka Nota Siku pasal Nota Siku kool! keh keh

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Gua suka nota siku pasal.... eh. siapa kata gua suka nota siku? Keh3. :P

Anonymous said... [Reply]

hadiah gua mana bro?
kuikuikui~

-Bintu Jalil-

Anonymous said... [Reply]

Allah humma inna asluka min marartus solehah.....ape makne doa ni bro?

Bijen M. said... [Reply]

SHA,
Yup.
Kalau perempuan boleh baca "... rijal".
Atau nak fit untuk lain-lain pun boleh.
Misalnya "... dunya/massihiddajjal".
Maksudnya "Ya Allah lindungi aku dari fitnah wanita/lelaki/dunia/dajjal al massih".
WA.

TN 11:45,
Ya Allah kurniakan aku wanita solehah.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...